D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15
Wednesday, June 3, 2009
Pemuda PAS Pemimpin Generasi Baru Dinamik
Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan gadai prinsip! - Salahuddin
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Wed Jun 03, 09 11:06:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.
Iklan
"Selain berhadapan dengan Pemuda Umno yang menjadi pesaing utama kepada Dewan Pemuda PAS, kita juga turut bertemankan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menjadi komplimenter dalam memperkasakan Pakatan Rakyat.
"Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin muda yang muncul dan memimpin AMK dan DAPSY pada masa ini. Mereka adalah generasi baru yang mewakili aspirasi baru Malaysia yang menolak gagasan sempit yang berasaskan kaum atau sentimen-sentimen sempit yang lain.
"Mereka sekarang sedang bercakap soal ketelusan pentadbiran, keadilan undang-undang, keadilan sosial, kecekapan kerajaan dan kestabilan ekonomi yang menjadi isu pokok ke arah Malaysia sebuah negara maju dan berkebajikan," kata Salahuddin dalam ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Taman Melewar hari ini.
Ujar beliau lagi, isu-isu yang bersifat perkauman, keagamaan yang sempit, sentimen kedaerahan dan seumpamanya sudah tidak relevan kepada generasi baru Malaysia. Inilah persoalan yang membuatkan parti-parti perkauman dalam BN kini kehilangan dukungan rakyat, khususnya golongan muda.
Bagi Dewan Pemuda PAS, perkembangan ini perlu dilihat secara positif, dan pemuda sendiri mesti berperanan secara positif juga supaya PAS terus diterima di pentas politik negara, katanya.
Beliau percaya AMK dan DAPSY telah mempunyai rancangan-rancangan kerja jangka panjang masing-masing bagi menangani perubahan ini, maka generasi baru Pemuda PAS juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik dalam memperkukuh Pakatan Rakyat, katanya.
"Kita bukanlah "sleeping partner" kepada Pakatan Rakyat atau sekadar pelengkap sahaja, tetapi Pemuda PAS mahu PAS menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat dalam menamatkan kezaliman, penindasan dan penyelewengan BN," katanya.
Pemuda PAS adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan PAS ini termasuk dalam kerajaan dan dalam pakatan untuk mengembleng rakyat semuanya yang perlu diberikan suntikan perangsang yang baru, katanya.
"Saya bukan bermaksud supaya PAS menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut kita, kerana saya sedar semua parti adalah komplimenter antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja PAS dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dipertingkatkan," ujarnya.
Tujuan utama memberikan penekanan terhadap proses mempertingkatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerana mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan, ujarnya.
Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat di semenanjung ini dan BN kini hanya bertahan dengan sokongan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, katanya.
"Kita telah diberi peluang oleh rakyat untuk membuktikan apa yang kita war-warkan apabila lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan telah berada di tangan kita dapat dimanifestasikan.
"Keyakinan rakyat ini mesti diterjemahkan kepada dasar-dasar kerajaan yang telus, bersih dan berkebajikan supaya kemenangan kita dapat dipertahankan. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab kita bersama dan tidak timbul langsung soal kita ingin memisahkan diri daripada pakatan ini," tegasnya.
Salahuddin juga menyeru kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan PAS setelah setahun Pakatan Rakyat dibentuk, supaya dapat menilai dan memuhasabah pencapaian ke arah pembaikan.
Ahli-ahli juga PAS perlu memahami bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang tidak syar�ie atau dibuat semata-mata untuk kepentingan politik semasa sahaja.
Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan prinsip yang berbeza dengan kerjasama BN, katanya.
PAS akan tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangannya tanpa menggadai prinsip.
Ujarnya inilah yang membezakan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam BN kerana ujarnya Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu./wann _ --> ..... Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
PAS/PAKATAN Kerajaan Alternatif Ganti Umno/BN
Harapan besar rakyat terhadap perwakilan muktamar PAS
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net,my Wed Jun 03, 09 11:31:06 am MYT
Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 berlangsung minggu ini, di Stadium Malawati, Shah Alam. Muktamar kali ini adalah antara yang terbesar dan terpenting dalam sejarah politik PAS.
Iklan
Muktamar kali ini, bakal menentukan kepimpinan PAS masa hadapan di peringkat Pusat bagi sesi 2009-2011. Termasuk menentukan kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Muktamar bermula hari ini dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar, manakala esok akan berlangsung Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor di Shah Alam dan Dewan Muslimat PAS di bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sudah tentu muktamar ini mempunyai tarikan dan tumpuan besar, bukan sahaja daripada ahli, penyokong PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, malah ianya bakal menjadi tumpuan rakyat Malaysia seluruhnya.
Muktamar menjadi tarikan dan tumpuan utama bukan semata-mata kerana wujudnya pertandingan jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS semata-mata.
Yang terutama sekali, rakyat khususnya majoriti umat Islam-Melayu, mahu melihat bagaimana hasil muktamar nanti, PAS boleh meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada Umno.
Alternatif bukan sekadar menggantikan Umno sebagai parti dominan orang-orang Islam-Melayu, tetapi sebagai pengganti peneraju negara, dengan menjadi parti paling utama dalam gabungan baru dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk tidak lama lagi.
PAS kali ini berada di posisi yang terbaik untuk mengorak langkah ke hadapan. PAS mempunyai elemen kepimpinan yang menepati cita rasa rakyat, iaitu pemimpin yang berilmu, komited, bersih, jujur serta amanah.
