11 Julai 2009
Royalti: Husam ajak Mustapa debat
KUALA KRAI, 11 Julai : - Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.
Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.
Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato� Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.
Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.
"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.
Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.
Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.
"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.
"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.
Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.
"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.
"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.
Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.
Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand � Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990.
Sumber : Harakahdaily.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:15 PM
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Saturday, July 11, 2009
Mansuh Segera PPSMI Jangan Tunggu 2012
Ahad 12 Julai 2009 | 19 Rajab 1430 Hijrah
PPSMI: Segera mansuh, jangan tunggu 2012!
Nyza Ayob
Sun | Jul 12, 09 | 7:32:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Kerajaan digesa segera mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu dan tidak perlu menunggu sehingga 2012.
Iklan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan kerajaan tidak boleh memberikan alasan untuk menangguhkan pemansuhan PPSMI itu sedangkan sewaktu pelaksanaan dasar tersebut pada 2003, tindakan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.
"Kenapa sewaktu ingin dihapuskan Muhyiddin memikirkan tentang masalah yang akan dihadapi oleh para pelajar jika ditukar serta merta.Kita hairan waktu nak melaksanakan tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan daripada golongan cendekiawan atau tokoh bahasa. Jangan jadi seperti Pak Pandir.
"Penangguhan tersebut mungkin kerana kontrak kepada kroni mereka belum lagi selesai. Pada mereka biar dasar berubah tetapi yang penting mereka mendapat keuntungan daripada dasar tersebut,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Sementara itu, Idris turut menegaskan dalam mendesak kerajaan menghapuskan dasar PPSMI, PAS telah bersama-sama dengan tokoh bahasa serta sasterawan negara dalam menentang dasar yang dilihat bertentangan dengan dasar negara dalam bidang pendidikan.
"Penglibatan golongan sasterawan seperti Dato' A.Samad Said dan Dato' Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat.
"Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil,"katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik turut menegaskan tidak ada alasan yang munasabah mengapa kerajaan perlu menunggu sehingga 2012 bagi memansuhkan pelaksanaan PPSMI.
Justeru beliau mendesak semua pihak memastikan pemansuhan dasar tersebut dilakukan segera.
"Sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Pilihan Raya Keci Bukit Gantang serta Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, pejuang bahasa dan rakyat menyatakan ketidak puasan hati mereka dalam pilihan raya kecil ini. Desakan demi desakan kita lakukan.
"Jadi walaupun pengumuman tersebut dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil Manek Urai, saya yakin rakyat di Manek Urai tidak akan termakan dengan 'umpan' kerajaan. Kerajaan mesti ikhlas dan penghapusan dasar tersebut seharusnya bukan sewaktu menjelang pilihan raya,"tegasnya. - mks. _ harakah

Mana Pergi RM254 Billion Wang Minyak Rakyat
Ahad 12 Julai 2009 | 19 Rajab 1430 Hijrah
PAS desak bentang kertas putih isu RM254 billion
Mohd Nor Yahya & Mohd Yusri Amin
Sat | Jul 11, 09 | 7:23:16 pm MYT
KUALA KRAI, 11 Julai (Hrkh) - Kerajaan perlu menyediakan kertas putih untuk menjelaskan kepada Dewan Rakyat ke mana perbelanjaan wang Petronas berjumlah RM245 bilion sejak 2004 di bawah dua era perdana menteri.
Iklan
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kertas putih tersebut perlu disediakan kerajaan bagi menjelaskan kepada rakyat ke mana wang milik Petronas yang dibelanjakan kerajaan.
"PAS mendesak kerajaan menyediakan kertas putih mengenai jumlah royalti minyak tersebut. Dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak dan menyerah dokumen kepadanya.
�Rakyat berhak tahu ke manakah duit negara sebanyak itu dibelanjakan,� katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS hari ini.
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan wang royalti Petronas dbelanjakan kerajaan Malaysia semenjak 2004 sehingga 2009.
Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, royalti tersebut hak milik rakyat sepenuhnya dan mereka berhak mengetahui ke mana wang tersebut dibelanjakannya.
"Jumlah wang begitu banyak ia boleh digunakan untuk membina 254 universiti yang lengkap dengan segala prasarana dengan kos 1 billion setiap satu.
"Kalau bagi biasiswa ia boleh diberi kepada 2.5 juta pelajar dan menampung dari tahun satu sehingga mendapat ijazah pertama. Dan kalau nak bina hospital dapat disiapkan 254 buah, rakyat juga tidak perlu lagi membayar tol," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.
Beliau juga hairan Perdana Menteri mengamalkan kaedah runding terus banyak projek dalam RMK9 termasuk pembinaan MRSM di Baling, Johor Bahru, UPSI, Istana Negara dan lain-lain lagi.
"Pembelian jet peribadi Perdana Menteri juga dilakukan secara runding terus sehingga mengakibatkan banyak berlakunya ketirisan dalam penggunaan wang kerajaan," katanya.
Oleh itu katanya, selepas pilihan raya kecil Manek Urai beliau akan menemui Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan isu RM254 billion.
Beliau juga mendakwa mempunyai dokumen yang berkaitan jumlah royalti untuk diserah kepada Perdana Menteri.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Sallahuddin berharap royalti minyak dan gas kepada kerajaan Kelantan dibayarkan segera.
Katanya, wang royalti itu yang kini berjumlah lebih RM1 bilion sekiranya dibayar kerajaan pusat dapat digunakan bagi manfaat rakyat Kelantan.
Beliau juga mendesak kerajaan meminda Akta Petronas 1974 bagi membolehkan syarikat milik kerajaan itu lebih berdaya maju.
Oleh itu katanya PAS tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara tersebut.
"Sepatutnya menjadi prioriti kepada SPRM supaya tidak hanya aktif dalam isu lembu dan kereta saja di Selangor sahaja, tetapi laporan tentang royalti minyak mesti diberi perhatian segera.
"PAS akan tetap menggunakan isu ini sebagai senjata utama khususnya dalam hari-hari terakhir pilihan raya Manek Urai. Saya dalam tiga hari terakhir ini akan memaksimumkan ceramah isu ini," katanya.
Beliau juga berkata, satu road show akan diadakan selepas selepas tamat pilihan raya kecil Manek Urai,� katanya.- mj _ harakah

Kezaliman Umno/BN
Ahad 12 Julai 2009 | 19 Rajab 1430 Hijrah
ISA:BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan dizalimi
Salmiyah Harun
Sat | Jul 11, 09 | 8:54:32 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini tidak boleh dimaafkan.
