D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, June 20, 2009

PERPADUAN UMMAH Oleh: Nash Ar-Rawy

PAS PARTI INDUK SUARA ISLAM GAGASAN

KERAJAAN PERPADUAN PAKATAN RAKYAT Oleh: Nash Ar-Rawy

Dalam keadaan kemelut dan kekalutan kerajaan Rosmah Najib yang makin

Mengkronikan diri dalam pembolotan khazanah Negara dalam keadaaan Umno/BN

Hilang enam Negeri termasuk Negeri kudeta Umno ( Perak ) dan kebencian rakyat akan isu perkauman sandiwara Umno dan rakan BN dan permainan tangan ghaib Umno mencampuri urusan SPR, IGP, Pendaftaran Negara, SPRM dan mahkamah; PAS dan Pakatan Rakyat “ muncul di tengah-tengah delima Negara iatu “ Gagasan Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara memimpin perubahan bersama Islam yang bersifat universal, sejagat , global dan anti –perkauman.; PAS FOR ALL yang makin di sedari , difahami dan diterima massa.

PAS di era mutakhir ini muncul sebagai Partai Induk atau teras suara Islam dan ummah yang mampu dan upaya diri mencernakan kerajaan berkebajikan yang bersih daripada rasuah politik , perkauman dan kronisma seperti yang di buktikan Kerajaan Berkebajikan di Kelantan , Kedah ( sebelumnya di Perak dan Terengganu ) dan bersama rakan-rakan KERAJAAN PERPADUAN PAKATAN RAKYAT di Pulau Pinang dan Selangor .yang mana semuanya merupakan ‘ Kerajaan Rakyat “ yakni “ Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat. Yang jelas bukannya kerajan perpaduan kroni elit suku-sakat Umno Rosmah-Najib.

Fenomena ini sudah di lihat dengan teliti oleh rakyat dan ternyata golongan marhein

tertipu apabila projek PPRT yang dikhaskan untuk membantu orang miskin di songlap-lesap peruntan kewangannya oleh Menteri Umno ; apalagi hendak di harapkan oleh orang miskin , duit orang miskin pun disapu-habis.

Oleh itu, demi menjaga maruah rakyat dan kepentingan rakyat dan menghapuskan segala pembohongan , muslihat politik, rasuah politik dan sandiwara politik yang disandiwarakan oleh umno di pentas politik ini. Rakyat hendaklah bersama menyertai suara rakyat , kerajaan rakyat yakni, Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat dari rakyat, untuk rakyat kepada rakyat supaya terhapusnya kesinambungan kerajaan elit umnoputera Rosmah-Najib.sebagimana rakyat pernah berjaya di Terengganu dan Perak dan dewasa ini di enam buah negeri kerajaan berkebajikan rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat

Biarkan Kerajaan Perpaduan Umno/BN di habisi riwayat nya kerna sudah diberikan rakyat lima puluh tahun memerintah tetapi masih tidak berjaya untuk menghapuskan rasuah politik dan kronisma sebagaimana yang pernah di komfirmasi oleh mantan Pres. Umno Tun Mahathir di dalam blognya.Bahkan, mantan menteri Kehakiman Umno telah letak jawatan dan menyertai keadilan justeru kerna beliau sendiri tiada yakin dengan sistem kehakiman Negara kerna campur tangan politik justeru kerana tiada berlaku konsep “separation of power “ di dalam Kehakiman, Legislatif dan Eksekutif.

Prerogatif atau hak ibubapa yang memeluk ugama Islam untuk membawa bersama-sama anak mereka melaui proses pengislaman dilarang keras oleh undang-undang baru yang di perundangkan oleh Umno yang bertentangan dengan maksud Al-Hadis . “ Sesungguhnya ibubapalah yang menentukan anak-anak itu Yahudi , Nasrani atau Majusi. Ternyata inilah pengkhianatan Umno yang terkini yang melakukan jenayah agama yang tiada boleh di maafkan ummah apalagi setelah memperkosakan kesucian Islam yang menggunakan perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran ke artas Kelantan jika laksanakan Hudud sebagaiman terkandung di dalam warkah utusan Mahathir.

Di mana ulamak dalam umno khususnya ulamak muda Umno yang menjadi Menteri di Jabatan Menteri. , Mustahil tiada tahu Islam di dalam Kerajaan Perpaduan BN adalah Islam yang perjabatankan sepertimana menteri tersebut di perjabatankan . Islam di dalam Kerajaaan Perpaduan Umno/BN tiada kuasa . Buktinya Hudud tiada berani di kuasakan Umno dengan memperundangkan Hudud melalui Akta Hudud yang di tolak muktamad di parlimen oleh Umno walaupun di percadangkan oleh Pres. Pas TG Haji Hadi.

Ulamak di dalam umno ternyata dicernakan umno sebagai ulamak su’ Umno.

Bagaimana bisa jadi su’ atau ‘syaitan bisu ‘ Ini ada kerna mereka ini di su’kan segaligus di syaitan-bisukan justeru kerna bersubahah dengan kemaksiatan dan jenayah agama, bangsa dan Negara Umno.

Buktinya, mereka ini di birokan di dalam Umno dan tiada kuasa atau authoriti untuk koreksi-keagamaan Umno kerna ‘ standard’nya “Biro” sahaja tiada lebih daripada itu .

