D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, July 4, 2009

MUZIKARAMA DAN AGAMA Oleh: Nash Ar-Rawy

MUZIKARAMA DAN AGAMA Karya : Nash Ar-Rawy 15.06.06

Muzik merupakan sebahagian daripada alam semulajadi anugerah Yang Maha Pencipta, sebagaimana agama adalah suatu kepercayaan manusia tentang kewujudan Tuhan dan alam akhirat .’ A-gama’ pada ambilan bahasa sanskrit.ya bererti ‘Tidak Kacau’ yakni aman , berbetulan dengan makna Islam itu sejahtera dan selamat; jusrteru kerana Islam adalah ‘Ad-din’ yang bermaksud satu cara hidup yang lengkap.

Maka kesempurnaan dan kelengkapan Islam itu sendiri, kerana ia bukan agama (Kepercayaan) tetapi satu sistem hayat yang sempurna pastilah ada terangkum di dalamnya aspek muzik, seni lagu, seni tari, seni budaya dan sebagainya. Secara logikanya apalah erti dunia ini tanpa bunyi yang mempunyai keaslian melodi dan iramanya yang tersendiri seperti suara siulan burung, ayam yang berkokok, pukulan ombak di pantai, bunyi deruan angin dan daun-daun pokok serta suara alam itu sendiri pada keseluruhannya selain daripada bunyi yang artifisial seperti hon kenderaan, jentera berat dan pesawat samada di laut, darat dan udara.

Oleh kerana muzik itu menghiasi dan mengisi kehidupan manusia, maka pengaruhnya kepada manusia terlalu besar. Sehingga si bayi yang lapar bisa melahirkan muzik protes mendemontrasi kelaparannya sehingga menarik perhatian ibunya yang lalai. Alunan irama pada muazzin (Bilal) dan momentum takbir raya pastinya menyusuk jiwa orang yang beriman untuk mengingati Tuhannya Yang Maha Agung lagi Maha Sempurna. Ternyatalah kesan bunyian dan suara yang mempunyai irama dan melodi yang bermakna itu; mempunyai impak yang terlalu ketara dan tidak dapat dinafikan adalah esensi dalam kehidupan manusia.


Justeru itu, muzik yang disusunatur dengan kemas dan rapi yang di panggil lagu dan irama atau lebih tepat lagi lagu dan lirik kerana irama itu sendiri adalah lagu. Maka, Apalah lagu tanpa lirik kerana tiada senikatanya hanya muzik semata dan apalah lirik tanpa lagu kerana sendikata sahaja. Maka, Lagu dan Lirik tiada boleh dipisahkan dan jika diolah dengan baik kedua-duanya insyaAllah boleh menyentuh perasaan manusia untuk mengingati Tuhannya melalui muzikarama untuk mentauhidkan yang Maha Esa, insyaAllah jika niat Si Komposer Dan Si Penulis lirik (‘Lyricist’) itu ialah untuk mengingati Yang Maha Seni, Yang Maha Halus, Yang Maha Kudus ,Yang Maha Mulus dan Yang Maha Tulus di dalam jiwa manusia yang rasa, merasa dan terasa hadirnya ‘Dia’ di dalam hati nurani; melalui lirik yang mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa.

Pokok pangkalnya muzik yang berunsur ketuhanan dan berlirik ketauhidan itu selari dengan tuntutan syarak yang salah satu cabangnya ialah syariat yang sebaris dengan tauhid dan tasauf sebagaimana dengan Akidah, syariat dan Akhlak, atau iman, Islam dan Ehsan serta Syariat, hakikat dan makrifat. Ertinya perjalanan muzikarama itu sendiri seperti ‘Road Show’, latihan dan persembahan tiada lalai daripada solat waktu, pemisahan lelaki dan perempuan yang bukan muharam, pakaian yang menutup aurat yang dikawalselia oleh pihak penganjur ke atas ahli muzik (‘Performers’) dan audien pada keseluruhannya supaya bermusikarama dengan berakhlak; yakni tidak lupa diri dan menjaga maruah diri daripada sebarang bentuk pencemaran budaya dan maksiat.

Maka untuk itu, wajidlah ada perbedaan dan pemisahan hak dan batil, yakni, demarkasi atau persempadanan di antara muzikarama yang hak dengan yang batil; iaitu hududullah (Had ketentuan Allah) dan Al-Furqon (Pemisahan hak –batil) di dalam dunia muzikarama. Penggiat muzik sewajarnyalah bertanggungjawab supaya cara budaya muzikarama yang batil daripada pengaruh barat itu disingkirkan samasekali dan di ambil element-element teknologi muzik yang canggih itu sahaja untuk di sesuaikan dengan iklim muzikarama ketuhanan dan ketauhidan yang tiada menjurus kepada budaya maksiat yang di luar tabii seperti yang di anuti oleh penggiat seni barat yang bercampur-baur lelaki dan perempuan yang berpakaian menjolok mata tanpa batasan dan segan silu.

Realiti atau waqi’nya dunia muzikarama dewasa ini, kebanyakan anak-anak muda sudah pun terjerumus di dalam budaya seni muzik yang berteraskan atau menjurus kepada kelalaian daripada mengingati Tuhan dan lebih cenderung kepada muzikarama hedonisma .Yakni, berseronok semata-mata sehingga berpesta maksiat melalui muzik; tiada solat dan bebas bergaul jantan dan betina.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dari kalangan ibubapa, penjaga(‘Guardian’),anak-anak, pemuzik, penyanyi, komposer, penulis lirik, penganjur ‘road show’, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa Negeri (PBN) alim-ulamak, para pendidik dan pihak pemerintah supaya serius akan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja sekarang ini yang sudah kecanduan dengan budaya muzikarama hedonisma ini di paras yang sudah terlalu kronik dan menakutkan sekali. Terutamanya pada malam-malam perayaan seperti menyambut tahun baru dan sebagainya pesta menari yang keterlaluan; langsung tiada apa-apa pencegahan dan pengawalan oleh pihak yang berkuasa secara yang bertanggungjawab.

Justeru itu, para belia dan beliawanis ini tiada bisa dibiarkan mereka ini liar begitu sahaja, kerana jika usaha-usaha pencegahan tiada dilakukan.Maka, adalah dikuatiri maksiat yang di biarkan oleh masyarakat itu akan menerima hukuman atau bala daripada Allah dan jika ia turun, bala itu merata dan tidak ‘selected’(memilih si pelaku maksiat sahaja). Ertinya, Tok Bilal, Tok Imam, Tok Kadi, dan masyarakat dan orang yang mempunyai kuasa pada keseluruhannya tiada bisa terlepas; janganlah jadi seperti Tsunami lagi, nauzubillahiminzalik.

Di atas kesedaran ini, kesepaduan tenaga fikir, autoriti dan pengaruh peribadi perlu digembelingkan untuk melaksanakan usaha-usaha bagi menyelamatkan jenerasi dan ummah terutamanya para remaja. Tanpa mengira latarbelakang agama, fahaman politik, kumpulan dan kepercayaan supaya manusia pada keseluruhan selamat.

Ini bersesuaian dengan firmanullah yang bermaksud, “wahai Muhammad sesungguhnya kamu adalah rahmat kepada sekelian alam” (Rahmatanlil’alamin). Oleh kerana muzikarama yang batil ini adalah antara punca yang membuka pintu kepada pergaulan bebas yang menjurus kepada zina, arak,narkotika dan kelahiran bayi-bayi longkang. Maka, usaha yang memerlukan tindakan yang segera ialah bagaimana budaya maksiat di dalam muzikarama ‘Sure Maksiat’ ini boleh dibendung secara bil hikmah ; iaitu, berhibur tetapi berakhlak, tiada lupa diri dan menjaga solat serta aurat.

Usaha alternatif untuk membenteras budaya hedonisma muzikarama ini mestilah diprogramkan kepada golongan remaja. Ini adalah kerana kita tiada upaya untuk membendung pengaruh muzik ke atas mereka. Maka, “We joint them and change them’(Kita menyertai mereka dan merubah akhlak mereka dan sebenarnya tiada jalan ‘escapism’ (pelarian).Mereka ini hendaklah didampingi di dalam dunia mereka dan ditampilkan muzikarama alternatif kepada mereka, supaya jiwa mereka yang kosong itu diisi dengan lirik-lirik yang membuka minda dan hati mereka kepada mentauhidkan Allah dan menjauhkan kesyirikan dan maksiat seperti yang berlaku di dalam budaya ‘Black Metal’, nauzubillahiminzalik.

