D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Friday, July 17, 2009

Suruhanjaya Bebas Siasat Kes Kematian Siasatan SPRM

Jumaat 17 Julai 2009 | 24 Rajab 1430 Hijrah
Himpunan siasat kematian Teo, empat ditangkap
Salmiyah Harun
Fri | Jul 17, 09 | 11:12:16 am MYT
SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30. Iklan



Sementara itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam; pembantu khas Xavier dan pembantu ahli parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.

Jurugambar dan wartawan dihalau

Menurut Wartawan Kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke Dataran Shah Alam.

Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk 'water cannon' tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.

Ketua Polis Negeri Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas.

Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _ ...harakah

Mantan PM(Badawi) Tentang ISA

Enter your search terms Submit search form
Web HarakahDaily


Jumaat 17 Julai 2009 | 24 Rajab 1430 Hijrah
Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA
Harakahdaily
Fri | Jul 17, 09 | 2:26:31 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Iklan



Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm _ ....harakah
( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Thursday, July 16, 2009

Ke-TUHAN-an Oleh : Nash Ar-Rawy

ke-TUHAN-an (Divinity)
Jul 16th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama ( www.perakexpress.com)
>Oleh: Nash Ar-Rawy


‘Dia’ tiada di luar tetapi berada di dalam diri kendiri . “Dia” tiada bisa di pegang atau disentuh , kerna ‘Dia’ tiada berupa atau berbentuk ( ‘shapeless ‘ and ‘ formless’) ‘timeless’ , ‘nothingness’ and ‘emptiness’ ‘infinity’; jitu didalam diri. ‘Dia” dirasai, rasa, merasa dan terasa di dalam frekuensi “Dia” di dalam diri. (HIS Kingdom is WITHIN you ). Justeru itu, kebahagian yang dicari ada di dalam yang hidup di luar semuanya MATI ! kerna frekuensi ‘Dia ‘ Yang Maha Sejahtera Yang Maha Pengasih Penyayang.


“Contact point “ Dia . Aku ialah yang berasal dari ‘ Dia’sendiri ‘OF HIM’ but not HIM iaitu roh ciptaan ‘Dia’ yang ditiupkan ke dalam tubuh nabi Adam. “ Ya haiyum ya qhoiyum “ Dia yang Maha Hidup lagi Menghidupkan . “ Nurun ‘ala nurin yah dil lahu linurihi maiyasya’ “( Anur: ayat 35 : Cahaya di dalam cahaya diberikan kepada sesiapa yang aku kehendaki .) Tetapi jangan bertuhankan cahaya kerna itu bukan ‘Dia’ Cuma cahaya dalam cahaya . Melalui cahaya menemui yang empunya cahaya.


Akan tetapi, ‘Dia’ yang empunya nur, yang empunya roh, yang empunya diri, yang empuya nyawa, yang empunya nafas, yang empuya rezeki , yang empunya pangkat dan kedudukan dan yang empunya segala.


‘Dia’ yang empunya i) Diri yang terdiri ( Roh jasad, mental ) ii) Diri yang terperi ( Roh ) dan iii) Diri yang sebenarnya diri ( Aku yakni Dia ).Namun tauhid itu sendiri ialah tiada syirik kepada ‘Dia’ dan tiada bisa bertuhankan diri atau roh. atau kalimah.


Untuk duduk di dalam frekuensi ‘Dia’, diri hendaklah bisa di tenggelamkan (Convertion) pada frekuensi “ Dia “ pada hakikatnya ‘ Selfless’ ( Hapus Aku ) “ La mauwud bil hakki ilallah “ ( Tiada yang wujud yang berhak hanyalah Allah ).Tauhidul makrifah. Hapus diri dan konversi diri pada frekuensi ‘Dia’ ( zu’ annihilated)


‘Dia “ tiada bisa dinyatakan dalam ilmu kerna dia bukan objek yang bisa di lihat tetapi ‘ beyond all sciences’ tetapi ‘Dia ; bisa ada di dalam frekuensi rasa bagi sesiapa yang dianugerahinya : merasainya . Rasa tiada bisa di sainstifikkan kerna mahu rasa sedapnya kopi ‘cow’ tiada bisa pindah teknologi tetapi hanya rasa sendiri bukan dengan ilmu bancuhan kopi i) Ilmu yakin atau melihat kopi ii) ainul yakin tetapi dengan meminumnya dan merasai ni’matnya sendiri iii) hakkul yakin dan iv ) Kemalatul Yakin ( Kesempurnaan Yakin ) ; dan v) Aku ‘Dia’ dalam ;Dia ‘Aku” Hanya ‘Dia’ yang wujud.


‘Aku” dalam “aku “ Aku yang ghaib tenggelam di dalam “aku” yang ghaib : Batin ku , di dalam batin, di dalam batin yang tiada bisa diceritakan kerna di luar ilmu dan merupakan pengalaman peribadi anugerah daripada ‘Dia” ; Aku berikan kepada sesiapa yang aku kehendaki ( “ yah dillahu linurihi maiyasya” ).lantaran menjadi ‘ selfless’ kerna tiada bisa yang ada, yang ada melainkan ‘Dia “ Yakni, bukankah “ firman dia” yang menyatakan “ lahu kun fayakun “ ( surah yasin dua ayat yang terakhir ) ‘Dia’ bukan firman ( ‘word’) tetapi yang empunya firman ( ‘Master of say bukan say ‘ )