Mereka ini adalah beneka Umno kerna tempatnya di bawah ketiak Presiden , itu sahaja.

Akan tetapi PAS di bawah kepemimpina Ulamak , alhamdulillah Hu Ta’ala dengan izin dia telah berjaya membentuk selain daripada Dewan Ulamak tetapi ada Badan yang tertinggi di dalam Gerakan Islam PAS , iaitu : Majlis Syura Ulamak yang menentukan hala-tuju Gerakan Islam PAS dipastikannya inysaAllah tiada ‘derailment’ atau terbabas daripada landasan Kitabullah, Assunnah, dan Sirah . Ini dijamin dengan pertanggungjawapan yang di amanahkan kepada ketuanya ; yakni , Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz yang mengatasi Jawatankuasa PAS Pusat atau Presiden PAS itu sendiri. Ini tiada berlaku dengan ulamak ‘YES MAN” Umno yang dibirokan di bawah ketiak Rosmah-Najib.

Hidup di dunia ini terlalu pendek . Justeru habiskanlah sisa hidup ini dengan beramai-ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Gagasan Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat di dalam mana –mana PRK sehinggalah kepada PRU yang ke 13 ini ; agar Umno/BN diruntuhkan dan diatas keruntuhan tersebut dibangunkan Kerajaan Federal yang baru yakni; Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat merubah dengan Islam yang lebih afdal daripada Gagasan Sekularis Kerajaan Perpaduan Umno/Bn yang berteraskan kaum dan nationalisna, yang mana bahtera nya menunggu detik kekaraman insyaAllahu Ta’ala.

Untuk untuk keributan didalam MCA , Gerakan dan PPP menandakan Kerajaan Perpaduan Umno/BN yang bernaunsakan kaum tidak dapat diterima lagi dewasa ini ; kerna isu perkauman dan pembangunan sudah lapok dan tiada releven lagi kecuali bagi Umno.yang menggunapakainya sebagai talian hayat yang bakal putus pada bila bila masa. insyaAllah Hu Ta’ala.

Sewajarnyanya MCA, Gerakan dan PPP memutuskan talian hajat Umno dengan

Menyertai Gagasan Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat. Jika, Umno tiada mahu menyertai gagasan ini tiada problema kerna penumpang-penumpang bahtera Umno yang sarat dengan penyakit yang tiada boleh di obati lagi ini . insyaAllah ahli-ahli umno yang sedar akan ‘wayang kulit ‘ suku-sakat elit umnoputeranya akhirnya akan tinggalkan bahtera Umno dan menyertai perjuangan Gerakan Islam PAS sebagai wadah suara Islam dan Ummah di dalam Gagasan Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat. Setidak-tidaknya jika ada kemaluan sedikit boleh lah menyertai keadilan , insyaAllah Hu Ta’ala.

: Allah Hu Akbar ! ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN !

Nash Ar-Rawy/ 20.06.09

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Friday, June 19, 2009

Nationalisma Umno dirobohkankan PAS

PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat Umno
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:13:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar.

Iklan

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib.

"Kerajaan BN diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN. - mns_



Thursday, June 18, 2009

Perkukuhkan Pakatan Agenda Utama PAS

19 Jun 2009

10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan
.fullpost{display:inline;}
Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen.Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak berada bersama sepuluh MP tersebut mengesahkan ketiak dihubungi CinaIslam bahawa beliau menyokong sepenuhnya kenyataan tersebut dan beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut namun terpaksa meninggalkan Parlimen lebih awal atas urusan lain di Perak.Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media (foto kiri).Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak hadir kerana berada di luar negara, manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.Mesyuarat ukhuwahSementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa."Saya sendiri akan menjemput presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian."Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini."Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.Menurut Bernama lagi, Nik Aziz beliau belum dihubungi Nasharudin berhubung gesaannya agar timbalan presiden itu meletakkan jawatan, termasuk sebagai ahli parlimen Bachok.Nik Aziz juga dipetik berkata Pakatan Rakyat ketika ini yang sebenarnya kerajaan perpaduan."Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam PAS negeri dikekalkan kecuali jawatan setiausaha yang kini disandang Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.Bekas bendahari Pemuda PAS itu juga timbalan speaker DUN Kelantan yang menarik diri saat akhir daripada bertanding jawatan ketua Dewan Pemuda PAS. Malaysiakini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:05 AM
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Pakatan Sendiri Unity Government Yang Afdal

Jumaat 19 Jun 2009 25 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz
Mohd Yusri Amin Thu Jun 18, 09 8:30:42 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.
Iklan




Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.
"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.
"Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar.
"Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan," katanya.
Sementara itu pada mesyuarat tersebut beliau mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato' Takiyuddin Hassan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah.
Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun.
"Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.
Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan. - mj _ --> ..... Harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )


-->

Tiada Unity Government Dengan Umno

Jumaat 19 Jun 2009 25 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Tutup pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan Umno
Khairul Azlam Mohamad Thu Jun 18, 09 8:50:42 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Hrkh) - PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.
Iklan




Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.
"Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'.
"PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan.
"Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja.
"Presiden PAS pun tidak bercakap begitu (PAS-Umno). Jika PAS bergabung dengan Umno pun tidak jadi Kerajaan Perpaduan lagi," jelasnya.
Katanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.
Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep �Kerajaan Perpaduan� yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.
Namun begitu, katanya sebahagian dari konsep Kerajan Perpaduan itu adalah melibatkan semua parti-parti politik di negara ini dan kerajaan tanpa pembangkang.
Menurutnya, kerajaan perpaduan tersebut mestilah dipandukan oleh Islam sebagaimana tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.
"Jika semu orang (parti) menerima Islam Memimpin Perubahan itu. Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja Islam dan perjuangan Islam ialah PAS. Jadi PAS yang akan memimpin 'Kerajaan Perpaduan'.
"Jika semua orang setuju, DAP setuju, PKR setuju, Umno setuju, MCA setuju, MIC setuju, parti-parti di Sabah, Serawak setuju dan semua setuju. Jadilah Kerajaan Perpaduan yang berlandaskan kepada Islam," tegasnya.
Maka, kata Dato' Harun kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan wujud serta tidak ada siapa lagi yang dianiaya dan dizalimi.
Menurutnya, jika berlaku sebarang perubahan kerajaan, badan kehakiman, suruhanjaya pilihan raya (SPR), perundangan, dasar ekonomi dan dasar luar negara sekali pun mesti dipandu dengan Islam.
Justeru itu, katanya isu kerajaan perpaduan merupakan satu saranan menarik pernah dikemukakan oleh PAS dan semua parti-parti lain serta rakyat Malaysia harus berfikir. - mks. _ ..... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Bubar DUN Perak

Tindakan spontan, wakili reaksi rakyat Perak - Nizar
Irwan Muhammad Zain Thu Jun 18, 09 8:55:41 am MYT
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh)- Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan,tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar Dun" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.
Iklan




Namun, kata beliau, tindakan yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah merupakan 'sesuatu yang perlu dilakukan'.
Nizar menjelaskan, tindakan beliau itu merupakan reaksi meluahkan perasaan dan mewakili seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang berlaku di negeri tersebut.
"Tindakan itu berlaku secara spontan dan tidak dirancang sama sekali.
"Saya mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi dalam masa yang sama Umno dan Barisan Nasional melanggar perlembagaan di Perak.
"Bagaimana perasaan saya ketika itu... mengangkat sumpah untuk menjaga kedaulatan perlembagaan tetapi di negeri saya ia dilanggar?" kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen.
Nizar pada 15 Jun lalu diperintahkan keluar dewan oleh Speker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Zulkefeli Ahmad (Kuala Selangor), Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).
Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan.
Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.
Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.
"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.
"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.
Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.
"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya. - azm _ --> harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Wednesday, June 17, 2009

Unity Government Melalui Pakatan Rakyat

'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali
Harakahdaily Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jun 17, 09 3:14:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - PAS menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Iklan




Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama."
"Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.
"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut laporan mstar online, beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian... PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian.
"Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga... itu Najib dan BN perlu faham.
"Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya.
Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
"Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai... kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat)," katanya.
Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.
Jelasnya perbincangan seumpama itu tidak perlu melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Perbincangan adalah berbeza, kita boleh berbincang apa pun isu... walaupun tak disertai oleh PKR dan DAP.
"Kita boleh cakap untuk isu-isu kepentingan bersama... perlu bezakan antara perbincangan isu dan kerajaan perpaduan," katanya.
Tambah beliau, PAS juga mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan PKR dan DAP mengenai beberapa isu.
"Dalam Pakatan Rakyat pun kita ada perbezaan pendapat, contohnya isu untuk bawa balik bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng... PKR dan DAP setuju tapi PAS tak setuju.
"Kalau tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) takkan kita nak bincang dengan DAP dan PKR, itu sikap masing-masing... PAS sedia bincang isu-isu nasional," katanya. _ --> .... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Unity Government Jadinya Boneka Umno

Nik Aziz bidas Nasharudin
Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.
Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.
Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:
Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?
Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.
Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.
Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?
Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.
Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.
Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).
Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.
Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.
Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.
Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.
Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?
Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.
Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?
Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini. Utusan
( ww.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Perangkap Umno Tak Menjadi Lemahkan Pakatan

Rabu 17 Jun 2009 | 23 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Wed | Jun 17, 09 | 4:18:25 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Iklan

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _.. harakah

Tuesday, June 16, 2009

Sejarah Versi ' Unity Government '

Rabu 17 Jun 2009 | 23 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan
Wan Abdul Rahman Wan AB Latif
Wed | Jun 17, 09 | 9:41:17 am MYT

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Iklan

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _...harakah

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Monday, June 15, 2009

Jurisdiksi Mursyidul Am selaku Ketua Badan Tertinggi PAS

15 Jun 2009

Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am...
.fullpost{display:inline;}
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS."Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama. "Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut. Malaysiakini/
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:05 AM

Hishamuddin Bohong Kes Kudeta DUN Perak

15 Jun 2009

Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan
.fullpost{display:inline;}
Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:58 AM

