D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, August 15, 2009

Solat Yang Ditolak

16 Ogos 2009
Solat Yang Tidak Diterima

mohd naim mohd zain

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:56 AM

PRU 13 : Bukan Islam Pakai Lambang PAS

Enter your search terms Submit search form
Web HarakahDaily
Ahad 16 Ogos 2009 | 24 Sha'ban 1430 Hijrah

Bukan Islam guna lambang PAS PRU akan datang
Oleh Mohd Sabri Said
Sat | Aug 15, 09 | 8:27:35 pm MYT
BUTTERWORTH, 15 Ogos: Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Iklan



Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Image(Kamutha Raman (kanan) antara ahli KPP yang bertanding atas tiket PAS tetapi menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum lalu)

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa. _ harakah

Friday, August 14, 2009

Agama, Bangsa Dan Tanah Air Oleh: Nash Ar-Rawy

Pearl Plus
Agama, bangsa dan tanah air
Aug 15th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama (www.perakexpress.com)

Oleh : Nash Ar-Rawy

Hanya Islam yang bisa menyelamatkan bangsa dan tanah air. Orang bukan Islam bisa saja menghina Islam apabila para pemimpin umat Islam celupar sekali mulutnya mempertikaikan kebenaran Islam. Ini adalah pengkhianatan agama dan jenayah agama yang telah di lakukan oleh pemimpin umat Islam yang berfahaman sekular nasionalis.

Di dada akhbar pernah acapkali pemimpin sekular nasionalis mengatakan bahawa hukum Islam tiada sesuai untuk masyarakat majmuk dan Hudud hanya ada satu peratus sahaja di dalam Qur’an. Penghinaan ke atas hukum Islam ini dilakukan sendiri oleh para pemimpin sekular nasionalis . Justeru itu, tiada menghairankan jika pemimpin hindu menyatakan , “ Kerajaan juga yang bikin jalan raya! Qur’an apa boleh buat ? Disambut dengan tepukan gemuruh dan ketawa oleh hadirin di kalangan puak nasionalis sekular.

Ramai di kalangan mereka yang kurang asam dengan tuhan ; sedangkan perbuatan yang terkutuk itu boleh membatalkan tauhid dan rosak syahadah. Para mufti, IKIM , Pusat Islam dan sebagainya tiada berani menegaskan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah kerna takut kehilangan kerusi empuk yang diduduki. Akibahnya, berlakulah pengkhianatan yang ketara ke atas kesucian agama Islam yang dilakukan oleh para pemimpin negara.

Bahkan, allahyarham bekas Mufti Selangor yang tegas dengan obligasi agamanya di pecat hanya kerna menggezetkan fatwa mengharamkan gadis Islam menyertai pertandingan ratu cantik dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang terlibat justeru kerna memang ada peruntukan undang-undang serta mengarahkan tindakan yang sama di ambil ke atas wanita Islam yang bekerja di The Ship sebagai pelayan minuman keras.

Sesungguhnya pengkhianat agama dan penjenayah agama adalah makhluk perosak yang lebih jahat dan hina daripada pengkhianat bangsa dan negara kerna semuanya berpunca daripada fahaman dan pegangan yang sesat . Yakni, perjuangan assobiyyah atau kebangsaan yang sama sesatnya dengan komunis.

Justeru itu, tiada hairanlah biasiswa yang pernah dini’mati oleh semua pelajar Islam bumiputera di hapuskan sekalipun iannya mengkhianati peruntukan yang sediada dalam perlembagaan persekutuan. Penderhakaan yang sebenar yang dilakukan ke atas institusi raja juga di khianati oleh puak nasionalis sekular ini apabila kuasa imuniti raja dihakis oleh mereka. Bukankah ini suatu pengkhianatan yang nyata yang di lakukan oleh puak nasionalis sekular yang cuba dialihkan kepada orang lain. Sendiri yang menjadi pencuri tetapi berteriak di khalayak , “ Pencuri! Pencuri ! Pencuri “ .

Pulau Pinang dan Pulau Singapura pernah dikuasai oleh penjajah British hasil daripada penjanjian dengan Sultan Kedah dan Johor. Akan tetapi, setelah merdeka , almarhum Profesor Dr. Burhanuddin Al Helmy pernah menyusulkan agar kedua- dua pulau itu dikembalikan kepada pemerintahan beraja iaitu kepada jajahan takluk Sultan Johor ( Singapura) dan jajahan takluk Sultan Kedah ( Pulau Pinang ) yang di tolak oleh Tunku; justeru kerna Malaysia sudah pun merdeka dengan British; yang sekaligus segala perjanjian lama terbatal dengan sendirinya bagi negeri yang sudah merdeka. Sekarang, siapa yang sebenarnya meneruskan agenda dasar pengkhianatan ke atas agama , bangsa dan tanahair.

