D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15
Tuesday, June 9, 2009
PAS Pimpin Perubahan
PAS kemukakan gagasan politik Islam pimpin perubahan
SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara selepas pilihan raya umum ke-13.Sambil menekankan ucapan dasarnya bertemakan "Islam Memimpin Perubahan", Ustaz Hadi berkata, PAS terus-menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam bersifat universal."Berdasarkan kepada latar belakang politik yang kelam-kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'."Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma'aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam," katanya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 selama tiga hari yang bermula 5 Jun.Ustaz Hadi menambah, PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di negara ini dengan keadilan sejagat.Dalam pada itu, beliau menggariskan enam strategi, antara lain mahu menampilkan satu imej dan citra sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang.Beliau berkata, PAS perlu menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'mu’asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.Selain itu, beliau yang menerajui PAS sejak 2002 berkata, beliau mahu semua peringkat ahli parti memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jemaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar umbi."Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan," katanya.Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya ingin memimpin perubahan dalam negara ini dengan Islam."Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh," kata beliau.Tiga strategi lain yang diketengahkan Presiden PAS itu ialah:i. Melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan bersedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.ii. Terus-menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.iii. Mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam pilihan rata umum ke-13.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Jun 08, 2009 5 ulasan
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Hapuskan Ajaran Sesat Aminah Wadud
Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak
Adnan Ibrahim Mon Jun 08, 09 9:11:50 pm MYT
Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.
Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.
Iklan
Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.
Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.
Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan� iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.
Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.
Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.
Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas semalam, di Stadium Melewati, Shah Alam.
Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.
Sebaliknya kumpulan SIS yang berpendidikan Barat itu mengecam tindakan PAS dan menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.
Siapa yang hipokrit? PAS menggunakan nama Islam untuk memperjuang dan menegakkan syiar dan syariat Islam atau SIS yang menggunakan perkataan Islam pada pertubahan sebaliknya memburuk dan menentang syariat Islam.
Tindakan SIS itu bukan sahaja mencemar nama baik Islam malah boleh merosakkan akidah Islam mereka.
SIS juga tidak berakhlak sebagai orang Islam kerana menghebohkan pendapat beliau yang bertentangan dengan Islam kepada umum bukan merujuk dan meminta pandangan ulama yang arif tentang Islam terlebih dahulu.
Oleh yang demikian sayugialah Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji peranan SIS sama ada ia menguntungkan Islam atau lebih banyak mendatangkan keburukkan kepada Islam manakala ahlinya perlu dipulihkan kembali akidah mereka.
SIS juga mendakwa: �PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.
"Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan pakatan rakyat," kata Nohayati dalam sebuah media online semalam.
Orang Islam tidak menyekat kebebasan bersuara SIS sebaliknya perkataan Islam pada SIS dan peranan orang Islam dalam pertubahan itu yang membolehkan PAS dan orang Islam menegur dan mengkritik SIS.
Jika SIS tidak mahu ditegur mereka hendaklah didokongi oleh orang bukan Islam dan membuang perkataan Islam pada pertubuhan itu.
Barulah hujah boleh dilawan hujah atau berdebat sekalipun. Jika tidak tiada guna ulama melayan orang Islam atau pertubuhan yang meletakkan perkataaan Islam sebaliknya bersifat menentang syariat Islam.
Sekiranya mereka tetap berdegil mahkamah syariah boleh mendakwa mereka sebagaimana mahkamah pernah mendakwa orang Islam yang mengaku sebagai rasul Melayu, iaitu Kahar Ahmad.
SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.
Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment� di Eropah beberapa kurun yang lalu.
Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.
Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah.
Norhayati kemudiannya menghentam pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2006 yang dituduh beliau sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk terhadap kumpulan itu.
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang pernah menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini.
Ia menyifatkan kumpulan SIS sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar._ -->..... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Monday, June 8, 2009
Semua Dalam PAS adalah Amilin Yg Tulus Belaka
PAS tidak tolak profesional
Khairul Azlam Mohammad Tue Jun 09, 09 9:26:14 am MYT
MARANG, 8 Jun (Hrkh)- Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali berkata kemenangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 bukan bermakna PAS menolak golongan profesional.
Iklan
Sebaliknya, kata Yahya kedua-dua calon yang tewas kepada Ustaz Nasaruddin iaitu Dato' Paduka Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu turut memperolehi pencalonan yang tinggi dari perwakilan.
