D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Friday, August 21, 2009

Calun Umno Putarbelit Dan Tiada Integriti

Jumaat 21 Ogos 2009 | 29 Sha'ban 1430 Hijrah
Rohaizat: Umno atau Ragunath yang bohong?
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Aug 19, 09 | 5:30:11 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Isu hero Umno yang dilayangkan kad merah oleh Majlis Peguam menimbulkan persoalan adakah para pemimpin Umno bercakap bohong atau Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang berbohong.
Iklan



Persoalan itu berbangkit apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menabalkan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebagai "wira".

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sekali lagi mengulangi dakwaan para pemimpin Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".

Walaupun Ahmad melakukan percubaan yang melelahkan untuk membela "wira" tersebut, 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Rohaizat terhadap keputusan Majlis Peguam yang memecatnya.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Jika benar rakan Rohaizat yang bersalah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno, tidak diketahui mengapa Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Majlis Peguam memecat "wira" Umno itu.

Isu wira Umno dibuang padang oleh Majlis Peguam itu juga menimbulkan persoalan siapakah yang berbohong.

Silih berganti para pemimpin Umno menuduh rakan Rohaizat dalam firma guamannya yang bersalah.

Sedangkan, Ragunath pula menyatakan, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Ketika memberikan pendapat peribadinya mengenai perkara itu dalam sebuah laman blog, seorang peguam yang juga kolumnis sebuah akhbar tempatan, Elviza Michele Kamal menjelaskan, Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang dilantik untuk mendengar perbicaraan salah laku peguam bukan calang-calang peguam.

"Paling kurang, pengalaman bertikam lidah dalam mahkamah selalunya berdekad lama.

"Secara peribadi, saya tak rasa Majlis Peguam terkhilaf, apatah lagi apabila Mahkamah Tinggi sendiri telah menolak rayuan perayu," kata blogger tersohor itu.

Jika Ragunath tidak berbohong, adakah para pemimpin Umno berbohong?

Jika para pemimpin Umno berbohong mengenai status Rohaizat, isu utama bukan lagi isu pemecatan Rohaizat tetapi isu pembohongan.

Jika para pemimpin Umno yang membela Rohaizat itu berbohong, ia sekaligus meletakkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sebagai pembohong kerana beliau mendakwa "kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong".

"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong," kata Timbalan Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mengiringi Rohaizat ketika penamaan calon pilihan raya kecil itu.

URESPONS@HARAKAHDAILY

Rohaizat sepatutnya tidak dipilih

Salam,

Saya, Mohd. Haidar bekas seorang pengamal undang-undang di Malaysia dan tidak pernah di"struck off" oleh BAR Council dan sedang bekerja di Monash University, Melbourne sekarang ini. Saya juga pernah berkerja di Crown Prosecutor, Victoria (Public Prosecutor, Victoria) di Australia.

Saya pernah melalui proces pilihan raya di Australia yang menyaksikan kekalahan matan PM John Howard kepada PM Kevin Rudd. Di negara bukan Islam, negara dunia pertama, rakyat berfikiran terbuka, parti-parti yang memasuki gelanggan tidak ada meletakan calon yang boleh memberi nama yang tidak disenangi oleh para pengundi.

Malangnya di Malaysia orang yang sudah didapati bersalah dan nama disenarai hitamkan oleh BAR Council masih boleh menjadi calon. Saya tidak nampak mengapa perlu pilih orang seperti ini menjadi calon? Apakah sudah tidak ada tokoh muda yang berkelayakkan tinggi yang boleh menjadi calon UMNO?

Masalah ini amat serius dinegra seperti Australia, Jepun, UK, Kanada, Italy tetapi mungkin tidak bagi USA dan Israel, tetapi masalah memilih calon bagi UMNO menampakkan siapakah UMNO yang sebenarnya. Sukar untuk saya mengulas tentang Rohaizat yang saya kenali di UIA dulu. Dia sebaya dengan saya.

Calon untuk mewakili parti bagi dunia pertama mestilah bersih dan mempamerkan watak yang baik. Kalah tatau menang adalah adat gelanggan politik. Bukan apabila kalah kita sudah putus asa. Dalam dunia serba canggih sekarang, kita bukan sahaja memerlukan seorang tokoh yang bersih, amanah dan rendah diri. Kita mahu rekod pemimpin kita cemerlang. John Howard adalah seorang tokoh yang amat cemerlang, tetapi dia kalah kepada seorang perempuan yang tidak ketahui ramai. Kekalahannya adalah kerana dia terlalu mendabik dada bahawa dia dan partinya adalah satu-satu mengeluarkan Australia dari krisis ekonomi.

Rakyat cerdik, rakyat tahu menilai mana kaca dan permata. John Howard kalah ditempatnya, partinya hapir kalah disemua negeri di Australia melainkan di West Australia. Banyak menteri kencundang dan maruah partinya semkain merosot. Walaupun Kevin Rudd belum mempamerkan kejayaan cemerlang, tetapi sokongan kepada partinya masih lagi melebih 66% di seluruh Australia - mengikut bancian new 7 Australia dalam 2 - 3 bulan terdahulu - dalam bulan Mei (May).