Anak bangsa yang kecundang di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerna pembelajaran di dalam bukan bahasa ibunda tetapi di dalam bahasa penjajah . Yakni, bahasa Inggeris di tangguhkan bukannya di mansuhkan terus, kerna demi menjaga periok nasi para kroni pemegang kontrak yang lebih utama daripada masa depan dan pembelajaran anak bangsa yang menelan belanja RM 5 Billion dihabiskan .

Saham-saham yang di khususkan kepada bumiputra di sapu-habis oleh beberapa kerat suku –sakat kroni Umnoputra yang sepatutnya di berikan kepada persatuan dan pertubuhan bumiputra . Tetapi, digunakan untuk mengkayakan Tan Sri dan Datuk Sri bukannya golangan marhein. Inilah kerja puak-puak nasionalis sekular yang menipu bangsa sendiri( Melayu ) meneruskan agenda pengkhianatan mereka dengan menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan tuhan kepada mereka.

Peruntukan perkapita sekolah agama rakyat dinafikan kerna di khuatiri akan melahirkan ramai lagi pejuang –penjuang Islam yang silih berganti. Bukankah ini satu lagi agenda pengkhianatan yang berterusan di lakukan oleh mereka yang cuba membendung dan mengekang perkembangan Islam di negara ini.

RM 1Billion yang sepatutnya menjadi hak rakyat Trengganu hasil pendapatan petronas, iatu sebayak 5% kepada kerajaan negeri di nafikan . Tetapi , boleh pula di salurkan kerna UBN yang memerintah. Di manakah hak orang Islam sebelum ini yang di nafikan dan di manakah konsep federalisme kerajaan pusat ? . Yang paling mutakhir, penafian hak rakyat Kelantan RM 1 Billion; peruntukan petronas 5% kepada rakyat Kelantan ( Kerajaan Negeri ) . Umat Islam sekali lagi dianiayai oleh agenda dan dasar pengkhianatan UBN yang berterusan sehingga kini, dulu dan akan datang.

Pembunuhan umat Islam di Memali merupakan satu lagi detik sejarah yang ditinta dengan darah umat Islam yang dizalimi. Para syuhda’ ini mendapat iktiraf Al Sultan Kedah yang mengziarahi kuburan mereka . Puak ekstremis nasionalis ini masih lagi terhutang dengan perbuatan khianat mereka kerna sehingga kini , mereka yang terlibat dengan trajedi Memali tiada bisa dibuktikan bersalah di mahkamah . Siapakah sebenarnya pengkhianat agama, bangsa dan tanah air ?

Semua bangsa terlibat sebagai demonstran Anti- ISA , tetapi hak perlembagaan mereka dinafikan . Lebih kurang 500 para demonstran di tangkap. Ramai yang di aniayai dengan semburan gas pemedih mata dan pancuran air bercampur asid. Ini lah gambaran Satu Malaysia yang bermula dengan pengkhiatan ke atas peruntukan perlembagaan yang membenarkan kebebasan bersuara dan perhimpunan secara aman.

Hentikankan propaganda pembohongan puak nasionalis sekular ini kerna rakyat sudah celik politik bukannya hidup di era tahun 60an atau 90an , tetapi di zaman siber yang luas terbuka tidak lagi jumud dan primitif seperti otak-otak nasionalis sekular yang berada di penghujung hayat ; menantikan zaman kejatuhan ibarat roda yang berputar. Sekarang , giliran mereka pula untuk berada di bawah sebagai ketua pembangkang di peringkat pusat dan negeri . Insya Allah Hu Ta’ala.

Bangun dan merdekakan agama, bangsa dan tanah air daripada kongkongan , belenggu dan pengkhianatan demi pengkhianatan yang di lakukan oleh pemerintahan “Neo- Colonialism” : penjajahan bentuk baru yang menjajah agama , bangsa dan tanah air untuk kepentingan segelintir suku-sakat kroni umnoputra yang hidup dengan talian hayat ISA , memperkudakan SPRM, polis, mahkamah dan propaganda media termasuklah RTM milik rakyat Malaysia
Tags: nash ar-rawy

( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Arak : Umno Tolak Hukum Islam

Antara Kartika, ‘Mantoya’ dan kerajaan Malaysia yang Islamik?
ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan dapat dibuat ekoran berlangsungnya perbahasan agak hangat mengenai isu hukuman sebat ke atas seorang pesalah meminum arak baru-baru ini.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Sungai Siput, Perak, Kartika Sari Dewi Shukarno. Beliau didapati bersalah atas dakwaan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, pada 11 Julai 2007.

Difahamkan hukuman enam sebatan, denda RM5,000 dan penjara tiga tahun adalah hukuman maksimum diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah seluruh negara di bawah Akta Mahkamah Syariah. Kartika dikatakan wanita pertama di negara ini dijatuhi hukuman maksimum itu.

Keputusan itu mengundang pertikaian beberapa pihak. Seorang menteri bagi hal ehwal wanita dilaporkan terkejut dengan tindakan hakim, terutama membabitkan hukuman sebat itu.

