D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Friday, May 8, 2009

Kerakusan Umno Dan Polis


Sabtu 9 Mei 2009 | 14 Jamadil Awal 1430 Hijrah

Angkat Speaker keluar dewan satu pencerobohan dan cemar Dun
Mohd Sabri Said
Fri | May 08, 09 | 4:17:54 pm MYT

PULAU PINANG, 8 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Husein menyifatkan tindakan polis membawa keluar Speaker Dun Perak, V. Sivakumar daripada dewan persidangan untuk memberi laluan perlantikan speaker baru semalam satu pencerobohan dan mencemarkan peraturan Dun dan Perlembagaan Negeri sedia ada.

Iklan

Baginya, pelanggaran peraturan tidak sepatutnya terjadi kerana V. Sivakumar masih sah di sisi undang-undang dan campur tangan polis satu kesalahan kerana hak mereka hanya membuat kawalan di luar dan boleh masuk sekiranya diminta oleh Speaker.

"Polis dah menceroboh masuk untuk membawa V. Sivakumar keluar dari dewan. Tiada siapa boleh arahkan polis buat begitu walhal beliau merupakan Speaker yang sah bukan dia letak jawatan atau kekosongan disebabkan kematian. Speaker berkuasa penuh dalam dewan Timbalan Speaker pun tidak boleh bertindak tanpa izin Speaker," ujarnya ketika Harakahdaily meminta pandanganya sebentar tadi.

Kata beliau lagi, pelantikan Genesan daripada MIC sebagai Speaker Dun Perak yang baru tidak sah dan melanggari peraturan dan perlembagaan negeri Perak.

Mana boleh wujud usul supaya Speaker letak jawatan dan diganti dengan Speaker baru ekoran tidak setuju tindakan Speaker yang sah dilantik oleh Dun yang dimandatkan oleh rakyat.

"Perlantikan Genesan tidak sah dan haram selari dengan perlantikan Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan enam exconya. Keadaan jadi makin celaru melainkan Sultan Perak perkenan untuk adakan pilihan raya kecil seluruh Perak," tegasnya.

Jelas Abdul Halim, institusi Dun mempunyai kuasa yang tersendiri sama dengan kuasa mahkamah di mana hakim berkuasa dalam mahkamah untuk menentukan siapa yang salah atau mengeluarkan arahan dari mahkamah.

Tetapi lain pula di Perak orang lain lebih berkuasa di dalam Dun sehingga memanggil polis untuk mengangkat V. Sivakumar keluar dewan untuk memberi peluang perlantikan Speaker baru dan memulakan Persidangan Dun dengan amanat Sultan Nazrin Shah, katanya. - mns_

www.nasharrawy.blogspot.com/ 090509 www.nashsisepuluh.spaces.com

Police State

Sabtu 9 Mei 2009 | 14 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS
Wan Nordin dan Azamin Amin
Thu | May 07, 09 | 4:29:13 pm MYT

IPOH,7 Mei (Hrkh)- PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.

Iklan

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam./wann

www.nasharrawy.blogspot.com / 090509

www.nashsisepuluh.spaces.live.com


Dua Speaker

Sabtu 9 Mei 2009 | 14 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker
Debra Chong
Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Iklan

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

----

Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _

www.nasharrawy.blogspot.com / 09.05.09

www.nashsisepuluh.spaces.live.com


w

Kenyataan Idham Lim Ketua BBC Pakatan

08 Mei 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Berikutan dengan insiden malang dan memalukan dalam sejarah demokrasi di Perak dan di Malaysia dengan ini dengan rasa penuh tanggung jawab saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan atas nama seorang ADUN Negeri Perak dan sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat:

Kenyataan saya seperti berikut :

1. Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan UMNO dan BN yang menggunakan pasukan Polis yang dibawa secara haram untuk mempertahankan tindakan haram mereka. Ekoran dari tindakan yang menyalahi undang-undang ini mengundang kekecohan dalam dewan negeri secara terancang dan menjayakan usaha BN untuk merampas kerusi Speaker secara tidak sah.

2. Sebagi orang yang diamanah untuk menjaga Kelab Penyokong saya juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang bertindak secara kasar dan ganas kepada tidak kurang dari lapan orang ADUN pakatan rakyat semasa pergelutan di meja Speaker sekitar jam 3 petang. Tindakan Polis yang menceroboh masuk ke dalam dewan sangat memalukan generasi m,uda yang mula mengenali dunia politik yang jelas telah melanggar undang-undang telah disusuli dengan tindakan ganas kepada orang yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk menggubal undang-undang dan perkara berkaitan dalam negeri Perak di dewan tempat mereka melakukan tugas rasmi itu..