Saya yakin bahawa Malaysia perlu mencari pemimpin-pemimpin yang cemerlang dan terbaik, tidak seorang pemimpin yang dikaitkan dengan soal pecah amanah oleh BAR Council (Malajlis Peguam). Saya tahu bagaimana sukarnya BAR Council untuk meng"struck off" seseorang pengamal undang-undang melainkan wujudnya bukti-bukti yang teramat kukuh. Ini adalah soal profession seorang yang terpelajar dan dipandang mulia oleh orang ramai.

Rohaizat perlu menjawap BAR Council terlebih dahulu sebelum dia menjawab soalan orang laon. Mengikut kawan-kawan saya yang masih lagi menjadi ahli BAR Council mereka tidak dapat menerima Rohaizat seperti saya tidak dapat menerimanya. Kes di"struck off" adalah satu maruah bagi seorang peguam. Kita merasa teramat malu apabila di"struck off" dari kumpulan kita sendiri. Melainkanlah jika kita ini parti nasionalis atau parti kedaearahan. Tetapi yang kita perlu malu adalah kepada Allah (SWT) dan bukannya kepada orang ramai atau sebaginya. Wassalam.

Haidar Hashim _ Harakah

17 Pengkhianatan Umno

Jumaat 21 Ogos 2009 | 29 Sha'ban 1430 Hijrah
17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin
Oleh Afyan Ali
Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT
GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.
Iklan


Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

/Pemudagombak.com_ Harakah

Yusri Dedah Pemalsuan Maklumat Rohaizat

Jumaat 21 Ogos 2009 | 29 Sha'ban 1430 Hijrah
Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Aug 21, 09 | 9:50:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Iklan



Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.

Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz juga mendedahkan bagaimana seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.(gambar)

Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.

"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.

Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".

Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.

Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.

Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.

"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut," kata beliau. _ Harakah

Thursday, August 20, 2009

" Politik Dajal " Kronisme

Jumaat 21 Ogos 2009 | 29 Sha'ban 1430 Hijrah
Amal 'politik dajal', Umno-BN perlu disingkirkan
Anuar Ahmad
Tue | Aug 18, 09 | 11:16:30 am MYT

PERMATANG PASIR, 18 Ogos: Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara. Iklan



"Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.

Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat.

"Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya.

Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu.

"Wakil Umno dalam Dewan Undangan Negeri mengatasi wakil dari Gerakan dan MCA juga MIC. Cakap saja nak tolong orang Melayu. Bohong saja,"katanya.

Sementara itu di tempat yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haron Taib sependapat dengan Dato' Seri Hadi bahawa Umno senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya.

Ingat, katanya, "kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi.

"Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,"katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.

Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman,

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan setelah Adunnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) meninggal dunia pada 31 Julai lepas. - mks. _ harakah

Bar Council Pecat Dan Razeleigh Pertikai Rohaizat

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Mohamad Sabu yakin penuh dengan Salleh Man
Hazayani Zakaria
Thu | Aug 20, 09 | 12:24:06 pm MYT
PERMATANG PASIR, 20 Ogos: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu yakin penuh dengan kewibawaan calon Pakatan Rakyat dari parti itu di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man.

Iklan



Beliau berkata, ciri-ciri dan rekod bersih yang ada pada diri Salleh melayakkan beliau untuk bertanding mewakili parti di Dun berkenaan.

"Ustaz Salleh Man ni sesuai sangatlah nak jadi calon dewan undangan negeri. Dia golongan ustaz, golongan yang rajin nsya Allah lah, kenduri, mati tu dia akan sampailah kalau dia ada dalam kawasan," katanya dalam satu ceramah di Bukit Indera Putera, di sini malam tadi.

Selain Salleh Man, Mohamad Sabu adalah antara pemimpin PAS yang disenaraikan sebagai calon untuk Permatang Pasir. Namun, Harakahdaily difahamkan beliau telah menolak dan memberikan sokongan penuh kepada Salleh untuk menjadi calon.

"Dia ni saya berkenan dengan dia, dia seorang yang istiqamah. Dia yakin dengan perjuangan. Keluar dari universiti Malaya dengan ijazah Sarjana Muda Syariah, terus menyertai PAS. Bertanding pada usia umur 20-an sampailah umur 52,"ujarnya.

Ini katanya berbeza dengan calon taruhan Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang mempunyai kes salahguna kuasa sehingga dilayangkan kad merah oleh Majlis Peguam.

"Kita tengok keadaan ni kita yakinlah berbanding calon belah sana (Umno). Saya tak mahu sentuh hal peribadi tapi bersangkut dengan perkara umum ni, kita kena sentuh."

Bercakap di hadapan lebih 500 orang yang hadir,beliau berkata PAS tidak sekali-kali mahu menyerang peribadi pihak lawan namun tegasnya sudah jelas Rohaizat mempunyai rekod yang tidak bersih sehingga dipertikai oleh ahli veteran Umno sendiri.

Beliau merujuk kepada bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut mempertikaikan pemilihan Rohaizat di Dun Permatang Pasir.

Veteran Umno itu dalam blognya semalam menulis calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana umno meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka.

Namun beliau sedih apabila calon yang dipilih Umno mempunyai rekod yang tidak baik.