Sejarah politik tanah air menunjukkan keampuhan kepimpinan dan dasar-dasar perjuangan PAS, bahawa sejak sebelum merdeka lagi PAS sudah berada di persada politik untuk memperjuangkan Islam, hak rakyat dan keadilan sejagat.
Hari ini PAS bukan lagi dianggap sebagai parti Islam yang hanya memperjuangkan nasib orang Islam-Melayu sahaja. PAS bukan parti kampung, PAS bukan lagi parti untuk kelompok bangsa atau agama yang tertentu sahaja.
PAS kini mempunyai ribuan pendokong dan penyokong dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam yang menerima dasar-dasar serta perjuangan PAS di bawah kepimpinan ulama.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS, merupakan dua tokoh ulama yang disegani dan didukungi masyarakat berbilang kaum dalam negara.
Ketokohan kedua-duanya, dan ketelusan pemerintahan kerajaan negeri di bawah kepimpinan mereka, menghasilkan keyakinan yang cukup mendalam di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun kerajaan negeri di bawah kepimpinan keduanya sebelum ini, diserang dengan pelbagai kecaman dan tohmahan dari parti lawan, disekat bantuan perkapita, ditarik royalti minyak dan dihalang daripada menerima kemasukan pelabur asing, namun kerajaan negeri di bawah teraju PAS terus mendapat sokongan rakyat.
Rakyat memberikan sokongan jitu, tanpa berbelah bahagi kepada PAS apabila mereka melihat kesederhanaan Menteri-Menteri Besar dari PAS. Rakyat yakin dengan kebersihan kerajaan dari sebarang elemen rasuah.
PAS mampu menerajui kerajaan dengan gaya pemerintahan yang cukup sederhana, telus, tulus dan bebas daripada rasuah.
Yang utama sekali, selain menjaga kepentingan orang-orang Islam-Melayu, kerajaan negeri PAS tetap memberikan layanan, mengutamakan kebajikan dan kesamarataan bagi rakyat yang bukan Melayu atau bukan Islam.
Keunikan ini tercetus daripada ideologi Islam yang menjadi asas utama perjuangan PAS. Sesiapa sahaja yang menerajui PAS, seharusnya terus berpegang utuh dengan dasar-dasar seperti yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.
Kejituan dan keunikan ideologi ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada PAS untuk merealisasikan dan memposisikan dirinya untuk seluruh rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan 'PAS untuk semua' atau 'PAS for all'.
Jelas, PAS tidak lagi boleh berundur kebelakang. PAS harus terus maju, menjadi parti alternatif kepada Umno, melangkah gagah untuk meneraju kepimpinan negara.
Kepada perwakilan muktamar PAS dari seluruh negara diucapkan 'Selamat Bermuktamar'. _ -->...... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Tuesday, June 2, 2009
Gambaran ' Police State ' dan ISA Authokrasi Umno
Zaid perkata tentang negara polis,komunisme dan perkauman
.fullpost{display:inline;}
Saya kagum dengan pandangan begitu telus dan jujur seorang bekas menteri, seorang pemimpin, Ketua Bahagian UMNO yang dinafikan haknya dengan cara memperbodohkan ahli-ahli UMNO sendiri. Dengan karektornya yang selamba tetapi tegas, beliau melihat isu dari penjuru fakta dan perundangan. Artikel beliau ini sesuai untuk anda yang mencari perbandingan pro dan kontra setelah amat keliru dengan situasi "polis politik" serta kelembikan menteri dalam negeri melihat isu rakyat secara terbuka dan tepat. - FAUZI IRWAN SHAH Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara Polis (’Polis State’).Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang ramai bersuara, yang merupakan amalan biasa di sesebuah negara bebas dan demokratik.Kita dapat lihat bahawa pasukan polis lebih ditakuti dan bukan dihormati. Bloggers seperti saya juga turut berada dalam pemerhatian mereka. Undang-undang yang digunakan mereka telah menyekat kebebasan rakyat. Di dalam sebuah ‘Police State’, Polis boleh mengambil tindakan atas apa sahaja yang ditafsir atau dianggap berbahaya kapada kerajaan.Ini membolehkan mereka menyekat apa sahaja kegiatan orang awam yang dianggap menjejaskan kententeraman awam. Hari ini rakyat ditangkap kerana memakai baju warna hitam, menjual CD, tidak mahu makan, berkumpul secara aman dan sebagainya.Rakyat ingin tahu mengapa Menteri yang bertanggungjawab terus-terusan membiarkan polis bertindak sedemikian? Besar kemungkinan Menteri juga sudah tidak mampu atau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pihak polis. Mungkinkah Ketua Polis Negara lebih berkuasa dari Menteri?Saya masih lagi ingat tentang soal penubuhan IPCMC yang dicadangkan oleh Pak Lah dahulu. IPCMC merupakan satu cadagan baik pada tahun 2004 supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa, kepincangan etika dan amalan rasuah yang sering berlaku dalam pasukan polis negara.Cadangan ini merupakan saranan Tun Dzaiddin dan Tun Haniff serta ahli-ahli lain