Peranan Majlis Syura Ulamak Tentukan Halatuju PAS Oleh: Nash Ar-Rawy

Sebarang idea, walau sebaik mana pun di dalam Gerakan Islam seharusnya mendapat pekenan dan restu Badan Tertinggi PAS terlibih dahulu dan yang selayaknya membuat kenyataan bukan ramai orang tetapi ketuanya iaitu Murshyidul Am TG Nik Aziz. " Aku tidak diutuskan ke dunia ini kecuali untuk memperbetuli akhlak manusia" ( Al Hadis ) Polemik 'Unity Government" ini berlaku kerna pimpinan tiada displin dan tiada musyuawarah dgn Majlis Syura' Ulamak PAS sebagai Badan yg tertinggi untuk menentukan hala-tuju PAS
Jika dikuatiri golongan profesional mungkin melencungkan hala-tuju PAS, apa kepastian golongan ulamak tiada berpotensi berbuat demikian. Kecuali nak ikut jejak Tuan Hj Fuad Pres. dan ulamak PAS yg masuk Umno.begitu juga dengan Nakhaie.
Justeru itulah di dalam kepemimpinan Ulamak ada Mursyidal AM ketua badan tertinggi dalam Gerakan Islam Iaitu: Majlis Syura Ulamak . Pimpinan Pusat hormatilah Badan Pengawas-selia PAS ini dan hormatilah Ketuanya TG Nik Aziz
Apa ertinya jika amanah hala-tuju PAS ini dipegang oleh Musyidul Am jika Majlis Syura Ulamak di pinggirkan dan tiada berperanan langsung dalam hal idea ‘ Unity Government” ini..Jika ianya merupakan strategi politik sekalipun bukankah kesannya akan menentukan hala-tuju PAS juga.
Nampak nya pimpinan PAS pusat sendiri tiada memahami methodologi perjuangan gerakan Islam yang mementingkan musyawarah yang mana kata pemutusnya adalah Badan yang tertinggi di dalam gerakan Islam iaitu Majlis Syura Ulamak.
Kerosakan di dalam jemaah boleh berlaku di mana mana tiada kira ulamak atau profesional..Yang penting kembali kepada kitabullah, assunah dan sirah yang sepatutnya di bahas di dalam Majlis Syura ulamak secara terbuka dan ilmiah dan berdisplin tinggi bukannya melalui kenyataan individu pimpinan secara konfontasi terbuka di dada akhbar yang terdedah kepada fitnah dan ketiadak-profesionalisma kepemimpinan ulamak yang sangant memalukan ummah dan gerakan Islam dan dunia yang memerhatikan PAS yang mahu memimpim ummah dan negara ke arah perubahan membangun bersama Islam.
Memang idea ‘Unity Government” itu bukanlah isu baru di dalam arena politik. Pada prinsipnya semua ahli parliament adalah wakil rakyat bukan wakil parti setelah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat yang bertangguingjawab untuk mempertahankan demokrasi dan menentang segala element authokrasi baik BN maupun Pakatan. Itulah asasnya ‘Negara Perpaduan yang tiada pembangkang tetapi semua ahli parliament adalah anggota kerajaan yang mana elaun masing-masing baik BN atau Pakatan dibayar oleh RAKYAT justeru mereka adalah WAKIL RAKYAT bukan lagi wakil parti di dalam Dewan Rakyat bukan Dewan BN atau Dewan Pakatan.
Sepatutnya perkara ini sampai dulu kapada Majlis Syura Ulamak PAS dan Mursyidul Am mengeluarkan ‘Blue Print” Unity Government ‘ untuk dikemukankan kepada pejuang Gerakan Islam, Pakatan dan BN bukan Umno sahaja demi kepentingan kestabilan politik Negara untuk tujuan memperkukuhkan demokrasi dan menghapuskan autokrasi di dalam sistem pemerintahan negara yang boleh dibahaskan dan di ketengahkan oleh semua WAKIL RAKYAT selaku ANGGOTA KERAJAAN semuanya. Itu falsafah Unity Government.
Pilihanraya hanya di perlukan untuk menentukan siapa akan menjadi PM dan siapa Kabinetnya. Setelah masing-masing PM dan seluruh ahli parliament mengangkat sumpah ,tiada lagi parti dan tiada lagi Pakatan atau Bn kerna semuanya sudah bisa menjadi anggota kerajaan dan wakil rakyat ( bukan wakil parti ) belaka.
Samada Umno /BN bersedia untuk hapuskan akta Draconian seperti ISA, Akta Percetakan, Akta University dan Kolej dan meletakkan IGP. SPR. SPRM, Hakim Negara Peguam Negara, Akauntan Negara, Audit Negara dan sebagainya di bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong yakni , di bawah penguasaan parliament bukan PM , itu perkara sekunder.
Biar rakyat lihat respon Umno/BN nanti siapa yang ada ‘Semangat Unity Government” dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat yang tiada memperkosakan demokrasi, SPR. SPRM , PDRM dan mahkamah.
Untuk itu jika Pimpinan PAS pusat dan Majlis Syura Ulamak masih lagi berfungsi untuk menentukan hala-tuju PAS supaya tiada elemen mengkhianati perjuangan Islam dan Gerakan Islam PAS yang tiada bisa lagi dipatuk ular dua kali di dalam satu lubang dan ular yang sama dalam satu Malaysia.Sejarah perang siffin hendaklah dijadikan i’tibar.
Maka sewajarkannyalah ‘Blue Print” tersebut di dedahkan oleh Majlis Syura Ulamak sebagai Badan yang tertinggi di dalam Gerakan Islam PAS dan yang berauthoriti untuk menentukan hala – tuju gerakan Islam PAS kepad Sekretariat PAKATAN yang di endos oleh semua Ketua Komponen Pakatan sebagai patut diperjuangkan oleh massa dan mereka yang cintakan demokrasi , ketelusan, dan keadilan.
Biar selepas itu , rakyat yang menentukan didalam PRU 13 nanti siapa yang layak mencorakkan negara selepas PRU 13 . InyaAllah perkukuhkan Pakatan dan jadikan Islam untuk memimpin perubahan . Umno tiada bisa melakukannya kerna ia parti yang bernaunsakan kebangsaan, assobiyyah, kaumiyyah yang semakin tenggelam bahteranya.
PAS sebagai ‘Government in waiting” biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya dan memenjangkan tangan kepada ahli Umno untuk menaiki bahtera PAS/Pakatan yang PAS sebagai parti induk mewakili suara Islam untuk menyelamatkan ummah , rakyat pada keseluruhannya dan Negara. Insya Allah
“ Alla Hu Akbar ! “
Oleh : Nash Ar-Rawy/16.06.09
( http://www.nashsisepuluh.spaces.live.com/ ) ( http://www.nasharrawy.blogspot.com/ )