"Calon belah sana tu bukan kita pertikai. Kita tak pertikai...hak dia.Soalnya dia diberi kad merah oleh Bar Council (Majlis Peguam) ertinya dibuang," kata Mohamad Sabu.

"Hari ni pulak Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kenapa pilih calon ini. Dia kata ini menyebabkan orang lihat umno macam tak ada calon. Saya tak kenal secara peribadi calon ni. Tapi, kalau Tengku Razaleigh pun pertikai, saya nak kata apa."

Tengku Razaleigh adalah anggota Parlimen Gua Musang. Dia pernah menjadi Menteri Kewangan dan bekas naib presiden Umno. Beliau pernah bertanding merebut jawatan presiden Umno dan hanya kalah 43 undi sahaja di tangan Tun Dr Mahathir.

Bagi Mohamad, pemilihan Rohaizat 'yang bermasalah' itu menunjukkan adanya masalah dalaman Umno di peringkat negeri itu.

"Apa yang dituduh terhadap beliau iaitu pecah amanah lebih kurang RM140 ribu terhadap pelanggan dia. Kalau calon seperti ini diketengahkan hadirin sekalian kita nampak Umno Pulau Pinang ni hadapi masalah besarlah."

Pada 7 Mac 2008, Majlis Peguam telah membatalkan lesen guaman Rohaizat, kerana dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guamnya.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan mengumumkan, status peguam Rohaizat ditarik balik (struck off) berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Sehunungan itu Rohaizat membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu namun ditolak mahkamah.

Dalam borang penamaan calonnya pada Isnin lalu, Rohaizat juga tidak meletakkan kerjayanya sebagai peguam tetapi meletakkan ahli perniagaan sebagai kerjayanya, sama seperti calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat bermati-matian membela Rohaizat. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan berbohong kepada pengundi selain meminta Rohaizat membuat kenyataan bersumpah bagi menjelaskan isu tersebut.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan juga kelihatan bersungguh membela Rohaizat mengulangi dakwaan para pemimpin Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Beliau sebaliknya mendakwa Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

"Muhyidin kata BN tak akan bohong untuk dapat undi. Hari ni depa bohong kata partner calon ini yang salah. Sebenarnya Bar Council pecat calon ini, bukan partner dia," ujar Mohamad.

Dalam ceramah yang turut disertai oleh calon PAS, Ustaz Salleh Man, dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr.Mansor Othman itu, Mohamad menyeru agar para pengundi membuat pemilihan yang tepat dan berfikir sebelum memilih wakil mereka di Dun Permatang Pasir. ...Harakah

_

Umno Masih Suka Fitnah Hatta Di Bulan Puasa

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Fitnah tuduh Salleh: Mujahid cabar blogger jadi anak jantan
Wartawan Harakahdaily
Thu | Aug 20, 09 | 12:58:55 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

Iklan



"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.

Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti.

Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris. Kebiasaannya, selepas keluar dalam blognya, ia akan keluar dalam akhbar harian itu pula.

Menurut Mujahid, pribadi Ustaz Salleh adalah terpuji dan tidak akan membuat kerja-kerja sedemikian.

"Kalau mahu membuat dakwaan pun biarlah beradab dan penuh akhlak. Biarlah ada hujjah bukan pakai hentam sahaja," katanya.

Editor berkenaan menulis, ketika isu calon BN yang digantung oleh Majlis Peguam sukar untuk mati, kini timbul pula cerita tentang calon PAS menggelapkan wang RM600,000.

Ia dilaporkan oleh satu blog yang dimiliki oleh penyokong Umno, Zakhir Mohamad, tulisnya.

Di blog Zakhir pula, laporan mengenainya dibuat. Zakhir menulis tentang kehilangan wang RM600,000 itu dan dakwaan ini, tulisnya, dibuat oleh Mujahid dan Zulkifli Mat Lazim._ Harakah

Wednesday, August 19, 2009

Yusri Bersihkan Nama Yang Dikotori Umno

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Pentas rakan kongsi Rohaizat bela diri
Azamin Amin
Thu | Aug 20, 09 | 4:09:07 am MYT
PERMATANG PASIR,20 OGOS:Selain nama Teoh,A.Kugan, Altantuya menjadi sebutan dalam beberapa siri ceramah yang semakin 'hangat' sejak semalam, nama Yusri Ishak - rakan kongsi Rohaizat Othman mula muncul sekaligus mahu diberi peluang tampil untuk menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau Iklan



Umno dilihat 'menyucikan' calonnya dan mengalih perhatian, dengan melibas dan menuduh Yusri angkara segalanya. Ini cuba dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang membela |Rohaizat sekaligus 'berlawan' hujah dengan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berikutan keputusan badan itu memecatnya.

PAS tanpa membuang masa, melalui Bendaharinya Pusat Dr Hatta Ramli mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini.

"Kita sediakan pentas untuk Yusri tampil sekarang, jika dia mendengar... dia jadi mangsa dan namanya diburukkan oleh Umno.

"Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini.Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu,"katanya dihadapan lebih 200 hadirin, sambil disorak dan disokong.

Sebelum itu,kira-kira 20 minit di Markas Utama PAS Permatang Pasir, bersebelahan ceramah Dr Hatta, puluhan pengamal media dan beberapa anggota polis berpakaian preman berkumpul kerana menantikan kononnya satu sidang media tergempar akan dibuat oleh Yusri bersama pimpinan PAS.