Iklan
"Ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri,"tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu apabila bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.
Semalam Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah 'binatang'.
"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu,"bidas Nik Aziz.
Beliau berkata demikian bagi menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau 'menate' dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini.
Nik Adli Nik Aziz salah satu anak beliau turut menjadi mangsa tahanan ISA dituduh terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia pada 4 Ogos 2001 kemudian dibebaskan pada 18 Oktober 2006.
Mohamad Sabu yang turut mengulas mengenai akta zalim itu turut sama bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am itu dan menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.
Katanya, akta seperti ISA tidak perlu lagi dipertahankan kerana ternyata ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri.
Tegasnya yang juga pernah ditahan dibawah akta itu semasa Ops Lalang, kerajaan yang mementingkan kedudukan mereka sahaja sanggup mengggunakan akta ini.
Justeru, beliau yang tidak berganjak dari pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan meminta seluruh rakyat negara ini turun beramai-ramai pada 1 Ogos nanti untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan BN.
Beliau yang akan berada di lokasi Masjid Negara pada hari tersebut, percaya himpunan itu akan berlangsung secara aman jika tidak ada sebarang provokasi dari mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Yang dipertua PAS Kawasan Batu Ishak Surin yang pernah ditahan ISA pada 1965 turut merasai kepahitan ditahan dalam tempoh 60 hari.
Beliau berkata, mereka yang tidak merasai keseksaan ditahan dibawah akta itu boleh bermacam-macam mengandaikan akta itu ada baiknya.
Tetapi, kata beliau hanya mereka yang mengetahui dan mengalami sendiri pengalaman dizalimi akan tetap menyatakan akta itu harus dimansuhkan.
Beliau menyeru semua bekas tahanan ISA, keluarga tahanan dan orang ramai bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita tunjukkan satu perpaduan menentang kezaliman ISA pada hari itu, dan tuntut agar akta itu dihapuskan," katanya semasa dihubungi. - mks. _harakah

Antara Syiar Dan Syariat Oleh : Nash Ar-Rawy
Antara Syiar dan Syariat Islam
Jul 11th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama
Oleh: Nash Ar-Rawy ( www.perakexpress.com )
Tiada yang lebih afdal perlaksanaan syariat Islam itu daripada hanya syiar atau lambang semata-mata. Syiar seumpama berpakaian baju Melayu cantik dan bersongkok atau berjubah dan berserban kemas tetapi tiada bisa solat ,.Sedang Solat itu wajib , merupakan syariat ( Law ) bisa ditegakkan walaupun tanpa baju Melayu atau berjubah serban asal sahaja pakaian apa pun yang bersih kerna bersih itu sendiri adalah syariat begitu juga berwudu’.
Syiar Islam ada di mana –mana. Di negeri komunis seperti di Rusia dan Cina , hatta di Singapura , Eropah dan Amerika pun terdapat banyak masjid –masjid. Apakah negeri Cina , Rusia dan Amerika itu juga Negara Islam justeru kerna ada elemen syiar Islam seperti masjid yang membenarkan solat ( syariat ) di tegakkan. Bank Islam pun ada di Eropah begitu juga dengan Universiti Islam juga terdapat di Temple Inn di Amerika Syarikat . Apakah itu kriteria yang bisa dipakai menjadikan sesuatu Negara itu dikira Negara Islam.
Banyak Negara umat Islam bisa laksanakan Bank Islam seperti Mesir dan negara Arab yang lain dan juga Malaysia kerna itu bisa memberikan pulangan yang baik dan keuntungan yang lumayan kepada negara . Ini bukannya Negara Islam tetapi bisa saja dipanggil Negara umat Islam ( Muslim States ) kerna negara-negara sekular tersebut terdapat ramai penduduk Islam .
Kepemimpinan teraju negara yang terdiri daripada orang-orang Islam seperti Presiden Mesir , Presiden Indonesia , Presiden Iraq dan Perdana Menteri Malaysia sekadar beberapa contoh . Apakah menjadikan Malaysia dan Mesir hatta Indonesia sebagai Negara Islam ?.
Jenama-jenama kosmetik ini seperti Bank Islam , Universiti Islam , Takafur itu semua adalah muamalat atau syariat Islam di bidang ekonomi sahaja, Sedangkan syariat Islam itu cukup luas meliputi Hukum Kisos , Hudud dan Ta’azir. Tetapi syariat Islam ini tiada bisa ditegakkan di dalam hampir 99 % negara –negara OIC kerna dikuatiri ramai kepimpinan Negara umat Islam bisa didakwa dengan banyak kesalahan-kesalahan jenayah syariah bahkan ada pemimpin yang berugama Islam terlibat dengan perniagaan judi di Genting Highland dan memiliki saham perjudian .serta agenda maksiat yang lain.
Ini bermakna Negara Umat Islam ( Muslim State) adalah Negara Sekular yang bisa ada syiar Islam sahaja dan bukannya Negara Islam ( Islamic State ) kerna menolak perlaksanaan Hudud , Kisos dan Ta’zir . Fahaman nasionalis adalah fahaman sekular yang sesat lagi menyesatkan . Justeru itu , tiada hairanlah apabila cadangan Akta Hudud yang pernah dibentangkan sebanyak tiga kali di parlimen Malaysia ditolak mentah-mentah oleh speaker . Ini satu bukti yang jelas negara yang menolak Hudud daripada diperundangkan adalah Negara Umat Islam bukannya Negara Islam kerna syiar Islam hanyalah lambang Islam sahaja belum lagi Islam kerna Hudud di tolak.
Bahkan golongan nasionalis sekular ini juga menjadikan perlembagaan persekutuan untuk mengekang perlaksanaan Hudud di Kelantan dan Terengganu. Di negeri-negeri yang diperintah puak sekular nasionalis ini sehingga sekarang tiada bisa memperundangkan hudud di negeri-negeri tersebut dengan hujah Hudud sudah ada di dalam Al-Qur’an.
“ Law is authority “ Jika syariat di dalam Al-Qur’an seperti Hudud , kisos dan ta’azir ini tiada di perundangkan di dalam parlimen masa bisa ianya terlaksa kerna tiada otoriti . Contohnya semua penunggang motosikal bisa pasang lampu walaupun di tengah panas matahari kerna sudah di perundangkan sedemikian di dalam parlimen . Mengapa tidak sedemikian dengan Hukum Hudud ? Justeru fahaman sekular nationalis ini sesat sama dengan iblis yang mengingkari dan mengkufuri perintah Allah. Apakah Hudud , kisos , Ta’zir dan larangan judi dan pengawalan penjualan arak di tempat tertentu untuk bukan Islam itu bukan perintah Allah!.Laksanakan mukadimah Hudud pun tidak bisa.!