Suruhanjaya DiRaja pada masa itu. Menurut laporan mereka terdapat banyak kepincangan dan kelemahan polis yang ketara. Walaupun Pak Lah berniat baik untuk menubuhkan IPCMC dan merealisasikan saranan Tun Dzaiddin ini, pihak polis telah menolaknya secara terbuka.Saya tidak fikir dalam sebuah negara demokrasi lain seperti Australia atau India, pihak polis mereka berani menentang secara terbuka akan dasar yang diusulkan oleh seorang Perdana Menteri. Namun di Malaysia, begitulah berkuasanya seorang Ketua Polis Negara.Saya juga teringat tentang kuasa polis dalam isu dadah. Parlimen telah lama menggubal rang undang-undang khas untuk penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan. Menurut undang-undang ini, segala isu mengenai dadah, sama ada kawalan siasatan dan rehabilitasi adalah tanggungjawab dan di bawah kuasa agensi ini.Ini sebenarnya telah diamalkan di negara Filipina dan Amerika Syarikat. Peruntukan berjuta-juta ringgit telah disediakan untuk menggerakkan agensi dengan kakitangan yang cukup. Namun sehingga hari ini, polis masih juga bertanggungjawab dan berkuasa dalam hal ‘prevention enforcement’ dan siasatan kes dadah.Mereka akan membuat keputusan mengenai segala aspek kes dadah dan bukannya Agensi Dadah Kebangsaan. Kononnya agensi yang baru ditubuhkan itu tidak mempunyai pengalaman menjalankan tugas-tugas tersebut. Begitulah berkuasanya Polis DiRaja Malaysia sehinggakan Parlimen atau Perdana Menteri tidak boleh menukar apa sahaja yang mereka tidak restui.Parlimen sebenarnya memberi kuasa yang luas kepada polis di bawah the Police Act 1967. Maklumlah kita sebuah negara yang masih di bawah pengisytiharan darurat. Kita juga mempunyai sejarah hitam seperti peperangan dengan komunis dan peristiwa 13 Mei.Kuasa luas yang diberikan itu perlu dilaksanakan secara sederhana dan penuh bijaksana mengikut keadaan politik dan keperluan semasa. Contohnya, walaupun undang-undang memerlukan rakyat memohon permit polis apabila mengadakan perhimpunan lebih dari 4 orang, tetapi wajarkah kita mengikut peraturan ini jika perhimpunan mereka itu tidak membahayakan masyarakat?Jika mereka mahu pakai baju hitam dalam perhimpunan itu juga saya rasa tidak berbahaya dan tidak perlu ditangkap. Tetapi begitulah hakikatnya Malaysia pada hari ini. Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong mereka ditangkap semata mata berhimpun secara aman dan memasang lilin. Mereka juga ditangkap kerana mereka mahu berlapar selama 3 hari.Ini semua berlaku kerana dalam sebuah ‘Police State, sesetengah kumpulan orang awam dianggap musuh kapada pihak polis. Apabila musuh berkumpul maka tindakan menangkap mereka akan dilakukan. Namun jika yang berhimpun itu bukan musuh dan tidak mempunyai permit, ia dibenarkan tanpa tangkapan.Malang sekali nasib Malaysia. Polis sepatutnya tidak memihak kepada sesiapa dan tidak ada musuh dari kalangan rakyat.. Polis perlu bertindak secara professional dan adil dalam menjaga keamanan negara. Bukan menjaga Barisan Nasional sahaja.Polis tidak perlu terlalu mendengar pandangan orang-orang politik. Menurut Rais Yatim dan Ahmad Zahid Hamidi, ada pula musuh baru sekarang ini. Kumpulan yang mahu hidupkan komunisme.Agaknya Pak Menteri membuat kesimpulan begitu kerana ada segelintir orang Cina yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Ramai orang bersimpati dengan hasrat Chin Peng mahu kembali dan mati ditanah Malaya. Ini tidak bererti mereka ini mahu hidupkan Komunisme.Jauh bezanya antara mahu menghidupkan Komunisme dengan rasa kemanusiaan yang membenarkan Chin Peng pulang. Lagipun ramai peguam , di antaranya dari International Bar Association berpendapat Chin Peng ada hak untuk pulang ke tempat lahirnya. Cuma mahkamah kita tidak bersetuju dengan hujah tersebut kerana Chin Peng tidak mempunyai sijil kelahiran. Saya tidak pasti jika Malaya pada waktu itu memberi kemudahan pendaftaran kelahiran anak, terutama sekali di Baling, Kedah.Berbalik semula kepada isu kononnya terdapat minat orang ramai kepada Komunisme seperti yang disebut oleh Pak Menteri. Orang-orang Cina di Negara China pun telah menjadi Kapitalis besar dan selesa. Mereka ini berniaga dalam ‘Free Market Capitalism’.Ini adalah sama dengan rakyat Malaysia berketurunan Cina. Mereka juga selesa dengan sistem Kapitalis di Malaysia. Tidak masuk akal jika mereka mahu bertukar kepada sistem Komunis. Jadi apakah tujuan ahli-ahli fikir UMNO dalam memperbesarkan soal Komunisme hari ini? Janganlah kita melaga-lagakan rakyat dengan mencipta musuh baru.Tidak cukupkah kita berjaya memecah-belah rakyat selama ini kerana politik?Jika ada yang bersetuju dengan cadangan supaya Chin Peng pulang ke Malaysia kerana dia hendak menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia, itu