Namun spekulasi yang tersebar luas, oleh pihak tidak bertanggungjawab dinafikan oleh pihak urusetia dan beberapa pimpinan PAS yang dihubungi, menjelaskan bahawa setiap sidang media rasmi hanya akan dibuat 11.00 pagi setiap hari di markas tersebut yang juga Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

"Ini salah satu taktik nak burukkan nama PAS di hadapan media...bila rasa tertipu,mungkin tulis yang bukan-bukan atau tak nak lagi datang sidang media dah..."kata salah seorang petugas.

Menurut sumber, difahamkan isu salahlaku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci hari ini di Yayasan Salam, dekat sini.

Di sebalik itu,kemeriahan suasana kempen Pilihan Raya Kecil N11 sudah mula terasa, apabila menjelang malam,sudah ramai para peniaga mengambil bahagian- mencari rezeki dan orang ramai mula memenuhi kawasan pesekitaran untuk hadir ke ceramah-ceramah kelompok yang ada.

Ini termasuk ceramah Dato'Seri Anwar Ibrahim di pinggir pekan Permatang Pauh,di banjiri hampir 1,000 orang. Sungguhpun esok masih hari bekerja dan penularan wabak inluenza A H1N1 semakin meruncing di seluruh negara,ia tidak mematah semangat orang ramai hadir dan memastikan Umno untuk terus kalah 7-0.

Namun berlaianan senario di pondok-pondok serta bangsal-bangsa berlambang Umno yang masih kelihatan suram,tidak bermaya, dipenuhi meja dan kerusi tanpa sebarang aktiviti.

Dalam pada itu,calon PAS Ustaz Salleh Man yang ditemubual Harakahdaily,memberitahu walaupun kehidupan hariannya 'berubah sekelip mata' dan sedikit kepenatan melalui pelbagai aktiviti semenjak awal pagi,namun bersemangat apabila melihat sambutan orang ramai dan para petugas jentera PAS serta Pakatan Rakyat yang memberi sokongan terhadapnya.

"Pagi tadi sudah 6 aktiviti sampai petang.Malam ini ada 8 ceramah kelompok,namun alhamdulillah masih bersemangat,"katanya tersenyum tenang.

Sementara itu,Anwar dalam ucapannya menggesa rakyat khususnya pengundi menolak kezaliman Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat yang tidak berdosa tanpa mengira kaum.

"Ini bukan masalah saya bela dan utamakan Cina dan India tetapi manusia yang dizalimi. Islam tidak pernah mengizinkan umatnya menzalimi manusia yang lain,"katanya turut merujuk kes Teoh Beng Hock dan A.Kugan.

Secara berseloroh, beliau juga menyeru agar para pengundi 'merayu' dan meminta kerajaan menyajikan pelbagai insentif,habuan,projek dan kemudahan sempena pilihan raya ini,demi kebaikan dan dapat dimanfaat bersama.

"Harap tuan-tuan sekalian,mintalah macam-macam projek pembangunan di sini sebab ramai menteri yang turun ni...betul mintalah untuk kemudahan kita....

"Tapi bila mengundi,fikirlah pakai otak..." katanya sambil disambut sorai hadirin yang tidak berganjak walaupun hujan mulai renyai kira-kira jam 11.00 malam.

Walaupun suasana aman dan tenteram,diikuti orang awam yang sentiasa tertib mendengar ceramah dan arahan-arahan petugas Unit Amal,namun ianya tidak terlepas dari pantauan puluhan anggota dan pegawai polis.

Selain itu tinjauan mendapati antara kelibat pemimpin PAS yang sudah mula 'berkampung' di Permatang Pasir ini ialah Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad,Ahli Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad._ HarakahYusri

'Padi Basah " Sebagai Calun Umno

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
PAS setuju sediakan pentas untuk Yusri
Nazri Abdullah
Thu | Aug 20, 09 | 2:11:40 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: PAS setuju menyediakan pentas untuk bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahin, calon BN di Permatang Pasir, Yusri Ishak untuk membela dirinya selepas dituduh Umno sebagai pihak yang bersalah sehingga Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam. Iklan


Ini ekoran permohonan Yusri kepada PAS dan PKR agar menyediakan pentas untuk beliau menjawab segala tuduhan Umno itu.

Tindakan Yusri itu juga menguatkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa Rohaizat sememangnya terlibat dalam kes tersebut sehingga dipecat oleh Majlis Peguam atas tuduhan penyelewengan wang.

Ianya tepat sebagai menjaga maruah dirinya sekaligus memperlihatkan sikap sebenar Umno BN yang sanggup mencemarkan imej pihak lain demi menutup pekung sendiri.

Umno telah menjadikan Yusri sebagai manggsa persinggahan demi menyucikan imej calon mereka, Rohaizat yang sedang dipalit dengan tuduhan pecah amanah melibatkan transaksi jual beli tanah bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Mengalu alukan tindakan Yusri itu, Naib presiden PAS, Salahudin Ayub memberitahu, PAS bersedia memberikan pentas kepada Yusri seperti yang dimintanya bagi memperjelas perkara sebenar demi membersihkan maruah dirinya yang dicalar sebegitu rupa oleh Umno BN.