Sekretariat Pakatan Tangani Manipulasi Media


Isnin 15 Jun 2009 | 21 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

Sekretariat Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan segera - Tuan Ibrahim
Basiron Abdul Wahab
Mon | Jun 15, 09 | 3:29:54 pm MYT

TEMERLOH, 15 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan berpendapat, Pakatan Rakyat perlu menyegerakan penubuhan sekretariat tetap bagi menangani segera isu berbangkit di kalangan anggotanya.

Iklan

Menurutnya, dengan adanya sekretariat tetap beliau percaya ia akan dapat memantapkan dan meningkat hubungan dua hala antara parti gabungan serta menjadi pusat pengumpulan maklumat terkini sebelum disalur dengan lebih cepat kepada kepimpinan parti tanpa menunggu lama.

Menurutnya, serangan gerak saraf pihak lawan terhadap mana-mana anggota Pakatan Rakyat mampu ditangkis dengan cepat oleh sekretariat berkenaan.

Beliau memberi contoh bagaimana serangan bertubi-tubi lawan terhadap PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya isu berkenaan dapat ditangani dengan mudah jika Pakatan Rakyat mempunyai sekretariat tetap yang dibekalkan dengan maklumat lengkap isu berkaitan untuk dirujuk oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul lagi isu kenyataan bercanggah para pemimpin ketika mengulas sesuatu isu kerana maklumat lengkap telah disedia pihak sekretariat," katanya.

Tuan Ibrahim berkata beliau kesal kerana ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengulas seuatu isu berkaitan tanpa mendapatkan maklumat lengkap sehingga bercanggah dengan hakikat sebenar.

"Kita tahu agenda utama media arus perdana ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, justeru jika pihak media bertanya sesuatu soalan ia harus dijawab dengan cermat dan teliti supaya tidak terperangkap dengan agenda Umno-BN," ujarnya. - mns_ ... harakah

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Perkukuhkan Pakatan Tumbangkan Umno/BN Muktamad

TERKINI: Anwar, Hadi dan Kit Siang setuju tiada Kerajaan Perpaduan!

KUALA LUMPUR: Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang10 Jun 209
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, Jun 10, 2009 5

Kecanggihan Sistem IT Pas


Paling canggih, visual audio Muktamar PAS ke-55 setanding 'Grammy Award'