tidak bererti bahawa dia adalah Komunis atau mahu menghidupkan ideologi Komunis. Dia seorang rakyat Malaya.Usia Chin Peng pun sudah tua. Mustahil dia boleh membuat kekacauan lagi. Pengaruh Komunisme telah lupus. Lagipun pihak polis cekap seperti yang ada sekarang sudah tentu berupaya mengawal keselamatan negara. Saya terfikir, jika Chin Peng itu seorang Melayu, apakah pendirian dan emosi kita akan sama? Utusan Malaysia berkempen secara agresif agar Chin Peng tidak dibenarkan pulang.Sehubungan itu gambar- gambar veteran tentera keselamatan yang cedera dan kehilangan kaki dipamerkan. Memang benar, Chin Peng dan komunis berperang dengan kerajaan Malaya pada masa itu. Memang Chin Peng dan komunis kejam. Termasuklah Rashid Maidin dan Shamsiah Fakih. Dalam peperangan itu, kedua-dua pihak telah terpaksa melakukan kekejaman.Jepun juga pernah berlaku kejam kepada kita semasa zaman pemerintahannya. Lebih kejam daripada Chin Peng. Namun kita tetap memberi pelukan yang sangat rapat kepada Jepun. Kita juga memberi kontrak besar kapada syarikat milik Jepun kerana Jepun memberi pinjaman wang kepada kita.Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku dalam peperangan melawan British. Yang melawan British, ada komunis, ada yang berhaluan kiri (leftist) dan ada juga nasionalis .Ada bermacam-macam kumpulan. Namun mereka semua menetang British dan menuntut kemerdekaan.Kadangkala sejarah pahit lama hanya akan diterima apabila kita membuang rasa dendam dan digantikan dengan sifat kemanusiaan. Bila kita menyimpan dendam terhadap musuh, ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Lihatlah di Afrika Selatan. Kerajaan kulit putih dan polis risik kerajaan apartheid telah membunuh dan berlaku kejam terhadapan ratusan ribu rakyat kulit hitam Afrika Selatan.Ramai yang telah hilang dan telah mati dalam penjara. Namun Nelson Mandela tidak mahu berdendam. Sebaliknya beliau menubuhkan Badan ‘Reconciliaion and Truth’. Beliau mahu kedua-dua pihak hitam dan putih bersama-sama mencari kebenaran tentang apa yang berlaku dalam zaman apartheid.Tujuannya ialah untuk mengajar rakyat supaya bermaaf-maafan dan menghentikan prejudis serta persengketaan antara kaum. Amnesty atau pelepasan dari tindakan undang-undang diberi kapada pihak pihak yang terlibat. Ini supaya mereka tidak lagi berdendam dan menghentikan kekejaman antara satu sama lain. 15 tahun dahulu di Rwanda, orang Tutsi dan Hutus berperang saudara.Kedua-duanya rakyat Rwanda. 800,000 rakyat mereka dari kedua-kedua kaum terbunuh dan dalam tempoh 8 bulan iaitu waktu kegilaan memuncak. Presiden baru telah memanggil semua kaum dan mengadakan dialog serta perbincangan tentang apa yang telah berlaku.Mereka menceritakan apa yang menyebabkan mereka benci dan membunuh satu sama lain. Mengapakah puak Tutsi tidak membenarkan Hutus memasuki perkhidmatan kerajaan? Mengapa Hutus tidak banyak mempunyai urusan perniagaan dan sebagainya? Mengapa hanya pasukan tentera Hutus yang layak menduduki jawatan tinggi.Dialog in berjalan tahun demi tahun dan telah menjadi satu penawar yang kuat dan membolehkan Negara kecil Rwanda kembali aman. Hari ini Rwanda mengamalkan sistem demokrasi yang baik dan ekonominya kukuh kerana mereka sudah tidak lagi bermusuh. Itulah kelebihan bangsa dan negara yang tahu serta mempraktikkan nilai kemaanusian.Mereka sanggup bermaafan antara satu sama lain dan bukannya sengaja mencari musuh. Buang yang keruh, ambil yang jernih.Amatlah sukar bagi UMNO untuk berbuat demikian. Mahu minta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat pun mereka enggan. Masakan mereka sanggup melupakan Chin Peng? Saya harap sekalipun kerajaan tidak mahu Chin Peng kembali, janganlah sampai menuduh mereka yang bersimpati dengan hasrat Chin Peng mahu mati di Malaya sebagai musuh kerajaan.Biarlah rakyat bersuara dan menunjukkan pendirian mereka sendiri. Jangan terlalu mudah mengkategorikan rakyat dan menganggap golongan cina sendiri sebagai musuh. Ini semua adalah timbul dari perbezaan pendapat kerana perspektif sejarah yang rumit dan tidak banyak diketahui umum.Posted by byPASs at 11:04 PM /blog bypass308.blogspot.com
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:23 AM
5 ulasan:
Tanpa Nama berkata...
Iniah satu2nya melayu jati yg berpandangan luas & jujur di kalanagan ahli2 UMNO.Tapi Encik Zaid sudah bukan ahi Umno lagi...
6/01/2009 5:10 PM
Tanpa Nama berkata...
Penyebab utama kenapa polis bertindak demikian ialah kerana dikuasai oleh orang politik melalui "menteri dalam negeri". Elok diisytihar je PDRM tu sebagai Cawangan UMNO. Biar semua orang tahu.Bolehla parti-parti lain tubuhkan polis masing-masing. baru adil.-catatan geram-
6/01/2009 7:21 PM
Tanpa Nama berkata...