Seandainya ‘Dia’ tiada berfirman masakan bisa ada manusia yang akan panggilnya Tuhan, God atau apa nama sekalipun kerna ‘ Dia’ sebenarnya “ Dia” yang tiada bernama ( ‘ The nameless one ‘ ) Justeru, masakan ada Malaikat dan syaitan serta keseluruhan ciptaannya seluruh universe ini. Pada hakikatnya ‘ Dia’ yang “Se’ dan yang Maha Esa.; Tauhidul zat, sifat asma; af’al dan makrifah.(‘actuality’)


“Dia” ada ( pada frekuensi rasa ) tapi tiada ( tiada pada rupa dan bentuk ) , Ada tapi tiada, Tiada tapi ada . Jauh tiada berantara , dekat tiada bersempadan kerna dia ‘spaceles’ dan ‘ timeless’ . tiada bertempat dan tiada berwaktu . “Dia’ ada di mana –mana jua.” wahuwa ma’akum ainama kuntun” maksud Qur’an ( Aku berada di mana kamu berada )


Tiada tergerak sesuatu sebesar zarah kecuali dengan izinnya i) ilahul hak ( Izin dalam redha bagi amalan soleh ) dan ii) ilahul batil ( Izin dalam murka jika beramal maksiat ) kerna ‘ Dia’ tiada bisa menzalimi hambanya . “ Sesungguhnya aku tiada bisa menzalimi hamba ku walau sebesar zarah sekalipun “ ( maksud Qur’an ) dan “Aku mengharamkan diri aku melakukan kezaliman ke atas hamba-hamba ku dan aku tiada mahu manusia sesama manusia melakukan kezaliman sesama sendiri “ ( Maksud Al-hadis ). “ Barang siapa yang berjalan di muka bumi ini dengan sombong dan bongkak tidak bisa cium bau surga ( maksud Al –hadis ) kerna “ kerna kesombongan dan kebanggaan itu pakaian aku dan barang siapa yang memakainya akan di campak ke dalam neraka (maksud Al Hadis Qudsi) Bukankah ‘Dia’ yang empunya global ! Dalam universe manusia tiada wujud(‘minute’ even the earth is not even a dot ! So, who in actuality /hakikah exists ! )


Ternyatalah orang yang sombong dan bongkak itu telah melakukan syirik kafi lagi mengkafi ( halus lagi menghalus ) kerna melakukan syirik yang tersembunyi termasuklah mereka yang ria’ takabur, ego dan ‘arrogant.’ Kerna bertuhankan diri/nafsu.


Dengan menjadi ‘Selfless” ( hapus aku) adalah pencapaian tauhid yang terbaik kerna penyerahan total kepada :’Dia’ zahir dan batin kerna ‘ wama romaita izromaita wala kinnallah haroma “ maksud Qur’an ( Wahai Muhammad bukan kamu yang membaling tetapi ‘tangan’ aku yang membaling ) dan “ qolakokum wama ta’malun” ( Sesungguhnya aku yang menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu ) kerna perserahan diri ( ‘Selfless’) kepada ‘Dia’ bukan sewaktu kemalangan atau kecemasan tetapi dengan “ Bismil lahi walhamduli lahi” ( maksud Al-Hadis ) segala perbuatan sejak azali dan awalan dan permulaan segala ikhtiar dan doa sudah pun di serahkan awal-awal lagi bukan bila tersempit baru bisa mencari ‘Dia’., Perhambaan dan selaku ‘Haprak’ di sisinya kerna manusia tiada memiliki apa –apa pun kecuali dimiliki oleh “Dia’ yang empunya segala.dari mula hingga akhir, zahir dan batin , luar dan dalam semuanya kepunyaan ‘Dia’, Ternyata dalam frekuensi ke-Tuhan-an berlaku HAPUS DIRI baru bisa ‘Se’ ( ‘Selfless’) Mardhatillah ‘Dia’ yang dicari bukan keredhaan manusia.


Pinta kepada ‘Dia’ yang empunya kata kun yang empunya firman ( ‘words’) .Pada hahikatnya diri adalah ‘alfatihah’ kerna Aisyah menyatakan Muhammad adalah Al-Qur’an yang bergerak , yang berjalan ( The walking Qur’an ) Diperhalusi dalam Alfatihah itu adalah Bismillah , Dalam Bismillah itu ada ‘Ba” dan dalam ‘Ba” itu ada ‘Titik”sebagai nuklias . Dari titik itu jadinya ‘Alif” dan seperti dipertegaskan di dalam Al –Qur’an Alif Lam Mim, zalikallita bula roibafi hi hudallil muttakin Justeru , sewaktu berdiri hakikahnya Alif , sewaktu ruku’ hakikahnya Lam dan sewaktu sujud hakikahnya adalah Mim. Artinya selain solat 5 waktu orang mukmin senantiasa ‘Solatun Daimun ‘ maksud Qur’an ( kekal dalam Solat ).’Sesungguhnya gerak kamu dari kalangan orang yg sujud “( “ wataqollubaka fissajidin “ Al-Qur’an ) Yang ada hanyalah Kalimah dan yang empunya kalimah.