3. Jika tidak ada pencerobohan dan membenarkan pergerakan ADUN dan siapa saja untuk hadir sidang seperti biasanya, saya yakin persidangan akan berjalan dengan lancar mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan.

4. Suka saya mengigatkan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mengeruhkan sidang kelmarin samada pihak BN dan UMNO, Setiuasaha kerajaan Negeri, dan Polis bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada dalam mengawal selia perjalanan sidang negeri telah ada sejak kita mencapai kemerdekaan dan diguna dengan penambah baikkan dari masa ke semasa sehingga ianya boleh memberi satu keyakinan undang-undang itu sudah cukup praktikal dan ampuh bagi melahirkan sidang yang aman dan tenteram.

5. Saya juga sangat mengesali dengan tekanan yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sperti bantara dan lainnya sehingga mereka semacam telah diarahkan supaya tidak mematuhi apa-apa arahan dari Speaker Perak, V.Sivakumar yang masih sah sehingga sekarang.

6. Saya berseru kepada semua penyokong dan rakyat di kawasan ADUN Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali di kawasan DUN yang dikuasai oleh BN supaya melakukan Laporan Polis kepada kejadian 7 Mei kelmarin.

7. Harapan saya semuga semua PAS kawasan mengadakan solat hajat bagi memohon restu dan petunjuk dari Allah dalam menghadapi kemelut yang berpanjangan dalam siri tindakan dan kezaliman BN di malaysia khususnya di Perak.

8. Seruan saya juga saya sampaikan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, marilah kita memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat bersama wadah Pakatan Rakyat. Jangan sampain BN melakukan perkara yang lebih dasyat dari peristiwa semalam . Walaupun kita sudah fikirkan peristiwa "jakun" kelmarin sudah tidak masuk akal dan sangat memalukan , jangan sampai BN bertindak lebih tidak masuk akal sesudah dari ini.

Pada; * Mei 2009

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong/
Pengerusi BBC Perak.

9 ulasan:

datoseri berkata...

Hi YB Khalil,

I salute you and all the PR ADUNs, especially YB Speaker Sivakumar, for standing so firm on principles of constitution / democracy / justice and fighting hard for people of Perak...and all Malaysians for that matter of facts.

You guys are heros and role models for the consciencious politicians and statesmen.

Keep up the good work, rakyat back you up.

Together we can bring back democracy!

Pemerhati Bebas berkata...

bN jAkuN

ROHAIFI AZRI berkata...

Semoga Allah swt mematahkan kezaliman dan pengkhianatan mereka dan mengembalikan kebenaran di pihak yang berhak...

Tanpa Nama berkata...

Drs,Mohon Ir Nizar sebagai MP Bkt Gantang dpt mengemukakan soalan lisan dan bertulis minta penjelasan Menteri Dlm Negeri atas rasional apa kah tindakan PDRM bertindak diluar bidang kepolisian utk menceroboh masuk Ke Dewan Undangan Negeri Perak di Sidang Parlimen pada 15 Jun 2009.Diangkat utk pertimbangan Nona Ratana Chulaborn

Tanpa Nama berkata...

salam YB..
Kalau Suruhanjaya Siasatan Diraja masih boleh dipercayai kewibawaannya.. dapat lah kiranya pihak PR desak kerajaan tubuhkan badan tersebut...untuk bagi cadangan dan tindakan sewajarnya,,,

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar! Pertolongan Allah pasti datang utk golongan teraniya. Bersabarlah dan teruskan perjuangan. Mantapkan jemaah dan PR.

Baginda Reformasi berkata...

nampak nye jampi tok samy mamak zambry kutty berjaya mempengaruhi BENTARA dewan dan PDRM....

Panglipulara© berkata...

NASKAH TALKIN BUAT PEMUDA umno PERAK

dapatkan disini > http://hardcorekpgpisang.blogspot.com/

Hassan Adli B. Haji Othman berkata...