Hujah yang menyatakan syariat Islam tiada sesuai dilaksanakan kerna masyarakat Malaysia itu majmuk hanya bisa tegakkan syiar sahaja sudah menjadi ‘Negara Islam “ adalah sandiwara politik yang melucukan dan tiada rasional samasekali.
Ini adalah kerna Hudud , Kisos dan Ta’azir hanya bisa diimplementasi ke atas orang Islam sahaja kerna orang bukan Islam bisa opt atau pilih kekal dengan “Civil Law“ di mahkamah sivil yang sediada. Golongan nasionalis sesat ini masih lagi bisa mempertahankan “ English Common Law “ sebagai undang-undang tertinggi negara .
Walaupun kolonial sudah tiada tetapi otak kolonial pemimpin negara masih lagi berbangga dengannya dan menolak Hudud.dengan senang hati mengkufuri Allah ! Apakah mereka yang diamanahkan Allah untuk memerintah Malaysia ini tiada akan di tanya di alam kubur dan di akhirat kelak akan amanah Allah yang di pertanggungjawabkan . Apakah bisa sahaja menjawab aku sudah tegakkan syiar Islam . Pasti iblis bisa ketawa besar kerna sudah ada member disana.
Sistem perundangan Islam telah dilaksanakan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan Piagam Madinah di implementasi “ Islam for All “ dan “Justice For All” mengikut addeenul Islam ; “ Nafideenillah “ ( Ikut cara Allah ) dalam keadaan umat Islam cuma minoriti sekitar 15% sahaja dan lebih majmuk lagi dari Malaysia dengan Yahudi, Nasoro, Majusi dan suku-kaum Arab yang pelbagai tetapi baginda menegakkan Negara Islam yang melaksanakan hukum hakam di dalam Al –Qur’an bukan setakat Hudud ada dalam Quir’an sahaja dan melaksanakan syiar itu sudah pun menjadi ‘Negara Islam “.
Baginda tiada syok sendiri dengan propaganda ONE MADINAH tetapi syiar sahaja tiada syariat Islam yang dilaksanakan. Justeru itu, baginda MENOLAK ‘Unity Government” ( Kerajaan Perpaduan Dua Abu ) yang ditaja oleh rejim Abu Jahal dan Abu Lahab walaupun di tawarkan untuk menjadi Raja. dan diberi ‘kunci’ khazanah negara . Justeru One Malaysia adalah polemik murahan dan umat Islam tiada bisa tertipu dengan propaganda syiar Islam yang merupakan kosmetik sedang Akta Hudud di tolak bulat-bulat daripada diperundangkan .Rakyat sekarang sudah fahami dan menerima ‘Islam for All “ yang lebih praktis dan hebat daripada ‘one Malaysia ‘ tanpa rasa ‘Islamophobia’ dalam GAGASAN KESE-PAKATAN KERAJAAN RAKYAT yang bisa menentang ISA , OSA , rasuah politik salahguna kuasa dan kepolitikan dalam mahkamah., SPRM. PDRM . SPR, Jabatan Pendaftaran Negara , Peguam Negara dan Hakim Negara. ‘One Malaysia” adalah satu ‘ eye wash’ untuk menutup autokrasi dan penipuan yang berlaku ..Masa ada ‘Negara Islam” yang menolak syariat kerna yang ada cuma lah syiar Islam sahaja bagi Negara Umat Islam , itu sahaja , jangan temberang dan buka belang pasti tak gemilang dan malang.Tegakkan Negara Berkebajikan yang merubah dengan Islam .
“ Islam For All “ Apa masih bisa lagikah puak nasionalis sekularis ini menolak Islam ? . Tepuk dada tanya Iman , jangan tanya Presiden. !
Tags: nash ar-rawy
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Monday, July 6, 2009
Kegagalan Pelaburan
Betulkah hapus kuota bumiputera, pelabur datang?
Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS)
Mon | Jul 06, 09 | 11:26:32 am MYT
Tanggal 30 Jun 2009, Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan akan hapuskan 30 peratus kouta wajib bumiputera apabila pelabur hendak melabur untuk tawaran awal permulaan (IPO). Kononnya dasar inilah pelabur asing tidak datang ke negara ini.
Iklan
Persoalannya adakah kerana dasar ini menyebabkan pelabur tidak datang? Sama juga andaian Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno akan kuat kalau Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dan berikan jawatan kepada Najib.
Apa yang berlaku Umno lemah bukan faktor Abdullah, tetapi faktor Umno dan orang yang memimpin Umno itu sendiri.
Ada faktor lain kenapa pelabur tidak mahu datang ke negara ini. Pihak kerajaan kena suluh ke dalam dahulu kenapa pelabur tidak datang ke negara ini. Mana-mana pelabur dia hendak melabur, dia akan buat kajian dulu apakah pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Mungkin kerana mereka tidak mahu melabur kerana suasana politik tidak stabil, teruatamanya pencabulan undang-undang seperti di Perak.
Kita kena ingat pelabur apabila mereka hendak melabur ke sebuah negara ia akan perhati undang-undang yang berjalan di sebuah negeri tersebut.
Apabila mereka melihat bagaimana perlembagaan Perak dicabul, maka apa pula jaminan pelaburan mereka akan selamat dan perjanjian yang dibuat terpakai. Lebih-lebih lagi yang mengepalainya pencabulan ini ialah Perdana Menterinya sekarang.
Video klip VK Linggam satu bukti lagi, mereka ketahui bagaimana hakim-hakim yang boleh diatur dan boleh dibeli. Apakah mereka sanggup datang ke negera ini dalam keadaan undang-undang yang dicabul dan tidak terjamin keadilannya.
Masalah rasuah sampai sekarang tidak dapat diatasi. Indeks rasuah semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Masih berlaku ialah ikan bilis yang tangkap, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah pegawai kerajaan jerung politik terlepas.
Tragedi dalam Umno adalah paparan sebenar indeks rasuah yang tidak selesai sampai hari ini. Macam mana Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah kerana rasuah boleh bertanding.
Manakala Mohd Ali Rustam yang bersalah tidak boleh bertanding dan dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Melaka. Inilah yang pelik tapi benar.
