Monday, April 22, 2013

THE DEVIL OF PEKASAM IS WITHIN UMNO; 'COS UMNO COULD NOT LIVE WITHOUT RACISM! ONE VOTE 4 UMNO IS A VOTE 4 RACIST PEKASAM! Nash Ar-Rawy

www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa

SUFI LYRICS : nasharrawy.blogspot.com/2013/03/lirik-nash-ar-rawy-terma-dan-kondisi.html  " LIRIK NASH Ar-RAWY " ; TERMA DAN KONDISI http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1  … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI by: Nash Ar-Rawy

DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT,BANTULAH KAMI

Iklan berbayar MCA vs iklan percuma Pakatan

Harakahdaily,22 Apr 2013
(Iklan penyokong Pakatan [kiri] yang menjawab iklan komersial yang MCA siarkan dalam media-media tradisional mereka)

KUALA LUMPUR: MCA telah mengeluarkan iklan-iklan bersiri bertajuk satu undi kepada DAP adalah satu undi kepada PAS kononnya untuk menakutkan warga Tiong Hua.

Amat malang, iklan-iklan tersebut disambut sebagai bahan jenaka di Facebook.

“Iklan MCA ini macam nak bagitahu saya undi DAP adalah undi untuk PAS dan adalah undi untuk Pakatan Rakyat (PR). Macam suruh saya undi DAP. Saya tak dapat mesej mereka suruh jangan undi DAP kerana undi itu sampai ke tangan PAS.

"Yang saya dapat mesej kata undi kepada mana-mana parti komponen PR ialah undi kepada PR,” tulis seorang warga peminat Facebook Harakahdaily.

Sentimen itu juga dikongsi bersama masyarakat Tiong Hua di alam maya mengikut tinjauan Harakahdaily.

Hari ini, muncul pula satu iklan yang serupa seperti yang dilakukan oleh MCA di alam maya, tapi jauh lebih kreatif dan sampai mesejnya.

Mesejnya berbunyi – ‘Satu undi Umno-BN ialah satu undi kepada Perkasa.’

“Kuasa di belakang Umno ialah Perkasa. Ia adalah jelas Perkasa adalah sebahagian daripada Umno dan Umno ialah Perkasa dalam keadaan yang paling teruk,” tulis iklan yang percuma itu yang kini hangat dikongsikan di Facebook.

No comments:

Post a Comment