Nampak gayanya zaman pemerintahan Najib lebih zalim dari PM2 terdahulu. Kerajaan Haram dan Speaker Haram dan akan sampai masa BN akan jadi haram jadah selepas ini. Saat kepupusan BN makin terasa dan mungkin penggal ini adalah penggal yang terakhir bagi kerajaan BN. Sama-sama la kita berdoa agar dipercepatkan lagi kehancuran BN. Mudah-mudahan tertegaklah satu kerajaan yang adil dan saksama di bumi Malaysia ini....Insya Allah...

www.nasharrawy.blogspot.com
www.nashsisepuluh.spaces.live.com

Lapuran Polis Speaker Sivakumar

08 Mei 2009

Sivakumar adu kekerasan di DUN Perak

V Sivakumar, Speaker DUN Perak hari ini membuat aduan polis berhubung kekecohan dan "pencerobohan polis" di persidangan DUN Perak semalam.

Diiringi beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu, beliau tiba di ibu pejabat polis daerah Ipoh kira-kira 11.30 pagi tadi, sejurus selepas sidang media di pejabat DAP Perak.

Dalam aduannya, Sivakumar berkata sepuluh ADUN - termasuk menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Khadir dan enam exconya - telah "mengengkari arahannya" melarang mereka memasuki dewan

Saya juga mengumumkan selagi sepuluh orang ini tidak meninggalkan dewan, sidang dewan tidak akan bermula. Bagaimanapun, sepuluh orang ini telah mengengkari arahan saya sebagai speaker.

"Malahan mereka membuat kecoh di dalam dewan dengan cuba mengemukakan usul walaupun sidang dewan belum bermula lagi," laporan polis itu dipetik.

Tindakan sekumpulan polis dan "beberapa lelaki yang disyaki sebagai samseng luar tanpa pas" memasuki dewan "tanpa kebenaran dan pengetahuan" beliau turut dinyatakan dalam laporan polis tersebut.

"Walaupun saya telah cuba sedaya upaya memberi amaran (supaya) jangan berlaku kekerasan dan jangan menghalang saya menjalankan tugas (sebagai Speaker), sekumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher saya dan mengheret badan saya sampai ke atas lantai.

"Dan saya dibawa keluar (dari) dewan negeri dengan penuh kekerasan," katanya dalam laporan itu, sambil menambah beliau kemudiannya dikurung selama sejam selepas itu.

Kekecohan itu juga, tambah Sivakumar, menyebabkan beberapa ADUN - antaranya Thomas Su (Pasir Pinji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan Chang Lih Kang (Teja) - mengalami kecederaan.

Selain itu, ADUN Jelapang Hee Yit Fong juga didakwa menyembur bahan pemedih mata terhadap ADUN Aulong Yaw Tian Woh.

"Berdasarkan kepada fakta di atas, saya mendapati mereka yang terlibat dalam kejadian (yang disebut) di atas telah melanggar Seksyen 124 dan 323 Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

"Dan dengan ini saya datang meminta pihak polis mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan," adunya lagi kepada polis. Malaysiakini.

Rampasan Kuasa Speaker Perak

08 Mei 2009

BN rancang sidang hanya untuk singkir Sivakumar , dakwa Khalil Idham

IPOH, 8 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di BadanPerhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasari polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidak bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuksingkir dengan cara yang tidak beretika, ujarnya. Harakahdaily.

Tuesday, May 5, 2009

Gabungan Profesional dan Ulamak dlm Gerakan Islam

Pas bukan parti untuk ustaz, lebai dan ulamak sahaja. Tetapi PAS FOR ALL adalah untuk diperjuangkan Islam itu oleh orang lain juga yakni golongan profesional baru lah tak nampak jumud .
Bahkan yg dikatakan Kepemimpinan Ulamak itu sudah ada Majlis Syura Ulamak ( Mursyidul Am) dan Dewan Ulamak . Takkanlah No 1 dan No 2 Dimestikan WAJIB ulamak.
Di era sekarang sudah ada calun pas org bukan Islam dan sudah ada Kelab Penyokong PAS . Era akan datang mungkin Bukan Islam boleh jadi ahli bersekutu jika sampai masa nya nanti keahlian mereka mencapai satu juta umpamanya.
Di sinilah letaknya dinamika Islam yg pesat berkembang.
Apa salahnya di satu hari nanti Presiden dan Timbalan Presiden terdiri daripada kalangan Profesional yg beriman dan bijaksana kerna mereka tidak bisa rosakkan hala tuju PAS justeru kerna Majlis Pengawal yakni Majlis syura adalah Badan yg tertinggi di dalam PAS.
Oleh itu PAS buktikan dirinya pada massa dan dunia sebagai PARTI ISLAM CONTOH.
Sekadar iktibar: Lihat Mahmud Ahmadinejad bukan ulamak teapi bisa jadi Presiden Iran tetapi hala tuju Negara Islam tidak terjejas kerna Majlis yg tertinggi Negara di ketuai oleh Ayatollah Ali Khammeini sebagai Pemimpin spiritual (Mursidul Am/Kalifah).
Maka buka lah minda jangan taksub dan jumud . Ulamak pun tak perlu gusar jika ada persaingan kerna itu pertanda baik golongan profesional berada ada Islam ( Pas)
Alla Hu Akbar!
Nash Ar-Rawy/ 05.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
www.nasharrawy.blogspot.com