Zaid, masuk PR le..jdkan platform prjuangan mike.. yg penting tolak rasuah habis-habisan. NO COMPROMISE.
6/01/2009 8:47 PM
hassan berkata...
terima kasih kepada ZAHID keran berani memberi pandangan amat baik & berkesan
6/02/2009 7:34 AM
Hanz_Azdi berkata...
Tak per bior ler dier solo & neutral..takper eih! janji dier menulis dgn tenang lagi ikhlas tanpa memihak kpd mana-2 pihak politik. Ini krn. pandangan tersebut akan jua menguntungkan Pakatan Rakyat dr. masa ke semasa...org skrang dah cerdik politik & tau menilai.
6/02/2009 9:19 AM
Beriman Dengan Allah Dan Jauhi Thoghut
Islam jalan penyelesaian krisis ekonomi untuk orde dunia yang baru dan adil - Presiden PAS
MUQADIMMAH: Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) di Istanbul pada 28 – 30 Mei 2009. Tuan Guru telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam Sesi Protokol Pertama, selepas dari ucapan Prof Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party, Turki) dan Prof Dr Burhanuddin Rabbani (Mantan Presiden Afghanistan). Dalam ucapan beliau, Tuan Guru telah menjelaskan mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya menurut Islam. Ucapan adalah disampaikan dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan seperti di bawah. Teks asal dalam Bahasa Arab boleh diperolehi dari Blog Presiden PAS di alamat http://presiden.pas.org.my/KRISIS ekonomi dunia telah dianggap sebagai tajuk yang paling utama di mana-mana perhimpunan, seminar-seminar tempatan, antarabangsa mahupun di seluruh dunia, keutamaan ini diberi kerana ianya berkaitan dengan ekonomi yang merupakan matlamat yang paling utama bagi seluruh idealogi-idealogi ciptaan manusia melainkan Islam.Blok Komunis di timur yang telah pupus pada kurun yang lepas selepas beberapa dekad mendominasi, dan dikatakan bahawa punca kehancuran mereka adalah bermula dengan kehancuran dari sudut ekonomi.Maka demikianlah juga kebimbangan sedang melanda blok barat yang di bina di atas fahaman Liberalis-kapitalisme terhadap krisis ekonomi yang sedang berlaku sekarang, walaupun kedua-dua blok ini (timur dan barat) bergantung kepada kekuatan kebendaan dengan menjajah negara-negara yang lemah bagi membina ketamadunan mereka, penjajahan yang di lakukan oleh mereka dengan berbagai cara samada dengan cara lama iaitu dengan cara kekuatan (ketenteraan) atau penjajahan dengan bentuk serta cara yang baru iaitu memanipulasi dan penipuan.Dunia Islam yang telah di kurniakan dengan hasil yang banyak di dalam perut bumi mereka serta terdapat banyaknya tenaga-tenaga buruh dan pasaran yang luas, kesemua ini telah di rampas oleh penjajah timur dan barat, dan tanahair umat Islam pula telah di bahagikan berdasarkan kepada perjanjian-perjanjian yang dilakukan sesama mereka. Manakala umat Islam pula di pecahkan mengikut suku kaum dan juga etnik, sementara itu akal pemikiran mereka pula di tawan oleh fahaman-fahaman serta idealogi-idealogi asing.Dengan tidak melupakan krisis-krisis yang telah menimpa mereka, serta apa yang telah dialami oleh negara-negara yang berpegang dengan ideologi tersebut samada dari Blok Timur pada awalnya atau kemudiannya Blok Barat di semua sudut dan peringkat, samada individu ataupun masyarakat, politik mahupun pendidikan, hubungan sesama manusia di peringkat tempatan atau antarabangsa, inilah krisis-krisis yang datang sebelum datangnya krisis ekonomi ini, Dan harus di ingat bahawa di sana tiada ruang untuk kita memisahkan di antara krisis ini (yang melanda timur dan barat) dengan krisis ekonomi yang sedang berlaku sekarang.Punca terhadap perkara ini jelas dan nyata ianya berpunca daripada Ideologi Sekularisme yang telah memisahkan agama dan juga hal ehwal kehidupan, slogan mereka cukup jelas iaitu Agama itu bagi Allah dan Negara itu bagi kita dan kita adalah manusia yang akan mengurus mengikut kehendak kita, biarkan bagi Allah itu untuk Allah dan apa yang bagi pemerintah itu untuk pemerintah.Barat yang merupakan kiblat bagi golongan Sekularis ini telah mengalami krisis kemanusiaan secara total sebelum ditimpa dengan krisis ekonomi ini lagi, kerana Sekularisme yang di lahirkan daripada Ketamadunan Barat itu adalah percikan daripada Ketamadunan Islam yang di selewengkan dengan memisahkannya daripada agama serta mengubahnya dengan mengikut acuan masyarakat barat Kristian.Keadaan negara barat di mana lahirnya fahaman Sekularisme ini pada ketika itu adalah di perintah oleh ahli-ahli Agama dan Ilmuwan yang sentiasa bertelagah di antara satu sama lain Keadaan ini berlaku adalah kerana lemahnya Agama Kristian yang telah sedia menyeleweng daripada Risalah Kenabian yang sebenarnya. Dan di belakang gerakan ini adalah golongan Fremasson dan Zionis, maka ideologi-ideologi yang memerintah negara-negara samada dari sudut politik, dasar negara ataupun pentadbiran serta ekonominya telah diuruskan mengikut acuan-acuan tersebut, yang jelas menampakkan ianya sebagai suatu kelemahan dan kegagalan bagi menyelesaikan masalah umat dalam semua aspek termasuklah juga aspek ekonomi.Agama pada pandangan mereka tidak dapat memandu serta tidak dapat menguruskan hal ehwal kehidupan, bagi mereka politik dan ekonomi tidak di imbangi oleh akhlak, pahala, dan dosa, mereka juga mengingkari pembalasan pada hari akhirat yang semestinya lahir dari keimanan yang teguh dari dalam hati, dan perlu di ingati bahawa hati itu adalah segumpal darah yang mengawal seluruh jasad, apabila baik (segumpal darah) itu maka baiklah seluruh tubuh, dan apabila rosak ia, maka rosaklah