‘Dia’ tiada i) huruf ii) suara iii) ruang iv) waktu v) ilmu vi) amal vii) awal viii) akhir ix) zahir x) batin . “ Dia “ ‘beyond science ‘ ( The Existance of None but exists ) “Kewujudan Tiada” ; hanya bisa dalam zu’ ( ‘cognative annihilated ecstasy’) dalam frekuensi ‘Dia” dalam rasa, merasa dan terasa bagi yang merasainya. Namun , tiada bisa menjadi ‘Dia; anologinya : sehelai daun dari pokok tetapi tidak bisa jadinya pokok. “ A ship in the ocean , an ocean in the ship “ One in all . all in one ‘ Microcosmo is the containment of macro cosmo . Satu dalam semua , semua dalam satu , itulah hakikah “Se’ dan hakikah tauhid sebenarnya “Se’ dalam zahir batin. Awal akhir dan senantiasa konsisten dengan ‘Solatun Daimun” kekal dengan nya ‘fissajidin(mim) ‘ InsyaAlla Hu Ta’ala.

Tags: nash ar-rawy

Tuesday, July 14, 2009

Halatuju PAS Ditentukan Majlis Syura Ulamak Oleh: Nash Ar-Rawy

Pearl Plus
Peranan Majlis Syura Ulamak Tentukan Halatuju PAS
Jul 14th, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, nash ar-rawy

Oleh: Nash Ar-Rawy ( www.perakexpress.com )

Sebarang idea, walau sebaik mana pun di dalam Gerakan Islam seharusnya mendapat pekenan dan restu Badan Tertinggi PAS terlebih dahulu dan yang selayaknya membuat kenyataan bukan ramai orang tetapi ketuanya iaitu Murshyidul Am TG Nik Aziz. Polemik ‘Unity Government” ini berlaku kerna pimpinan tiada musyuawarah dengan Majlis Syura’ Ulamak PAS sebagai Badan yg tertinggi untuk menentukan hala-tuju PAS .

Oleh itu, seluruh pimpinan PAS di semua peringkat hendaklah bisa ambil ik’bar supaya insiden seperti ini tiada bisa berulang lagi di masa akan datang, insyaAllah Hu Ta’ala.

Jika dikuatiri golongan profesional mungkin melencungkan hala-tuju PAS, apa kepastian golongan ulamak tiada berpotensi berbuat demikian. Kecuali nak ikut jejak Tuan Hj Fuad mantan Pres. dan ulamak PAS yg masuk Umno, begitu juga dengan Nakhaie dan Asri. Azazil yang pernah jadi ‘Tok Guru” dilangit yang dipergurui oleh para malaikat selaku ketua malaikan dari keturunan jin pun kantoi

Justeru itulah di dalam kepemimpinan Ulamak ada Mursyidal AM selaku ketua badan tertinggi dalam Gerakan Islam Iaitu: Majlis Syura Ulamak . Badan Pengawas-selia PAS ini dan Ketuanya iaitu TGNA sewajarnyalah dihormatilah oleh semua semua pimpinan PAS .Apalah ertinya jika amanah hala-tuju PAS ini dipegang oleh Musyidul Am jika Majlis Syura Ulamak di pinggirkan dan tiada bisa berperanan langsung dalam hal idea ‘ Unity Government” ini sebagai contoh. Jika ianya merupakan strategi politik sekalipun bukankah kesannya akan menentukan hala-tuju PAS juga.

Pimpinan PAS pusat sendiri perlu ada diskusi dua hala dalam perjuangan Islam yang mementingkan musyawarah yang mana kata pemutusnya adalah Badan yang tertinggi di dalam gerakan Islam iaitu Majlis Syura Ulamak.

Kerosakan di dalam jemaah boleh berlaku di mana mana tiada kira ulamak atau profesional.Yang penting kembali kepada kitabullah, assunah dan sirah yang sepatutnya di bahas di dalam Majlis Syura ulamak secara terbuka dan ilmiah dan berdisplin tinggi bukannya melalui kenyataan individu pimpinan secara konfrantasi terbuka di dada akhbar yang terdedah kepada fitnah dan ketiadak-profesionalisma kepemimpinan ulamak yang sangat memalukan ummah dan gerakan Islam dan dunia yang memerhatikan PAS yang mahu memimpim ummah dan negara ke arah perubahan membangun bersama Islam.

Memang idea ‘Unity Government” itu bukanlah isu baru di dalam arena politik. Pada prinsipnya semua ahli parlimen adalah wakil rakyat bukan wakil parti setelah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat yang bertangguingjawab untuk mempertahankan demokrasi dan menentang segala element authokrasi baik BN maupun Pakatan. Itulah asasnya ‘Negara Perpaduan ‘ yang tiada pembangkang tetapi semua ahli parlimen adalah anggota kerajaan yang mana elaun masing-masing baik BN atau Pakatan dibayar oleh RAKYAT justeru mereka adalah WAKIL RAKYAT bukan lagi wakil parti di dalam Dewan Rakyat bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

Sepatutnya perkara ini sampai dulu kapada Majlis Syura Ulamak PAS dan Mursyidul Am mengeluarkan ‘Blue Print” Unity Government ‘ untuk dikemukakan kepada pimpinan PAS, Pakatan dan BN bukan Umno sahaja demi kepentingan kestabilan politik Negara untuk tujuan memperkukuhkan demokrasi dan menghapuskan autokrasi di dalam sistem pemerintahan negara yang boleh dibahaskan dan di ketengahkan oleh semua WAKIL RAKYAT selaku ANGGOTA KERAJAAN semuanya. Itu falsafah Unity Government.

