D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, May 23, 2009

Rakyat Bukan Mahkamah Pilih MB


Sabtu 23 Mei 2009 | 28 Jamadil Awal 1430 Hijrah

Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | May 23, 09 | 4:25:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Iklan

ImageMenurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

ImageBeliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.

"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.

Image"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.

"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. - mks._ .... harakah

( nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Thursday, May 21, 2009

Bukti Islam Kondusif Dengan Masyarakat Plural

Khamis 21 Mei 2009 | 26 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima
Zuharman MN
Thu | May 21, 09 | 2:47:51 pm MYT

KETEREH, 21 Mei (Hrkh) � Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang bukan Melayu pula kini semakin terpesona dengan kesyumulan Islam.

Iklan

Tidakkah ia sesuatu yang ganjil. Namun ia menjadi tidak pelik apabila perjuangan berteras kebendaan berada di hadapan pemimpin Umno sekarang.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam.

"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Image

Menurutnya orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.

Katanya, PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata.

"Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.

"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang," katanya.

Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.

Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.

"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.

"Kemungkaran adalah satu dosa dan balasannya neraka. Jangan sampai terhumbang ke dalam neraka dengan sebab memetingkan periuk nasi semata-mata," katanya.

Sementara itu, di PASIR PUTEH, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno kini mengharapkan bantuan institusi kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup parti tersebut.

Harapkan bantuan media

Katanya, sekarang mereka begitu mengharapkan bantuan media konvensional bagi menggelirukan rakyat terutamanya krisis politik yang berlaku di Perak sekarang.

"Umno juga menjadikan undang-undang alat tunggangan mereka. Krisis di Perak sudah cukup membuktikan kepada orang ramai wajah Umno di bawah presiden sekarang.

"Tapi peliknya biar pun mereka rempuh undang-undang, hari-hari dalam media, mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang. Saya tidak faham teori rimba mana yang dipakai.

"Malangnya mereka lupa rakyat tidak bodoh dengan tipu daya mereka," katanya pada majlis ceramah di padang Majlis Daerah Pasir Puteh malam tadi.

Hadir sama Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan pimpinan PAS kawasan terbabit.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, pemimpin Umno terpaksa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan berdepan dengan hakim sebenar dalam sistem demokrasi iaitu rakyat pada pilihan raya kecil Dun Penanti, 31 Mei ini.

"Walaupun tidak bertanding namun proses pilihan raya tetap berjalan. Alasan membazir dan tidak menepati perlembagaan langsung tidak boleh diterima.

"Sedangkan penyelewengan wang rakyat yang berlaku di mana-mana oleh pemimpin Umno tidak pernah pula mereka mahu bercakap," katanya.

Khalil Idham berkata, krisis politik di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan yang hanya dapat diselesaikan melalui mahkamah rakyat. - mj _ harakah

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )


Wednesday, May 20, 2009

Kefahaman Unity Government

Terima kasih . Konsep Unity Government langsung tiada merubah apa-apa identity sesuatu parti baik dari segi kaum mahupun agama. Ini adalah kerana dari segi fitrah manusia ciptaan Tuhan yang sama menjadikan manusia itu mahukan pembelaan dan keadilan kepada semua kaum . Contohnya seperti sekarang tanpa kira kaum , asalkan BN sahaja; yang kaya tolong yang kaya melalui amalan Kronisma dan nepotism bahkan rakyat yang susah dan miskin tertipu dek orang elite Umno, MIC. MCA yang kaya . Yang miskin tetap ketinggalan termasuk orang kuat umno yang sokong bawa rebah.Umno dan BN gunakan isu DEP untuk kayakan puak mereka melalui salah guna kuasa dan rasuah politik. Dasar itu baik tetapi perlanksanaannya sebenarnya untuk elit Umno putera justeru lihat bagaimanna Idris Jusoh cuba dapatkan kembali kerusi MB Trengganu melalui konspirasinya setelah habis wang rakyat berbilion untuk kemewahan elite umnoputra , rakyat terbanyak sekarang sudah buka mata siapa itu elite-umnoputera bukan mereka sebenarnya .Lihat saja kerakusan Zamry dan kroni kuncunya Begitu juga Cina India sudah melihat elite MCA. MIC ,pemimpin mereka punya eset yg banyak di luar negeri .Maka unity government adalah satu gagasan menolong rakyat tanpa tiket mana-mana parti di dalam parliament. Parti yang majority hanya perlu untuk membentukan sesebuah kerajaan. Setelah semua mengangkat sumpah sebagai parliamentarians sudah tiada lagi Pakatan maupun BN yg ada hanya wakil rakyat; bukan wakil parti di dalam Dewan Rakyat bukan Dewan Parti .Justeru itu, hak rakyat di kembalikan kepada rakyat dengan meletakkan SPRM. IGP. Hakim Negara, Peguan Negara, Akauntan Negara, Audit Negara, Ketua Tulus Tenteta, Pengarah Penjara,dsb dibawah kawalselia Parliamen ( DYMM Agong) bukan lagi di bawah PM supaya hak rakyat terjawab dan terjamin di dalam parliament .Membendunng korupsi, salahguna kuasa, undang-undang dan perlembangan sewenang-wenangnya.Prinsip keluhuran perlembagaan dapat di tegakkan kerana Kawal-Selia ini bisa memastikan Pengasingan kuasa atau 'separation of powers ' dapat dikendalikan dengan baik dan kemaskini, insa Allah.Majlis Syura Ulamak Negara yang mengetuai dan bertindak sebagai Badan Tertinggi Penyelaras -Selia Negara yg bertanggung jawab terus kepada parliament memastikan rasuah politik, korupsi, nepotisma tiada berlaku dalam sistem pengurusan dan pentadbiran negara yang melaksankan Konsep dan Fungsi Al Hisbah untuk negara dan bebas daripada sebarang, belenggu , konkongan maupaun ugutan daripada mana-mana pihak .Majlis Syura Ulamak ini terdiri daripada kalangan profesional, seperti jurutera, peguam, hakim, doktor. , pensyarah, ahli akademilk, researchers, teknokrat, korporat, arkitek, Pegawai Tinggi Kerajaan dsn dan juga dijemput kalangan tokoh bukan Islam yang berwibawa dan berpengaruh dengan lima puluh percen terdiri daripada Ulamak berpendikan Arab dan yang berpendidikan profesional . Ianya di ketuai orang seorang Ulamak tersohor sebagai Mursidul Am.
Oleh : Nash Ar-Rawy
( nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( nasharrawy.blogspot.com )

Tuesday, May 19, 2009

Kerakusan Najib Zambry Tak Dahulukan Rakyat

Rabu 20 Mei 2009 | 25 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Krisis Perak, PAS tidak akan goyah walau demokrasi lumpuh!
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | May 20, 09 | 10:43:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi dakwaan bahawa Barisan Nasional lah punca kepada krisis politik di Perak berlanjutan.

Iklan

Semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa pembangkang punca kepada krisis itu, Presiden PAS menyifatkan "Bak kata pepatah Arab dia memukul saya, dia yang menangis,"

"Dia yang zalimi saya dia yang mengadu" sambung Presiden PAS meneruskan ulasannya ketika ditemui Harakah pada 18 Mei lalu di pejabatnya dekat sini.

Beliau juga mempersoalkan pihak mana yang terlebih dahulu menimbulkan kekecohan sehingga rampasan kuasa berlaku di Perak.

"Siapa yang menimbulkan kekecohan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak?.Semua tahu BN melakukan rasuah politik dan rasuah," katanya.

BN juga kata Tuan Guru Abdul Hadi mengambil langkah melantik Menteri Besarnya dan memecat MB yang sah (Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin) tanpa tanpa mengikut prosedur termasuk melalui sidang dewan atau mengikut perlembagaan.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menyatakan tindakan BN itu membelakangi proses demokrasi yang baik.

Beliau juga berpendirian seandainya tidak berlaku pembubaran Dun, negara menuju ke arah melumpuhkan demokrasi.

"Kita beri amaran, perjuangan PAS tidak akan luntur walaupun demokrasi dilumpuhkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Pakatan Rakyat mahu Dun Perak dibubarkan dan hak memilih kerajaan yang sah perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pakatan Rakyat menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman menegaskan sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka.

Ujar Abu Talib, perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.

Insiden yang berlaku semasa sidang Dun Perak 7 Mei lalu, dimana polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi membelakangi prinsip hak asasi, katanya.

Mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia, katanya.

"Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.

"Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan pada 18 Mei kepada media.

Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.

Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular. _ ... harakah

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Sejarah MB Perak

Wednesday, February 11, 2009

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini


Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum IniDALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;Cuplikan itu seperti mana berikut:DEWAN SANATESetelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.MENJADI PERUNDINGMereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.PARTI POLITIK“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.MENYIMPAN JANGGUTSetelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.BURUK SANGKASelama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

Monday, May 18, 2009

Gagasan Perpaduan Nasional PAS

Selasa 19 Mei 2009 24 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Elak berulang tragedi 13 Mei: PAS teroka politik baru di Malaysia
Muhammad Yusri Amin Mon May 18, 09 5:20:15 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Mei (Hrkh) - Masihkah anda ingat peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang mencatat sejarah hitam negara ekoran kegagalan kerajaan Perikatan (Barisan Nasional) menyusun masyarakat secara adil.
Iklan




Berdasar kepada kajian, peristiwa berdarah itu berlaku kerana polisi kerajaan yang tidak seimbang antara kaum.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno yang mengetuai kerjaaan Perikatan gagal mengurus penyusunan masyarakat sehingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina bermusuhan.
"Dan berlakulah peristiwa 13 Mei di mana sesetengah ahli sejarah mendakwa ia berlaku kerana kegagalan pemimpin Umno melahirkan keseimbangan dalam kehidupan masyarakat terutamanya di bandar-bandar besar.
"Sedangkan peristiwa berdarah itu tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana sebaik sahaja tercetus rusuhan di Kuala Lumpur, Dato' Asri Muda memanggil semua penghulu dan mengarahkan mereka menjaga keselamatan mukim masing-masing," katanya di sini.
Menurutnya penghulu diberi tanggungjawab oleh kerajaan PAS ketika itu bagi memastikan tidak berlaku peristiwa berdarah seperti di tempat lain pada 13 Mei.
Beliau juga berkata, pemimpin PAS di Kelantan sejak awal lagi mengutamakan keseimbangan antara kaum bagi mengelakkan ada kelompok masyarakat yang tersisih.
Oleh itu katanya usaha kerajaan PAS mengadakan Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan 13 Mei 2009 baru-baru ini bagi mencetus langkah proaktif ke hadapan dengan meneroka politik baru di Malaysia.
"Dan oleh kerana itu, saya fikir Mursiydul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz telah mengambil inisiatif untuk menggagaskan konsep perpaduan nasional sebagai premis politik yang baru di negara ini," katanya. - mj _ --> .... Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Ad-Deen Waddaulah

Isnin 18 Mei 2009 23 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden
Basiron Abdul Wahab Mon May 18, 09 1:35:11 pm MYT
BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.
Iklan




Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.
"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.
Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.
"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidengan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.
"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.
Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi adalah rakyat, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.
"Bagiamanpun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabakan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.
Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.
PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain.
Menurutnya, laporan media kononya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam.
"Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih parabut, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya. - mns _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Sunday, May 17, 2009

Ketua Kerajaan MB bukan SS

Isnin 18 Mei 2009 23 Jamadil Awal 1430 Hijrah
KSN digesa 'ambil balik' SU Perak
Faiz Abdullah Mon May 18, 09 10:24:24 am MYT
SEREMBAN, 18 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya 'mengambil balik' Setiausaha Kerajaan Negeri (SU) Perak iaitu Dato' Abdul Rahman Hashim kerana gagal mengikut peraturan dan tidak bertanggungjawab.
Iklan




Zulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Mohd Sidek yang mengatakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Nizar Jamaluddin tiada kuasa untuk mengantung SKN Perak, Abdul Rahman baru-baru ini.
Menurut Zulkefly, Menteri Besar ibarat seorang Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) dan adalah menjadi peraturan 'standard' setiap SU harus bertanggungjawab pada kerajaan negeri dan seterusnya melapor diri pada menteri besar.
Malah Abdul Rahman tidak boleh membuat tindakan sesuka hati dan mendahului menteri besar berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.
"Apa berlaku di Perak adalah jelas bahawa Abdul Rahman telah melakukan beberapa perkara yang bertentangan dan melanggar undang-undang.
"Antaranya menghalau Nizar dari pejabat, berpihak kepada Umno- BN, terlibat dalam kemelut Sidang DUN dan menghalang Nizar dari jalankan tugas sebagai menteri besar," jelas Zulkefly.
Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah tidak sesuai untuk Abdul Rahman memegang jawatan SU Perak.
"Jika Mohd Sidek berkata bahawa menteri besar tiada kuasa, jadi sebagai ketua kerajaan negeri, apakah kuasa yang Nizar ada jika pegawai kerajaan melangkaui undang-undang dan langgar peraturan?
" Oleh yang demikian saya meminta agar Mohd Sidek mengambil balik Abdul Rahman kerana gagal laksanakan peraturan, tidak bertanggungjawab dan maka tidak layak menjadi SKN Perak," katanya lagi.
Zulkefly turut mengulas bahawa tindakan Abdul Rahman memberi notis Sidang DUN dan kenyataan media adalah tindakan menafikan kuasa Speaker V.Sivakumar.
Maka oleh kerana terlalu banyak salah laku yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah wajar Mohd Sidek 'mengambil semula' Abdul Rahman dari pentadbiran kerajaan Negeri Perak. - azm _ Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Politik Baru : Musnahnya Isu Perkauman Umno/BN