seluruh jasad.Islam menyandarkan seluruh hal ehwal kehidupan kepada agama, dengan petunjuk daripada wahyu serta eksperimen aqliah yang bijaksana, kerana wahyu itu daripada Allah dan diturunkan kepada Rasul yang di pilih oleh Allah dari kalangan hamba-hambanya yang terpilih dan bukannya dipilih oleh orang ramai di dalam pilihanraya demokrasi atau pilihanraya diktator.Kerana kebijaksanaan itu ialah barang kejijiran orang beriman di mana sahaja ianya di jumpai maka ianya adalah miliknya. Sesungguhnya Islam telah memainkan peranan yang bersejarah dalam memimpin dunia semasa zaman keemasannya. Umat Islam telah membina ketamadunan yang baru dengan menggunakan pengajaran-pengajaran serta ilmu-ilmu Islam itu sendiri serta membetulkan tamadun-tamadun yang wujud sebelum daripada itu dengan membaiki serta memperbaharuinya, dan Islam telah mengubah peta dunia selepas kejatuhan Rom dan Parsi.Islam juga telah mengutuskan kumpulan-kumpulan yang berdakwah serta membuka negara-negara di seluruh dunia, kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada gerakan politik, ekonomi dan juga ketenteraan Islam telah bertebaran diseluruh dunia, tujuannya adalah untuk melakukan reformasi serta tajdid, tujuannya adalah untuk menyebar luaskan Islam. Seluruh dunia pada waktu itu hidup dalam keamanan, keadilan dan sejahtera.Pembukaan-pembukaan yang dilakukan terhadap negara-negara oleh Islam pada waktu itu bukanlah bertujuan untuk menjajah kerana pembukaan tersebut tidak memaksa rakyat untuk memeluk Islam serta tidak menceroboh kebebasan serta harta benda mereka, pemerintahan Islam didirikan di kalangan majoriti rakyat yang bukan Islam, mereka memeluk Islam beramai-ramai kerana melihat kesempurnaan agama ini, manakala baki yang engkar tetap terus dengan penyembahan mereka dan hidup di kalangan majoriti umat Islam sehingga ke hari ini.Adapun kejatuhan Khilafah Islam adalah kerana pada ketika itu umat Islam dan kerajaannya kurang beramal dengan ajaran Islam walaupun sebenarnya ajaran Islam ini tetap memberikan petunjuk serta kebaikan pada setiap masa dan tempat, begitu juga kejatuhan ini adalah kesan daripada serangan pemikiran dan seterusnya mengakibatkan penjajahan negara-negara Islam serta penerusan pelaksanaan ideologi-ideologi penjajah ini walaupun negara umat Islam itu telah mencapai kemerdekaan.Pemerintah-pemerintah yang terdiri daripada anak bangsa itu sendiri terikat dengan jalan penyelesaian yang di import dari ideologi-ideologi ini, dan akibat daripada itu kesan kegagalannya yang total telah di rasai oleh keseluruhan ummat.Para penganalisa telah bersepakat bahawa dunia sekarang ini sedang berdepan dengan krisis ekonomi, bermula daripada kejatuhan dan kegagalan Komunis, namun kerajaan-kerajaan yang dahulunya menganut ajaran Komunis telah bangkit kembali dan mengubah dasar mereka kepada pragmatik dan terbuka, maka dengan sendirinya mereka telah merobohkan dinding besi yang telah memisahkan antara dua blok iaitu timur dan juga barat, dan tinggal selepas itu fahaman dan golongan kapitalis liberal sehingga ada yang menyatakan bahawa golongan dan fahaman ini akan terus kekal selama-lamanya.Walaubagaimanapun tanda-tanda keruntuhan golongan ini juga sudah mula kelihatan lantaran buruknya amalan yang di lakukan oleh mereka seperti riba, penipuan dan monopoli. Hubungan politik mereka juga rosak dan musnah, walaupun dalam keadaan saingan politik mereka telah runtuh serta pengisytiharan oder baru dunia yang tidak mungkin akan dicabar oleh sesiapa pun.Dalam menerangkan kejahatan serta kemusnahan yang di sebabkan oleh amalan riba ini perlu di ingati bahawa ianya adalah satu amalan dosa besar yang telah di beri amaran oleh Allah swt dan RasulNya saw, dan di antara mukjizat al Quran, kesalahan riba ini tidak di masukan ke dalam kesalahan Qisas ataupun hudud, akan tetapi mereka yang mengamalkan amalan ini hanya telah di istiharkan perang oleh Allah swt., firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa Riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak Menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."Dan para ulama serta ahli fikir juga telah sama-sama bersetuju bahawa krisis ekonomi ini juga sebagai petunjuk gagalnya ideologi-ideologi ciptaan ini kerana ianya telah menyalahi fitrah kejadian manusia serta menyalahi tabiat manusia yang berhubungan antara satu sama lain.Tambahan pula ideologi-ideologi ini gagal untuk memenuhi keperluan keseluruhan kehidupan manusia yang terdiri daripada roh dan jasad serta kehidupan mereka secara individu mahupun bermasyarakat. Seperti mana Komunis yang telah mengengkari agama secara total dengan mengengkari kewujudan tuhan samada sebagai sembahan atau sebagai penjaga kepada alam ini, mereka juga mengengkari akan hari pembalasan dan juga dosa, mereka hanya menumpukan kepada pembinaan masyarakat dan menyangkal tabiat semulajadi yang ada pada setiap manusia.Adapun golongan Sosialis dan Kapitalis, kedua-duanya lahir daripada asas yang satu iaitu Sekularisme yang menolak agama dalam mentadbir urusan kehidupan, walaupun mereka tidak mengengkari agama secara total sebagaimana yang di lakukan oleh golongan Komunis akan tetapi mereka tetap tidak menggunakan agama dalam menyelesaikan permasalahan manusia, walaupun menyedari kesempurnaannya.Di sana masih terdapat amalan-amalan yang di haramkan seperti riba, rasuah, penipuan serta monopoli, kesemua amalan-amalan ini menjuruskan kepada amalan memakan harta orang lain dengan cara yang tidak betul