Pilihanraya hanya di perlukan untuk menentukan siapa akan menjadi PM dan siapa Kabinetnya. Setelah masing-masing PM dan seluruh ahli parlimen mengangkat sumpah ,tiada lagi parti dan tiada lagi Pakatan atau Bn kerna semuanya sudah bisa menjadi anggota kerajaan dan wakil rakyat ( bukan wakil parti ) belaka.

Samada Umno /BN bersedia untuk hapuskan akta Draconian seperti ISA, Akta Percetakan, Akta University dan Kolej dan meletakkan IGP. SPR. SPRM, Hakim Negara Peguam Negara, Akauntan Negara, Audit Negara dan sebagainya di bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong yakni , di bawah penguasaan parlimen bukan PM , itu perkara prima bukannya sekunder ;yakni, sebagai asas ketelusan sistem pemerintahan di Malaysia.

Biar rakyat lihat respon Umno/BN nanti siapa yang ada ‘Semangat Unity Government” dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat yang tiada memperkosakan demokrasi, SPR. SPRM , PDRM dan mahkamah. Untuk itu jika Majlis Syura Ulamak masih lagi berfungsi untuk menentukan hala-tuju PAS supaya tiada elemen mengkhianati perjuangan Islam dan Gerakan Islam PAS yang tiada bisa lagi dipatuk ular dua kali di dalam satu lubang dan ular yang sama dalam satu Malaysia. Sejarah perang siffin hendaklah dijadikan i’tibar.

Maka sewajarnyalah ‘Blue Print” tersebut di dedahkan oleh Majlis Syura Ulamak sebagai Badan yang tertinggi di dalam Gerakan Islam PAS dan yang berauthoriti untuk menentukan hala – tuju gerakan Islam PAS kepada Sekretariat PAKATAN yang di endos oleh semua Ketua Komponen Pakatan sebagai patut diperjuangkan oleh massa dan mereka yang cintakan demokrasi , ketelusan, dan keadilan.

Biar selepas itu , rakyat yang menentukan didalam PRU 13 nanti siapa yang layak mencorakkan negara selepas PRU 13 . InyaAllah perkukuhkan Pakatan dan jadikan Islam untuk memimpin perubahan . Umno tiada bisa melakukannya kerna ia parti yang bernaunsakan kebangsaan, assobiyyah, kaumiyyah yang semakin tenggelam bahteranya.

PAS sebagai ‘Government in waiting” biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya dan memanjangkan tangan kepada ahli Umno untuk menaiki bahtera PAS/Pakatan yang mana PAS sebagai parti induk mewakili suara Islam untuk menyelamatkan ummah , rakyat pada keseluruhannya dan Negara. Insya Allah

“ Alla Hu Akbar ! “e
Tags: nash ar-rawy
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Kemanusiaan Oleh : Nash Ar-Rawy

Pearl Plus
Kemanusiaan
Jul 13th, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, nash ar-rawy

Oleh: Nash Ar-Rawy ( www.perakexpress.com )

Kemanusiaan adalah aspek esensi untuk kesejahteraan hidup dan penghidupan manusia itu sendiri selaku penghuni ‘ domain ‘ dan makhluk berpolitik di muka bumi ini.Asas kemanusiaan yang fundamental dan terpenting demi untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal yang aman damai dan sejahtera kepada semua kaum , kumpulan etnik , bangsa dan penganut agama adalah kasih sayang sesama manusia dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi , penuh memenuhi dan lengkap –melengkapi sesama sendiri .Lantaran menjadikan dunia ini sebagai ‘ The best place to live in and suffice for all “( Tempat yang paling selesa dan mencukupi untuk semua )

Bersesuaian dengan sifat yang empunya global iaitu; Ar- Rahman dan Ar-Rahim yakni Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang. Maka untuk mendekati frekuensinya selaku khalifah di muka bumi demi untuk perlaksanaan tugas-tugas hamba; . manusia juga perlu bisa juga memiliki kualiti tersebut yang mengasihi dan menyayangi sesama species ‘ homo-sapien “( insan ) .

Semua manusia berasal daripada Tuhan yang satu yakni daripada elemen roh ciptaan yang empunya global sebagaimana firmanullahu “ Aku tiupkan roh daripada ciptaan ku ke tubuh nabi Adam “. dan ayat yang bermasksud “ Bertakwalah kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu “( Suratul Nisa’ : ayat 1 ). Manusia semua berasal daripada moyang yang satu , iaitu , Adam dan Hawa . Ini bererti manusia semua adalah adik beradik dan bersaudara .; satu nyawa , satu jiwa dan satu nafas sebenarnya.

Maka, apa perlunya bisa ada semangat , perasaan dan fahaman perkauman dalam diri manusia. Ini adalah kejahatan yang merosakkan tamaddun manusia dan kemanusiaan itu sendiri yang memporakperandakan alam maya ini dengan peperangan, permusuhan, perseruan dan ‘hostile’ yang berlaku di mana –mana jua.

Sebagai anologi, doktor tiada bertanya kamu bangsa Cinakah, Melayu atau India? Atau agama buddhistkah , Islam atau kristian sewaktu transfusi darah ( ‘ blood transfusion’) hendak dilaksanakan..

Akan tetapi, yang paling esensi sekali adalah jenis darah kamu dari kumpulan mana? ‘ A’ , ‘B’ . ‘ AB ‘ atau ‘O’ kerna nyawa manusia yang sedang kritikal perlu segera diselamatkan.Artinya, keamanusiaan itu sebenarnya dari darah yang sama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama dan tiada batasan geografi samasekali.Secara verbal manusia semuanya adalah ‘ blood brothers ‘ dan bersaudara.