Sebenarnya pelabur tidak datang kerana pemimpin Umno-BN yang memerintah terkenal di luar negara sebagai naga besar. - lanh/mks. _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.perakexpress.com )

MERITOKRASI Oleh : Nash Ar-Rawy
MERITOKRASI Oleh : Nash Ar-Rawy
Meritokrasi adalah suatu konsep yang bersifat terbuka , liberal dan ke arah penyelesaian penyeluruhan permasaalahan Ianya sepintas lalu bisa dilihat sebagai yang paling demokratik dan adil. Akan tetapi, dari segi sikonnya ( situasi dan kondisi ) yang berpijak pada alam nyata atau waqi’ nya; ianya perlu di telilti kepada subjek atau agenda sasaran yang sebenar yang berasaskan kepada keperluan yang sebenar mengikut hakikat situasi dan kondisi yang perlu diambilkira keberkesanannya pada objektif perlaksanaan keadilan sosial itu sendiri dengan minda yang terbuka , dan tiada bisa emosi .
Meritokrasi tiada berasaskan kepada ras( kaum ) , agama atau keturunan atau pewarisan justeru kerna ianya bersisfat umum dan universal . Lantaran itu , secara verbalnya gugur hak peribumi atau sesuatu kaum ‘indigeneous’ .dalam sesebuah negara.
Namun keadilan itu sebenarnya bukan sama rata dan sama rasa kerna itu konsep sosialis dan komunis. Keadilan juga bukan bererti semuanya mesti dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra namum perlaksanaanya ialah untuk golongan elit suku-sakat umnoputra ( Kroni ) . Justeru itu , keadilan harus di lihat menepati sasaran target yang bisa dibantu .
Dari aspek pendidikan negara, sewajarnya biasiswa diberikan kepada semua kaum kerna menjadi obligasi mana-mana kerajaan untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat sehingga ke peringkat universiti. Hujahnya, ke mana perginya wang petronas RM 500 Billon lebih itu dibelanjakan. Apakah tiada bisa pembelajaran anak bangsa hingga ke universiti secara percuma?.
Namun jika dibuat pemilihan tawaran biasiswa kepada pelajar yang terbaik sekalipun . Harus dingat pelajar dari luar bandar atau kawasan kampung dan pedalaman tiada mempunyai fasiliti sebagaimana pelajar-pelajar bandar yang mempunyai kemudahan komputer, akses internet, kelas tambahan , ‘hand-set’ teksi, bas , talipon dan keupayaan kewangan untuk menikmati segala keperluan tersebut seperti pelajar-pelajar bandar yang bernasib baik apalagi yang daripada keluarga yang kaya atau berada.
Justeru itu, jika meritokrasi di gunapakai secara pukal begitu sahaja tanpa mengambil kira faktor latarbelakang pelajar dan hanya di amblil kira dari segi pencapaian akademik atau kecermerlangan keputusan peperiksaan semata-mata . Maka , pastilah ramai pelajar luar bandar tanpa mengira kaum dan anutan agama akan tercicir. Apalagi jika parti pemerintah mengusahakan subjek Bahasa Inggeris diwajibkan lulus untuk lulus peperiksaan. Bekas kolonial pastinya ketawa jika ini berlaku justeru kerana jika pelajar melanjutkan pelajarannya ke Jepun, Korea, Rusia, Jerman atau Perancis , pastinya bukan Bahasa Inggeris yang diperlukan tetapi diwajibkan mempelajari bahasa ibunda negara tersebut.
Sewajarnyalah diberikan tempat dan peluang kepada pelajar luar bandar ini untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading kerna pelajar urban yang mendapat 10 A tiada bisa disamakan dengan pelajar kawasan ‘remote’ ( pedalaman ) yang mendapat 5 atau 8 A umpamaya.
Apalagi, mereka ini bisa berjaya walaupun tanpa prasarana pembelajaran yang sempurna seperti rakan mereka di kawasan urban atau dari keluarga yang kaya.Dalam keadaan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pembelajaran untuk mata pelajaran matematik dan sains ramai pelajar –pelajar di kawasan pedalaman ini kecundang kerna tiada bisa menguasai bahasa Inggris dengan baik . Ini suatu penganiayaan apabila Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi negara dan bahasa pembelajaran nasional sebagaimana peruntukan di dalam perlembagan persekutuan ; di kesampingkan oleh parti pemerintah. Jika diajar di dalam bahasa ibunda kemungkinan abang, kakak , ibu dan bapa bisa berpeluang setidak-tidaknya mengajar anak-anak di rumah . Tetapi , kalau di dalam bahasa penjajah pastinya mereka tiada bisa membantu. Apalagi bahasa kolonial itu bukannya juga bahasa kaum Cina maupun India.
Justeru itu , falsafah meritokrasi perlu perihatin ke atas kekesanannya Bahasa Inggeris dipaksakan ke atas pelajar-pelajar luar bandar ; baik Melayu, Cina , India dan lain-lain kerna kecundangan mereka ini di dalam sistem pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris tiada praktikal dan tiada adil walaupun tentunya dikira adil dan selesa ( ‘comfort’) samasekeli bagi anak-anak menteri, korporat dan masyarakat bandar yang bisa menguasai bahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan kewangan untuk pembelajaran anak-anak mereka bahkan bisa mengadakan tutor persendirian di rumah mereka sendiri.
Sebagai anologinya, apakah seorang ayah perlu membelikan ‘bra’ yang sama jenis dan harganya kepada anak lelakinya semata-mata kerna ia perlu membelikannya untuk anak perempuannya demi meritokrasi tanpa mengira anak Cina, Melayu atau India
Di sinilah sebenarnya meritokarsi itu perlu di sesuaikan dengan keadaan dan situasi yang sebenar secara praktisnya bukan pada falsafah atau konsepnya semata-mata.
Di sisilah letaknya kelebihan sistem Islam yang lebih baik dan lebih unggul daripada sistem atau falsafah komunis, sosialis bahkan nasionalis assobiyyah( bangsa ) dan kaumiyyah ( kaum ) kerna Islam membantu semua orang tanpa mengira kaum dan agama . Yakni , meletakkan sesuatu yang hak, betul pada tempatnya yang sebenar bukannya samarata sama rasa tanpa melihat siapa yang sebenarnya yang sepatutnya di bantu tanpa mengira kaum dan agama.
Bantulah mereka yang benar-benar memerlukan mengikut suasana dan keadaan.Jika pelajar itu miskin tetapi baik pencapaian akademiknya dibanding dengan pelajar yang kaya ; berilah peluang kepada pelajar ini untuk melanjutkan pelajarannya walaupun hanya 5 A sahaja; kerna di dalam keadaan serba kekurangan ini pelajar pedalaman seumpama ini sebenarnya boleh di kira sebagai pintar atau ‘genious ‘.Janganlah menipu kegagalan sistem pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris ini dengan menaikkan deraf tahap kelulusan untuk membolehkan tiada ramai yang tercicir , ini juga suatu penipuan kepada negara dan bangsa.