KUALA LUMPUR: Alunan muzik dan kesan audio yang bergema di Stadium Malawati ketika pelancaran 'arm band' Bubar Dun Perak, cukup menggegarkan suasana dalam stadium yang mampu menampung 10,000 orang, lapor Anis Nazri.Ketika ia dilancarkan, para perwakilan, pemerhati dan hadirin bangkit penuh semangat sambil melaungkan takbir. Malah, di kalangan wartawan sendiri yang selalunya tidak menghiraukan sekeliling ketika membuat tugasan, turut terpanggil untuk sama-sama menyaksikan acara tersebut.Rentak muziknya, diselang-seli dengan laungan takbir dari para hadirin, benar-benar menguasai suasana dewan sehinggakan semua yang hadir bagaikan terpaku dan terpesona dengan acara yang julung-julung kali diadakan. Melengkapkan lagi acara itu, kesan-kesan visual digunakan.Muktamar kali ini menyaksikan julung-julung kalinya peralatan yang digunakan PAS Selangor melalui 'event management' ini merupakan pertama kali digunakan di Malaysia dan Asia Tenggara.Peralatan bertaraf dunia yang dinamakan 'Multi Screen Rear Projection System' ini juga pernah digunakan ketika Parti Demokrat berkempen pilihan raya, yang memberi kesan yang lebih kepada para perwakilan.Jika sebelum ini, setiap kali laungan mahupun muzik disiarkan dalam nada tinggi, akan kedengaran seolah-olah bergema dan 'pecah'. Namun, dengan kecanggihan peralatan ini, sistem audionya cukup menyedapkan halwa telinga yang mendengarnya.Begitu juga dengan sistem visual yang turut menarik perhatian para hadirin. Sepanjang persidangan, visual yang ditayangkan di skrin belakang pentas cukup sempurna, tanpa sebarang pecahan gambar yang boleh mencacatkan pandangan.Bagi kesan visual, PAS Selangor di bawah pimpinan Pesuruhjayanya, Dato' Dr Hassan Ali telah menggunakan empat nos 'High-end rear projection system', 'multi function maxtrix switching system', 'fibre optic high end cabling system', dan 'soft-edge blending system', yang semua ini pernah digunapakai ketika acara 'Grammy Award'.Kecanggihan peralatan yang digunakan sepanjang muktamar ini bersesuaian dengan idea 'PAS For All' dan 'PAS Global', dengan dilengkapi kamera empat nos digital - BETA D50 untuk menghasilkan 'Quality Broadcasting picture effect' selain reka bentuk pentas yang mendapat sentuhan Dato' Hassan sendiri untuk menghasilkan Sistem 3D yang bercirikan 'PAS Global' dengan rostrum yang ditempah khas bertepatan dengan tema tersebut, tanpa meninggalkan ciri-ciri tradisional.Kesan lampu yang digunakan turut diambil kira dengan menggabungkan suasana persidangan berciri moden, menggunakan 'moving head effect', 'mofley', 'parcan', 'shilloute' serta idea Dato' Hassan sendiri - 'min nutfah' (dari setitik air), dan dipatenkan menggunakan 'gobo and colour wheel'.Turut tidak ketinggalan, selain melengkapkan kecanggihan audio dan visual sepanjang muktamar ini, susunan dan reka letak kerusi perwakilan turut dititikberatkan. Rekaan yang menggunakan Autocard 2009 dan Adobe Illustrator, dengan konsep 'sawah padi' bagi susunan kerusi perwakilan. 'Aerial view' ini sesuai untuk dipancarkan secara global dan bertepatan dengan konsep rekabentuk yang digunakan untuk forum antarabangsa.Tidak hairanlah, muktamar kali ini dikatakan muktamar yang tercanggih dari sudut sistem audio visual dan konsep yang digunakan. Kini, PAS Selangor menguasai kecanggihan teknologi dalam menghasilkan satu suasana persidangan yang cukup memuaskan banyak pihak.Namun, dengan kejayaan ini masih banyak yang perlu ditingkatkan Urusetia Muktamar, khususnya berkaitan gerai-gerai dan lokaliti yang dikatakan banyak menimbulkan kesukaran dan pengalaman 'pahit' kepada para peniaga serta kanak-kanak di bawah umur 12 tahunpun dikenakan bayaran RM5 sebagai pemerhati.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, Jun 10, 2009 3 ulasan

Perkukuhkan Pakatan tumbang Umno PRU 13 InsyaAllah Unity Government Melalui Kerajaan Pakatan Bersatu Semua Pertahan Demokrasi Dan Musnahnya Autokrasi