dan juga berlakunya kezaliman terhadap manusia samada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa.Sungguhpun sistem ekonomi sosialis di bawah perlaksaan Pasaran Terancang dari sudut pelaksanaan dan juga penetapan harga dan di sana tidak ada hak individu untuk menentukan pengeluaran dan juga menetapkan harga atau sebagainya, maka dengan tindakan ini pasti akan membunuh peluang manunia untuk lebih kreatif dan berinovasi, begitu juga sistem ekonomi kapitalis yang bergerak di atas idea pasaran terbuka ataupun kadang-kadang ianya dinamakan sebagai ekonomi yang berasaskan kepada permintaan, dimana ianya lahir daripada pasaran yang tidak berdisiplin dan berperaturan yang gagal untuk mencegah daripada berlakunya manopoli ataupun penguasaan serta keserakahan kepada setiap apa yang berkaitan dengan jati diri manusia serta menjaga aqidah, aqal, maruah, diri dan hartanya.Di sana pastinya terdapat persefahaman yang teguh dan kuat di antara golongan zionisme dan ideologi-ideologi yang merosakkan ini yang menjuruskan kepada pengepungan antarabangsa ke atas umat Islam, sehinggakan untuk mengendalikan setiap transaksi di dalam dunia Islam pun ahirnya akan menguntungkan pihak Negara Haram Israel.Selepas tamatnya pertelingkahan di antara Komunisme dan Kapitalisme pada abad yang lalu, kita melihat peperangan di pasaran mula tercetus di antara negara-negara Kapitalis yang dianggap sebagai kuasa besar di dalam sistem ini, Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Negara-negara Eropah serta negara-negara yang berada di dalam pengaruh dan paksi mereka.Peperangan ini tercetus lantaran peraturan yang mereka tetapkan dan yakini itu telah menggalakkan pertembungan, dan kesan dari pertembungan (di pasaran) tersebut telah merebak ke peringkat politik bahkan sehingga ke peringkat ketenteraan, ini kerana aspek ekonomi sudah menjadi faktor yang paling utama dan terpenting dalam hubungan antarabangsa dalam sistem kapitalisme.Dan apa yang sangat dikesalkan ialah Dunia Islam juga turut terkesan dengan peristiwa yang membahayakan ini, walaupun bumi umat Islam kaya dengan sumber-sumber asli serta kedudukannya yang amat strategik di dalam peta dunia ditambah lagi dengan bilangannya yang ramai di seluruh dunia, akan tetapi mereka ini seperti buih di lautan yang tidak mendapat petunjuk daripada agama mereka serta tidak mengambil manafaat dari sumbernya samada dari sudut ruhiyyah ataupun kebendaan.Dunia pada hari ini memerlukan kepada penyelesaian alternatif, sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahwa Islam telah berjaya mengemudi dan memimpin serta menyelamatkan alam ini dari kezaliman agama-agama yang sesat dan ketamadunan yang lalu kepada keadilan yang sempurna di dalam semua aspek kehidupan pada zaman keemasannya yang realistic. Umat Islam ini telah berjaya mencapai kegemilangannya serta kemuliaanya dengan agama ini.Maka dari sini wajiblah ke atas kita sebagai Umat Islam untuk bangun membebaskan tanahair kita daripada kongkongan penjajahan pemikiran yang sedang memerintah negeri dan rakyat, dan semestinya setiap perancangan di peringkat antarabangsa yang menyeluruh mestilah dibina di atas dasar Islam dan juga kesemua tindakan itu mestilah memberi kesan secara global agar ianya lebih adil kepada semua.Maka di sana mestilah di asaskan satu perancangan ekonomi yang baru di peringkat antarabangsa yang boleh mengatasi kezaliman yang di sebabkan oleh perikatan para penjajah dan zionisme yang menggunakan ideologi-ideologi yang merosakkan itu. Bertititk tolak dari perancangan yang baru ini, yang merupakan satu perancangan yang adil dengan menggabungkan kesemua negara-negara Islam telebih dahulu bertujuan untuk membebaskan Dunia Islam dari memandang ke barat dan terikat dengan kepentingan penjajah dan juga zionisme, walaubagaimanapun ianya bukan bermaksud untuk kita memutuskan hubungan kita dengan negara-negara yang bukan negara umat Islam, akan tetapi hubungan itu tetap diteruskan dengan penuh kebijaksanaan dengan mengambil kira kepentingan berhubung sesama manusia keseluruhan, dan seterusnya dapat membebaskan mereka daripada Sistem Antarabangsa yang zalim tersebut dan mengeluarkan mereka dari keadaan dunia yang zalim.Dalam keadaan kedudukan Dunia Islam yang strategi di dalam dunia ini yang meliputi beberapa benua, sebagai contoh Turki sendiri yang menjadi penyambung kepada di antara Asia dan Eropah atau sebagaimana kebanyakan negara-negara Arab yang menjadi penghubung di antara benua Asia dan Afrika, maka keutamaan mestilah di berikan kepada hubungan sesama Negara Islam kerana sumber kekuatan kita adalah daripada dalam diri kita sendiri, untuk itu adalah di cadangkan beberapa langkah iaitu:1. Mengasaskan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Bersepadu di kalangan negara-negara Islam2. Menyusun Sistem Pasaran Bersama Islam3. Bersepakat dalam menggunakan matawang tunggal (Dinar Islam) di kalangan negara-negara Islam sebagai ganti terhadap penggunaan US Dollar.4. Mengasaskan Penubuhan Badan Kerjasama Antara Budaya bagi negara-negara Islam5. Menubuhkan Sistem Kerjasama Politik dan Pertahanan KetenteraanKrisis Ekonomi Antarabangsa yang sedang berlaku telah memberi pengajaran dan pengiktibaran kepada dunia agar mereka kembali merujuk kepada peranan Islam dalam memimpin dunia serta mengambil kira peranannya untuk menyelamatkan kemanusiaan dengan celupan dan cara Allah swt.Firman Allah Taala: "Celupan Allah. dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah".