Dari sudut ekonomi, berikanlah yang hak kepada mereka yang berhak dan yang sewajarnya dibantu tanpa mengira kaum dan agama. Jika di suatu kawasan itu ada ramai orang India yang miskin, maka mereka ini perlu dibantu. Begitu juga, jika di kawasan yang tertentu yang miskinnya orang Melayu atau Cina ; maka di bantu mereka ini . Bukannya hak orang miskin ini dinafikan dan di bantu projek mega kepunyaan kapitalis Vincent Tan , Ananda Krisnan atau elit –suku-sakat kroni umnoputra . Keadilan itu bukannya membantu yang sudah kaya-raya dengan menambahkan projek mega kroni .
Bahkan orang miskin yang sebenarnya membantu kroni yang kaya kerna duit orang miskin ada dalam tabung haji sudah pun disonglap dan di dalam EPF digunapkai untuk projek mega kroni . Akhirnya orang miskin sahaja yang membantu orang miskin . Justeru itu, meritokarasi yang praktis adalah meletakkan sesuatu yang hak , betul pada tempatnya bukannya samarata atau sama rasa tanpa melihat siapakah yang selayaknya di bantu ; yakni, keadilan tanpa mengira kaum dan bangsa : Islam For All. Yang menjadikan asas atau kriteriannya : “ Justice is to put the right thing in the correct place “ itulah meritokrasi yang sebenarnya.
Oleh : Nash Ar-Rawy / 06.07.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( nasharrawy.blogspot.com )
( www.perakexpress.com )

Sunday, July 5, 2009
Meritokrasi, RM253 Billion Petronas, Debat
PAS tentang meritokrasi Biasiswa Nasional jika mengetepikan prinsip keadilan sejagat
KUALA LUMPUR: PAS menentang penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya jika kaedah untuk menentukan penerima Biasiswa Nasional adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata.
Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menegaskan, sekiranya keadaan ini berlaku, PAS berpendapat kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh.
Terdahulu, media arus perdana melaporkan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai dari tahun hadapan dan pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya.
Mengulas isu ini, Ustaz Hadi berkata, akibatnya, dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.
Katanya, PAS berpendapat faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latarbelakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah sama ada dalam atau luar bandar, infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, PAS percaya pelaksanaan meritokrasi sepenuhnya dalam suasana pembelajaran pelajar yang berbeza dan serba kekurangan ini akan menyebabkan persaingan yang tidak adil, di mana tekanan akan menjadi lebih tinggi kepada kalangan pelajar yang mempunyai kekangan sosio-ekonomi dan kemudahan pembelajaran.
"PAS senantiasa menegaskan bahawa pertimbangan untuk melaksanakan pembahagian yang lebih adil adalah perlu mengambilkira struktur masyarakat ini, disamping pihak kerajaan menyediakan segala keperluan fizikal dan spiritual yang diperlukan oleh pelajar terlebih dahulu supaya suasana pembelajaran yang lebih baik dapat dialami oleh pelajar," katanya.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan
Ke mana lesapnya RM253.6 bilion duit Petronas?
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional menjelaskan secara terbuka ke manakah lesapnya wang berjumlah RM253.6 bilion yang telah dibayar oleh Petronas kepadanya sejak enam tahun yang lalu, sejak 2004, lapor Irwan Muhamad Zain.
Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar menegaskan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara dan mengatur langkah untuk mengelak dari turut sama terkena krisis ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia sekarang.
Mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam blognya www.chedet.cc yang mempersoalkan ke manakah wang yang dibayar Petronas sejak enam tahun lalu dibelanjakan, kini timbul persoalan besar.
"Ia suatu jumlah yang besar. Dengan wang sejumlah itu ia sepatutnya boleh digunakan untuk mengatur langkah bagi mengelak krisis ekonomi yang melanda dunia. Wang itu juga jika BN cekap mentadbir boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara demi kebaikan rakyat bukan hanya kepada kroni.
"Malangnya dalam tempoh tersebut, kadar kemiskinan terus meningkat dan tidak nampak sebarang bentuk pembangunan dalam bentuk fizikal," tegas beliau.
Mahfuz mempersoalkan peranan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam tahun itu yang membiarkan saja pembaziran dan salah urus tadbir negara dilakukan sewenang-wenangnya.
Najib, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sepatutnya menyekat sebarang salah urus tadbir negara jika benar beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Pendedahan yang dibuat oleh Tun Mahathir tersebut, tegas Mahfuz, membuktikan satu lagi salah urus tadbir negara yang dilakukan oleh Umno dan BN.
Wajar bagi rakyat kata Mahfuz untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti dan ia harus dimulakan dengan menolak parti itu pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti, akibat kecuaian melampau sehingga Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas mempersoalkan perbelanjaan duit tersebut.
Tun Dr Mahathir menerusi blognya telah mempertikaikan ke manakah wang berjumlah RM253.6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan dibelanjakan. Sebagai Perdana Menteri, Najib dipercayai tahu ke manakah duit tersebut di belanjakan dan pertanyaan Tun Mahahthir itu juga memberi signal jelas, sesuatu yang tidak elok telah berlaku ke atas duit sebesar itu.
Dalam tempoh enam tahun selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan, bekas Perdana Menteri itu menegaskan pembayaran yang dibuat oleh Petronas telah meningkat dari RM168.8 bilion sejak 1981 hingga 2003 kepada RM253.6 bilion dari tahun 2004 hingga 2009.
Beliau membuat kenyataan tersebut sehari selepas Petronas mengumumkan pembayaran sebanyak RM30 bilion dividen kepada kerajaan dalam tahun kewangan berakhir Mac 2009. Kini timbul persoalan, apakah benar Tun Mahathir selaku Penasihat Petronas tidak tahu ke manakah duit sejumlah itu dibelanjakan atau ia sekadar signal untuk "memukul" Najib atas sebab-sebab tertentu?