"Kita akan menyediakan pentas kepada dia (Yusri), bila bila masa dia bersedia. Kita sangat alu alukan, kita tiada masalah."

"Dia (Yusri) telah manjadi mangsa Umno. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Mazlan yang fitnah dia, dan dia bertanggjawab membersihkan dirinya," Katanya ketika dihubungi sejurus selesai sidang media Yusri di Yayasan Salam pagi tadi.

Umno sepanjang kempen mereka, mengangkat Rohaizat sebagai seorang pemimpin yang berkualiti, berpelajaran tinggi dan professional. Mereka juga meletakkan doktrin kepada pengundi bahawa Rohaizat adalah "wira" kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan tidak melarikan diri dari kes yang menimpanya.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Muhyidin Yasin dan Naib presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi antara yang bermati matian mempertahan Rohaizat.

Namun disebelah pihak umno yang lain, Veteran mereka, Tengu Razaliegh Hamzah dalam blognya mempersoal pemilihan Rohaizat seoalah oleh BN ketandusan calon yang berkualiti untuk ditawar kepada rakyat

Jika disedari, tindakan pembersihan imej oleh Umno itu sebenarnya telah bercanggah dengan pendirian Rohaizat sendiri apabila hanya meletakkan dirinya sebagai ahli perniagaan pada borang penamaan calon 17 Ogos lalu dan bukannya sebagai seorang Peguam.

Ianya sekali lagi mengelirukan masyarakat, khasnya pengundi Permatang Pasir yang sedang menunggu satu jawapan tuntas adakah tindakan meletakkan "ahli perniagaan" tersebut ada kaitan dengan isu pecah amanah semasa dia menjadi peguam seperti yang didakwa.

Ekoran itu, Salahudin sekali lagi mencabar Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan adakah benar Rohaizat calon yang bersih dari dakwaan pecah amanah.

"Hal ini nampaknya menjadi semakin menarik, dan saya terus cabar Zahid Hamidi untuk berdebat dengan saya bagi membuktikan calon Umno adalah "padi basah" dan tiada harga," cabarnya. _ Harakah

Yusri Jawab Tuduhan Calun BN ( Rohaizat )

Rohaizat)Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Hazayani Zakaria
Thu | Aug 20, 09 | 11:49:31 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.
Iklan



Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat (gambar) itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.

Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu.

"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

CERITA YUSRI

Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat.

"Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah).

Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah.

Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000.

Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu.

Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya.

Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu.

Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak.

Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh.

Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003. _ ... harakah

Suhakam dan ISA

Polis dilihat langgar undang-undang - Suhakam

MUQQADDIMAH: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terus teguh mengatakan Akta ISA perlu dimansuhkan. Himpunan 1 Ogos lalu bagi Suhakam ianya boleh berlaku secara aman jika polis tidak cepat menggunakan kekerasan. Malangnya apabila perhimpunan yang tidak selari dengan kerajaan, polis akan berusaha sedaya upaya untuk mengagalkan usaha itu. Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai hujahnya sendiri terhadap sikap polis itu. Ikuti intrebiu eksklusif SALMIYAH HARUN bersama beliau di Pejabat Suhakam 6 Ogos lalu.

Tan Sri, Suhakam ada menjelaskan tentang tindakan polis pada Perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos lalu bertindak agak keterlaluan. Keterlaluan yang bagaimana dimaksudkan oleh Suhakam itu?

DR KHOO KAY KIM: Saya rasa kita belum sampai ke peringkat di mana pihak polis boleh menerima bahawa demonstrasi secara aman patut dibenarkan. Jadi setiap kali adanya demonstrasi, atau perhimpunan aman, ada saja masalah yang timbul.
Ini kerana polis cepat menggunakan kekerasan. Suhakam hanya boleh cuba memujuk pihak eksekutif termasuk polis untuk menerima hakikat bahawa negara sudah menerima prinsip itu dan menyatakan bahawa perhimpunan secara aman mesti dibenarkan.

Polis membuat tangkapan di awal perhimpunan, bahkan perhimpunan belum pun bermula polis sudah bertindak. Nampaknya polis yang memulakan kekecohan sebenarnya?

Sebenarnya setiap kali, tidak kiralah siapa yang melanggar undang-undang, siapa yang salah dan siapa betul hanya boleh ditentu oleh mahkamah. Memang perlu dicari jalan untuk membawa masalah itu kepada mahkamah bagi mahkamah buat keputusan.
Dalam tangkapan itu juga pihak polis menangkap orang ramai termasuk juvana dan wanita. Polis memang cuba hendak memberi alasan mengapa mereka bertindak menangkap orang ramai. Jadi pihak yang menjadi mangsa perlu mencari jalan untuk membuktikan polis bersalah, tetapi itu hanya boleh diselesaikan di mahkamah.

Jika polis tidak bertindak menangkap orang ramai dan tidak menghalang perhimpunan, sudah tentu kekecohan tidak akan timbul. Apa pandangan Tan Sri?