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, Jun 03, 2009 0 ulasan ... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Perpecahan Berpunca Umno Tolak Siasah Islam
Perpecahan akibat Umno tidak terima politik Islam
Nyza Ayob Wed Jun 03, 09 8:51:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Taib Azamuddin Mohd Taib berpandangan perbezaan politik berlaku apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak memahami politik Islam.
Iklan
Jelasnya, pertelingkahan berlaku apabila terdapat kalangan pemimpin politik Islam yang menjadi 'tunggangan' politik sekular serta menjauhkan politik Islam.
"Saya berharap Muhyiddin akan melihat secara lebih adil bahawa pihak yang membawa perpecahan dalam perpaduan ummah kerana Umno atau Barisan Nasional yang tidak mahu menerima politik Islam yang dibawa oleh pimpinan PAS.
"PAS sudah lama menyeru ke arah politik Islam sehinggakan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan tidak perlu ada PAS pun tidak apa sekiranya BN itu mengikut politik Islam. Persoalan sekarang ialah BN tidak menyahut atas landasan tersebut,"katanya sewaktu dihubungi.
Sehubungan itu katanya, sejak ditubuhkan PAS menyeru bukan sahaja kepada pemimpin BN sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menerima wadah politik Islam sebagai tunjang politik negara.
Tambah Ahli Parlimen Baling ini lagi, pemimpin DAP kini tidak lagi kekok untuk bersama-sama dengan PAS terutama pendekatan yang dibawa oleh PAS daripada segi kemasyarakatan dan politik. - azm_ .... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Halatuju PAS Perlu Realistik dan Kondusif
| Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno |
| Dr Dzulkefly Ahmad Tue | Jun 02, 09 | 4:58:37 pm MYT | |||||||
| Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.
Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik. Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini. Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah. Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55". Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan. Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih. Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya. Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan. Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini. Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu. Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu. Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam. Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan. Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu. Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) . Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi. Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya. PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur. PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya. Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini? Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa. Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri. Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif. Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN. Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara. Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara. PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics). Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya. Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'. PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya. Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur. PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini. Kesimpulan Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi� dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya. PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam. Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa. Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri. Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini. PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya. Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan. Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan! (Penulis adalah AJK PAS Pusat). - mr_... harakah ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com ) | |||||||
|
Monday, June 1, 2009
Hadi Di Kongres Antarabangsa
Presiden PAS di Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18
Harakahdaily Tue Jun 02, 09 10:12:38 am MYT
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Bertempat di Pusat Kajian Ekonomi dan Sosia (ESAM) pada 28 hingga 30 Mei lalu, Presiden Pas Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) di Istanbul.
Iklan
Dalam Kongres yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi itu, Ustaz Hadi telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam sesi protokol.
Beliau dalam ucapannya menjelaskan berkenaan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.
Beliau yang berucap selepas ucapan Presiden Saadat Party Prof Dr Numan Kurtulmus dan Mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani itu turut diwawancara Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia.
Turut kelihatan bersamanya dalam sesi makan malam ialah Bekas Perdana Menteri Turki, Prof. Dr Necmettin Erbakan; Presiden Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial, Mr Recai Kutan; Presiden Saadat Party, Prof. Dr Numan Kurtulmus dan Ustaz Rashid Ghanoush. - azm _ -->... harakah
EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14