Beberapa pihak lain turut melontarkan pandangan mereka, menerusi media cetak dan siber. Ada hujah bersandarkan undang-undang, ada yang merujuk hak asasi manusia. Ada pula menggunakan logik akal. Tidak kurang juga menghuraikannya dari sudut agama. Segala perbahasan pro dan kontra itu membawa kepada beberapa pemerhatian dan kesimpulan.

Pertama, umat Islam tidak harus terkeliru mengatakan hukum digunapakai dalam memutuskan kes tersebut adalah hukum Islam. Meski pun dinamakan hukum syariah, ia sebenarnya masih jauh dari menepati syariat Islam sebenar.

Menurut hukum Islam, peminum arak hendaklah disebat. Jumlah maksimum pernah dilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar ialah 40 sebatan. Saidina Umar pula menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan.

Jumlah maksimum enam sebatan dalam undang-undang syariah Malaysia masih terlalu jauh untuk menyamai apa yang dimaktubkan dalam hukum hudud Allah. Ertinya, pelaksanaannya tidak boleh dijadikan bukti sudah menyempurnakan tuntutan pelaksanaan hukum Islam sebenar. Bagaimana pun dari segi semangat pelaksanaannya, ia suatu pendekatan dialukan.

Kedua, hukuman itu dibantah orang Islam dan bukan Islam. Kalangan bukan Islam selalunya atas hujah hak asasi manusia. Ada pun bagi yang Islam, apakah penentangan mereka atas kemanusiaan juga? Ataukah memang dengan niat membantah pelaksanaan hukum Islam (mengambil kira fahaman mereka kononnya kanun syariah adalah hukum Islam)?

Jika atas niat menentang pelaksanaan hukum Islam, tidakkah itu sudah menjebak diri kepada pertikaian akidah?

Kebetulan pula seminggu-dua ini umat Islam negara kita tiba-tiba menzahirkan sikap sangat prihatin terhadap hukum Islam. Gara-gara seorang pemimpin politik pembangkang Islam memegang lilin dalam satu sidang media mengenai kematian kontroversi seorang pemuda Cina, seluruh negara mempertikaikan perbuatan beliau dari sudut akidah.

Malah para pemimpin yang selama ini tidak mengambi berat pelanggaran hukum Tuhan yang berleluasa dalam pemerintahan mereka sendiri pun tiba-tiba begitu beriya-iya mahu tahu apa pandangan dan hukum Islam mengenai perbuatan memegang lilin itu.

Mengambil semangat positif mereka yang begitu prihatin terhadap hukum Islam dalam kes lilin itu, maka elok juga ditanya apa hukumnya bagi seorang Islam membantah hukuman sebat pesalah meminum arak jika ia di atas hasrat membantah pelaksanaan hukum Islam?

Apakah perbuatan itu tidak menyentuh soal akidahnya? Kita rasa itu juga perlukan penjelasan dan penerangan para ulama dan mufti.

Ketiga, wujud salah faham ketara berhubung kaedah pelaksanaan hukum sebat itu. Dalam hal ini, pendekatan diambil sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad (26 Julai) lalu wajar dipuji.

Ia menyiarkan dua kumpulan gambar urutan pergerakan tangan penyebat, satu untuk pesalah sivil dan satu pesalah syariah. Perbezaannya ketara, bukan sahaja pada saiz rotan digunakan, malah teknik dan kekuatan hayunan ketika menyebat.

Keempat, sepertimana diharapkan Kartika sendiri, hukuman ke atasnya akan menyedarkan dirinya dan pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama. Kita pula mengharapkan pihak yang melakukan kesalahan serupa dikenakan hukuman sama, sebagai pengajaran kepada umat Islam lain.

Ya lah, bukankah kita kerap baca cerita artis terlibat kemalangan dalam perjalanan pulang dari disko? Ada juga kes pergaduhan antara personaliti tersohor di luar bar. Itu hanyalah secebis contoh perlakuan buruk orang terkenal yang dikaitkan dengan pengaruh alkohol.

Satu contoh klasik, ada seorang menteri besar ke majlis rasmi kerajaan terhoyong-hayang memakain pakaian “Mantoya”. Mungkin wajar ditanyakan, mengapa hanya Kartika diseret ke mahkamah? Mengapa pembesar mabuk yang disaksikan ratusan mata itu tidak didenda dan disebat sama?

Kelima, kes Kartika membuka ruang kepada kita merenung betapa ia sebenarnya hanyalah satu titik kecil dalam lautan hitam pelanggaran hukum Tuhan, khususnya berkaitan pengambilan arak.

Contohnya, sepertimana ditegaskan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia ‘menyebat’ Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak.

“Begitu juga perlu ‘disebat’ pihak terbabit (Umno) yang berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak,” katanya.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 0 ulasan

Demonstran Yang Anti -ISA Secara Aman

T-shirt Dr Hatta disentap polis, berjaya bolos dari kepungan polis





SIAPA tidak kenal Dr Hatta Ramli? Orang yang mesti ada dalam setiap himpunan aman yang dianjurkan baik himpunan Bersih mahupun himpunan Mansuhkan PPSMI. Malah beliau juga mengetuai himpunan Protes, beberapa ketika dahulu.