Unity Government

Blog

April 23
Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )
Konsep dan Semangat Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )
Nik Aziz: " Selagi saya masih hidup saya akan pastikan PAS tidak akan masuk BN ( lagi ) ........ petikan Harakah
Hadi Awang : " Perkukuhkan Pakatan " ....... Keputusan Muktamar PAS di Ipoh , Perak.
Pakatan ( Universal ) BN ( Hidup dengan perkauman, assobiyyah , kaumiyyah )
KONSEP ' UNITY GOVERNMENT ' :

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam
State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Governmen t" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
dibayar oleh kerajaan ( Rakyat ) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi
konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan
( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah
dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang
ikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia;
automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan
lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament
pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.
06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat
kerehaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa
bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah
guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk
menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah
ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present
civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba
dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

Nash Ar-Rawy / 23.04.05
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.Penghapusan JKKKP(Persekutuan);Hapuskan
'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE. Nash Ar-Rawy/23.04.09 ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Email ID/ YM Chat : nasharrawy.nasser@yahoo.com www.nasharrawy.blogspot.com


1:13 PM Add a comment Permalink Blog it Politics

MUZIKARAMA DAN AGAMA

MUZIKARAMA DAN AGAMA Karya : nasser arrawy bertarikh 15.06.06
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
www.nasharrawy.blogspot.com


Muzik merupakan sebahagian daripada alam semulajadi anugerah Yang Maha Pencipta, sebagaimana agama adalah suatu kepercayaan manusia tentang kewujudan Tuhan dan alam akhirat .’ A-gama’ pada ambilan bahasa sanskrit.yang bererti ‘Tidak Kacau’ yakni aman , berbetulan dengan makna Islam itu sejahtera dan selamat; jusrteru kerana Islam adalah ‘Ad-din’ yang bermaksud satu cara hidup yang lengkap.

Maka kesempurnaan dan kelengkapan Islam itu sendiri, kerana ia bukan agama (Kepercayaan) tetapi satu sistem hayat yang sempurna pastilah ada terangkum di dalamnya aspek muzik, seni lagu, seni tari, seni budaya dan sebagainya. Secara logikanya apalah erti dunia ini tanpa bunyi yang mempunyai keaslian melodi dan iramanya yang tersendiri seperti suara siulan burung, ayam yang berkokok, pukulan ombak di pantai, bunyi deruan angin dan daun-daun pokok serta suara alam itu sendiri pada keseluruhannya selain daripada bunyi yang artifisial seperti hon kenderaan, jentera berat dan pesawat samada di laut, darat dan udara.

Oleh kerana muzik itu menghiasi dan mengisi kehidupan manusia, maka pengaruhnya kepada manusia terlalu besar. Sehingga si bayi yang lapar bisa melahirkan muzik protes mendemontrasi kelaparannya sehingga menarik perhatian ibunya yang lalai. Alunan irama pada muazzin (Bilal) dan momentum takbir raya pastinya menyusuk jiwa orang yang beriman untuk mengingati Tuhannya Yang Maha Agung lagi Maha Sempurna. Ternyatalah kesan bunyian dan suara yang mempunyai irama dan melodi yang bermakna itu; mempunyai impak yang terlalu ketara dan tidak dapat dinafikan adalah esensi dalam kehidupan manusia.