Tok Guru Nik Aziz mahu 13 Mei olah momentum baru


SEMUA wakil media dan media online termasuk bloggers menghadiri satu sidang media khas yang akan diadakan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 hb Mei 2009, jam 11 pagi di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim.Pada sidang media itu, Tok Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun mengumumkan suatu penawar kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional. Sidang media tersebut juga telah disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv. Ikuti kenyataan penuh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan ini, sempena imbas kembali Tragedi Hitam 13 Mei 1969.Bismillahir Rahmanir Rahim"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaaan dan amalan kamu)." - (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)Dengan perkembangan-perkembangan laporan di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih bnayak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, akhbar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah.Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak "harapan sebuah kebahagiaan' yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semua kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh.Ini kerana ia kehilangan kujujuran. Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi unutk tujuan-tujuan persendirian.Di atas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melaui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah.Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan.Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momemtum baru.Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu.Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk Bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah SWT - itu permis kebahagiaan yang pertama.Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul- betul berjiwa rakyat. Oleh kerana kita telah memilih system demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintah dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan "rule of law and natural justice" serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh perlembagaan.Ini bertindak sebagai asas pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau di kembalikan semula hak- hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini.Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik, dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom, dan bakar yang semakin menjadi- jadi.Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian - terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badab dan harta benda dari difitnah dan di musnah - maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh merasa selamat.Ini soal hak yang sangat asas. ia menjadi hak asasi milik setiap setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetus isu- isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut 'mileage' politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.Kepada semua orang islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam "assala mu’alaikum warahmatullah" dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam.Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala amalan kezaliman, rasuah dan ketidakadilan.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Mei 16, 2009 0 ulasan

Perak Pencetus Revolusi Rakyat PRU 13

Lagi panjang krisis di Perak, lagi bagus?