KONTROVERSI: Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz tolak Kerajaan Perpaduan, sokong perbahasan YB Khalid Samad!
MUQADIMMAH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memanggil Harakah ke Rumah Sri Kelantan sehari setelah Muktamar Tahunan PAS ke-55 selesai dilangsungkan. Pada sebelah pagi, 7 Jun lalu, wartawan Harakah, INTAN ABDULLAH menemui Menteri Besar Kelantan itu dan mengadakan wawancara. Tok Guru betul-betul sedih dan kecewa kerana tiada pemimpin dari Kelantan yang menang pada pemilihan Muktamar kali ini. Beliau paling sedih, apabila media terus memainkan isu kerajaan perpaduan yang ditolak oleh perwakilan. Ikuti pendangan tokoh ulama PAS yang disegani ini.HARAKAH: Muktamar PAS ke-55 baru sahaja selesai. Secara umumnya, bagaiamana Tok Guru melihat perjalanan kali ini yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 5 hingga 7 Jun lalu?TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ: Muktamar PAS yang ke-55 telah selesai. Kemudian telah dipilih pemimpin-pemimpin yang akan menerajui PAS, yang disebut PAS memimpin perubahan. Cuma saya bukan sahaja terkilan dan sedih di atas tidak dipilihnya pemimpin Kelantan pada pemilihan PAS baru-baru ini.Bukan sahaja terkilan tetapi sedih. Saya tidak tahu apa puncanya. Kita akan kaji, dan boleh jadi kita akan serah perkara ini kepada muktamar pusat akan datang. Cuma saya gembira sungguh-sungguh atas keputusan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menolak sebulat suara mengenai kerajaan perpaduan.Benda ini saya sendiri telah buat keputusan sejak lama dahulu. Saya telah tegur pemimpin PAS Pusat, pemimpin yang selalu mengutarakan muqabalah, muzakarah ini. Saya bagi tahu bahawa keputusan ini bercanggah dengan keputusan muktamar di Perak tahun lepas. Oleh itu, kalau kita hendak buat benda yang baru, perlu dibawa ke muktamar.Yang kedua, bagi saya Jabatan Penerangan PAS Pusat perlu diubahsuai mengikut keputusan-keputusan muktamar. Ini kerana PAS hanya ada satu lidah rasmi saja untuk PAS iaitu Harakah.Dalam organ Harakah ini pula, perlu dilihat semuala. Disemak dan dirombak mengikut kehendak keputusan muktamar iaitu menolak kerajaan muktamar, seperti keputusan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Siapa orangnya yang diharapkan, sudah tentu pimpinan dapat pastikan.Yang ketiga, saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus.Mengapa Tok Guru mengulas tentang ucapan perbahasan YB Khalid Samad? Apakah terdapat sesuatu yang menarik pada hujahnya?Lagak dia ini (Khalid) boleh menyelesaikan persoalan yang dibesar-besarkan oleh pihak media arus perdana yang ingin mengasingkan antara profesional dan ulama. Khalid Samad telah menonjolkan, menjelmakan tafsiran yang sah bahawa ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama. Tidak ada pengasingan dalam PAS khasnya dalam Islam antara dua golongan ini.Hujahnya adalah hujah alim ulama. Ada dua hujah dia. Pertamanya mengenai Abu Jahal patuh kepada tradisi Arab (perlembagaan tidak bertulis) bahawa tiap-tiap orang apabila dilindungi oleh seorang pembesar Makkah, maka kerajaan terpaksa akur dengan perlindungan itu.Apabila Rasulullah balik daripada Taif, baginda tidak dibenarkan masuk ke Makkah oleh kerajaan Abu Jahal. Tetapi nabi kita menggunakan diplomasi iaitu dengan meminta perlindungan daripada seorang yang bernama Mut'am bin Adiyy yakni seorang kafir musyrik. Oleh kerana budaya Arab apabila seseorang yang dapat perlindungan daripada mana-mana orang Arab maka Arab yang lain terpaksa menerimanya.Jadi, Abu Jahal terima Rasulullah duduk di Makkah berdasarkan tradisinya mendapatkan perlindungan daripada seorang yang bernama Mut'am. Abu Jahal tahu dan hormat kepada tradisi itu. Malangnya, Umno tidak tahu hormat langsung peraturan dan undang-undang.Umno pencabul di Perak kerana bukan tradisi orang Melayu berbalah sesama orang Melayu. Bukan perlembagaan namanya itu? Jadi, Umno ini lebih teruk daripada Abu Jahal lagi. Umno tiada perlembagaan dan moral. Akhlak pun tak ada. Apa yang dia nak buat, dia buat ikut sedap hati dia. Betul-betul dibuat atas sebab nafsu amarah. Saya ulang berkali-kali firman Allah dalam al-Quran, ayat 27-28 Surah Fathir. Allah letakkan perkataan ulamak di penghujung ayat mengenai geografi, geosains, mengenai alam sekitar. Ayat tersebut bermaksud, "Yang takut pada Allah itu adalah ulama."Perkataan ulama diletak dihujung daripada ayat-ayat mengenai langit, bumi, air, cuaca, alam sekitar, yang mengandungi manusia dan haiwan. Ini menunjukkan ulama ini tidak hanya seperti fahaman tradisi yang mementingkan fiqh, syariat dan tasawuf semata-mata.Perkara ini kebetulan berlaku kerana usaha-usaha penjajah di seluruh dunia yang menyekat aliran ilmu-ilmu begini untuk diketahui oleh anak-anak jajahan. Ilmu sains dan teknologi ini sengaja dicipta oleh penjajah. Ini kerana kebanyakan alim ulama kita zaman dahulu hanya belajar di Masjidil Haram. Di sana pada ketika itu hanya mementingkan ilmu fiqh, daripada pengarang-pengarang lama. Dalam ulama Makkah tidak diajar ilmu sains, teknologi, geografi. Semuannya ini tidak diajar. Itulah puncanya.Sepanjang Muktamar PAS berlansung, media banyak memperkatakan tentang kerajaan perpaduan. Tumpuan mereka kepada isu ini cukup mengelirukan. Boleh Tok Guru perjelaskan sedikit?Umno sekarang ini telah bersiap sedia dengan pisau, garpu untuk meratah PAS daripada kenyataan-kenyataan pemimpin dia. Sekarang ini nampak sangat Umno terliur untuk memamah PAS.Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mencabar Tok Guru letak jawatan? Apa respons Tok Guru?Yang sepatutnya, dia (Khairy) yang letak jawatan kerana dia tidak dipilih dalam kabinet Najib Tun Razak. Dia tak dilantik jadi menteri atau timbalan menteripun. Sepatutnya dialah letak jawatan, tetapi tertukar orang.Patutnya dia letak jawatan kerana beliau dipinggir oleh partinya sendiri. Bagi saya, keputusan muktamar menolak kerajaan perpaduan, betul-betul seperti mana kehendak Mursyidul Am.Sepanjang perbahasan, nampaknya perwakilan lebih cenderung untuk tidak mahu PAS mengadadakan perbincangan dengan Umno. Bukan sahaja berkongsi kuasa, tetapi berbincang pun mereka tidak berminat. Apa sebenarnya yang berlaku Tok Guru?Bagi saya, masalah muzakarah-muqabalah tidak perlu ditimbulkan secara agenda. Benda ini, Islam telah lama membuka peluang untuk berbincang. Kita hendak sebutkan sebagai agenda adalah satu yang tidak betul, seakan-akan Islam tiada agenda untuk bertemu dengan orang.Sedangkan Islam terbuka selama-lamanya. Tidak perlu diagendakan dalam ucapan kita kerana barang sudah sedia ada. Dalam istilah Arab dipanggil tahsilul hasil yakni mengadakan benda yang sudah sedia ada.Jadi, Islam sejak daripada awal lagi membuka peluang kepada manusia yang menentangnya untuk berbincang. Itu sejak awal lagi, tidak perlu diagendakan. Bila kita mengagendakan apa yang sudah sedia ada bererti kita mengadakan barang yang sudah sedia.Maksud Tok Guru, mengadakan perbincangan dengan Umno ini sebagai suatu yang telah sedia ada sifatnya? Begitu?Ya! Tetapi berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.Sejak daripada dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967) ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA. Ini sudah kacau sebab itulah ulama' Umno pada masa itu buat parti PAS. Tetapi lima tahun selepas itu ulama melihat kepada penyelewengan Umno sekular daripada Islam maka mereka (ulama) berpecah daripada Umno lalu menubuhkan Parti Islam.Isu kerajaan perpaduan ini seperti isu 'One Malaysia' apabila perwakilan dan pemerhati masih lagi kurang jelas dengan definisinya. Ada macam-macam persepsi dan definisi. Ini cukup mengelirukan. Boleh Tok Guru jelaskan?Dia manfaat untuk rakyatkah? Kalau begitu ia tidak perlu ditonjolkan dalam perpaduan kerana sememangnya begitu. Dalam kerajaan federation atau Persekutuan Malaysia, apa makna Persekutuan kalau antara satu sama lain tidak boleh berhubung?Hubungan dan masalah berbincang ini memang Islam pun benarkan, dan Kerajaan Persekutuan pun dibenarkan. Tetapi buat hubungan dengan Umno, saya tidak boleh terima kerana buat hubungan dengan Umno lain, bekerjsama dengan kerajaan federal lain.Sekarang, dalam keadaan Presiden Umno sebut One Malaysia, masih lagi Kelantan diarahkan oleh Kerajaan Pusat supaya pegawai pertanian pusat jangan kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan.Hal ini memang ada, dan direkod dalam minit mesyuarat kami. Pihak kementerian mengarahkan pegawainya di Kelantan di bawah JPP supaya jangan bekerjasama dengan Kerajaan Kelantan dalam bahagian pertanian. Itu berlaku semasa One Malaysia diisytiharkan. Apa erti One Malaysia? Serupa sahaja. Ia tidak lebih daripada sekadar slogan semata-mata.Dalam Umno hari ini terdapat pergolakan seperti mana dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakan. Keadaan komponen Barisan Nasional (BN) nampaknya lebih kronik di bawah kepimpinan Najib berbanding Abdullah.Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan perdana menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.Apabila kita selidik, apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai. Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai.Di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat. Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator.Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib. Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini.Apakah konsep One Malaysia hanya 'recycle' kepada pelbagai istilah yang digunakan oleh PM terdahulu bagi menonjolkan kepimpinannya? Maksudnya sebagai produk untuk mengajak rakyat menyokongnya?Kita terlalu kaya dengan slogan. One Malaysia merujuk kepada perpaduan, penyatuan. Sejak merdeka sehingga ke hari ini, semua ini sememangnya slogan itulah yang kita tuju.Dengan lagu, harapannya, daripada perdana menteri terdahulu sehingga ke Najib pada hari ini. Di sini bermaksud tiada yang baru dengan slogan One Malaysia. Begitu juga dengan 'rakyat diutamakan'. Ini pun slogan yang telah selesai. Ini kerana semua pemimpin mengulangi perkara yang sama. Kalau pemimpin negara blog kapitalis dan komunis pun, itulah yang mereka cakap pun.Tetapi apa yang sering berlaku di negara serata dunia ini termasuklah Malaysia pun ialah rakyat yang ditindas, dinafikan haknya - inilah isunya - tetapi Umno sampai sekarang masih tidak dapat menyelesaikannya.Begitu juga dengan soal kualiti, bercakap tentang hasil daripada kerja dalam konsep One Malaysia. Ini pun satu hal kalau penjawat awam boleh semak perkara ini kita ada prinsip 'Q' pada suatu ketika.Sebelum ini kita ada SKT atau sasaran kerja tahunan, Fail Meja, Piagam Pelanggan - ini semua adalah perkara-perkara yang menuju kepada 'input cost' dan 'output' atau prinsip pengeluaran kualiti dengan pengurusan yang cekap dan berkesan seperti kaunter servis yang baik. Ini semua adalah perkara yang telah selesai.Kalau tidak begitu, tidak timbul MAMPU yakni suatu jabatan khas untuk memantau pengurusan yang cekap lalu kita kitar semula istilah ini, dilambung di tengah-tengah Malaysia kononnya ini suatu idea yang bijak daripada kepimpinan Umno yang baru. saya melihat ini suatu 'recycle' sahaja dan tiada suatu yang baru.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, Jun 10, 2009 11 ulasan ...harakah

Fatonah: Jangan Dipatuk Ular Dua Kali Satu Lubang Perkukuhkan Pakatan Konsep Perpaduan Tolak Authokrasi Umno

Khamis, 2009 Jun 11

Mengambil pengajaran Perang Siffin dan usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS - Khalid Samad
SHAH ALAM: Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…Oleh YB ABDUL KHALID SAMADYang Dipertua PAS / Ahli Parlimen Shah Alam
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Jun 11, 2009 6 ulasan ...harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14