Justeru itu, muzik yang disusunatur dengan kemas dan rapi yang di panggil lagu dan irama atau lebih tepat lagi lagu dan lirik kerana irama itu sendiri adalah lagu. Maka, Apalah lagu tanpa lirik kerana tiada senikatanya hanya muzik semata dan apalah lirik tanpa lagu kerana sendikata sahaja. Maka, Lagu dan Lirik tiada boleh dipisahkan dan jika diolah dengan baik kedua-duanya insyaAllah boleh menyentuh perasaan manusia untuk mengingati Tuhannya melalui muzikarama untuk mentauhidkan yang Maha Esa, insyaAllah jika niat Si Komposer Dan Si Penulis lirik (‘Lyricist’) itu ialah untuk mengingati Yang Maha Seni, Yang Maha Halus, Yang Maha Kudus ,Yang Maha Mulus dan Yang Maha Tulus di dalam jiwa manusia yang rasa, merasa dan terasa hadirnya ‘Dia’ di dalam hati nurani; melalui lirik yang mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa.

Pokok pangkalnya muzik yang berunsur ketuhanan dan berlirik ketauhidan itu selari dengan tuntutan syarak yang salah satu cabangnya ialah syariat yang sebaris dengan tauhid dan tasauf sebagaimana dengan Akidah, syariat dan Akhlak, atau iman, Islam dan Ehsan serta Syariat, hakikat dan makrifat. Ertinya perjalanan muzikarama itu sendiri seperti ‘Road Show’, latihan dan persembahan tiada lalai daripada solat waktu, pemisahan lelaki dan perempuan yang bukan muharam, pakaian yang menutup aurat yang dikawalselia oleh pihak penganjur ke atas ahli muzik (‘Performers’) dan audien pada keseluruhannya supaya bermusikarama dengan berakhlak; yakni tidak lupa diri dan menjaga maruah diri daripada sebarang bentuk pencemaran budaya dan maksiat.

Maka untuk itu, wajiblah ada berbedaan dan pemisahan hak dan batil, yakni, demarkasi atau persempadanan di antara muzikarama yang hak dengan yang batil; iaitu hududullah (Had ketentuan Allah) dan Al-Furqon (Pemisahan hak –batil) di dalam dunia muzikarama. Penggiat muzik sewajarnyalah bertanggungjawab supaya cara budaya muzikarama yang batil daripada pengaruh barat itu disingkirkan samasekali dan di ambil element-element teknologi muzik yang canggih itu sahaja untuk di sesuaikan dengan iklim muzikarama ketuhanan dan ketauhidan yang tiada menjurus kepada budaya maksiat yang di luar tabii seperti yang di anuti oleh penggiat seni barat yang bercampur-baur lelaki dan perempuan yang berpakaian menjolok mata tanpa batasan dan segan silu.

Realiti atau waqi’nya dunia muzikarama dewasa ini, kebanyakan anak-anak muda sudah pun terjerumus di dalam budaya seni muzik yang berteraskan atau menjurus kepada kelalaian daripada mengingati Tuhan dan lebih cenderung kepada muzikarama hedonisma .Yakni, berseronok semata-mata sehingga berpesta maksiat melalui muzik; tiada solat dan bebas bergaul jantan dan betina.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dari kalangan ibubapa, penjaga(‘Guardian’),anak-anak, pemuzik, penyanyi, komposer, penulis lirik, penganjur ‘road show’, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa Negeri (PBN) alim-ulamak, para pendidik dan pihak pemerintah supaya serius akan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja sekarang ini yang sudah kecanduan dengan budaya muzikarama hedonisma ini di paras yang sudah terlalu kronik dan menakutkan sekali. Terutamanya pada malam-malam perayaan seperti menyambut tahun baru dan sebagainya pesta menari yang keterlaluan; langsung tiada apa-apa pencegahan dan pengawalan oleh pihak yang berkuasa secara yang bertanggungjawab.

Justeru itu, para belia dan beliawanis ini tiada boleh dibiarkan mereka ini liar begitu sahaja, kerana jika usaha-usaha pencegahan tiada dilakukan.Maka, adalah dikuatiri maksiat yang di biarkan oleh masyarakat itu akan menerima hukuman atau bala daripada Allah dan jika ia turun, bala itu merata dan tidak ‘selected’(memilih si pelaku maksiat sahaja). Ertinya, Tok Bilal, Tok Imam, Tok Kadi, dan ahli masyarakat dan orang yang mempunyai kuasa pada keseluruhannya tiada akan terlepas; janganlah jadi seperti Tsunami lagi, nauzubillahiminzalik.