Aspek tauhid dan agama adalah hak masing-masing untuk memilih kerna yang empunya global sendiri mengesahkan di dalam kitabullah, “ La iqra ha fiddeen “ ( Tiada paksaaan di dalam agama ) kerna para daie hanya bisa berdakwah sedangkan yang membuka pintu hati adalah yang empunya global itu sendiri.

Manusia yang jahat, korupsi, dan tiada jujur dan amanah ada di mana –mana . Ada pada bangsa Melayu, Cina dan India. Ada di dalam surau , masjid, tokong, gereja , kuil, parlimen , pejabat swasta dan kerajaan tanpa mengira ras( kaum) dan anutan agama.

Justeru itu, ada amil dan pengarah Jabatan Zakat yang songlap wang zakat ! Ada guru qur’an yang memperkosa anak muridnya. Ada Al – Hafis yang sodomi ( liwat ) dan sebagainya. Yang penting sekali, berilmu dan beramal soleh bukan beramal syaitan dan selalu jujur dan istiqamah meniru stail nabi ; iaitu, sidek, amanah, tabligh, fananah. Ada orang bukan Islam yang berperangai dengan sifat yang baik dan mahmudah , cuma belum lagi sampai hidayah dan ada di kalangan orang Islam yang ketara sekali PHDnya dan tertera sifat atau perangai yang keji atau mazmumah seperti hasad dengaki , ego, ria’, takabur dan adu-domba; tanpa disedari itu adalah amalan syirik kafi mengkafi ( halus tersembunyi ) kerna dari species manusia yang bertuhankan diri. .

Siapa itu ‘azazil’ yang pernah seketika dahulu menjadi “tok guru’ dilangit yang dipergurui oleh sekelian para malaikat yang kemudiannya kantoi menjadi ‘iblis’ kerna mengkufuri perintah yang empunya global !. Ternyata ilmu tiada bisa menyelamatkan manusia selagi bertuhan kepada ilmu dan tiada bertauhid kepada yang empunya ilmu .Ini bererti , kejahatan itu bisa berlaku di mana-mana dan kebaikan serta kebajikan itu juga bisa berada di mana-mana jua. Pokoknya, tepuk dada tanya iman

Ukuran warna kulit,dan fahaman politik perkauman tiada bisa lagi dijadikan platform perjuangan kerna bisa memusnahkan kemanusiaan. Keadilan mestilah bisa diberikan kepada semua manusia berasaskan kepada kriteria keperluan bukan perkauman.

Sebagai anologi, bot besar di laut luas di berikan kepada manusia nelayan, bukannya kepada manusia petani atau penternak kerna itu bukannya keperluan bagi mereka .

Justeru itu , bantuan yang berasaskan budaya kronisma dan monopoli yang mengkayakan manusia yang tertentu sahaja dan mempertidakkan hak orang yang sepatutnya di bantu kerna bukan kroni adalah gejala kerosakan kemanusiaan yang menyebabkan perpecahan sesama manusia kerna hilangnya sifat belas kasihan kepada golongan marhein kerna rakus dengan kebendaan dan keduniaan tanpa segan silu merampas hak orang lain yang memerlukan.

Manusia yang tiada tanah untuk mendirikan rumah secara legal dan merempat dinafikan hak mereka. Sedang manusia yang sudah pun memiliki tapak rumah kediaman sendiri kerna tamak dan haloba merampas hak orang yang miskin dengan menambahkan lagi harta memboloti empat atau lima keping tanah lagi dan lebih. Lantaran itu menjadi kaya raya , bongkak , ego dan rakus.

Berikan yang hak kepada manusia yang berhak tanpa mengira kaum dan agama . Yang empunya global menyatakan ,” Tiada bisa dibenarkan kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja” ( Maksud Qur’an ) . Artinya , manusia selaku khalifah di muka bumi ini; perlu bersikap menentang sebarang bentuk dan amalan sistem monopoli , nepotisma , kronisma dan rasuah politik agar kemanusiaan itu terbela dan tiada bisa berlaku penganiayaan sesama manusia.

Sebarang elemen yang bersifat persengketaan perkauman yang bisa mengucarkacirkan kehidupan manusia hendaklah dihakiskan sesama manusia . Kumpulan –kumpulan manusia yang perjuangannya bernaunsakan kaum( kaumiyyah ) dan bangsa atau kebangsaan ( assobiyyah ) hendaklah di nyahkan dan disingkirkan kehadiran dan ideologi mereka sepenuhnya dan putuskan sebarang talian hayat mereka di muka bumi ini kerna bumi ini kepunyaan Yang Empunya Global untuk dikongsi bersama dan dinikmati oleh sekalian manusia tanpa batasan kaum dan agama.

Manusia yang tiada punya pegangan hidup bisa menjadi lebih teruk daripada binatang yang berkaki empat atau sebaris dengan syaitan, nauzubillahiminzalik.

Yang empunya global menyatakan, “ Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan manusia dan jin “ (Maksud Qur’an)

I. Justeru itu, manusia jangan jadikan iblis sebagai ‘ scape goat’ ( kambing hitam ). Tepuk dada tanyalah iman. Selamatkan kemanusiaan dengan addenul Islam , “Islam For All “ iaitu , “ Nafideenillah “ ( Mengikut cara Allah ) dengan menolak fahaman sesat sekular nasionalisma..( Parti Kebangsaan )
Tags: nash ar-rawy ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Sunday, July 12, 2009

Minda Politik Islam ( Nik Aziz )

Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz
Tuesday, 7 July 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk?