Saya percaya himpunan itu akan berlangsung dengan aman tanpa ada gangguan dan sekatan daripada polis. Bahkan dengan penangkapan sebelum perhimpunan sebagai cara untuk memburukkan lagi suasana perhimpunan sehingga Kuala Lumpur menjadi lumpuh.
Polis sentiasa mencari jalan untuk menjamin supaya satu-satu perhimpunan itu tidak terjadi, atau sekurang-kurangnya tidak mencapai matlamatnya. Sebab itulah di awal-awal lagi polis membuat sekatan jalan raya secara tidak langsung suasana bertambah kecoh.
Ekoran ini, orang ramai perlu mencari jalan untuk membawa kes seperti itu ke mahkamah. Jadi sekarang kita sudah sampai ke peringkat di mana kita sudah nampak polis yang selalu melanggar undang-undang.
Rakyat perlu bawa kes itu ke mahkamah dan kita tengok bagaimana tindakan mahkamah. Adakah mahkamah juga melanggar undang-undang? Keadilan bukan hanya mesti diamalkan tetapi mesti dapat dilihat dari segi pengamalannya.

Tahun 2003, Suhakam ada menegaskan ISA itu zalim dan perlu dimansuhkan. Apakah Suhakam masih teguh dengan pendirian itu?

Ya! Ya! Kita sudah berapa kali cakap. Pendirian kita tetap sama. Pendirian Suhakam tidak berubah tetapi Suhakam tidak boleh meminda undang-undang. Tindakan itu perlu dibuat di parlimen. Kalau wakil rakyat keseluruhannya setuju bahawa ISA zalim, wakil rakyat boleh pinda undang-undang itu.
Oleh itu, pengundi mesti faham siapa yang mereka pilih sebagai wakil mereka dan bila wakil rakyat sudah dipilih, mereka bukan orang besar! Mereka mesti patuh kepada rakyat.
Tindakan mereka mesti selaras dengan kehendak rakyat. Rakyat tidak tahu! Sekarang siapa yang memerintah negara? Ya, mereka tidak tahu! Itulah masalahnya. Kita kena jelaskan kepada rakyat melalui pendidikan. Di sekolah lagi mereka mesti belajar apa itu undang-undang, demokrasi dan perlembagaan.

Terlanjur Prof menyebut perlembagaan. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10 (1)(b) rakyat dibenarkan berhimpun secara aman, tetapi ia seperti bercanggah dengan Akta Polis yang lebih kecil. Apa pandangan Tan Sri?

Pergi ke mahkamah! Hanya mahkamah boleh menentukan siapa benar siapa salah. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini. Undang-undang lain yang bertentangan dengan perlembagaan adalah tidak sah, walaupun Akta Polis sekali pun.
Biasanya kalau pihak kerajaan yang mengadakan perhimpunan mereka tidak menghadapi masalah. Apabila ada pihak yang membangkang kerajaan perhimpunan itu mesti ada masalah. Mengapa ini terjadi?

Wajarkah himpunan itu dibuat dalam kawasan yang tertutup, seperti stadium sebagaimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri?

Memang jika perhimpunan dilakukan di dalam stadium ia senang. Bagaimanapun, demonstrasi yang dibuat itu mestilah ianya memberi kesan kepada kerajaan. Demonstrasi dibuat supaya kerajaan memberi respons.
Tetapi saya kurang yakin jika demonstrasi yang dibuat di kawasan tertutup akan diambil perhatian kerajaan. Jika rakyat hendak tahu tentang demonstrasi yang sebenar dan berkesan, kita balik pada tahun 1946 yang mana demonstrasi dilakukan merata tempat, untuk menentang Malayan Union.
Inilah demonstrasi yang cukup berkesan, British membatalkan Malayan Union. Kita imbas balik, rakyat boleh dapatkan satu gambaran jelas tentang demonstrasi apa sebenarnya berlaku.
Demonstrasi di merata tempat Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Tidak ada tangkapan, provokasi dan kekecohan. Berlaku dengan aman dan berkesan. Bahkan saya sangkal ada orang politik sebut demonstrasi bukan budaya kita. Ha! Ingatkan dia balik apa yang berlaku 1946.

Pada hari himpunan terbabit, Suhakam dikatakan tidak menghantar pemantau bebas seperti mana yang dibuat oleh badan bebas yang lain. Majlis Peguam ada kumpulan pemantau yang bertugas. Kenapa Suhakam tidak berbuat demikian?

Keadaan tersebut mungkin akan menimbulkan salah faham kerana mungkin wujud tanggapan bahawa Suhakam turut sama menyertai perhimpunan tersebut. Selain itu, jika hendak menghantar pasukan pemantau sudah tentu kami perlu memakai pakaian khas seperti jaket bagi memperkenalkan diri kepada orang ramai khususnya anggota keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan.
Suhakam tidak mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang sebaliknya hanya menyampaikan apa jua aduan dan juga komentar orang awam kepada pihak kerajaan.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Ogos 20, 2009 0

Pisah Politik Daripada Islam - Batal Syahadah

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam
Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?
Iklan



Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

Perkara-Perkara Yang Batalkan Syahadah/Akidah

Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam
Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?
Iklan



Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _ Harakah

Antara Iman Dan Islam Oleh : Nash Ar-Rawy

Antara Iman dan Islam
Aug 20th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama
Oleh: Nash ar-Rawy