Di atas kesedaran ini, kesepaduan tenaga fikir, autoriti dan pengaruh peribadi perlu digembelingkan untuk melaksanakan usaha-usaha bagi menyelamatkan jenerasi dan ummah terutamanya para remaja. Tanpa mengira latarbelakang agama, fahaman politik, kumpulan dan kepercayaan supaya manusia pada keseluruhan selamat.

Ini bersesuaian dengan firmanullah yang bermaksud, “wahai Muhammad sesungguhnya kamu adalah rahmat kepada sekelian alam” (Rahmatanlil’alamin). Oleh kerana muzikarama yang batil ini adalah antara punca yang membuka pintu kepada pergaulan bebas yang menjurus kepada zina, arak,narkotika dan kelahiran bayi-bayi longkang. Maka, usaha yang memerlukan tindakan yang segera ialah bagaimana budaya maksiat di dalam muzikarama ‘Sure Maksiat’ ini boleh dibendung secara bil hikmah ; iaitu, berhibur tetapi berakhlak, tiada lupa diri dan menjaga solat serta aurat.

Usaha alternatif untuk membenteras budaya hedonisma muzikarama ini mestilah diprogramkan kepada golongan remaja. Ini adalah kerana kita tiada upaya untuk membendung pengaruh muzik ke atas mereka. Maka, “We joint them and change them’(Kita menyertai mereka dan merubah akhlak mereka dan sebenarnya tiada jalan ‘escapism’ (pelarian).Mereka ini hendaklah didampingi di dalam dunia mereka dan ditampilkan muzikarama alternatif kepada mereka, supaya jiwa mereka yang kosong itu diisi dengan lirik-lirik yang membuka minda dan hati mereka kepada mentauhidkan Allah dan menjauhkan kesyirikan dan maksiat seperti yang berlaku di dalam budaya ‘Black Metal’, nauzubillahiminzalik.

Para pemuzik, penyajak, komposer, penulis lirik, penyanyi dan penggiat seni hendaklah berkarya ke arah melahirkan muzikarama alternatif yang sesuai dengan muzik kontemporari dan betul duduk pada tempatnya untuk mentauhidkan Allah melalui muzik sebagai platformnya untuk mengajak manusia mengingati Allah.

Di dalam hal ini, semua pihak sepatutnyalah berfikiran terbuka dan jangan jumud untuk mencari jalan keluar untuk mengatasi problema keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Golongan agama sepatutyalah memberikan sokongan kepada muzikarama alternatif ini untuk menarik kembali anak-anak muda daripada terus terjerumus dan hanyut dengan budaya hedonisma begitu sahaja. Dengan membenci mereka dan mengutuk mereka yang tiada mahu ke masjid tanpa mendekati mereka dan berinteraksi dengan mereka secara bil hikmah belum lagi sebenarnya dibuat dengan pendekatan yang menyeluruh dan profesional; yakni dengan bersemuka dengan semua pihak yang terlibat dan para remaja dan penggiat seni sendiri secara terbuka dan berterusan. Nas yang mengharamkan bunyian yang berasaskan tali dan tiupan adalah hujjah yang lemah kerana terdapat banyak kilaf(selisih pendapat) di kalangan ulamak.

Justeru itu, perkara yang furu’ dalam agama janganlah di jadikan polemik untuk menampilkan program muzikarama alternatif demi untuk menyelamatkan para remaja.

Lirik lagu juga sebenarnya mempunyai dua versi, bergantung kepada kefahaman dan pembawaan diri masing-masing. Contohnya, lirik lagu ‘Kepada mu kekasih’(nyanyian M. Nasir),’ Kau kekasih awal dan akhir ‘ dan ‘Penghujung Rindu’(nyanyian Jamal Abdillah).’kekasih’ dan ‘Rindu’ di sini bersifat subjektif; iaitu samada ‘kekasih’ dan ‘Rindu’ itu dinisbahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau pun kepada sesama manusia seperti hubungan asmara dan asyik Uda dan Dara.