Para pemuzik, penyajak, komposer, penulis lirik, penyanyi dan penggiat seni hendaklah berkarya ke arah melahirkan muzikarama alternatif yang sesuai dengan muzik kontemporari dan betul duduk pada tempatnya untuk mentauhidkan Allah melalui muzik sebagai platformnya untuk mengajak manusia mengingati Allah.

Di dalam hal ini, semua pihak sepatutnyalah berfikiran terbuka dan jangan jumud untuk mencari jalan keluar untuk mengatasi problema keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Golongan agama sepatutnyalah memberikan sokongan kepada muzikarama alternatif ini untuk menarik kembali anak-anak muda daripada terus terjerumus dan hanyut dengan budaya hedonisma begitu sahaja. Dengan membenci mereka dan mengutuk mereka yang tiada mahu ke masjid tanpa mendekati mereka dan berinteraksi dengan mereka secara bil hikmah belum lagi sebenarnya dibuat dengan pendekatan yang menyeluruh dan profesional; yakni dengan bersemuka dengan semua pihak yang terlibat dan para remaja dan penggiat seni sendiri secara terbuka dan berterusan. Nas yang mengharamkan bunyian yang berasaskan tali dan tiupan adalah hujjah yang lemah kerana terdapat banyak kilaf(selisih pendapat) di kalangan ulamak.

Justeru itu, perkara yang furu’ dalam agama janganlah di jadikan polemik untuk mengekang program muzikarama alternatif demi untuk menyelamatkan para remaja.

Lirik lagu juga sebenarnya mempunyai dua versi, bergantung kepada kefahaman dan pembawaan diri masing-masing. Contohnya, lirik lagu ‘Kepada mu kekasih’(nyanyian M. Nasir),’ Kau kekasih awal dan akhir ‘ dan ‘Penghujung Rindu’(nyanyian Jamal Abdillah).’kekasih’ dan ‘Rindu’ di sini berfsifat subjektif; iaitu samada ‘kekasih’ dan ‘Rindu’ itu dinisbahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau pun kepada sesama manusia seperti hubungan asmara dan asyik Uda dan Dara.

Lirik lagu ‘Alhamdulillah syukur ni’mat’, ‘Kami anak yatim piatu’, ‘Ibu’ dan ‘Rukun Iman’(nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee) begitu menyentuh jiwa sekali sama seperti lirik-lirik lagu yang disebutkan di atas dan juga sendikata lagu ‘Perjalanan ku’, ‘Zikir Zaman’dan ‘Kau yang Satu”(nyanyian Ramli Sarif) dengan muzik kontemporari sesuai dengan situasi dan iklim muzakarama mutakhir; adalah menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada yang Maha Esa melalui muzikarama yang berakhlak. Tidak ketinggalan juga sumbangan muzik dari genre nasyid seperti lirik lagu ‘Selimut Putih”(nyanyian Orkes El Suraya) dan lirik-lirik lagu memuji tuhan dan zikir (nyanyian kumpulan Raihan); semua ini memperkaya kepelbagaian genre-genre musik tanahair.
Maka, penggiat seni muzik dan para dai(pendakwah) , masing-masing perlu berfikiran terbuka (‘open-minded’), berlapang dada dan ‘Think Positive”(Berfikiran positive) mematikan diri(keegoan diri dan kumpulan) . Supaya bisa saling hormat-menghormati sesama sendiri dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi, isi-mengisi dan lengkap-melengkapi agar muzikarama itu selari dengan agama (syarie).

Justeru kerana muzikarama itu sendiri adalah satu aset dakwah sebenarnya jika ia ditangani dengan bil hikmah secara adil dan jujur kerana bahasa muzik itu sendiri bersifat univesal(sejagat). Contohnya, lagu Hindustani, liriknya langsung tiada difahami tetapi paling diminati sekali oleh orang Melayu yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Bidang ini langsung tiada bisa diterokai oleh para daie(Pendakwah) sedangkan Islam itu sendiri bersifat global dan muzik yang mempunyai ‘bahasa’ sejagat yang tersendiri dan teristimewa, tiada boleh dipandang enteng kerana ianya akan terus dikuasai oleh Yahudi melalaikan manusia dengan muzikarama hedonisma.

Dari sudut saikologi, muzik boleh ‘release tension’(melepaskan tekanan dan depresi).Pakar saikologi akur bahawa apabila seseorang itu berada di atas bukit, lalu menjerit-jerit sekuat-kuat hatinya. Ini boleh mengurangkan tekanan perasaan atau tekanan hidup kerana berupaya melepaskannya melalui jeritan itu tadi.

Justeru itu vokalis (penyanyi) yang membawa lagu yang ‘high –pitch’(pitching) atau nada suara yang tinggi .Pada hakikatnya telah ‘release tension’ secara yang tidak disedari khalayak. Kalau kita berfikiran positif ; vokalis, liricis,pemusik,komposer dan ‘performer’(penggiat seni) sebenarnya memperolehi kepuasan batin melalui muzikarama yang disesuaikan dengan agama;khususnya jika lirik yang dijiwai itu menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada Yang Maha Esa.Tanpa dinafikan bahawa makanan rohani yang paling afdal (terbaik) adalah tilawatul Qur’an sebagai obat dan penawar kepada penyakit hati.

Samalah seperti pemain golf, lepaskan depresi mereka melalui pukulan kuat kayu golfnya,, pemain tenis, pemain bolasepakak, hoki , pemain drum, trumpet, biola, piano sama saja kesan akibatnya iaitu bisa ‘release tension’ (mungkin lepaskan geramnya sekali).Begitu juga dengan pelumba motor haram yang melepaskan tension tanpa takut mati. Sedangkan tempat yang betul untuk berbuat demikian ialah di gelanggang Grand prix.Maka muzikarama sebenarnya mempunya element yang sihat sama seperti joggathon, walkathon jika ditangani betul pada tempatnya. Justeru kerana maksiat dan kebajikan boleh berlaku di mana mana jua ; pokoknya tanya diri, ke mana diri mahu di bawa?

Bersukankah, bermuzikaramakah, jika tiada solat, lalai dan alpha serta tiada menutup aurat semuanya adalah maksiat. Menyanyi sampai tinggal solat itu maksiat. Menonton t.v. sampai lupa solat kerana siaran langsung piala dunia juga satu bentuk kelalaian dan kealpaan. Ertinya kelalaian dan zikrullah(mengingati Allah) boleh berlaku di mana-mana jua.

Maka, penggiat seni muzikarama dan para daie perlulah bekerjasama demi untuk melaksanakan amanah Allah yang dipikul oleh orang yang beriman. Iaitu, untuk menjadi hamba Allah dan melaksanakan tugas-tugas hamba; tiada apa-apa kepentingan yang lain melainkan mengharapkan rahmatAllah (Rahmatullah). Mudah-mudahan dengan kerjasama itu, muzikarama insyaAllah akan menjadi beragama.
Oleh : Nash Ar-Rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com)(www.nasharrawy.blogspot.com)

Bersedia Hadapi Pembubaran Dun Perak

Pearl Plus
Perak semakin getir
Jul 4th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama
: www.perakexprerss.com

MKinis pix

MKini's pix

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians.
Tags: jamal, PR Perak. ........ www.perakexprerss.com
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Thursday, July 2, 2009

Power And Energy/Proton Neutron(Cahaya Dalam Cahaya)

30 Jun 2009
Dahsyatnya Elektromagnetik
oleh : Sirajuddin Abbas

Begitu dahsyatnya sehingga para ilmuwan di NASA (National Aeronautics and Space Admistration) mulai berpikir untuk memanfaatkannya sebagai tenaga yang bisa ‘melemparkan’ pesawat luar angkasa ke luar atmosfer bumi! Kenapa sampai muncul ide ini? Bukankah mesin roket yang biasanya digunakan untuk mengirim pesawat-pesawat ke luar bumi sudah cukup berhasil? Sebenarnya semua mesin roket yang sudah digunakan maupun yang sedang dikembangkan saat ini tetap membutuhkan bahan khusus sebagai pendorongnya. Bahan-bahan propellant ini bisa berupa bahan kimia seperti yang sudah banyak digunakan, bisa juga berupa hasil reaksi fusi nuklir yang teknologinya dikembangkan di awal abad 21 ini. Ada lagi berbagai teknologi inovatif seperti light propulsion dan antimatter propulsion.