Umno kembali gabra menolak isu debat – Tok Guru Nik Aziz
MUQQDIMMAH: NAMPAKNYA Umno benar-benar gelabah dengan pelawaan debat oleh Mursyidul Am PAS. Sedangkan ia tidak lebih sebagai satu pertemuan bagi merungkaikan segala isu yang berbangkit selama ini. Soal agama cuba diasingkan dengan politik. Itu pokok persoalan sebenarnya. Dan platform debat hanya sekadar mekanisme ke arah itu. Tidak semestinya perlu bertegang leher di atas pentas atau depan televisyen. Ia mungkin boleh jadi muzakarah atau wacana. Biar apa pun istilah yang digunakan ternyata perkataan debat begitu mengementarkan Umno. Ini secara tidak langsung juga menggambarkan Umno tandus pemimpin yang petah berhujah untuk menegak kebenaran. Bagi menyoroti apa rahsia di sebalik pelawaan debat itu, ikuti temu bual Mohd Nor Yahya bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri satu program di Manek Urai, Khamis lalu.
Boleh dijelaskan, sebenarnya apa sebab Tok Guru mempelawa Perdana Menteri berdebat?
TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Masalah debat dengan Umno telah lama diusahakan. Ia bukan cerita baru. Tentunya ramai masih ingat muzakarah di antara PAS dan Umno hampir diadakan, kemudian dibatalkan dengan alasan yang mungkin sengaja diadakan.
Begitu juga dengan pelawaan kerajaan negeri terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Dr Puad Zakarshi sebelum ini hadir pada satu wacana di Balai Islam. Pada awalnya beliau sanggup datang, namun di saat-saat akhir membatalkan. Tentunya, orang ramai boleh memberi tanggapan sendiri terhadap apa yang berlaku itu.
Debat, mujadalah atau muzakarah lebih kurang sama. Namun pemimpin Umno masih lagi berdiam diri. Mereka tak mahu langsung apabila dipelawa debat atau muzarakh bagi merungkai masalah ummah.
Mengapa agaknya setiap kali diundang, pemimpin Umno ini enggan?
Saya pun hairan mengapa mereka enggan. Tidak mahu juga. Sedangkan debat atau muzakarah sebahagian daripada mekasisme berdakwah dalam Islam. Kita mahu bagi nasihat secara hikmah. Sama juga dengan kaedah yang digunakan kepada orang bukan Islam. Kita telah lama praktik cara itu di Kelantan. Berdakwah cara hikmat terhadap orang bukan Islam bagi mengeratkan hubungan antara kaum.
Saya sering kali hadir pada majlis-majlis yang dianjurkan penduduk bukan Islam. Apa yang menghairankan orang bukan Islam boleh menerima konsep muzakarah tetapi pemimpin Umno tidak boleh terima.
Sedangkan nasihat boleh diadakan dalam tiga keadaan iaitu lemah lembut, tolak ansur, ceramah atau usrah. Kaum-kaum bukan Islam telah berjaya kita dekati. Berdebat ini adalah cara terakhir untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul. Dua perkara pokok yang hendak saya sebut iaitu kenapa Umno tolak Islam dan keduanya sebab apa Umno menentang PAS, sedangkan PAS melaksanakan apa yang disarankan agama Islam. Tengok apa yang kita laksanakan di Kelantan sekarang.
Mungkin ada sesuatu peristiwa yang mendorong Tok Guru pelawa Perdana Menteri berdebat?
Ianya bermula ekoran Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap saya. Mereka marah kerana saya sebut Umno lebih kurang sama dengan Ayah Pin atau Komunis. Apa yang saya maksudkan sekadar perumpamaan. Ini kerana apabila mana-mana pihak menolak agama dalam kehidupan seharian sudah tentu mereka juga sama dengan komunis atau Ayah Pin.
Begitu juga Umno. Mereka memisahkan agama dan politik. Sedangkan ia jelas bertetangan dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Nabi juga ketua agama, pemerintah, panglima perang dan ketua negara. Ini bermakna politik atau bernegara tidak boleh dipisahkan dengan agama. Inilah yang saya sebut pada ceramah di Laloh sebelum ini. Tiba-tiba pemuda Umno melenting marah.
Bagaimana pula dengan Pemuda PAS dikatakan akan mengadakan dialog dengan Pemuda Umno?
Saya setuju diadakan diadakan dialog atau wacana. Tidak kira dengan siapa pun asalkan Pemuda PAS kekal berpegang perjuangan Islam. Jangan pula bila berdialog kita pula turut kehendak mereka. Forum, dialog merupakan cara dakwah. Saya serahkan kepada pemuda untuk fikirkan perkara itu.
Sekarang isu yang hangat dibincangkan di Kelantan iaitu tuntutan royalti petroleum. Ia bermula ekoran pendedahan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri mengenai ada pelantar minyak di perairan Kelantan. Apa sikap Tok Guru mengenai isu ini?
Rasa rasa kecewa dengan sikap pemimpin Umno. Mereka buat tidak tahu adanya minyak di perairan negeri ini. Sepatutnya mereka turut menyokong usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi menuntut royalti tersebut yang boleh dimanfaat kepada rakyat Kelantan.
Dan segala usaha hendak mendapatkan royalti saya serahkan kepada Dato’ Haji Husam untuk meneruskan langkah-langkah sepatutnya bagi mendapatkan royalti. Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad setuju untuk memberi kerjasama.
Saya sambut baik. Hendaklah ada usaha yang dilakukan pembangkang bagi membantu mendapatkan hak tersebut. Ini kerana laporan mengenai adanya pelantar minyak sudah ada dalam laporan Jabatan Perangkaan dan EPU.
Pada pendapat Toki Guru, bagaimana pula dengan calon PAS yang akan mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini?
Saya sebenarnya sudah lama kenal Abe Uji. Beliau orang berjurus (baik) dan kaki masjid. Ini kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin. Orang yang mukmin sudah tentu tidak akan terlibat dengan unsur-unsur rasuah atau apa-apa penyelewengan.
Saya yakin dengan kemampuan yang ada pada Abe Uji. Dan secara kebetulan pula calon tersebut bertepatan dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Orang ramai di peringkat akar umbi, cawangan PAS dan kawasan Kuala Krai yang menentukan. Kemudian kita di peringkat Perhubungan PAS negeri membuat keputusan hasil sokongan tersebut.
Biar pun pihak lawan cuba pertikaikan dari aspek pendidikan Abe Uji, namun ia tidak menjadi isu sangat. Cuma apa yang kita hairan mengapa orang yang berpendidikan tinggi tetapi ramai yang dilaporkan terbabit dengan rasuah atau pecah amanah.