Lirik lagu ‘Alhamdulillah syukur ni’mat’, ‘Kami anak yatim piatu’, ‘Ibu’ dan ‘Rukun Iman’(nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee) begitu menyentuh jiwa sekali sama seperti lirik-lirik lagu yang disebutkan di atas dan juga sendikata lagu ‘Perjalanan ku’, ‘Zikir Zaman’dan ‘Kau yang Satu”(nyanyian Ramli Sarif) dengan muzik kontemporari sesuai dengan situasi dan iklim muzakarama mutakhir; adalah menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada yang Maha Esa melalui muzikarama yang berakhlak. Tidak ketinggalan juga sumbangan muzik dari genre nasyid seperti lirik lagu ‘Selimut Putih”(nyanyian Orkes El Suraya) dan lirik-lirik lagu memuji tuhan dan zikir (nyanyian kumpulan Raihan); semua ini memperkaya kepelbagaian genre-genre musik tanahair.
Maka, penggiat seni muzik dan para dai(pendakwah) , masing-masing perlu berfikiran terbuka (‘open-minded’), berlapang dada dan ‘Think Positive”(Berfikiran positive) mematikan diri(keegoan diri dan kumpulan) . Supaya bisa saling hormat-menghormati sesama sendiri dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi, isi-mengisi dan lengkap-melengkapi dan sempurna- menyempurnai agar muzikarama itu selari dengan agama (syarie).

Justeru kerana muzikarama itu sendiri adalah satu aset dakwah sebenarnya jika ia ditangani dengan bil hikmah secara adil dan jujur kerana bahasa muzik itu sendiri bersifat univesal(sejagat). Contohnya, lagu Hindustani, liriknya langsung tiada difahami tetapi paling diminati sekali oleh orang Melayu yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Bidang ini langsung tiada diterokai oleh para daie(Pendakwah) sedangkan Islam itu sendiri bersifat global dan muzik yang mempunyai ‘bahasa’ sejagat dan global yang tersendiri dan teristimewa, tiada boleh dipandang enteng kerana ianya akan terus dikuasai oleh Yahudi melalaikan manusia dengan muzikarama hedonisma.

Dari sudut saikologi, muzik boleh ‘release tension’(melepaskan tekanan dan depresi).Pakar saikologi akur bahawa apabila seseorang itu berada di atas bukit, lalu menjerit-jerit sekuat-kuat hatinya. Ini boleh mengurangkan tekanan perasaan atau tekanan hidup kerana berupaya melepaskannya melalui jeritan itu tadi.

Justeru itu vokalis (penyanyi) yang membawa lagu yang ‘high –pitch’(pitching) atau nada suara yang tinggi .Pada hakikatnya telah ‘release tension’ secara yang tidak disedari khalayak. Kalau kita berfikiran positif ; vokalis, liricis,pemusik,komposer dan ‘performer’(penggiat seni) sebenarnya memperolehi kepuasan batin melalui muzikarama yang disesuaikan dengan agama;khususnya jika lirik yang dijiwai itu menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada Yang Maha Esa.Tanpa dinafikan bahawa makanan rohani yang paling afdal (terbaik) adalah tilawatul Qur’an sebagai obat dan penawar kepada penyakit hati.

Samalah seperti pemain golf, lepaskan depresi mereka melalui pukulan kuat kayu golfnya,, pemain tenis, pemain bolasepakak, hoki , pemain drum, trumpet, biola, piano sama saja kesan akibatnya iaitu bisa ‘release tension’ (mungkin lepaskan geramnya sekali).Begitu juga dengan pelumba motor haram yang melepaskan tension tanpa takut mati. Sedangkan tempat yang betul untuk berbuat demikian ialah di gelanggang Grand prix.Maka muzikarama sebenarnya mempunya element yang sihat sama seperti jogathon, walkathon jika ditangani betul pada tempatnya. Justeru kerana maksiat dan kebajikan boleh berlaku di mana mana jua ; pokoknya tanya diri, ke mana diri mahu di bawa?

Bersukankah, bermuzikaramakah, jika tiada solat, lalai dan alpha serta tiada menutup aurat semuanya adalah maksiat. Menyanyi sampai tinggal solat itu maksiat. Menonton t.v. sampai lupa solat kerana siaran langsung piala dunia juga satu bentuk kelalaian dan kealpaan. Ertinya kelalaian dan zikrullah(mengingati Allah) boleh berlaku di mana-mana jua.

Maka, penggiat seni muzikarama dan para daie perlulah bekerjasama demi untuk melaksanakan amanah Allah yang dipikul oleh orang yang beriman. Iaitu, untuk menjadi hamba Allah dan melaksanakan tugas-tugas hamba; tiada apa-apa kepentingan yang lain melainkan mengharapkan rahmatAllah (Rahmatullah). Mudah-mudahan dengan kerjasama itu, muzikarama insyaAllah akan menjadi beragama.

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14