Penggunaan propellant ini sebenarnya sangat membatasi kecepatan dan jarak maksimum yang dapat dicapai pesawat. Karena itulah muncul ide untuk mengirimkan pesawat luar
angkasa menggunakan teknologi yang sama sekali tidak melibatkan propellant. Sistem apa yang bisa ‘melemparkan’ pesawat yang begitu besar dan berat ke luar angkasa tanpa menggunakan propellant sama sekali? Hanya Elektromagnetika yang bisa menjawabnya!

Elektromagnetika merupakan penggabungan listrik dan magnet. Sewaktu kita mengalirkan listrik pada sebuah kawat kita bisa menciptakan medan magnet. Listrik dan magnet benar-benar tidak terpisahkan kecuali dalam superkonduktor tipe I yang menunjukkan Efek Meissner (bahan superkonduktor dapat meniadakan medan magnet sampai pada batas tertentu). Ini bisa dibuktikan dengan cara meletakkan kompas di dekat kawat tersebut. Jarum penunjuk pada kompas akan bergerak karena kompas mendeteksi adanya medan magnet. Elektromagnetika
sudah banyak dimanfaatkan dalam membuat mesin motor, kaset, video, speaker (alat pengeras suara), dan sebagainya. Sekarang giliran proyek luar angkasa yang ingin memanfaatkan kedahsyatannya!

David Goodwin dari Office of High Energy and Nuclear Physics di Amerika adalah orang yang mengusulkan ide electromagnetic propulsion ini. Saat sebuah elektromagnet didinginkan sampai suhu sangat rendah terjadi sesuatu yang ‘tidak biasa’. Jika kita mengalirkan listrik pada magnet yang super dingin tersebut kita bisa mengamati terjadinya getaran (vibration) selama beberapa nanodetik (1nanodetik = 10-9 detik) sebelum magnet itu menjadi superkonduktor. Menurut Goodwin, walaupun getaran ini terjadi hanya selama beberapa nanodetik saja, kita tetap dapat memanfaatkan keadaan unsteady state (belum tercapainya keadaan tunak) ini. Jika getaran-getaran yang tercipta ini dapat diarahkan ke satu arah yang sama maka kita bisa mendapatkan kekuatan yang cukup untuk ‘melempar’ sebuah pesawat ruang angkasa. Kekuatan ini tidak hanya cukup untuk ‘melempar’ secara asal-asalan, tetapi justru pesawat ruang angkasa bisa mencapai jarak maksimum yang lebih jauh dengan kecepatan yang lebih tinggi dari segala macam pesawat yang menggunakan propellant.

Untuk menerangkan idenya, Goodwin menggunakan kumparan kawat (solenoid) yang disusun dari kawat magnet superkonduktor yang dililitkan pada batang logam berbentuk silinder. Kawat magnetik yang digunakan adalah logam paduan niobium dan timah. Elektromagnet ini menjadi bahan superkonduktor setelah didinginkan menggunakan helium cair sampai temperatur 4 K (-269oC). Pelat logam di bawah solenoida berfungsi untuk memperkuat getaran yang tercipta. Supaya terjadi getaran dengan frekuensi 400.000 Hz, perlu diciptakan kondisi asimetri pada medan magnet. Pelat logam (bisa terbuat dari bahan logam aluminium atau tembaga) yang sudah diberi tegangan ini diletakkan secara terpisah (isolated) dari sistem solenoida supaya tercipta kondisi asimetri.

Selama beberapa mikrodetik sebelum magnet mulai berosilasi ke arah yang berlawanan, listrik yang ada di pelat logam harus dihilangkan. Tantangan utama yang masih harus diatasi adalah teknik untuk mengarahkan getaran-getaran yang terbentuk pada kondisi unsteady ini supaya semuanya bergerak pada satu arah yang sama. Untuk itu kita membutuhkan alat
semacam saklar (solid-state switch) yang bisa menyalakan dan mematikan listrik 400.000 kali per detik (yaitu sesuai dengan frekuensi getaran). Solid-state switch ini pada dasarnya bertugas untuk mengambil energi dari keadaan tunak dan mengubahnya menjadi pulsa listrik kecepatan tinggi (dan mengandung energi tinggi) sampai 400.000 kali per detiknya.
Energi yang digunakan untuk sistem elektromagnetik ini berasal dari reaktor nuklir (300 kW) milik NASA. Reaktor ini menghasilkan energi panas melalui reaksi fisi nuklir. Reaksi fisi nuklir ini melibatkan proses pembelahan atom yang disertai radiasi sinar gamma dan pelepasan kalor (energi panas) dalam jumlah sangat besar. Reaktor nuklir yang menggunakan ¾ kg uranium (U-235) bisa menghasilkan kalor yang jumlahnya sama dengan kalor yang dihasilkan oleh pembakaran 1 juta galon bensin (3,8 juta liter). Energi panas yang dihasilkan
reaktor nuklir ini kemudian dikonversi menjadi energi listrik yang bisa digunakan untuk sistem electromagnetic propulsion ini. Ketika digunakan dalam pesawat luar angkasa, ¾ kg uranium sama sekali tidak memakan tempat karena hanya membutuhkan ruangan sebesar bola baseball. Dengan massa dan kebutuhan ruang yang jauh lebih kecil dibandingkan mesin roket yang biasanya digunakan untuk mengirim pesawat ke luar angkasa, pesawat yang menggunakan sistem elektromagnetik ini dapat mencapai kecepatan maksimal yang jauh lebih tinggi
sehingga bisa mencapai lokasi yang lebih jauh pula.

Menurut Goodwin pesawat dengan teknologi elektromagnetik ini dapat mencapai titik heliopause yang merupakan tempat pertemuan angin yang berasal dari matahari (solar wind) dengan angin yang berasal dari bintang di luar sistem tatasurya kita (interstellar solar wind). Heliopause terletak pada jarak sekitar 200 AU (Astronomical Unit) dari matahari. 1 AU merupakan jarak rata-rata bumi dari matahari yaitu sekitar 1,5.108 km. Planet terjauh dalam sistem tatasurya kita saja hanya berjarak 39,53 AU dari matahari. Semua pesawat luar angkasa yang menggunakan propellant tidak bisa mencapai jarak sejauh itu!

Tentu saja pesawat yang dipersenjatai elektromagnetik yang dahsyat ini masih sangat jauh dari sistem ideal yang kita inginkan. Karena walaupun pesawatnya bisa mencapai kecepatan sangat tinggi, kecepatan itu masih sangat kecil dibandingkan kecepatan cahaya (300.000 km per detik). Kecepatan maksimum yang bisa dicapai sistem ini masih di bawah 1% kecepatan cahaya. Padahal bintang yang terdekat dengan sistem tatasurya kita berada pada jarak lebih dari 4 tahun cahaya (1 tahun cahaya = 300.000 km/detik x 60 detik/menit x 60 menit/jam x 24 jam/hari x 365 hari/tahun = 9,4608.1012 km). Perjalanan terjauh yang pernah ditempuh manusia adalah 400.000 km (yaitu perjalanan ke bulan).

Jika kita ingin mengirim pesawat tanpa awak pun kita masih membutuhkan ratusan tahun sebelum pesawat tersebut bisa mencapai bintang terdekat. Itu pun karena pesawatnya menggunakan teknologi elektromagnetik! Dengan pesawat yang menggunakan propellant bahan kimia kita baru bisa mencapai bintang terdekat dalam waktu puluhan ribu tahun. Jika kita ingin mencapai bintang terdekat dalam waktu lebih cepat seperti dalam film Star Trek kita membutuhkan teknologi yang bisa melampaui kecepatan cahaya. Selama teknologi itu masih
belum bisa dikembangkan, kita bisa memanfaatkan dulu teknologielektromag netik yang ternyata memberikan alternatif yang cukup menjanjikan walaupun belum bisa mewujudkan impian kita untuk menjelajahi jagad raya.
http://www.forumsains.com/artikel/dahsyatnya-elektromagnetik/

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:33 AM (nashsiepuluh.spaces.live.com)
(nasharrawy.blogspot.com )

Isu Babi Di Kedah Manipulasi Media BN

Home
Beriklan di PerakExpress.com
Pautan PerakExpress


Antara babi dan penjahat yang nak mati
Jul 3rd, 2009 | By webmaster | Category: Matkeri, utama
Oleh Matkeri

Dalam seronok ameno berkompang melalui medianya akan perihal “kerajaan perpaduan” dengan PAS, kita mungkin terlupa suatu perkara.