Setiap himpunan yang dilalui beliau mesti ada insiden yang dihadapinya terutama ketika berdepan dengan kerakusan anggota polis yang kononya bertugas mengawal keselamatan dalam perhimpunan.

Kali ini ketika dalam himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos baru-baru ini, Hatta hampir ditangkap pihak polis sehingga menimbulkan pergelutan apabila beliau bertindak mempertahankan dirinya daripada dicekup.

Ekoran itu, berlaku tarik-menarik antara Hatta dengan lima orang polis. Mujurlah ada beberapa kawan termasuklah Dr Dzulkifli Ahmad, AJK PAS Pusat yang bersama beliau menghalang tindakan rakus polis itu.

Insiden tarik-menarik itu menyebabkan baju merah yang dipakai Hatta koyak-rabak sehinggakan mendedahkan sebahagian dadanya.

"Waktu itu tepat jam dua petang saya berdiri di atas bangku dan baru bertakbir bagi memberi pengumuman kepada jamaah masjid supaya terus bergerak ke Sogo, kemudian saya terus direntap oleh polis dari belakang.

"Berlaku tarik-menarik, dengan polis yang waktu itu memegang baju saya, sehingga koyak-rabak baju saya," katanya yang turut mengalami luka di lipatan lengan dan kecederaan di lutut yang masih bisa hingga hari ini.

Ketika berbaju koyak itu, beliau dengan segera menggapai mikrofon dan terus memberi pengumuman kepada peserta himpunan.

"Oleh kerana, saya terlepas daripada genggaman polis tadi saya terus memegang mikrofon dan terus berucap dan meminta ahli jemaah masjid terus berarak segera," katanya yang berjaya melepaskan diri dari ditangkap polis.

Melihat baju Hatta yang koyak-rabak itu, salah seorang peserta himpunan terus menanggalkan baju dan memberikan kepada beliau. Beliau terus memakai baju hitam itu dan meneruskan perarakan ke Sogo.

"Saya kena pertahankan diri saya dari ditangkap polis, sebab saya adalah komander perhimpunan di Masjid Negara. Setiap pemimpin kena ada bersama-sama rakyat," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Bagaimanapun, beliau sudah menduga ada beberapa orang polis di kiri kanannya bersedia untuk menangkapnya bila-bila masa sahaja.

Selepas insiden itu, Hatta bersama-sama peserta himpunan meneruskan perarakan sehingga di Padang Kelab Selangor dan akhirnya terpaksa patah balik ekoran berpuluh-puluh peluru gas pemedih mata meluru ke arah mereka menyebabkan mereka berpecah.

Penangkapan demi penangkapan yang dilakukan oleh polis pada hari itu, bagi Hatta ianya satu tindakan supaya keadaan perhimpunan itu menjadi tidak terkawal. Hatta pernah terkoyak seluar ketika perhimpunan Bersih, tetapi inilah kali pertama bajunya koyak-rabak dalam perhimpunan yang dihadirinya.

Bagaimanapun, penangkapan 500 lebih peserta himpunan ianya langsung tidak menjejaskan himpunan aman itu yang dihadiri hampir 50 ribu orang.

Insiden yang berlaku ke atas Hatta itu mendapat liputan beberapa akhbar termasuklah akhbar berbahasa Cina yang turut menyiarkan gambar beliau yang menjadi mangsa kerakusan polis.

Rakan Hatta yang ditahan polis termasuklah Sivarasa Rasiah dan Dr Mujahid Yusuf. Kedua-duanya Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 0 ulasan



GMI sedang fikir, adakan satu lagi himpunan mansuh ISA!



MUQADIMAH: Himpunan MANSUH ISA, 1 Ogos lalu disifatkan sebagai satu kejayaan besar bagi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumpul rakyat berbilang kaum bertujuan menyatakan bantahan terhadap akta itu. Himpunan itu dikatakan gagal apabila 'Deklarasi Rakyat' tidak dapat diserahkan ke Istana Negara. Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ternyata kecewa dengan tindakan polis yang menyekat kemaraan mereka ke Istana. Ikuti temubual ringkas, ANIS NAZRI bersama beliau ketika menjawab pelbagai polemik yang timbul ekoran perhimpunan yang dikatakan haram itu.

Perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu mencetuskan kemarahan ramai pihak, termasuk para peniaga, pengguna jalan raya dan sebagainya. Bagaimana saudara jelaskan perkara ini?

SYED IBRAHIM SYED NOH: Saya percaya perkara tersebut tidak akan berlaku jika pihak polis memberikan kerjasama untuk membenarkan rakyat berhimpun dan berarak dengan aman. Kebanyakan kerosakan berlaku kerana halangan-halangan daripada polis yang menutup jalan-jalan utama.
Jika kami dan rakyat diberi laluan dengan baik dan aman, kita fikir perhimpunan dan penyerahan memorandum ke Istana Negara boleh diselesaikan dalam masa satu atau dua jam sahaja. Apa yang berlaku ini melihatkan sikap polis dalam menangani perhimpunan ini. Mereka sepatutnya faham dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang membenarkan rakyat berhimpun menyatakan suara mereka.