“Bismillahirahmanirrahim. Pergelutan dan pergolakan politik ini bukan baru. Ia bukan wujud sejak wujudnya PAS dan Umno. Sejak manusia wujud di muka dunia ini, tidak pernah berhenti daripada permusuhan antara satu sama lain. Ini ketetapan Allah yang menciptakan manusia.

Waktu Nabi Adam hendak diturunkan dari syurga ke bumi, Allah sudah sebut pada Nabi Adam, ’satu sama lain bermusuh’. Kamu akan duduk di bumi, akan beranak, bercucu, bercicit sampai jadi penghuni dunia sepenuhnya. Semua anak beranak Nabi Adam. Dan satu sama lain akan bertengkar.

Bila Allah tahu yang manusia ini perlu bergelut, Allah menurunkan nabi. Pihak Nabi, pihak yang benar. Pihak lawan nabi pihak yang tidak benar. Sebab itu, sejak Nabi Adam wujud, dia nabi sehingga kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad, tidak pernah wujud manusia yang tidak bergaduh.

Tapi, bila wujud keadaan bergaduh, maka nabi di pihak yang benar. Kerana nabi bukan belajar di sekolah, bukan belajar di pondok, bukan dia buat kajian, tapi dia terima langsung dari Allah s.w.t. Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki, akan diturunkan kepada nabi, tidak kira nabi mana pun. Ini kaedahnya.

Saya ulang sekali lagi, tiap- tiap manusia, ada fikiran sendiri. Wajah tidak sama. DNA tidak sama. Urat jari pun tidak sama. Ini adalah kaedah asas dan akan timbul fikiran yang berbeza dan berlainan.

Jadi Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran, “mana-mana umat yang dapat hidayat Aku, maka siapa yang ikut hidayat Aku, maka orang itu akan selamat”. Hidayat Allah hanya dikurniakan kepada nabi.

Sekarang timbullah PAS dan Umno. Baru 50 tahun. Dulu semua sekali berada dalam Umno kerana ketika itu hanya ada satu sahaja parti iaitu Umno. Cikgu, orang kampung, tok guru, tok ayah, tok lebai, imam, makmum, raja, rakyat semuanya ahli Umno pada tahun 1946 sehinggalah 1951.

Sebab alim ulama’, mereka mempunyai risalah. Mesej daripada nabi-nabi kerana mereka ini waris nabi; tidak kira Cina muslim ke? Melayu muslim ke? Orang Asli muslim ke? Dia mempunyai pendirian sendiri kerana mereka menyambung tugas Nabi Muhammad.

Pada tahun 1961, alim ulama’ keluar Umno dan mereka tubuh Parti SeIslam Tanah Melayu, PAS. Mereka yakin jalan Umno salah. Dan saya sendiri yakin Umno salah. Bila salah berertinya tidak akan bertemu syurga yang jumpa hanya nerakalah. Bermula dari situ sehingga hari kiamat pun akan ada orang yang melawan golongan yang salah. Ini perintah daripada Allah.

Di sini timbul satu masalah. Pada pandangan orang Eropah, manusia ini tuan punya dunia. Contohnya, bila sebuah parti menang satu kawasan, mereka rasakan kawasan itu mereka yang punya. Ertinya, segala hasil kekayaan yang ada mereka sewenang-wenangnya bagi kepada siapa yang mereka mahu. Mereka rasuah, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka rasakan mereka telah menang kawasan itu dalam pilihanraya.

Itu pandangan orang yang lawan nabi. Nabi mengatakan dunia ini bukan kepunyaan kita, ia kepunyaan Allah, Kita hanya pengurus, yang dipanggil khalifah. Sebab itu DO hanya dilantik oleh kerajaan negeri untuk jaga sesuatu kawasan. Dia tidak boleh fikir dia berkuasa penuh. Dia hanya menerima pelantikan daripada kerajaan.

Kita cuma menerima pelantikan daripada Allah sebagai khalifah. Ini pandangan saya, Islam meletakkan manusia tidak mempunyai hak mutlak. Kerana hak mutlak ini kepunyaan Allah. Oleh yang demikian gerakan Islam seluruh dunia yakini bahawa kita manusia hanya pengurus. Sebab itu, orang yang berjaya mengurus ini, akhirat kelak mereka akan diupah, masuk syurga.

Kita dapat melihat aliran politik negara yang semakin menjurus ke arah Pakatan Rakyat. Bagaimanakah Datuk melihat perkara ini?

Dalam pilihanraya ke-12, rakyat menerima Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sebelum pilihanraya baru-baru ini, Umno mempunyai 22 buah kerusi; menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi.

Sedangkan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan pembangunan kepada Kelantan seperti cadangan membina jambatan yang kedua, laksanakan ECER (Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timor).

Saya bimbang juga, tapi sebutlah apa saja pembangunan, rakyat Kelantan faham bahawa pembangunan ini dapat dibuat oleh parti yang menguasai. Kalau parti A kuasai Kelantan, A lah yang buat pembangunan. Kalau A yang kuasai Kuala Lumpur, A lah yang buat pembangunan. Rakyat faham, Alhamdullillah.

Pembangunan bukan daripada duit parti. PAS ke; Umno ke; DAP ke. Pembangunan bukan dibuat daripada duit parti tapi duit rakyat yang kita kuasai. DAP kuasai negeri, DAP buat pembangunan. PAS kuasai negeri, PAS buat pembangunan. Umno kosong.