Ya, mereka mungkin betul tentang keresahan rakyat dan ketidaksenangan rakyat dengan inisiatif itu. Dalam masa yang sama, ia telah diterjemahkan dalam bentuk tidak puas hati dalam blog2 dan media2 alternatif. Dan secara kasarnya, ia dilihat seperti PAS menerima kesan dan tamparan yang teruk daripada mainan media ini. Pakatan Rakyat (PR) juga terkena tempias yang boleh tahan bedengungnya.

Tetapi, secara mereka sedar atau tidak, tindakan itu juga sebenarnya telah menjadikan rakyat lebih meluat dan benci kepada ameno itu sendiri. Ia tidak akan menguatkan ameno, tetapi ia menguatkan tekad rakyat untuk memberitahu PAS bahawa ia tidak memerlukan ameno. Isu “kerajaan perpaduan” walaupun sedikit sebanyak menggoncang rumah tangga PR, tetapi rakyat nampaknya begitu kuat bersatu untuk menolak gagasan tersebut!

“Kerajaan Perpaduan” menjadikan rakyat bertambah benci dan meluat terhadap spin media massa yang dikawal ameno. Yang akhirnya menjadikan PR semakin kuat persefahaman mereka dalam usaha menenangkan rakyat. Isu ini, kalaupun dibiarkan, tidak akan mengalih sokongan semula kepada BN. BN, pada pandangan rakyat, dah “beyond repairable”. Bagi rakyat, mereka telah bulatkan tekat untuk menghapuskan BN secara total. Ia bukan tekad PKR, bukan tekad PAS, dan bukan tekad DAP. Tetapi adalah tekad rakyat! Negara Malaysia ini perlu dimerdekakan dari penjajahan BN! Itu yang rakyat mahu!

Semalam pula terpampang besaq di depan akhbar Utusan, “DAP Keluar Pakatan”. Ia menceritakan betapa kelam kabutnya PR sekarang. Betapa goyah dan goyangnya pakatan ini. Betapa mereka akan ranap dan hancur. Kemudian dipetik pula pandangan2 seketul dua menteri dan YB untuk membenarkan ulasan mereka. Pendek kata, semalam, Pakatan Rakyat dah nak bubar! Kalau diikut daripada spin laporan media mereka lah.

Isu sebenarnya pula ialah berkaitan perobohan sebuah rumah sembelihan babi yang memang beroperasi secara haram setelah sekian lama sejak dari zaman penjajahan BN di Kedah lagi. Selepas Kedah dimerdekakan oleh PAS, kerajaan PR dah mintak kandang babi haram tersebut untuk berpindah, mencadangkan tempat yang sesuai, dan bersetuju dengan cadangan pengusaha kandang babi itu untuk diberi notis sebulan berpindah. Selepas sebulan, pengusaha serta tempat sembelihan itu masih belum juga mahu berpindah, dan perlu diingatkan bahawa tempoh sebulan itu datangnya dari persetujuan kedua2 belah pihak. Salah PAS kah di sini?

Media malam tadi spin isu ni sampai berpinau sekali lagi. Lim Kedah dan Lim Penang pun dah tatau mana satu sampai tivitiga salah letak gambaq. Punya kalut nak main isu “perpecahan PR” ni. Bunyinya macam DAP seluruh Malaysia nak keluar PR. Bukan lagi sekadar isu DAP Kedah. Bagi rakyat pulak, tindakan itu PAS adil dan bijak. Problem tempat sembelih tu tak mampu ditangani oleh penjajah BN sebelum ni, dan mungkin ameno Kedah pada masa itu takut dengan Gerakan dan MCA, maka kandang itu dibiarkan. Tetapi PAS tidak! Objektifnya clear, dan perlaksanaannya pun adil. Tidak takut mereka dengan akibat, sebab objektif akhirnya ialah untuk kebaikan rakyat. Ada ameno-BN berani buat itu macam? Heh.

DAP Kedah, atau lebih tepat, beberapa ketul pimpinan mangkaq yang secara kebetulan mendapat tempat menjadi pimpinan DAP Kedah, tidak melihat perkara ini dengan lebih luas. Mungkin sebab tidak berkomunikasi, ataupun seketul dua pimpinan tu tadi ditaja oleh rumah sembelihan babi itu sendiri, wallahualam. Penyokong akar umbi DAP sendiri resah dengan perangai seketul dua ni. Mereka juga tinggal berdekatan rumah sembelihan tu, dan mereka juga tau azab yang terpaksa ditanggung sekian lama!

Tetapi, sekali lagi tetapi, isu “DAP keluar Pakatan” ini menunjukkan betapa rakyat prihatin tentang isu baru ini. Rakan2 DAP yang faham dengan tindakan kerajaan PAS Kedah tidak melihat rumah sembelihan itu sebagai isu, sebaliknya mula mengerut kening cuba memahamkan motif seketul dua pimpinan DAP Kedah yang bertindak tanpa merujuk pusat. Lebih obvious lagi bilamana media massa kawalan ameno cuba sekali lagi untuk spin. Ameno mungkin masih belum belajar satu perkara yang besar yang telah menyebabkan mereka rebah tersungkur pada PRU12 - media yang terover spin! Rakyat sekarang lebih cekap dalam membezakan antara laporan berita dan spin cerita. Mereka dah ada CNN dan telah banyak belajar perihal spin Amerika terhadap negara2 yang dijajahnya, dan yang bakal dijajahnya. Teknik yang sama.

Bagi rakyat, isu2 yang dimainkan oleh media massa kawalan ameno sekarang ini tak ubah macam ending filem hindustan. Takkala geng jahat telahpun ditembak mati berkaparan, penonton masih lagi saspen bila melihat ketua jahatnya, dalam terbatuk2 darah menunggu ajal, sempat lagi menggagau pistol kecik dari celah stokin untuk dihalakan ke arah hero yang sibuk meraikan kemenangan.

Ya, mungkin penjahat yang nak nazak dan nak mampos tu tadi berjaya menembak salah seorang geng baik sebelum dia mampos. Mungkin yang ditembak tu awek hero. Atau mungkin hero sendiri. Tapi yang penting bagi penonton ialah di akhir cerita, orang jahat tu mati.

Kerana apa yang lebih penting ialah kepuasan penonton itu sendiri. Bukan kepuasan penerbit dan pengarah yang syok sendiri.

Selamat berkempen di Manik Urai!

Tags: ameno, pas ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com) (www.nasharrawy.blogspot.com)

Debat Terbuka

Umno terpaksa tolak debat, bimbang dasar anutan parti itu bercanggah dengan al-Quran



DEBAT terbuka antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan mencipta sejarah kedua selepas Debat Anwar-Shabeery Chik jika Najib tidak gentar menyahut cabaran itu.

Hanya melalui debat terbukalah satu-satunya peluang Najib untuk menyangkal dakwaan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno/BN bukannya sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda Umno Kelantan.

Najib sebagai orang pertama dalam kerajaan wajar mencuri peluang keemasan ini untuk mempertahankan dasar perjuangan Umno/BN dan membuktikan kepada rakyat dasar Umno dan BN bukan sebagaimana yang didakwa "sesat" oleh Menteri Besar kelantan itu.

Hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis 23 Jun berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Aduan itu dibuat oleh Ketua Pemuda, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu jam 10.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Ekoran tindakan Pemuda Umno itu, Tuan Guru Nik Aziz turut membuat draf surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri untuk mengadakan perdebatan berkenaan isu yang dibangkitnya dalam ceramah di Menek Urai itu.

Bagi Tok Guru Nik Aziz antara jalan terbaik untuk menyelesaikan isu PAS-Umno wajar dibincangkan secara berdepan, perkara itu tidak akan selesai dengan menggunakan media.

Namun, mantan Perdana Menteri yang menjadi mentor Najib, Tun Mahathir cepat-cepat memberi respons agar Najib tidak melayan cabaran Tok Guru Nik Aziz sebaliknya menyifatkan debat terbuka itu hanya membazirkan masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Alasan mentor Najib itu, bagi Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Dr Mahfodz Mohamed hanya menggambarkan Umno tidak berani berdepan dengan Tok Guru Nik Aziz.

"Kalau Umno tidak boleh menerima dakwaan Mursyidul Am PAS itu, sepatutnya mereka kena terima cabaran debat bagi membersihkan nama baik kononnya Umno dikatakan sesat," katanya ketika dihubungi.