Iman bukannya kepercayaan( ‘Belief’ ) tetapi adalah rasa keyakinan diri dalaman yang totok ,sempurna dan sepenuhnya ( ‘Faith’) yakni, Hakkyl Yakin dan Akmal Yakin atau Kemalatul Yakin ( Kesempurnaan Yakin seratus peratus bukan 99.99%; IKHLAS kepada ‘Dia”).” Wakhosiyarrahma nabil qhoib “ ( Ikhlas kepada yang Maha Ghaib) : Yasin : ll sebagai “ Mukhlisin nalahuddeen “ ( Ikhlas menegakkan ad-Deen) : Maksud Qur’an . Sementara, Islam itu sendiri bererti : Perserahan total dan mutlak kepada ‘Dia’ 100% . Firmanul Lahu ,” Nafideenil Lahu “ ( Mengikut Deen:Dia’100% ).

Ia itu Islam sebagai tatacara hidup yang sempurna “ Innaddeen naindallahil Islam “( Sesungguhnya deen yang diterima ‘Dia” adalah Islam ) : Maksud Qur’an. Maka, ternyatalah di sini bahawa Iman dan Islam itu tiada bisa di perasingkan kerna Islam itu ibarat jasad dan Iman itu roh bagi jasab. Islam itu amalan luaran ( Rukun Islam ) yang IKHLAS terbit daripada cetusan keyakinan diri yang mutlak atau 100% hakkul yakin dan kemalatul yakin dalaman yang mantap dan jitu lagi iklas kepada ‘Dia’ tanpa dek kerna sesuatu tetapi hanya ‘SE’ nya kerna ‘Dia”.( IMAN )

Orang yang Islam belum lagi mukmin, kerna ada orang Islam yang fasik ( melakukan dosa-dosa besar berterusan ) , munafik ( berpura-pura dengan Islam , sandiwara dan lakunan semata dek kerna sesuatu ), zalim ( yang tidak meletakkan yang hak pada tempatnya yang sebenar ), subahah ( bersubahat dengan kemungkaran dan kemaksiatan ) , fasad ( kefasadan atau melakukan kerosakan dan kejahatan atau makluk perosak ) kufur ( mengkufuri hukum “Dia” atau enggan mengikut dan menolak ketentuan ‘Dia” yang qat’ie ( mandatori) seperti hukum Hudud , Kisos dan Ta’azir.yang dianggap tiada sesuai lagi ( ‘not feasible’) dalam masyarakat moden dan majmuk.

Tidak mustahil ramai orang Islam bisa menjadi murtad ;yakni , terkeluar dariapda Islam lantaran itu menjadi kafir nauzubil lahi minzalik . Apabila melakukan perkara-perkara yang bisa membatalkan syahadah . Antaranya menolak Hukum Hudud ( syariat Islam ) yakni, mengenai ; sariqah ( merompak; guna senjata) , hirabah ( mencuri ) , syurb ( arak) zina, Qosaf ( menuduh orang berzina tanpa ada 4 orang saksi yang bukan fasik )dan murtad.( yang dihukum bunuh jika tiada bertaubat apabila dinasihati )

Semua ini bisa berlaku apabila dipisahkan Iman daripada Islam . Justeru itu , ada orang Islam yang selepas solat Jumaat bisa beli nombor ekor, ada yang puasa tetapi tak solat . ada yang ‘bersedekah’ dan mengerjakan ‘haji’ hasil daripada duit loteri , ada yang tak tinggal solat tetapi, melakukan kezaliman, rasuah, pembohongan dan pukul anak bini , ada yang alim berilmu tetapi melakukan kejahatan ( kefasadan ) , ada yang solat tetapi berzina dan minum arak atau qosaf (menuduh orang berzina atau liwat tanpa 4 saksi yang tidak fasik ) dan sebagainya. Justeru itu , apakah orang yang di dalam kehidupannya yang memisahkan Iman dengan Islam ; lantaran itu melakukan perkara-perkara yang tertera di atas dan yang membatalkan syahadah itu; bisa masuk syurga milik ‘ Dia’ jika pada logikanya melakukan perkara-perkara yang di tegahnya tanpa rasa insaf dan taubatan nasuha ? Fikirkanlah sendiri di manakah IMAN anda ?

Ada al – hafis yang melakuklan sodomi ( liwat ) ada orang yang berimej keagamaan menyalahgunakan wang baitulmal . Ada guru qur’an yang merogol muridnya . Ada ustaz yang menyokong kezaliman ( ISA) . Ada amil yang melarikan duit zakat fitrah dan sebagainya , hanya sekadar contoh dan iktibar. Pokoknya , amalan Islam ( luaran) belum tentu betul jika IMAN itu tiada di dalam dada. Tepuk dada tanya diri , tanya Iman , pasti ada jawapannya, bukan !.Pokoknya, jangan jadi seperti Abdullah b. Ubai yang solat di belakang Rasulullahi S.A.W. tetapi menjadi agen yahudi menentang perjuangan Islam . Lantaran itu , Allah Hu Ta’ala memerintahkan di dalam Al Qur’an masjid dirar yang dibina beliau itu diruntuhkan . Oleh itu, janganlah kita menyokong kumpulan atau pertubuhan yang menolak Hukum Hudud kerna pada fikiran mereka tiada lagi sesuai; kerna itu bisa membatalkan syahadah kamu ,jika kamu bersubahat dengan kerja-kerja mereka itu ; yang dilakukan kerna tiada iman .