SEWAKTU Pilihanraya Umum 1978, BN menggunakan isu 'pakatan sulit PAS-DAP' sebagai strategi untuk menundukkan pembangkang. Kononnya Yang Dipertua Agong PAS, Datuk Asri Muda dan Setiausaha DAP, Lim Kit Siang mengadakan persefahaman untuk tidak bersaing antara satu sama lain dalam menghadapi BN, tulis kolumnis Harakah, Zulkifli Yahya.Mereka menggunakan semua media talibarut BN menyenaraikan kawasan yang ditandingi DAP dan PAS. Kebetulannya, DAP memilih kawasan majoriti bukan Melayu, manakala PAS pula memilih kawasan majoriti Melayu; berasaskan potensi untuk menang (realiti politik pada masa itu) maka teori kewujudan 'pembahagian kerusi' antara kedua parti tersebut semacam berjaya dibuktikan. Pun begitu, terdapat juga kerusi di mana berlaku persaingan PAS-DAP, tetapi media talibarut BN berjaya menyembunyikannya.Pembahagian kerusi bukan isu besar, tapi yang mahu dimomokkan oleh BN ialah wujudnya persefahaman antara PAS sebuah parti yang dianggap pelampau Islam dengan DAP sebagai sebuah parti yang dicop pelampau Cina. Orang Melayu sukar menerima DAP, manakala orang Cina menolak mentah-mentah PAS. Maka apabila BN menonjolkan isu 'Pakatan sulit' PAS-DAP ia ibarat satu peluru untuk membunuh dua musuh. Ia sangat berkesan pada masa itu.Selepas dua puluh tahun berlalu, DAP melakukan satu percubaan untuk menjalin kerjasama dengan PAS melalui gagasan yang dinamakan Barisan Alternatif. Pilihanraya Umum 1999 menunjukkan PAS tidak mengalami apa-apa kecederaan di sebalik kerjasama dengan DAP dari segi mendapatkan sokongan orang Melayu.Sebaliknya DAP yang menerima bencana amat teruk. Ramai pemimpin mereka kecundang, termasuk Lim Kit Siang. Undi rosak di kerusi tradisi DAP sangat besar, menunjukkan orang Cina langsung tidak dapat menerima kerjasama DAP dengan PAS. Ini memaksa DAP keluar Barisan Alternatif dan bersendirian dalam Pilihanraya Umum 2004, yang menyaksikan mereka kembali mendapat sokongan dari pengundi tradisi DAP.DAP masih takut bersama PAS pada Pilihanraya Umum 2008. Tetapi tanggapan DAP kali ini salah kerana orang Cina sudah boleh menerima PAS. Lalu wujudlah Pakatan Rakyat, tapi harus diingat PR lahir selepas 8 Mac 2008. Ia dimantapkan cuma dalam masa 14 bulan. Sekalipun masa diambil cuma lebih sedikit dari setahun, namun imej PR, khususnya yang melibatkan kerjasama mantap PAS-DAP diserlahkan dengan cemerlang sekali.Apakah isu yang berjaya menggilap imej PAS begitu rupa di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini? Seluruh pemerhati politik harus menerima hakikat bahawa jawapannya ialah; semua isu yang berlaku di Perak sejak 8 Mac 2008 hingga kini!Antara paparan menarik yang dilihat rakyat di Perak ialah: Kedua-dua parti boleh bersama dalam keadaan susah dan senang, PAS tidak pernah mengkhianati persepakatan politik, apa yang dimomokkan terhadap PAS selama ini adalah tidak betul, runtuhnya tembok perkauman dan (yang lebih penting) runtuhnya imej perkauman terhadap PAS dan DAP. Pancaran imej ini tersirna di seluruh negara, tidak di Perak sahaja.Berbalik kepada isu di Perak. Tanpa pembubaran DUN, krisis tidak selesai dengan mudah. Sewaktu rencana ini ditulis Dr. Zamri kembali jadi Menteri Besar selepas 19 jam Nizar berkuasa. Peguam Nizar tidak akan berdiam diri, akan ada episod seterusnya yang memungkinkan Nizar kembali.Bagi BN, di samping menggunakan mahkamah, mereka akan berusaha adakan sidang DUN untuk mengusul undi tidak percaya terhadap Nizar. Dengan beranggapan bahawa Spekaer DUN sekarang adalah milik mereka dan BN mempunyai majoriti, mudah bagi mereka untuk berbuat apa saja. Soalnya, DUN baru saja bersidang, yang dibuat mesti atas perkenan Sultan. Tidak nampak bagi Sultan untuk berkenan mengadakan sidang DUN secara tergesa-gesa kerana ia mendedahkan baginda terhadap persepsi buruk bahawa Sultan turut terbabit dalam konspirasi politik BN.Katakan dengan menggunakan khidmat samseng (seperti 7 Mei lalu), R. Ganesan dapat memimpin persidangan DUN dan undi tidak percaya terhadap Nizar pun berjaya dilakukan. Peguam Nizar akan membawa kes speaker haram pula ke mahkamah. R. Ganesan boleh tersingkir. BN dan PR masing-masing ada peguam yang hebat belaka.Mereka akan guna apa saja peluang di mahkamah. Tidak pelik selepas ini kalau Dr. Zamri dan Nizar silih berganti jadi Menteri Besar. Betullah, macam cerita kartun.Dunia akan ketawa lihat sandiwara politik tetapi yang susahnya rakyat Perak."Susah-susah macam ni bubar saja DUN, biar rakyat kembali buat pilihan."Itu ucapan yang dibuat oleh pemimpin PR sebelum ini. Ia turut diulang oleh ahli-ahli akademik yang berforum di media-media elektronik. Hari ini ia turut diucapkan oleh golongan atas pagar. Percayalah nanti penyokong-penyokong BN pun akan turut terbawa-bawa dengan ungkapan itu. Tentulah nanti, majoriti rakyat akan menyalahkan BN kerana masih berdolak-dalik untuk mempertahankan kuasa yang rapuh, sedang rakyat yang susah.Bagi Pakatan Rakyat, semakin lama krisis di Perak ini berlarutan maka ia semakin baik terhadap ‘keuntungan politik’ jangka panjang, di seluruh negara.BN sudah dapat menduga bahawa mereka akan kalah dalam pilihanraya umum ke 13 di Pusat dan di Perak, serta kalah jika pilihanraya DUN Perak diadakan sekarang. Empat tahun bertenggek di dahan rapuh tentu lebih baik dari hilang kuasa sebelum tiba pilihanraya umum ke 13.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Mei 16, 2009 0 ulasan

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14