Al-quran, hadis dan sunnah seharusnya menjadi asas kepada perjuangan Islam begitu juga kerajaan yang dilabelkan sebagai kerajaan Islam. Oleh yang demikian, asas itulah yang menjadi pegangan kepada pejuangan Islam, apabila orang Islam tidak ikut asas itu maka orang itu dalam golongan sesat, tegas Dr Mahfodz.

Katanya, sikap keterbukaan PAS melihat Umno dan PAS adalah sesama Islam dan apabila berdebat bukan sahaja menggunakan akal fikiran tetapi rujukan utama adalah Al-quran dan sunnah.

Mengulas tuduhan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Dato' Dr Kamarudin Kachar yang mendakwa kononnya Tok Guru Nik Aziz bukan pejuang Islam sebenar, Dr Mahfodz menyifatkan tuduhan liar itu keterlaluan. Sebaliknya beliau yakin, apa yang diperjuangkan oleh MB Kelantan itu adalah perjuangan Rasulullah SAW.

"Islam menyuruh kita bersatu padu berdasarkan al-Quran. Kena cermin dulu dan tengok muka kerana semua rakyat Malaysia tahu matlamat dan perjuangan Islam. Kalau benar! kenapa Najib tidak boleh terima tawaran debat terbuka," bidas Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.

Islam mengajar umatnya berhujah bahkan menegakkan kebenaran adalah melalui hujah. Melalui debat itu, menurut Nasruddin, Umno dan BN bukan sahaja boleh menggunakan kesempatan untuk mengupas selain kemelut PAS-Umno bahkan berdebat berkaitan isu kepentingan rakyat seperti ekonomi atau sosial.

"Apabila pemimpin tertinggi membuka ruang sepatutnya Najib bersedia menerima, jika tidak dakwaan 'sesat' seperti yang amat dimarahi mereka itu, akan jadi benar lah,"
kata Nasruddin.

Anggapan pihak tertentu, debat itu tidak akan menyelesaikan masalah adalah salah kerana kebenaran itu dinilai melalui hujah kedua-dua pihak. Rakyat boleh memutuskan sama ada hujah itu benar atau salah melalui kekuatan berhujah.

Umat terdahulu sering mengajar supaya berhujah malangnya ramai pihak gagal berhujah kerana kerajaan menggunakan kekangan melalui ISA, OSA dan Akta Mesin Cetak untuk melindungi kelemahan mereka.

"Sampai bila masalah tidak akan selesai, sebaliknya menguatkan lagi persepsi Umno sebagai diktator yang tidak membenarkan atau tidak berani berdepan dengan rakyat," ujar Nasruddin.

Umno atau BN yang sudah lama memerintah negara ini dan merasakan mereka sudah Islamik tiada sebab untuk mereka tidak ambil tahu hujah Tok Guru Nik Aziz selaku individu yang arif soal Islam, tegas Ketua Jemaah Islam Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin.

"Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk memberi hujah. Bebat ini cukup penting dan besar. Jadi, wajar didengar oleh kerajaan," katanya yang juga belum bersedia untuk menjadi orang tengah dalam debat terbuka itu.

Menjejaki panedapat rakan DAP berkenaan isu ini, Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, John Fernandez mengakui kerajaan Umno dan BN pada hari ini kononnya mengaku sebagai sebuah Kerajaan Islam tetapi mereka tidak mengikut seratus peratus apa yang ditegaskan oleh agama itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menyokong penuh pelawaan Tok Guru Nik Aziz itu untuk berdebat dengan Najib.

Sementara itu, penolakan dua mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai penghinaan atas kebijaksanaan Najib Tun Razak dalam membuat keputusan berhubung cadangan Tok Guru Nik Aziz itu.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan dengan 'keputusan awal' dua mantan tersebut, dilihat seolah-olah Najib tidak memiliki kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

"Biarkan Najib membuat keputusannya, sama ada ingin menerima mahupun menolak pelawaan Tuan Guru itu. Apabila mereka sibuk menyatakan ia (debat) membuang masa, dan sebagainya, seolah-olah menafikan kebijaksanaan Najib untuk membuat keputusan," tegas beliau.

Shamsul menyifatkan pelawaan Tok Guru itu yang dianggap terkehadapan, mengharapkan Najib menerima hasrat tersebut untuk melangkah ke kancah pembukaan minda dan wacana ke arah politik baru.

Malah, dengan langkah mengadakan debat dan perbincangan, khususnya secara terbuka Shamsul melihat ia bukan lagi persoalan baru, memandangkan pernah berlaku ketika debat Palestin antara Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor bersama Tun Mahathir, dan debat minyak antara Shaberry Chik dan Anwar Ibrahim.

Shamsul juga berpendapat jika Najib ataupun Umno benar-benar ikhlas, pelawaan Tok Guru wajar dipersetujui, khususnya dalam mencari erti perjuangan Umno itu sendiri yang kadangkala mengulangi hujah-hujah lama yang sudah tidak relevan seperti memperjuangkan bangsa Melayu.

Pelbagai reaksi dari pimpinan Umno yang enggan melayan pelawaan Tuan Guru itu dilihat sebagai kebimbangan tentang 'takut kalah' berhujah yang akhirnya menyebabkan parti Melayu terbesar dipalit dengan persepsi baru, Umno sudah tidak relevan.

Atas alasan itu, kemungkinan besar Umno tidak akan bersetuju untuk berdebat dengan PAS atau Tok Guru Nik Aziz kerana ia hanya akan membuka pekung Umno yang tidak Islamik itu. Dari diketahui umum, dasar Umno bercanggah syarak adalah lebih berbaloi kemukakan hujah menolak agar Umno tidak dipersalahkan.

Ditulis Oleh TARMIZI MOHD JAM,
SALMIYAH HARON dan ANIS NAZRI

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
(www.nashsisepuluh.spaces.live.com) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Tiada Kompromi Dalam Soal Dasar

Khamis 2 Julai 2009 | 9 Rajab 1430 Hijrah
Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam
Azamin Amin
Thu | Jul 02, 09 | 3:47:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan seruan agama Allah dalam apa jua perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya melibatkan dasar-dasar dan ketentuan hukum agama. Iklan



Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas.

Demikian kata penceramah dalam kuliah bulanan pejabat Harakah, yang disampaikan oleh Ustaz Amran Talib kepada warga kerja media itu yang hadir tengah hari tadi.

"Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada perundingan dan perbincangan dibuat oleh golongan Bani Saqif daripada Taif dengan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut pelbagai syarat sebelum memeluk agama Islam.

"Antarannya mereka mahu meminum arak, berzina, makan riba dan menyimpan berhala disayangi walaupun setelah memeluk Islam namun secara terang, tegas dan jelas Nabi Muhammad tidak membenarkan kerana ianya melanggar asas dan hukum agama yang diperintah oleh Allah SWT," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Akhirnya, walaupun Nabi menolak syarart-syarat mereka, namun Bani Saqif yang terkenal sebagai golongan bijak pandai itu mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pemerintah Islam.

"Dalam dakwah, ada masa kita berlembut dan ada masanya kita mesti tegas jika libatkan dasar. Justeru, tuan-tuan jangan bimbang, berdakwahlah nescaya Allah akan bantu dan memberi hidayah," katanya merujuk kisah seorang pendita yang berdialog dengan hanya seorang pengembala kambing berhubung dengan soal keimanan.

Lebih menarik, kisah yang berlaku selepas kerajaan khalifah Abbasiyah itu menyaksikan dialog di antara keduanya, hanya menggunakan bahasa isyarat dan akhirnya pendita itu memeluk Islam dan berjanji akan menyeru kaumnya juga untuk melakukan hal yang sama, kata Amran.

"Jika Allah berkehendak dan memberi bantuan, orang biasa seperti pengembala kambing pun boleh membuatkan seoarang pendita yang arif hal agama juga memeluk agama Islam. Maka berdoa-doalah bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi yang berlaku, insya-allah Allah akan membantu kita," katanya dalam kuliah 45 minit itu. - azm_

Wednesday, July 1, 2009

Sistem Muamalat Islam

Khamis 2 Julai 2009 | 9 Rajab 1430 Hijrah
Merdekakan ekonomi negara!
Nyza Ayob
Thu | Jul 02, 09 | 7:04:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika. Iklan



Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah.

Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis yang mana mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

"Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan.

"Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,"katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara. - mks. _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Tuesday, June 30, 2009

Gagasan Perpaduan Bukan Nasionalisma Tetapi Islam

Selasa 30 Jun 2009 | 7 Rajab 1430 Hijrah
Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya?
Dr Dzulkefly Ahmad
Tue | Jun 30, 09 | 12:08:56 pm MYT
Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu. Iklan



Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai 'menentang arus' dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan dengan lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan dalam pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya.

Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya. Sebelum itu beberapa 'caveat' atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.

Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya 'ijtihad' politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.

Sebabnya? Jelas dalam hal 'pandangan politik' seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan Rasulullah s.a.w. sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat.

Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari 'pandangan' Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya "fainna haza laisa bimanzilin" (ini bukan kedudukan yang paling strategik).

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika Rasulullah s.a.w. berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala dan tidak mentaati Rasulullah s.a.w. Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa di sebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaikki demokrasi dalam pendekatan KP ini.

Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada 'pembangkang', kerana kesemuanya 'memerintah' dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai 'utopian' atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:
Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah 'Sistem 2 �Parti' yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi 'pundit politik' sebagai satu 'Retrogression' atau "Songsang" dan 'Berpatah-Balik'.

Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau "political trajectory of a new Malaysia."

'Sistem 2-Parti' sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat.

Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini.

Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini.

Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihan raya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan 'semak-imbang' demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:
Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat.

Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah 'maslahah' yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan 'mafsadah' atau 'kemudaratan' perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti.

Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjuangan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut.

Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan �PAS Untuk Semua� itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan pilihan raya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini.

Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini.

Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70% bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60%. Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50% di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.

Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

"Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh" (Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan.)

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awla dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima�iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan.

Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan �Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah, Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:
Hujah ketiga yang bersandarkan sumber 'Tajribah' atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit sama ada 'bersama' dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau 'bersaing' dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau 'muzakarah' tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan 'booster' untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb! - mks.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _ Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Perpaduan Melayu Tiada Kecuali Perpaduan Islam

Selasa 30 Jun 2009 | 7 Rajab 1430 Hijrah
Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM sudah tolak
Salmah Mat Husain
Tue | Jun 30, 09 | 12:45:09 pm MYT
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato� Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut. Iklan



Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.

"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.

"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.

"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.

Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.

"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.

"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.

Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.

Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan. - mj _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Monday, June 29, 2009