Tetapi isunya menjejaskan banyak pihak?

Kita tidak langsung berniat untuk menjejaskan perniagaan sesiapa. Bagi kami, benda ini boleh dielakkan jika polis memberikan kerjasama dengan baik. Jika sambutan Maulidur Rasul, Le Tour De Langkawi, polis boleh tutup jalan dengan kawalan yang baik, perkara yang sama boleh dilakukan untuk himpunan anti-ISA tempohari.
Kita tidak membuat sebarang rusuhan. Tiada siapa di kalangan yang ditahan pada hari tersebut dikenalpasti membawa sebarang senjata merbahaya.

Himpunan ini juga dikatakan gagal apabila Delegasi Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak muncul-muncul di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, biarpun dianggarkan lebih 50 000 menyertai himpunan tersebut. Adakah saudara kecewa dengan 'kegagalan' tersebut?

Jika diambil kira halangan dan sekatan polis serta langkah pencegahan mereka terhadap himpunan ini, saya lihat ia sebagai satu kejayaan apabila rakyat tetap turun untuk menyatakan sokongan tersebut. Walaupun objektif untuk menghantar deklarasi itu tidak berjaya, tetapi bagi kami ia tetap berjaya mengumpulkan rakyat yang sedar tentang kezaliman ISA.
Bagi GMI, penglibatan ramai pihak dari seluruh lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan peringkat usia adalah satu kejayaan besar kepada rakyat dan GMI bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan betapa rakyat mahu ISA dimansuhkan.
Dalam perhimpunan ini, kita dapat melihat, rakyat tanpa sebarang imbuhan turun secara sukarela untuk menyatakan bantahan mereka, biarpun disembur air kimia dan gas pemedih mata. Rakyat semakin sedar ISA ini satu isu besar dan perlu menyampaikan isyarat kepada kerajaan.
Saya fikir, jika Umno dibayar upah sekalipun untuk menyertai apa-apa himpunan, belum tentu dapat mengumpul sebanyak ini. Sedangkan GMI, dalam keadaan kurang berkemampuan dari segala segi, berjaya mendapatkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat, termasuk dari luar Kuala Lumpur. Kita tidak rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Apa yang dikesalkan tindakan polis yang tidak memberikan kerjasama kepada kita.

Kegagalan ke Istana Negara itu mungkin menimbulkan rasa tidak puashati rakyat secara keseluruhannya. Mungkinkah GMI merancang untuk mengadakan satu lagi himpunan bagi menjayakan objektif untuk menyampaikan deklarasi tersebut?

Dalam hal ini kita akan mengadakan 'post-mortem' dalam tempoh terdekat untuk membincangkan apa yang boleh dilakukan bagi menyampaikan deklarasi rakyat kepada Yang DiPertuan Agong.
Keputusan sebelum ini kita akan menghantarnya dalam tempoh terdekat. Mungkin menggunakan pendekatan lain, atau menganjurkan satu lagi himpunan lain. Itu akan dibincangkan.
Kita sedang menunggu pandangan rakyat, termasuk mereka yang ditahan baru-baru ini berhubung rancangan seterusnya. Jika dilihat 'trend' sekarang, ramai yang inginkan satu lagi himpunan.

GMI akan adakan satu lagi himpunan serupa?

'Feedback' yang diterima daripada mereka yang ditahan pula sangat baik apabila mereka menyatakan persediaan untuk turun sekali lagi ke jalan raya jika GMI merancang untuk mengadakan himpunan lagi.
Perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Walaupun tahu dalam keadaan sekarang GMI akan dikenakan sebarang tindakan, bagi saya itulah harga yang perlu dibayar untuk perjuangan ini.

Perhimpunan kali ini paling teruk apabila jumlah penangkapan yang begitu tinggi, 589 orang. Pada pandangan saudara, apakah faktor itu menyebabkan perarakan ke Istana Negara tersekat?

Saya rasa itu memang bukan strategi baru polis, tetapi kali ini lebih teratur proses sekatan mereka. Ada di antara mereka yang ditahan di Masjid Negara seawal jam 10 pagi. Malah ada yang ditahan jam 3 pagi ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Ini satu taktik baru bagi polis untuk menahan sesiapa sahaja yang mereka syaki mempunyai niat untuk menyertai perhimpunan tersebut. Tapi bagi saya, ia jelas melanggar hak asasi manusia.

Tidak bolehkah berjalan-jalan dengan memakai baju hitam? Baju merah?
Itu adalah satu pencabulan hak apabila bertindak menahan hanya kerana menyangka mereka ada niat untuk menyertai himpunan tersebut.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyatakan kesediaan untuk memberikan ruang untuk berhimpun menyatakan pendirian, tetapi di tempat-tempat separti stadium. Adakah GMI bersetuju dan bercadang untuk menerima 'pelawaan' tersebut?