Sekarang Umno masih ada nyaris- nyaris di Kuala Lumpur, insyaAllah bila kita bagi penerangan yang jelas bahawa Umno melalui jalan yang salah bukan jalan nabi-nabi. Bila kita melalui jalan salah macam bila kita lalu jalan salah di Kuala Lumpur akan kena saman, kena kemalangan.

Saya telah hantar surat kepada Perdana Menteri, saya tanya dia dua perkara sahaja. Pertama, kerana apa tolak Islam? Keduanya, kenapa Umno lawan PAS? PAS ini terang-terang perlembagaannya Islam. PAS sudah pegang Kelantan 18 tahun. Saya buat macam Allah hendak. Yang Allah kata haram, saya haramkan. Yang boleh, saya bolehkan.

Apakah faktor yang menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat?

Sebagai orang PAS, saya sebut tadi, Umno melalui jalan salah. Mereka melalui jalan yang salah kerana mereka tak serupa dengan dasar nabi iaitu al-Quran dan hadis. Umno tolak. Umno buat rasuah. Rasuah ini bukan melibatkan orang kampung. Tapi pegawai- pegawai parti, ketua-ketua parti.

Sebelum pilihanraya ke-12, Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen. Di situ terang-terang Umno terlibat dengan rasuah. Ini perbuatan jijik. Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan.

Ini Islam tidak boleh terima, PAS tidak boleh terima, saya fikir, komunis pun tidak boleh terima. Dan bila Umno tolak Islam, mahu tidak mahu mereka mesti akan terdedah pada rasuah. Sebab itu saya kata sokong PAS dapat pahala. Bagi saya, saya masuk pejabat seolah-olah saya masuk masjid.

Mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Ramai yang memperkatakan tentang kerjasama yang tidak mantap, masih berlaku perselisihan dan juga perbedaan pendapat. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

Pakatan Rakyat masih setahun dua. Dulu PAS pun macam tu juga. Umno pun mula-mula kacau bilau jugak. Benda baru. Perlahan-lahan mantaplah. Semua kaedah Tuhan. Macam pokok, mula-mula tumbuh daun; dua tiga helai daun, sehingga besar. Masa mula-mula memang akan kena serang dengan cacing, semut, babi. Seperti juga manusia,. mula- mula lemah, nak bercakap tidak boleh,. boleh menangis je..... Suara Keadilan online

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrwy.blogspot.com )

Perpaduan Ummah Oleh : Nash Ar-Rawy

Perpaduan Ummah
Jul 12th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama ( www.perakexpress.com)
Oleh: Nash Ar-Rawy

Dalam keadaan kemelut dan kekalutan kerajaan Rosmah Najib yang makin mengkronikan diri dalam pembolotan khazanah negara, dalam keadaaan Umno/BN hilang enam negeri termasuk Negeri kudeta Umno ( Perak ) dan kebencian rakyat akan isu perkauman sandiwara Umno dan rakan BN dan permainan tangan ghaib Umno mencampuri urusan SPR, IGP, Pendaftaran Negara, SPRM dan mahkamah; PAS dan Pakatan Rakyat “ muncul di tengah-tengah delima Negara iaitu “ Gagasan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat “ untuk menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara, memimpin perubahan bersama Islam yang bersifat universal, sejagat , global dan anti –perkauman.; PAS FOR ALL yang makin di sedari , difahami dan diterima massa.

PAS di era mutakhir ini muncul sebagai Partai Induk atau teras suara Islam dan ummah yang mampu dan upaya diri mencernakan kerajaan berkebajikan yang bersih daripada rasuah politik , perkauman dan kronisma seperti yang di buktikan Kerajaan Berkebajikan di Kelantan , Kedah ( sebelumnya di Perak dan Terengganu ) dan bersama rakan-rakan GAGASAN KESE-PAKATAN KERAJAAN RAKYAT di Pulau Pinang dan Selangor .yang mana semuanya merupakan ‘ Kerajaan Rakyat “ yakni “ Pemerintahan Gagasan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat. yang jelas bukannya kerajan perpaduan kroni elit suku-sakat Umno Rosmah-Najib.

Fenomena ini sudah di lihat dengan teliti oleh rakyat dan ternyata golongan marhein tertipu apabila projek PPRT yang dikhaskan untuk membantu orang miskin di songlap-lesap peruntukan kewangannya oleh Menteri Umno ; apalagi hendak di harapkan oleh orang miskin , duit orang miskin pun bisa disapu-habis.

Oleh itu, demi menjaga maruah rakyat dan kepentingan rakyat dan demi menghapuskan segala pembohongan , muslihat politik, rasuah politik dan sandiwara politik yang disandiwarakan oleh umno di pentas politik ini. Rakyat hendaklah bersama menyertai suara rakyat , kerajaan rakyat yakni; Kese - Pakatan Kerajaan Rakyat dari rakyat, untuk rakyat kepada rakyat supaya terhapusnya kesinambungan kerajaan perpaduan elit umnoputera Rosmah-Najib.sebagimana rakyat pernah berjaya di Terengganu dan Perak dan dewasa ini di lima buah negeri kerajaan berkebajikan rakyat di bawah pentadbiran Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat.