ISLAM DAN NASIONALISMA Oleh : Nash Ar-Rawy

ISLAM DAN NASIONALISMA Oleh : Nash Ar-Rawy

Islam adalah satu sistem hidup yang sempurna bu kan ciptaan manusia ,hatta bukan juga
dari cetusan minda atau falsafah nabi Muhammad s.a.w. Tetapi , ianya adalah daripada acuan pencipta alam dan yang empunya global itu sendiri. Pencipta yang Maha Agung, karya uniknya telah disiapkannya serba cukup dan serba lengkap prasarana dan keperluan manusia untuk hidup di alam maya ini.
Segalanyanya sudah terkandung di dalam kitabullah dan assunah nabi untuk di gunapakai bukan sahaja di dalam peribadatan khusus seperti solat, puasa , haji, dan zakat fitrah . Bahkan merangkumi juga aspek politik, pemerintahan. ekonomi , perundangan dan segala formula penyelesaian permasaalahan sosial , agama , bangsa dan negara.
Sebagaimana yang tersimpul indah didalam ayat Qu’ran yang di baca, difahami dan sewajibnya diamalkan di dalam kehidupan manusia yang beriman dan bijaksana seharian iaitulah : “ Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wawamati lil lahi robbil ‘alameem “ ( Sesungguhnya, solat aku, hidup ku dan mati ku kerna Tuhan semesta alam )
Ayat ini sudah cukup untuk keperluan hidup manusia berkeluarga, bersosialisasi , berniaga, berpolitik , berberperlembagaan dan berperundangan bernegara dan memerintah kerna Islam itu seperti kata ayat Qur’an , “ Innaddeen naindallah hil Islam “ ( Sesungguhnya satu-satunya Ad-Deen yang di terima Allah adalah Islam )
Kedua-dua rangkap ayat tersebut mengajar orang-orang yang beriman dan bijaksana supaya tiada bisa syirik kepada yang Maha Pencipa lagi yang Maha Mengetahui supaya serah diri kepada tuhan yakni, Islam secara teori dan praktis beramal dengan ajaran Islam dan menolak thoghut atau apa- apa fahaman atau ideologi ciptaan manusia iatu sistem ekonomi kapitalisma dan fahaman komunisma dan nasionalisma kerna itu semua adalah fahaman dan ajaran sesat lagi menyesatkan kerana haram digunapakai oleh orang-orang yang beriman dan bijaksana.
Mengapakah Islam mengharamkan perjuangan kebangsaan atau nasionalisma , yakni, perjuangan kaum ( kaumiyyah ) dan bangsa ( assobiyyah ). Islam diasaskan di atas dasar
tauhid yakni, tidak syirik kepada tuhan dan mengesakan Tuhan didalam segala aspek. Prinsip yang di ajar Islam ialah Islam itu ‘rahmatanlil ‘alameen” yakni sistem Islam memberikan rahmat kepada sekelian alam . Justeru itu mengapakah Islam di kesampingkan dan mendokong ideologi kebangsaan ( nasionalisma).
Islam tersebar ke seantaro dunia bukan dengan semangat dan fahaman kebangsaan Arab kerna Islam bukan untuk bangsa Arab tetapi untuk seluruh manusia. Justeru itu ideologi dan perjuangan kebangsaan Arab dan perjuangan kebangsaan Melayu adalah sama-sama sesat lagi menyesatkan kerana ideologi nasionalisma tiada bisa upaya menyelamatkan manusia.
Buktinya negara-negara liga Arab tiada upaya bersatu untuk menentang Israel yang kecil itu kerana masing-masing negara Arab berbangga dengan negara bangsa mereka. Arab Saudi dengan Arab kesaudiannya, Arab Mesir dengan Arab kemesirannya, Arab Jordan dengan Arab kejordanannya ; Kuwait dengan Arab kekuwitannya .. Semuanya tiada apa-apa kekuatan walaupun kaya dengan minyaknya kerna berpegang dengan ideologi kebangsaan masing-masing dan menolak Islam .
Justeru itu, panji-panji Islam tiada upaya di tegakkan dan jihad islami ternyata mati lantaran umat islam palestine menjadi ratahan yahudi kerna umat arab sesat dengan konsep assobiyyahnya dan meninggalkan Islam yang tiada batasan geografi dan bukan negara bangsa. Orang-orang Arab pernah menjadi terkenal dan disegani dunia di zaman Islam memerintah sebahagian besar dunia bukan kerna perjuangan Kebangsaan Arab tetapi kerna pada waktu itu mereka berakidahkan Islam sehingga ramai bukan Islam memeluk Islam sebab asas Islam bukannya kaum atau bangsa tetapi Islam itu sendiri sebagai Ad-Deen.dan menentang keras perkauman ; kaumiyyah dan assobiyyah.
Perjuangan kebangsaan Melayu tiada upaya selamat Melayu di patani yang di sembelih kerana Melayu tiada upaya selamatkan Melayu . Sebaliknya Melayu makan Melayu seperti wang royalti kepunyaaan ‘Melayu” Trerengganu dan “Melayu’ Kelantan sebanyak RM I Billon ( 5%) disonglap oleh kerajaan “Melayu” federal. Ternyata Melayu bunuh Melayu bukannya menyelamatkan Melayu kerana perjuangan Kebangsaan Melayu adalah sesat lagi menyesatkan. Tetapi jika perjuangan yang berteraskan Islam ,insyaAllah akan berjaya dan mendapat pertolongan Allah Hu Ta’ala. Rahmat kepada semua kaum dan terserlah negara yang “baidatun toiyibatun warbbun ghafur” ( Negara yang kaya, aman damai dan mendapat keampunan Tuhan ) seperti jaminan Al’Qur’an
Jika Melayu menang Islam belum tentu menang, bahkan kebangsaan memporakperanda Melayu itu sendiri sebab Melayu tak mahu ikut Islam . Akan tetapi , jika Islam mencapai kemenangan Melayu automatis berjaya dan gilang gemilang kerna Islam yang mengangkat derajat umatnya menaikkan orang Melayu sebagaimana menaikan derajat orang Arab dan Turki( Kerajaan Osmaniyyah) sewaktu Islam memerintah dunia yang memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan penganut agama. Islam mengharamkan monopoli dan kronisma elit-suku-sakat di dalam sistem pengagihan kekayaan negara seperti firmanullahu “ Sesungguhnya di larangkeras kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang orang yang tertentu sahja “ sebab itu DEB ternyata gagal justeru kerna berselindung di sebalik nama Melayu dan mengkronikan segelintir Melayu dan umat Islam pada keseluruhan tertinggal jauh kebelakang kerna negara di kuasai oleh fahaman yang sesat iaitulah ideologi kebangsaan Melayu .Di mana , apa yang berlaku pada realitinya ialah Melayu tipu Melayu kerana yang upaya selamatkan ummah ( Melayu) hanyalah Islam yang memberikan kesejahteraan dan rahmat kepada semua kaum dan semua penganut agama yakni: “ Islam For All “.
Justeru itu bangsa tidak bisa dijadikan teras perjuangan . Bangsa bisa di kasihi kerna itu sifat semulajadi fitrah manusia, sebagaimana ayah sayangkan anak dan anak sayangkan ibu..Namun .kesayangan pada ayah atau anak jika bersabit dengan kesalahan tidak bisa di bela .. Begitu juga jika kaum bangsa sendiri yang rasuah atau menyeleweng wajib di hukum bersabit dengan kesalahan kerna bangsa , keluarga dan kaum kerabat haram di jadikan teras perjuangan dan polisi kenegaraan kerana Islam mengharamkan nasionalisma dan kembalilah kepada panji-panji Islam yang menentang keras thoghut dan sekularis nasionalis sesat dan berpegang kepada Islam sebagai ad-deen satu-satunya sistem yang Maha Sempurna lagi Maha Adil .untuk semua kaum di dunia ini.
Justeru itu, perpaduan bangsa diharamkan kerna bangsa tiada sistem dan disisi dengan
agenda perkauman sedang Islam ada sistemnya yang tersendiri ; bukan ciplak , original, kemas dan praktikal hingga hari khiamat dan bersifat global, universal dan sejagat.
Sistem kenegaraan dan pemerintahan Islam menberikan keadilan kepada semua kaum, sesuai dijadikan landasan dan teras perpaduan kaum seperti yang terbukti dengan kerajaan berkebajikan di Kelantan yang berkonsepkan piagam madinah ; Islam untuk semua. yang bermentribesarkan seorang ulamak hiraki yang tersohor yang mentarbiah dan beramal dengan ilmu Islam teori dan praktisnya sekali.
Beliau telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah bukannya diperintah dan menolak keras ideologi dan amalan sekularis thoghut nasionalisma.
Memang rakyat bisa cintakan watan atau negara . Tetapi jika watan itu watan sekular atau negara bangsa , maka wajib berjihad melalui peti undi untuk merobah sistem pemerintahan negara daripada Negara Bangsa ( nasionalis) kepada negara berkebajikan yang bernaunsakan Islam. Justera kerana ideologi kebangsaan itu tiada bisa selamatkan bangsa bahkan porakperandakannya kerna bangsa tiada iman dan sistem ; membujur lalu melintang patah kecuali Islam yang bertunjangkan iman dan perserahan diri pada tuhan ( Islam ) secara total dan mutlak.Naik Islam automatis naiklah sekali ummah . Tetapi bangsa tiada bisa naikkan Islam sebab itu hudud di tolak oleh Melayu pusat untuk dilaksankan di Kelantan. Rasulullah bersabda.” Barangsiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kernanya( nasionalisma) matinya mati jahiliyyah “
Justeru itu rasulullah s.a.w. tidak bisa menegakkan kerajaan kearaban dan kerajaan Islamiyah Osmaniyyah tiada bisa tegakkan kerajaan kebangsaan Turki sebaliknya menyatukan dunia pada keseluruhannya dengan panji-panji Islam dan jatuhnya khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 adalah kerna semangat nasionalisma Arab yang di tiupkan yahudi dan British yang membawa mereka keluar daripada sistem pemerintahan khilafah Islamiyyah dan di atas semangat bangsa Arab tumbangkan kerajaan Islam tersebut (‘Turki “ )sehinggalah sekarang fahaman nasionalis Arab ini tiada bisa bebaskan Palestine daripada cengkaman yahudi dan Amerika kerna masih tiada mahu kepada Islam sebagai penyatuan hakiki untuk menyelamatkan ummah dan kemanusian itu sendiri.Sistem khilafah Islamiyyah juga berubah ketua tanpa perkiraan bangsa . Contohnya, panji-panji Islam pernah dipegang oleh bangsa Arab kemudian bangsa Kurdish ( Salehuddin Al ayubi ) dan diikuti dengan bangsa Turki dan di zaman moden ini panji-panji Islam mengusir keluar CIA dan cengkaman yahudi-Amerika melalui bangsa Parsi yang menumbangkan kerajaan thoghut Shah Iran dan diikuti oleh bangsa Afghanistan yang mengusir keluar penjajah Rusia .
Jika bangsa Melayu masih lagi dengan fahaman kebangsaan Melayunya dan meninggalkan sistem kenegaraan Islam Maka, tiada mustahil satu hari nanti bangsa Tionghua akan diamanahkan oleh Allah untuk memegang panji-panji Islam dan menegakkan perlaksanaan sistem kenegaraan Islam di negara ini.
Sekitar 20,000 ahli Kelab Penyokong PAS ( bukan Melayu ) dan keminatan yang ada pada ketua Menteri Pulau Pinang dan Wakil Rakyat DAP Perak merujuk kepada nas-nas AL-Qur’an dalam berhujuah insyaAllah dengan pembacaan dan kajian yang mendalam siapa sangka jika orang-orang bukan Melayu yang seperti ini nanti masuk Islam dan memperjuangkan Islam lebih daripada orang Melayu dan beristiqomah Seperti impian Mursyidul Am , suatu hari nanti Kelantan akan bermenteribesarkan seorang Cina Islam yang berilmu, warak , karismatik ,jujur, beriman lagi bijaksana dan beristiqomah , pendiriaan tetap dan tegas menaggung amanah Islam dan menolak ideologi kebangsaan atau nasionalisma. Jangan dikorekgali bangkai yang sudah 1.400 tahun dikuburkan oleh rasulullah s.a.w. iaitu: nasionalisma atau ideologi kebangsaan kaumiyyah dan assobiyyah sesat lagi menyesatkan itu yang dibenci nabi dan Allah.
: Satu-Satunya Deen Yang Diterima Allah Hanyalah Islam "Addeen Waddaulah " ( Agama dan Pemerintahan ) "Addeen wa syariah"
No East No West Islam Is The Best !
Oleh: Nash Ar-Rawy / 30.6.09
“ God Is The Greatest ! “ “ Allah Hu Akbar! “( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )( www.nasharrawy.blogspot.com )

Sunday, June 28, 2009

Jabatan Perangkaan Sahkan Minyak Di Kelantan

Isnin 29 Jun 2009 | 6 Rajab 1430 Hijrah
Jabatan Perangkaan, EPU sahkan Kelantan pengeluar minyak
Lanjusoh
Mon | Jun 29, 09 | 1:14:04 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini. Iklan



Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.

Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.

"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.

Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).

Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.

Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).

Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).

"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.

"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.

Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.

"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.

Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.

"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.

"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.

Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan. - mj _ Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

'Ajaran Sesat" Umno

Isnin 29 Jun 2009 | 6 Rajab 1430 Hijrah
Umno 'ajaran sesat'?
Arifin Mahmud
Mon | Jun 29, 09 | 1:36:49 pm MYT
Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita. Iklan



Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?

Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.

Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.

Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan

Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.

Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.

Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.

Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.

Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.

Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.

Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.

'Ajaran Sesat' Umno?

Ayah Pin didakwa mempunyai kerajaan di langit. Ini simbolik kepada kuasa, pengaruh dan inilah yang menyebabkan parti pemerintah, penguasa Umno berhati-hati dan berjaga-jaga. Jika ajaran sesat itu tidak bermotif politik dan kuasa, Umno tak peduli sangat.

Umno menyesatkan pemikiran rakyat dengan kurikulum Sejarah sejak merdeka mungkin. Hampir semua kisah perjuangan kemerdekaan ini Umno yang memonopolinya. Kita tidak lagi peduli tentang bagaimana Sosialis berjuang menentang neo-kolonialisme.

Mari mengkaji kesesatan pemikiran Umno sehingga memaksa rakyat meraba-raba dalam kegelapan. Ambil kes Henry Gurney sebagai contoh.

Media yang ditunggang Umno melaporkan kemuncak pembunuhan Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Penjajah tentunya pengganas, tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapa yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.

Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Kesesatan Umno; terjebak amalan sihir?

Satu lagi masalah yang melingkari Umno ialah kebanyakan para pendokongnya ada yang telah menggunakan khidmat, pawang, bomoh dan dukun untuk mengejar kekuasaan.

Menjelang pemilihan perhimpunan agung parti itu termasuklah ketika pilihan raya umum sedang berlangsung, akan ada saja rumah-rumah pawang dan dukun dikunjungi.

Daripada maklumat-maklumat orang-ramai, kerap juga kita dengar bahawa ajaran sesat Ayah Pin misalnya terkait dengan sihir sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya.

Ilmu sihir jelas bertentangan dengan ajaran agama biarpun Najib membangunkan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Abdullah melayangkan idea Islam Hadhari sebelum ini.

Pendek kata, idea penubuhan Baitul Mal dan segala agensi Islam tidak membatalkan dosa beramal dengan ilmu hitam dan sihir. Ini pun, sebahagian ciri-ciri ajaran sesat.

Dalam sebuah klip video YouTube ada ditunjukkan dakwaan terhadap isteri Najib yang kononnya telah mengguna khidmat pawang, bomoh dan dukun sebelum menikahi Najib dan selepas menikahinya. Najib dan Rosmah wajib membersihkan nama mereka.

Barangkali, tiada jalan lain untuk menutup semua ini melainkan dengan cara memberikan kesibukan ke atas fikiran rakyat dengan isu Kerajaan Perpaduan, isu sama ada Chin Peng wajar dibawa ke Malaysia atau pun tidak, termasuklah isu-isu remeh lain.

Di dalam YouTube, anda cuma perlu menaip Rosmah puaka dan tontonlah dakwaan yang terkait dengan isteri Perdana Menteri itu.

Jangan-jangan apakah ini antara sebab kenapa Perdana Menteri enggan berdebat bersama Mursyidul Am Pas tersebut? Wallahu'alam ... _ Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

PARTI BUKAN KERAJAAN Oleh: Nash Ar-Rawy

PARTI BUKAN KERAJAAN
KERAJAAN ADALAH RAKYAT Oleh: Nash Ar-Rawy/ 28.06.09

Ramai yang bertanggapan bahawa parti adalah kerajaan dan kerajaan adalah parti.
Persepsi ini adalah ternyata salah kerna Parlimen bukannya milik mana-mana parti; hatta parti yang memerintah . Tetapi, parlimen merupakan sebuah institusi milik rakyat.
Hujahnya , seandainya parti itu kerajaan maka pastinya tiada perlu kepada PRU justeru, memadailah ketua-ketua parti sahaja menjadi wakil rakyat . Namum PRU dalam sistem
demokrasi mesti di laksanakan antara tempuh tiga hingga lima tahun sekali untuk menentukan ketua-ketua parti manakah yang akan menjadi wakil rakyat.
Dasar dan polisi kerajaan dideterminasi oleh parlimen setelah melalui proses penghujahan dan perbahasan oleh semua anggota parlimen.selaku anggota kerajaan belaka bukan lagi menjadi anggota parti kerna berada di dalam Dewan Rakyat .bukannya Dewan Parti tertentu.
Dasar negara tiada ditentukan di dalam mesyuarat mana-mana parti pemerintah kerna itu keputusan parti ,bukannya keputusan kerajaan yang dululuskan atau ditentukan di dalam parlimen yang menggubal sistem
perundangan Malaysia sebagai badan legislatif atau perundangan negara.
Justeru itu Akta Hudud perlu diperundangkan terlebih dahulu untuk tujuan perlaksanaannya.
Pembentukan sesebuah kerajaan berasaskan kepada beberapa komponen . Ia itu ,
mestilah ada i) wilayah atau koloni ii)Rakyat ( penduduk) iii) pemerintah ( penguasa)
iv) Otoriti dan sistem perundangan dan v) sovereigniti atau kedaulatan Ternyata kelima-lima prinsip ini tidak menjadikan parti politik sebagai asas pembentukan sebuah kerajaan. Tetapi asas yang terpenting sekali adalah rakyat bukan parti politik.Apa ertinya pemimpin atau Ketua Negara tanpa rakyat
Maka , parti politik bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti
Justeru itu , di atas prinsip dan semangat ‘kerajaan’ yakni, ‘Rakyat’ parti pemerintah tiada hak samasekali menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen dalam mana-mana pilihanraya kerna harta itu semua adalah harta rakyat dan milik rakyat.
Kakitangan kerajaan ; termasuk yang beruniform atau sivil hatta pensyarah-pensyarah universiti dan para pelajar , tiada hak dipaksakan untuk menyokong mana –mana parti oleh mana-mana parti pemerintah kerana gaji dan elaun mereka sama juga dengan wakil rakyat ( elaun ) bukannya dibayar oleh mana-mana Bendahari parti pemerintah tetapi dibayar oleh rakyat sepenuhnya. Tenyata wang kerajaan adalah wang rakyat ; pastinya bukan wang milik mana-mana parti justeru kerana diperolehi dariapda cukai langsung dan tidak langsung yang dikenakan ke atas rakyat.
Justeru itu, wakil rakyat adalah ‘hamba’ rakyat bukannya tuan kepada rakyat dan tidak boleh menggunakan ISA , PDRM dan mahkmah untuk meragut hak rakyat oleh mana-mana parti pemerintah. PDRM dibayar gaji dan elaun mereka dari hasil titik peluh percukaian rakyat dan sewajibnya mereka menjaga hak rakyat untuk berdemonstrasi secara aman tanpa senjata yakni kebebasan berkumpul ( ‘freedom of assembly ‘ ) sebagaimana peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Artinya ketua mana-mana parti pemerintah tiada berhak untuk mengekang parti oposisi dengan menyalahgunakan institusi rakyat iaitu PDRM yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya keselamatan parti pemerintah daripada kecundang dalam mana-mana pilihanraya. Dalam satu-satu PRK , PDRM membelanjakan wang rakyat sekitar RM1.2 sehingga 1.5 million mengikut informasi parlimen. Apa perlunya begitu besar sekali gerombolan pasukan polis yang berkampung di PRK kerana rakyat bukannya hendak bergaduh atau merusuh tetapi hendak mengundi secara aman . Ini bukan India atau Sri Langka tetapi sengaja pihak parti pemerintah hendak menakut-nakutkan rakyat.
Apa-apa bantuan kewangan secara ‘mee segera’ yang dilonggokkan adalah wang rakyat yang tiada perlu digembar-gemburkan kerna itu rasuah pilihanraya pada setiap kali PRK kerna rakyat sudah bijak menilai mana kaca dan mana intan.
Di atas dasar parti bukan kerajaan; parti pemerintah bukan sahaja tiada berhak mempergunakan polis tetapi juga tiada juga berhak menpergunakan helicopter, kenderaan resmi kerajaan , jentera jabatan-jabatan kerajaan , dan sekolah-sekolah milik kerajaan untuk berkempen kerna itu bukan milik mana-mana parti pemerintah tetapi hak kerajaan dan hak rakyat. RTM juga bukan harta parti pemerintah ; justeru itu rakyat berhak mendapat maklumat daripada ketua-ketua parti oposisi tentang dasar pemerintahan mereka di radio dan TV secara saksama dan adil untuk dinilai oleh rakyat.
Wang yang dikutip daripada rakyat akan kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan infrastruktur. Ianya tiada perlu di gembar-gemburkan kerana itu obligasi mana-mana parti pemerintah .Negara komunis pun laksanakannya tetapi di atas segalanya semuanya datang daripada yang empunya rezeki dan yang empunya global. Justeru itu, bersyurkurlah kepada dia yang empunya segala. Oleh yang demikian, hak rakyat Kelantan sebanyak RM1Billion daripada hasil minyak petronas di negeri Kelantan sebanyak 5% hendaklahlah di pulangkan segera kepada rakyat Kelantan ; jangan jadi perampok di siang hari ( ‘Broad day light robbery’ ) harta rakyat Kelantan untuk di faraid kepada kroni –elit-suku-sakat.. Petronas adalah aset kerajaan yakni, aset rakyat bukannya harta mana-mana parti pemerintah . Justeru itu, pastikanlah rakyat semua, bahawa parti bukan kerajaan dan kerajaan bukan parti tetapi kerajaan adalah rakyat. Untuk itu , mengundilah calun parti rakyat dalam gagasan pakatan rakyat.

Oleh: Nash Ar-Rawy / 28.6.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14