Ini bukan cadangan baru. Pengalaman dulu ketika kita adakan himpunan di Bukit Jalil, kita ada memohon permit tapi ditolak. Permohonan permit akan ditolak dengan syarat-syarat lain yang menyusul untuk menghalang kita berhimpun.
Kita sudah ada pengalaman tersebut. Bagi saya soal lokaliti, soal kedua, ketiga atau bukan soalnya. Ia satu sikap yang jelas meremehkan rakyat Malaysia yang berhasrat menyatakan pendirian mereka berkenaan sesuatu perkara.

GMI sudah beri jaminan, himpunan ini aman. Tidak timbul soal stadium atau mana-mana temnpat?

Kita sudah memberi jaminan bahawa himpunan kita aman, dan didapati mereka yang ditahan sudah dikenalpasti tidak membawa sebarang senjata untuk menyertai himpunan tersebut.
Kita turun dengan tubuh badan, kaki, tangan dan mulut untuk menyatakan bantahan.
Persoalannya bagaimana pihak polis menangani dan mengawal situasi tersebut. Saya yakin, jika polis berkerjasama dengan baik tiada sebarang kekecohan berlaku.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 0 ulasan



Polis berpesta tembakan gas pemedih mata, water cannon





LEBIH 50,000 orang membanjiri ibu negara 1 Ogos lalu untuk menyertai perhimpunan yang menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Mansuh itu dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Pasukan polis selaku 'sayap kanan' Barisan Nasional (BN) seperti yang telah dijangkakan mengadakan pelbagai halangan termasuk mengadakan sekatan jalan raya menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak malam sebelum perhimpunan bertujuan untuk menghalang rakyat menyuarakan hasrat mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan water cannon di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah Sogo, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Seawal jam 11 pagi sudah kelihatan peserta perhimpunan membantah ISA berada di lokasi-lokasi yang ditetapkan terutama di Kompleks Sogo dan juga Masjid Jamek. Setengah jam kemudian tangkapan mula dilakukan terutama di kawasan berhampiran Masjid Jamek, apabila 14 anggota Unit Amal PAS dan 17 orang awam menjadi mangsa tindakan polis.

Seorang peguam wanita yang dikenali dengan nama Puspawati Rosman dari Pusat Bantuan Guaman turut ditahan ketika sedang mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai berhampiran Masjid Jamek. Beliau kemudiannya dibebaskan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Menjelang waktu Zohor sejumlah 200 orang peserta perhimpunan membantah ISA telah ditangkap. Mereka ditahan di Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara. Dalam waktu yang sama jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di hadapan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

Kira-kira 1,000 orang berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Di Masjid Jamek, polis mengarahkan orang ramai agar bersurai selepas menunaikan solat Zohor tetapi atas dasar perjuangan menentang akta zalim ISA, rakyat yang berkumpul tetap meneruskan perarakan dengan menukar haluan yang sepatutnya ke Masjid Negara ke Sogo.

Lebih menyemarakkan semangat mereka apabila AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik tiba-tiba muncul dan berdiri di atas tangga bangunan Karyaneka, hadapan pintu utama Masjiek Jamek berucap dengan penuh lantang dan tidak menghiraukan larangan polis. Beliau melaungkan takbir 'Allahuakbar' bila polis mengarahkan mereka beredar.

Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan dan ada yang terkoyak baju. Kira-kira 2,000 orang berjalan menuju ke Dataran Merdeka. Polis membuat benteng tangan untuk menghalang kemaraan mereka.

Hampir 5,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo. Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 5,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kira-kira 10,000 orang lagi berkumpul dekat Sogo, simpang Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin KeADILan, Tian Chua kelihatan berada di sini.

Orang ramai merempuh polis untuk ke Dataran Merdeka ikut jalan belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli. Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

Kumpulan dari Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas. Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berada di tangah lautan manusia di kompleks Pertama, depan Sogo.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan water cannon untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara. Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata. Asap kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

Polis melepas tembakan water cannon ke arah peserta perhimpunan yang cuba untuk ke Dataran Merdeka. Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah Stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Lebih 10,000 orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibu pejabat PAS di jalan Raja Laut. Anwar, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang ikut sama. Kira-kira 15,000 berhimpun di depan Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'. Banyak juga kenderaan awam terperangkap di tengah kebanjiran penentang ISA.

Bermula dari simpang empat Jalan Sultan Islam, dekat bangunan Sime Darby penentang ISA sudah menawan Jalan Raja Laut hingga ke simpat empat ke PWTC, dekat Restoran KFC, menghala ke Chow Kit.

Kira-kira 15,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan pancutan water cannon dari jarak jauh, ke arah penyokong anti-ISA di hadapan Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

Kira-kira 20 anggota polis berada di depan ibu pejabat PAS di Jalan Laut. Bagaimanapun mereka tidak dapat bolos ke ibu pejabat PAS itu kerana petugas Unit Amal enggan membuka pintu. Kelihatan tiga trak FRU dekat situ. Khabarnya, polis masuk untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Ustaz Hadi, Anwar, Lim Kit Siang, Syed Ibrahim, Mahfuz, Salahuddin, Mohd Sabu, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin Pemuda PAS.