Biarkan Kerajaan Perpaduan Umno/BN di habisi riwayat nya kerna sudah diberikan rakyat lima puluh tahun memerintah tetapi masih tidak berjaya untuk menghapuskan rasuah politik dan kronisma sebagaimana yang pernah di konfirmasi oleh mantan Pres. Umno Tun Mahathir di dalam blognya.Bahkan, mantan menteri Kehakiman Umno telah letak jawatan dan menyertai keadilan justeru kerna beliau sendiri tiada yakin dengan sistem kehakiman Negara kerna campur tangan politik justeru kerana tiada berlaku konsep “separation of power “ di dalam Kehakiman, Legislatif dan Eksekutif.

Prerogatif atau hak ibubapa yang memeluk ugama Islam untuk membawa bersama-sama anak mereka melaui proses pengislaman dilarang keras oleh undang-undang baru yang di perundangkan oleh Umno yang bertentangan dengan maksud Al-Hadis . “ Sesungguhnya ibubapalah yang menentukan anak-anak itu Yahudi , Nasrani atau Majusi. Ternyata inilah pengkhianatan Umno yang terkini yang melakukan jenayah agama yang tiada boleh di maafkan ummah apalagi setelah memperkosakan kesucian Islam yang menggunakan perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran ke atas Kelantan jika laksanakan Hudud sebagaiman terkandung di dalam warkah utusan Mahathir.

Di mana ulamak dalam umno khususnya ulamak muda Umno yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. . Mustahil tiada tahu Islam di dalam Kerajaan Perpaduan BN adalah Islam yang diperjabatankan sepertimana menteri tersebut di perjabatankan . Islam di dalam Kerajaaan Perpaduan Umno/BN tiada kuasa . Buktinya Hudud tiada berani di kuasakan Umno dengan memperundangkan Hudud melalui Akta Hudud yang di tolak muktamad di parlimen oleh Umno walaupun di percadangkan oleh Pres. Pas TG Haji Hadi sebanyak tiga kali di dalam paerlimen; tetapi ditolak ,mentah-mentah.

Ulamak di dalam umno ternyata dicernakan umno sebagai ulamak su’.
Bagaimana bisa jadi su’ atau ‘syaitan bisu ‘ Ini ada kerna mereka ini di su’kan segaligus di syaitan-bisukan justeru kerna bersubahah dengan kemaksiatan dan jenayah agama, bangsa dan negara yang dilalukan Umno selama ini. Buktinya, mereka ini di birokan di dalam Umno dan tiada kuasa atau authoriti untuk koreksi-keagamaan Umno kerna ‘ standard’nya “Biro” sahaja tiada lebih daripada itu .

Mereka ini adalah boneka Umno kerna tempatnya di bawah ketiak Presiden , itu sahaja.Akan tetapi PAS di bawah kepemimpina Ulamak , alhamdulillah Hu Ta’ala dengan izin dia telah berjaya membentuk selain daripada Dewan Ulamak tetapi ada Badan yang tertinggi di dalam Gerakan Islam PAS , iaitu : Majlis Syura Ulamak yang menentukan hala-tuju Gerakan Islam PAS dipastikannya inysaAllah tiada ‘derailment’ atau terbabas daripada landasan Kitabullah, Assunnah, dan Sirah . Ini dijamin dengan pertanggungjawapan yang di amanahkan kepada ketuanya ; yakni , Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz yang mengatasi Jawatankuasa PAS Pusat atau Presiden PAS itu sendiri. Ini tiada berlaku dengan ulamak ‘YES MAN” Umno yang dibirokan di bawah ketiak Rosmah-Najib.

Hidup di dunia ini terlalu pendek . Justeru itu, habiskanlah sisa hidup ini dengan beramai-ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Gagasan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat di dalam mana –mana PRK sehinggalah kepada PRU yang ke 13 ini ; agar kerajaan perpaduan Umno/BN diruntuhkan dan diatas keruntuhan tersebut dibangunkan Kerajaan Federal yang baru yakni; pemerintahan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat merubah dengan Islam yang lebih afdal daripada Gagasan Sekularis Kerajaan Perpaduan Umno/Bn yang berteraskan kaum dan nationalisma, yang mana bahtera nya menunggu detik kekaraman insyaAllahu Ta’ala.

Untuk untuk keributan didalam MCA , Gerakan dan PPP menandakan Kerajaan Perpaduan Umno/BN yang bernaunsakan kaum tidak bisa diterima lagi dewasa ini ; kerna isu perkauman dan pembangunan ( kebendaan ) sudah lapok dan tiada releven lagi kecuali bagi Umno.yang menggunapakainya sebagai talian hayat yang bakal putus pada bila bila masa. insyaAllah Hu Ta’ala.

Sewajarnyanya MCA, Gerakan dan PPP memutuskan talian hajat Umno dengan menyertai Gagasan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat. Jika, Umno tiada mahu menyertai gagasan ini tiada problema kerna penumpang-penumpang bahtera Umno yang sarat dengan penyakit yang tiada boleh di obati lagi ini ; insyaAllah ahli-ahli umno yang sedar akan ‘wayang kulit ‘ suku-sakat elit umnoputeranya akhirnya akan tinggalkan bahtera Umno dan menyertai perjuangan Gerakan Islam PAS sebagai wadah suara Islam dan Ummah di dalam Gagasan Kese-Pakatan Kerajaan Rakyat. Setidak-tidaknya jika ada kemaluan sedikit boleh lah menyertai keadilan , insyaAllah Hu Ta’ala.

: Allah Hu Akbar ! ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN !

Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com)(www.nasharrawy.blogspot.com)

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14