"Tidak timbul soal PAS menolak golongan profesional dengan kemenangan Ustaz Nasharuddin mempertahankan jawatannya (Timbalan Presiden PAS).
"Dua calon yang tidak menang seperti Dato' Husam dan Mohamad Sabu pun dapat pencalonan yang tinggi dari perwakilan PAS," ujarnya ketika dihubungi, semalam.
Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang berpendapat pemilihan jawatankuasa baru PAS bagi sesi 2009/2011 merupakan gandingan mantap serta kombinasi yang baik antara golongan ulama dan profesional.
Katanya, keputusan perwakilan membuktikan kematangan ahli PAS memilih kepimpinan parti yang bakal menerajui perubahan.
Yahya berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak sengaja mensensasikan isu kononnya terdapat dua kumpulan dalam PAS iaitu golongan ulama dan profesional.
Menurutnya, dalam PAS semua yang bertanding adalah baik dan bagus serta tidak mempunyai kepentingan peribadi.
"Bagi kita (PAS), semua yang bertanding itu baik dan bagus-bagus belaka. Hasrat perwakilan pula untuk memilih yang terbaik,"ujarnya.
Katanya, pertandingan dalam PAS tidak seperti yang berlaku dalam pemilihan parti Umno yang menggunakan politik wang atau rasuah. - azm/mks. _ ... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
PAS Ganti Umno Perintah Bersama PAKATAN Oleh : Nash Ar-Rawy
memerintah Malaysia insyaAllah bersama Keadilan dan Dap.
Umno bukan lagi teras atau tonggak parti pemerintah dengan rakyat bukan Islam dan Bukan Melayu tiada lagi mempercayai Umno atau meletakkan harapan pada Umno . Lebih-lebih lagi Umno telah mempamirkan kerakusan dan gilakuasanya merampas kuasa ( Kudeta ) kerajaan negeri Perak dengan memperalatkan PDRM , SPR dan Mahkamah .
Rakyat bukan Islam dan Bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India yang selama ini
selaku 'Undi Penentu' yang memberikan kemenangan kepada Umno selama 50 tahun untuk memerintah Malaysia bersama Perikatan dan Barisan Nasional sudah dapat melihat dan memahami wajah Umno yang sebenar.
Bahkan mereka juga selama ini tertipu dengan MCA , GERAKAN dan MIC yang mengkayarayakan
kroni masing-masing dan meminggirkan rakyat marhein. Namun, untuk mendapatkan kembali mandat daripada pengikut mereka ; isu perkauman ditiupkan dan sentimen kaumiyyah assobiyyah di lakukan sebagai sandiwara politik Umno /BN sebagai alat penyambung hajat mereka yang sudah pun sampai ke penghujung itu.
Manakala orang -orang Melayu dan kaum Bumiputra pula di gula-gulakan denga DEB yang mengkorunkan ramai ahli politik Umno sebagai " OKB -OKB Elit-Umnoputra " Yakni, Kekayaan Suku-Sakat ; yang sarat dengan rasuah politik, kronisma , nepotisma sebagai kanser yang tiada lagi obot untuk menyelamatkannya sepertimana kenyataan bekas Presiden Umno sendiri, Tun Mahathir dalam blognya.
Justeru itu , ternyatalah fahaman nationalist sesat sama dengan sesatnya ajaran komunis tiada upaya untuk menyelamatkan bangsa , agama dan negara; kerna ciptaan manusia bukan dari Tuhan ; sebaliknya memporakperandakan negara dan bangsa. Apalagi sentimen perkauman yang di cetuskan oleh Gerakan, MCA disandirawarakan bersama Umno sebagai talian hayat mereka.( Hadis Nabi : "Barangsiapa yang tegakkan assobiyyah adalah sesat" )
Kekuatiran Umno makin memuncak apabila Kelab Penyokong PAS sudah pun mencecah angka 20,000 keahlian dan ramai lagi bukan Melayu menganggotai Keadilan. Ini bermakna isu Perkauman dan pembangunan yang dijuarai oleh Umno, MCA, Gerakan, MIC selama ini sudah tiada boleh digunapakai lagi dan sudah ketinggalan zaman dan lapuk( 'out-dated ' )
Umno sekarang ibarat bahtera yang menunggu masa untuk karam. Justeru itu, sudah tiba masa dan ketikanya PAS menggantikan Umno sebagai bahtera yang bersih daripada penyakit Umno seperti terbukti pemerintahan telus, dinamik dan islamiknya di Kelantan, Terengganu dan Kedah bersama rakan Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor .
Kelantan khususnya menjadi model 'living example" sistem pemerintahan Islam yang berasaskan Negeri Berkebajikan tanpa kira ras, agama , fahaman politik dan anutan memberikan keadilan sejagat kepada semua anak Adam tanpa mempermainkan isu perkauman dan pembangunan yang menjadi teras politik Umno.
Keamanan dan kesejahteraan rakyat jelas terpapar dalam Kerajaan Pakatan dan kebebasan serta ketelusan dinikmati oleh rakyat berbilang kaum tanpa menjadikan sentimen perkauman sebagai sandiwara politik mereka sebagaimana Umno , MCA, dan Gerakan.
Justreru itu , trend kemenangan rakyat di beberapa PRK secara berturut-turut itu insyaAllah akan terus menjadi momentum yang kekal dan berterusan sehinggalah pada PRU yang ke 13 nanti, InsyaAllah.
Dimana PAS sudah pun diterima rakyat berbilang kaum dan tiada lagi ditakuti mereka dengan momokan Umno sebagai parti ektrimis begitu juga wajah DAP tiada lagi di lihat oleh PAS dan Keadilan sebagai Chauvinist extreme Cina. Ini terbukti dengan sokongan padu DAP kepada Nizar selaku MB rakyat( Bukan MB Mahkamah ) dan kemenangan selesa nizar dengan sokong warga Cina dan DAP kepada PRK di Bukit Gantang. Ini bukti kemantapan gandingan PAS dengan Pakatan yang dikagumi rakyat semua kaum di Malasysia .
Justeru itu , Islam yang menjadi teras perjuangan PAS bukan sahaja sudah mula di terima dan difahami oleh warga Cina dan India , bahkan diterima dengan dada dan fikiran yang lapang oleh DAP. Bahkan ada kalangan pemimpin DAP yang sering berceramah dengan Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am PAS sudah mula mendekati Al Qur'an dan menjadikan Al Qur'an sebagai rujukan dalam ceramah mereka. Bahkan Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa segan silu dan bangganya mengisytiharkan sistem pemerintahan Islam kalifah Omar Abdul Aziz sebagai model sistem pemerintahan Pakatan di Pulau Pinang.Ternyata Islam bukan cetus 'Anarchy' tapi Aman
Tenyatalah sekarang penyelamat Agama, Bangsa dan Negara adalah Islam dan PAS sebagai tonggak dan teras politik Malaysia sekarang sudah upaya gantikan umno sebagai Bahtera Penyelamat Malaysia dan ummah bersama Pakatan. InsyaAllah Hu Ta'ala. Sewajarnyalah ahli umno memasuki PAS atau Keadilan demi kebenaran dan keadilan bersama, yakni: PAS 4 all.
" PAS BAHTERA PENYELAMAT GANTI UMNO DAN TERAS POLITIK MALAYSIA "
" Alla Hu Akbar ! Alla Hu Akbar! Alla Hu Akbar ! "
Oleh : Nash Ar-Rawy/ 08.06.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Sunday, June 7, 2009
Tiada Agenda Dgn Umno Ahlinya Masuk Pakatan
| Jangan sekali-kali bersekongkol dengan Umno - Pemuda PAS |
| Intan Abdullah Sun | Jun 07, 09 | 12:27:40 pm MYT | |||||||
| SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.
"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian. "Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak. Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan. "Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka. "Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini. "Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya. Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut. "Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan. "Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi. Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN. - mns_ | |||||||
Tiada Gabungan Dgn Umno dan PAS Gantinya
| Tolak perpaduan dengan Umno, jadikan 'PAS the only choice' - Vincent |
| Wan Nordin Wan Yaacob Sun | Jun 07, 09 | 12:46:28 pm MYT | |||||||
| SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS (KPP) menegur pihak-pihak yang menggunakan istilah 'perpaduan' yang hanya memberikan pandangan 'negatif' bukan Islam terhadap PAS.
"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini. Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya. Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent. Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya. "Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya. "Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita. Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul. "Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya./wann _harakah ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com ) | |||||||
PAS Ganti Umno & Ahli Umno Masuk PAKATAN
| PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS |
| Wan Nordin Wan Yaacob Sun | Jun 07, 09 | 4:01:36 pm MYT | |||||||
| SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini. Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam. PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya. Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam. Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga. Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional. Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu. Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya. "Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya. Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia. Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan". Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubahan'./wann _...harakah | |||||||
EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14