Pasukan polis berkenaan beredar dari situ.

Terdapat laporan mengatakan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo selepas bersurai di Pejabat Agong PAS. Mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan watar cannon.

Mereka mula melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan membantah akta itu sejak kira-kira jam 4 petang. Perhimpunan itu berakhir pada jam 4.15 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk Ketua umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan Pejabat Agong PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

Angkatan Muda KeADILan mengecam tindakan polis mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari tersebut bagi menuntut pemansuhan akta ISA.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, beliau yang turut dikehendaki polis bagi menyiasat perhimpunan besar tersebut, menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera.

Kecaman hebat ditujukan kepada kerajaan BN kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan water cannon untuk menyuraikan perhimpunan menentang ISA yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan 1 Ogos lalu, yang disertai lebih 50,000 orang di pusat bandaraya Kuala Lumpur, masih ditahan, untuk dibicarakan pada 3 Ogos.

Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan anti-ISA menegaskan beliau melihat sendiri polis yang bertindak sewenang-sewenangnya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas orang ramai.

Lim menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak ‘membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 10,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA 1 Ogos lalu.

"Adakah ini satu petunjuk yang pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua perdana menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957?" soalnya.

Najib sebelum ini menegaskan bahawa perhimpunan bantahan semalam tidak memberi sebarang makna kerana beliau telahpun berjanji untuk menyemak semula undang-undang tersebut selepas mengambil alih pentadbiran negara April lalu.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 0 ulasan



Mengapa polis terlalu bimbang referendum rakyat terlepas ke istana



TINDAKAN pasukan polis ke atas Himpunan Mansuh ISA (Mansuh) di Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu wajar dipandang sebagai sebahagian kandungan 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Jika di zaman mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya anggota polis dari Batalion Ke-4 Pasukan Polis Hutan, Sungai Petani dikerah ke Kampung Memali, Baling, tetapi Najib menunjukkan rupa paras lebih rakus dalam konteks mempergunakan pasukan keselamatan apabila 1Malaysia pasukan polis dikerah untuk hadapi Mansuh.
Dari larangan pegawai tertinggi polis, Menteri Dalam Negeri hinggalah PM sendiri yang disiarkan berterusan di media cetak dan elektronik termasuk pelbagai halangan melalui sekatan jalan raya, perkhidmatan pengangkutan dihadkan selain tangkapan awal pada malam dan pagi 1 Ogos itu, sememangnya himpunan Mansuh seolah-olah berjaya dikekang.
Malah, kesan kawalan ketat di lokasi-lokasi ditetapkan menyebabkan bakal peserta Mansuh berselerakan di seluruh ibukota. Mereka berada dipinggiran lokasi atau dalam premis-premis tertentu.
Dari laporan diterima juga, sudah ratusan ditahan setelah didapati membawa identiti sebagai bakal peserta Mansuh. Bas-bas yang membawa rombongan pula diiringi ke balai polis tertentu.
Di Sogo dan Kompleks Pertama kelihatan seorang pegawai tinggi polis berbadan gempal berbangsa Cina sibuk mengarahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) menangkap individu-individu tertentu.
'Special Branch' (SB) turut memainkan peranan mereka menyebabkan beberapa 'figure' ditangkap dan dibawa ke atas trak polis. Manakala ketika jam menunjukkan waktu pukul 1.30 petang, lebih 100 anggota PGA menyuraikan orang ramai di sekitar premis berkenaan.
Suasana 'sunyi' juga dilaporkan berlaku di Masjid Negara dan Masjid Jamek yang dipagari anggota polis hinggalah dibuka semula untuk solat Zohor, bahkan keadaan sesak yang biasa dilihat di Sogo dan Kompleks Pertama itu juga seakan-akan lengang.
Walaupun perarakan Mansuh dijadualkan bermula jam 2.00 petang, namun sehingga jam 1.55 petang tidak kelihatan tanda-tanda perarakan akan bermula seakan berjayanya tindakan polis.