Justeru itu, Iman dan Islam adalah amalan satu entiti yang tidak berpisah samasekali, supaya amalan batin ( Iman ) dan zahir ( Islam ) itu selari ibarat senafas dan senyawa ; kerna jika tiada selari amalan kedua-duanya itu, bisa saja jadi cakap tak seupa bikin atau dalam bahasa mudahnya ; munafik , nauzubil lahi minzalik. Ada orang Islam , siang menjadi Islam , malam menjadi kafir dan siang menjadi kafir , malam menjadi Islam ; justeru kerna setelah mendapat hidayah( al- Qur’an ) mengkufuri atau menentang Ayatullah ( ayat-ayat Allah Hu Ta’ala ); enggan dan mengingkari ketentuan, hukum dan syariat ‘Dia ‘ . Ini adalah kerna berpunca daripada Iman yang di pisahkan atau diasingkan dengan Islam. Apakah jika syahadah itu sudah terbatal bisa menjurus ke syurga atau jalan pintas ke neraka ?. Fikirkanlah agar tidak bisa sesat atau kesal di sana nanti ; supaya amalan kamu itu , amalan zahir dan batin, Iman dan Islam yang IKHLAS kerna ‘Dia” bukan dek kerna sesuatu yang bijaksini dan bijak sana.

Akhir kalam, tinggalkanlah perjuangan assobiyyah ( kebangsaan ) yang sesesat ideologi komunis itu; yang mengajak manusia kepada hidup tanpa hakkul yakin dan kemalatul yakin ( IMAN ) untuk menegakkan syariat Allah Hu Ta’ala ( ISLAM) di muka bumi ini. Ad-deen waddaulah ( Ad-deen dan sistem pemerintahan Islam) yang meletakkan Al-Qur’an ( Kitabullah ) dan Assunnah sebagai rujukan hukum yang tertinggi negara yang diperundangkan di dalam parlimen sebagai perlembagaan negara dan apa-apa pindaan yang di buat selepas ini; sejauh mana ianya bercanggah dengan Kitabullah dan Assunnah hendaklah terbatal dengan sendirinya . Ini hanya bisa berlaku jika PM dan pertubuhan yang di pimpinnya itu tidak memisahkan IMAN dan ISLAM sebagai amalan pemerintah yang diberikan Allah Hu Ta’ala amanah kekuasaan supaya wujud khilafah Islamiyyah yang terdiri daripada mereka yang muttakin( takwa) sobirin( sabar) sidiqin ( benar yang ikut prinsip nabi : sidek , amanah , tabligh, fatanah) mukhlisin ( ikhlas). Yang memimpin ummah; Islam untuk semua tanpa kira kaum dan anutan agama menegakkan negara berkebajikan dan keadilan sejagat dengan iman dan takwa ; yakni , melaksanakan amal ma’aruf nahi mungkar bukan dek kerna sesuatu tetapi kerna IKHLAS dan IMAN kerna ‘Dia’ bukan disalut dengan Islam sahaja ( kosmetik ) dek kerna sesuatu bukan kerna ‘Dia’ .

Tags: nash ar-rawy ( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Tuesday, August 18, 2009

Siapa Gangster ?

Rabu 19 Ogos 2009 | 27 Sha'ban 1430 Hijrah
Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
Nazri Abdullah
Wed | Aug 19, 09 | 10:26:30 am MYT
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Iklan



Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily. _ harakah

Mustahil Asingkan Iman Dan Islam Masuk Syurga : Nik Aziz

Rabu 19 Ogos 2009 | 27 Sha'ban 1430 Hijrah
MUSTAHIL ASINGKAN IMAN DAN ISLAM MASUK SYURGA – NIK AIZ

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
Oleh Rizal Tahir
Tue | Aug 18, 09 | 4:32:27 pm MYT
KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
Iklan


"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
[LIHAT VIDEO] _ HARAKAH

Monday, August 17, 2009

Tracked Record : Umno Menghina Islam

Isnin 17 Ogos 2009 | 25 Sha'ban 1430 Hijrah

Rekod penghinaan terhadap Islam oleh Umno-BN
Mat Zain Mat Isa
Mon | Aug 17, 09 | 2:48:22 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Ogos:Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.
Iklan




Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai �pemikiran sempit�.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, �mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu �terpaksa� membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan�.

Sambungnya lagi, �perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan�.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas �fatwa�nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan �kajian mendalam� oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam? - azm _ .... Harakah

Sunday, August 16, 2009

Rasuah Yg Tidak Disiasat SPRM

Enter your search terms Submit search form
Web HarakahDaily
Isnin 17 Ogos 2009 | 25 Sha'ban 1430 Hijrah

Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Aug 16, 09 | 7:12:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).

Iklan




"Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?

"Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?" kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.

"Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.

"Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu," kata Mohamad.

Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.

ImageTiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.

Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.

Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.

"Kenapa saya harus memohon maaf?" soal beliau. "Atas alasan apa saya harus memohon maaf?"

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.... harakah

_

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14