Berwacana mencari kebenaran bukan berbincang untuk buka kerjasama dengan Umno! - Ustaz Nasruddin
MUQQADDIMAH: Pertemuan pada sidang media Dewan Pemuda PAS dengan Pemuda Umno di lobi Parlimen, 1 Julai lalu mula mendapat pelbagai reaksi. Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan memanjangkah langkah untuk mengajak Pemuda Umno berbincang dalam wacana ilmiah secara terbuka berkisar tajuk "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam".
Pro dan kontra muncul sebaik berita ini dilaporkan oleh media. Ada yang melihat Wanaca Ilmiah ini sebagi kunci baru untuk membuka semula pintu Kerajaan Perpaduan yang sudah ditutup oleh Pakatan Rakyat.
Bagi meredakan persepsi salah itu, Wartawan ROY RASUL mendapat penjelasan segara dari Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan yang mengetuai deligasi Pemuda PAS menyampaikan hasrat murni itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim.
Pertemuan dengan pemuda Umno di Parlimen, 1 Julai lalu telah dilihat memberi signal yang salah kerana ia dianggap satu percubaan untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan yang ditolak oleh Majlis Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu. Boleh Ustaz jelaskan?
USTAZ NASRUDDIN: Itu adalah tanggapan yang salah dan tidak benar. Apa yang Pemuda PAS lakukan itu, satu langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menyediakan satu pentas hujah di atas tajuk yang kita berikan "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam".
Apa yang Pemuda PAS mahu ialah bagi menunjukkan perjuangan Umno masih ditolak oleh masyarakat. Ini adalah satu daripada rentetan cabaran debat Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Dan kemudiannya Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mencabar Tuan Guru Nik Aziz berdebat.
Bagi kami, level debat bagi Tok Guru Nik Aziz ialah Presiden Umno ataupun Perdana Menteri ataupun Pemuda Umno berdepanlah dengan Pemuda PAS. Oleh kerana itu, Pemuda PAS menghantar surat Wacana Ilmiah untuk berbincang ataupun berbahas dalam isu "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam".
Mengapa timbulnya kisah wacana ilmiah ini dan kenapa memilih ia sebagai wadah bertemu Pemuda Umno?
Sebelum daripada ini, kami mencabar tiga kali Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk berdebat. Pertama, dalam isu apakah Malaysia negara Islam. Kedua, benarkah Umno memperjuangkan kemerdekaan dan ketiga siapakah sebenarnya penderhaka kepada sultan.
Ketika cabaran itu, saya masih menjadi Timbalan Ketua Pemuda PAS dan ditolak mentah-mentah oleh Khairy Jamaluddin. Maka kini, saya mengambil pendekatan untuk menukar perkataan debat kepada wacana ilmiah bagi memungkinkan Khairy menerima cabaran ini bagi membolehkan kami berhujah untuk menjelaskan topik yang kita tetapkan itu, iaitu benarkan Umno bertentangan dengan syariah Islam.
Dalam kekalutan yang ada pada hari ini, mengapa Pemuda PAS mencadangkan wacana ilmiah ini?
Ini adalah tradisi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebelum daripada ini YB Salahuddin Ayub dan juga YB Dato' Mahfuz Omar pernah menghantar surat ataupun cabaran debat yang sama ataupun membuka forum debat yang sama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
Kalau kita masih ingat sesi lalu, YB Salahuddin pernah menghantar surat mencabar Hisyamuddin Tun Hussein Onn sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam isu PPSMI. Tetapi Hisyamuddin tidak hadir sebaliknya dia hantar Khairy Jamaluddin.
Serahan surat yang pertama juga dilakukan di Parlimen. Selepas itu mereka mengadakan satu sidang media bersama bagi menjelaskan hasrat Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda Umno berdebat dalam isu PPSMI.
Malangnya, sehingga hari ini sebagaimana biasa mereka tetap menolak cabaran itu. Jadi saya hanya meneruskan tradisi lama dan saya kira baik untuk mewujudkan forum-forum debat ilmiah bagi menegakkan kebenaran setiap hujah dan perbahasan perdebatan dengan menggunakan hujah.
Maksud Ustaz, wacana ilmiah ini untuk tujuan mencari kebenaran melalui hujah?
Niat saya menegakkan kebenaran melalui hujah dan perbahasan. Wacana ini mesti bersifat terbuka. Kami tetapkan, ia mesti bersifat terbuka dan kita tidak menerima sebarang pertemuan dan juga forum yang tertutup.
Inilah tujuan Dewan Pemuda PAS Pusat menghantar pelawaan untuk mengadakan wacana ilmiah dengan Pemuda Umno. Untuk berbincang atau berdebat berkait dengan isu tuduhan perjuangan Umno yang sesat.
Bagaimana fokus Pemuda PAS di Manek Urai?
Kita memberikan tumpuan dalam pilihan raya kecil di Manek Urai mengalahkan Umno dan Barisan Nasional. Dalam pilihan raya ini kita mengerah Dewan Pemuda PAS bertugas di Manek Urai.
Kalau begitu, bila wacana ilmiah ini akan diadakan?
Wacana ini akan diadakan selepas daripada pilihan raya kecil Manek Urai, setelah dapat menyaksikan kekalahan Umno dan Barisan Nasional. Kemudian wacana ini sekali-kali tidak akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media yang saya kira ditolak keras oleh kami (Pemuda PAS).
Ada soalan daripada seorang wartawan bertanya kepada saya, bagaimana dalam wacana itu nanti ditimbulkan isu Kerajaan Perpaduan. Apa yang nak saya katakan, kami tetap fokos wacana ini tidak akan membincang soal Kerajaan Perpaduan atau menuju kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.
Ini kerana Pakatan Rakyat telah buat keputusan dan kita pegang keputusan Pakatan Rakyat itu. Jadi yang kita buat ini,wacana ilmiah hanyalah untuk meneruskan tradisi berbincang Pemuda PAS dengan semua pihak dalam apa jua isu berdasarkan kepada kepentingan negara dan rakyat.
Berdasarkan tajuk wacana, agak khusus dan menggodam Umno. Boleh Ustaz jelaskan apa yang akan dibincang nanti?
Yang kita hendak bincangkan, apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam? Ini kerana Tok Guru Nik Aziz berkata, Umno sesat, macam ayah Pin, macam komunis.
Tiba-tiba Pemuda Umno buat laporan polis. Ertinya dia tidak setuju mengatakan Umno itu sesat. Kalau Umno tidak setuju mengatakan mereka sesat sedangkan Tok Guru Nik Aziz kata sesat, ayuh! Kita berhujah secara ilmiah benarkah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Mengapa isu dasar perjuangan Umno di utamakan, tidak isu-isu lain?
Selesaikan soal perjuangan dasar Umno dahulu, kemudian baru kita tetapkan soal isu-isu lain. Ini kerana sekiranya perjuangan Umno salah dan bertentangan dengan syariat, apa ertinya hendak bercakap soal rasuah, integriti, ketelusan apabila dasar Umno didapati sesat dan tidak mempedulikan sama ada syurga neraka, hak dan batil. Itulah yang kami ingin buktikan nanti.
Kenapa dalam hal ini Dewan Pemuda PAS yang pergi jumpa Umno untuk berwacana, tidakkah ini boleh menimbul fitnah?
Kita bukan pergi kepada Umno. Kita mencabar Umno untuk datang berdebat dalam gelanggang kita. Sama ada kita buat atau tidak, kita bersedia untuk berhujah bila-bila masa. Kita bukan pergi kepada Umno tetapi menjemput dengan Umno datang dalam gelanggang yang kita buka untuk berhujah dan kita berpegang kepada kebenaran dengan hujah-hujah berlandaskan Islam.
Kita tidak mahu menjadi macam raja-raja yang zalim seperti dulu-dulu. Apabila mereka kalah berhujah, mereka menggunakan kekerasan. Kita mesti menang dalam berhujah.
Oleh kerana Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa perjuangan Islam itu adalah benar maka kita berani untuk berhujah dan kita yakin hujah kebenaran itu berpihak kepada PAS.
Jadi tidak timbul isu, Pemuda PAS pergi kepada Umno. Kita hanya pergi untuk menyerah surat tawaran wacana ilmiah sebagai forum berhujah. Itu sahaja.
Dan ingin saya perbetulkan, persepsi inilah yang menyebabkan ajakan Pemuda PAS disalahertikan oleh banyak pihak. Kita bukan ajak Umno bincang benda lain, tapi PAS pelawa wacana ilmiah atas tajuk yang kita berikan. Itu sahaja.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudahpun mengalu-alukan dan menyifatkan cadangan daripada Pemuda PAS itu sebagai sesuatu yang positif. Bagaimana ustaz melihat respons tersebut?
Kalau beliau mengalu-alukan ia sesuatu yang positif, Khairy kena turun untuk berwacana. Sebab apa yang disebut oleh Khairy inilah juga yang disebut sewaktu menerima tawaran debat kami dulu. Sewaktu dia menerima tawaran debat kami dulu, dia kata, "kami menerima usaha yang baik dan kami menerima baik tawaran berhujah daripada PAS secara intelektual dalam isu PPSMI."
Tetapi ke mana beliau sekarang. Sehingga hari ini beliau tidak turun ke pentas debat. Jadi saya harap jangan cakap saja, Khairy mesti turun bersekemuka dengan Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya tidak mahu ini hanya satu retorik. Kalau tidak saya akan chop Khairy sebagai pengecut.
Tidakkah pelawaan berwacana ini boleh 'mengganggu' kempen pilihan raya di Manek Urai sekarang ini. Umno pastinya akan memanipulasikan isu ini, seperti putar-belit media sekarang...
Pada saya ini adalah satu usaha untuk membantu. Sebab saya sambung cadangan debat Tuan Guru Nik Aziz. Dengan harapan dan menunjukkan kita bersedia untuk berhujah. Jadi sekiranya Umno sanggup untuk menerima ataupun mereka berani berwacana dengan Pemuda PAS maka di sana nanti rakyat menilai hujah kedua-dua pihak.
Saya tidak fikir, apa yang kita lakukan ini boleh mengganggu kempen Manek Urai kerana tekanan dan hujah kita tetap seperti biasa iaitu berjalan ke atas Umno dan Barisan Nasional.
Kita tetap mendokong cita-cita perjuangan dan tetap mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno. Kita tetap teruskan. Bukan bermakna dengan wacana yang kita cadangkan ini maka kita menghenti segala tindakan terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Laporan akhbar hari ini (2 Julai) nampaknya sudah mula memanipulasikan pelawaan wacana Pemuda PAS sebagai ada kaitan dengan agenda Kerajaan Pusat. Bagaimana ustaz menepis dakyah jahat ini?
Tidak ada kena-mengena langsung dan sepanjang dalam surat jemputan wacana tidak disebut sabagai UG (Kerajaan Perpaduan). Dalam kenyataan media kami pun tidak disebut tentang UG dan wacana ilmiah itu ke arah kita berbahas dan berhujah. Di mana pula timbulnya perkataan UG itu?
Maka saya menyangkal sekaras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan wacana dengan UG. Saya tidak tahu dari mana datangnya kalimah itu. Apakah ini suatu percubaan pihak tertentu untuk mengeruh keadaan dan menimbul polemik berpanjangan?
Dewan Pemuda PAS tetap konsisten dengan keputusan Pakatan Rakyat, iaitu pertahankan dan perkukuhkan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama kita bersedia untuk berbincang, berdebat, berdialog, berwacana dengan semua pihak berasaskan hujah bagi menegak kebenaran dan menumpas kebatilan.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
( www.nasharrawy.blogspot.com )

Isu Babi Diexpoitasi Media
Isnin 6 Julai 2009 | 13 Rajab 1430 Hijrah
'Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan'- Mahfuz
Azamin Amin
Mon | Jul 06, 09 | 9:46:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Iklan
Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.
Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan kata Mahfuz kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.
Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat.
"Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan.
"Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai," katanya kini berada di Manek Urai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu.
"Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru katanya adalah tidak wajar isu yang berkait faktor persekitaran dan kesihatan ini dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga cuba menimbulkan pula isu perkauman dan masalah yang lain pula.
Ini termasuklah membangkitkan tuduhan kononnya kerajaan negeri bakal merobohkan kuil dan tokong yang mana Mahfuz menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali.
"Jika benarlah Kerajaan Negeri menghalang orang bukan Islam daripada melakukan amalan agama mereka sendiri, sayalah orang yang pertama keluar daripada parti dan menentang kerajaan negeri.
"Kerana saya yakin kerajaan negeri akan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat dan ajaran masing-masing," katanya.
Beliau dalam pada itu menasihatkan semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Kedah.
Mahfuz juga berharap agar rakyat berbilang kaum supaya sentiasa menjaga keharmonian di Kedah agar tidak diserap oleh eleman sempit agama dan perkauman yang akan mengugat kestabilan negeri itu.
"Saya juga harap DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejayaan yang diimpikan oleh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan kita yang berlandaskan kepada pembelaan nasib dan keadilan terhadap rakyat," katanya.- azm _ .. harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com)

Subscribe to:
Posts (Atom)