Bagai semut keluar dari lubang

Tiba-tiba tepat jam 2.00 petang, bagaikan semut keluar dari lubang-lubangnya, para peserta Mansuh muncul dari pelbagai pintu berarak di jalan dengan laungan 'Daulat Tuanku!'. Kebanyakan mereka berlari-lari anak menyertai kelompok dipimpin Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bad) menjadikan jumlah kelompok itu lebih 5,000 orang dan bergerak menghindari sekatan polis. Turut serta berlari-lari menyelinap ke dalam kelompok tersebut ialah para SB.
Rupanya kelompok pimpinan Cikgu Bad merupakan kelompok awal, beberapa minit kemudian Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat bersama beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain mengetuai kelompok lebih 10,000 orang juga keluar secara tiba-tiba dari kompleks beli-belah Sogo.
Manakala Dr Mohd Hatta Ramli dilaporkan mengetuai lebih 5,000 peserta dari sekitar Masjid Negara. Juga dimaklumkan, masih ramai terpecah dalam kelompok-kelompok kecil di stesyen-stesyen Transit Aliran Ringan (LRT), Pasar Seni dan gedung-gedung perniagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Polis bertindak ganas

Biarpun terpisah, barangkali kejayaan membentuk kelompok-kelompok besar menyebabkan pihak polis dari pelbagai unit antaranya PGA, Unit Anjing Pengesan (D-9), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), SB dan lain-lain mengambil pendekatan 'menyerang' para peserta Mansuh dengan tembakan gas pemedih mata, pancutan air bertekanan tinggi dari meriam air (water cannon), pukulan belantan, tangkapan selain adegan kejar mengejar. Malah Ustaz Hadi turut jatuh menghadapi ‘serangan’ pancutan water cannon.
Cara polis memperlakukan mereka yang ditangkap wajar dipersoalkan. Bayangkan seorang peserta dipegang hampir 10 anggota PGA dan SB. Ada yang lebih dari jumlah itu malah diperlakukan dengan lebih kasar.
Walaupun peserta tidak melawan dan 'dilumpuhkan' pergerakannya, masih ada anggota polis yang mungkin 'nakal' menyiku-nyiku kepala tangkapannya. Peserta yang menunjukkan isyarat 'bendera putih' juga ada menjadi mangsa keghairahan khususnya anggota PGA. Peliknya, apakah seorang atau dua anggota polis terlatih tidak mampu menangani individu yang tidak bersenjata?
Water cannon juga bertindak memancut air hingga ke dalam premis-premis perniagaan termasuk restoran menyebabkan tidak kurang ada orang awam yang berang. Maka terlihatlah beberapa individu bebal dipercayai SB membaling botol minuman ke arah kenderaan 'kebal' itu, mengumpan provokasi.
Manakala kedapatan SB-SB yang lain berlakon melaung-laungkan cabaran kepada trak water cannon dan anggota FRU dibelakangnya. Lakonan berakhir apabila pihak beberapa PGA menangkap SB terlibat.
Di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, walaupun program Mansuh seusai tamatnya diisytiharkan bersurai, dua water cannon dan satu ketumbukan FRU berserta kira-kira 100 anggota PGA dan SB 'menyerang' peserta yang sudahpun bergerak untuk bersurai.
Kali ini lebih ganas hingga dilihat antara sesama anggota polis terpaksa menenangkan rakan-rakan mereka yang emosi. Anggota PGA yang masih muda pula kelihatan ghairah mengejar peserta muslimat hingga sejauh lebih satu kilometer dari Pejabat Agung. Apakah semua tindakan seperti ini masih dalam ruanglingkup 'Standard Operation Practise' (SOP)?

Jenayah tidak terbendung

Ternyata polis di era Najib akan diperalatkan untuk kepentingan politik BN dan disibukkan untuk menghadapi pengaruh Pakatan Rakyat. Sedangkan masih banyak jenayah yang gagal diselesaikan pihak polis.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein beberapa minggu sebelum ini pernah 'merungut' mengenai jurang besar nisbah antara anggota polis dan penduduk awam. Najib juga kemudiannya bertekad menangani jenayah jalanan yang turut disahut penuh azam pihak polis untuk menjayakannya.
Kehadiran ramai anggota polis di ibu negara pada hari tersebut juga tidak membantu ke arah penguatkuasaan undang-undang. Misalnya antara yang kelihatan ialah sekumpulan anggota polis beruniform tidak mengendahkan perlakuan pelanggaran undang-undang jalan raya dihadapan mereka dan boleh memberi mudarat kepada pihak lain.
Malah ada sumber memaklumkan, anggota dari beberapa agensi berkaitan pemulihan jenayah seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia turut dikerah untuk ke Kuala Lumpur dipercayai bagi tujuan berkaitan himpunan pada hari tersebut.

Lumpuh ibu negara kerana 5,000 orang?

Najib dalam ulasannya kepada media mengenai himpunan itu berkata terserah kepada pihak polis untuk tindakan susulan terhadap pimpinan pembangkang yang terlibat dalam himpunan tersebut. Tentunya bagi pihak polis, 'terserah' diungkap Najib itu perlu dilahirkan dengan tindakan yang memuaskan hati bos mereka itu.
Pemimpin BN lainnya pula memberikan merit gagal terhadap himpunan tersebut selain didakwa hanya disertai 5,000 orang. Anehnya, 5,000 yang didakwa mereka itu juga dikaitkan dengan kelumpuhan ibu negara itu selain membawa kerugian mencecah RM200 juta. Besar benar penangan 5,000 orang itu.
Malah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyindir Najib kerana jika sekiranya hanya 5,000 orang berhimpun masakan beliau menawarkan sebuah tempat besar iaitu stadium. Sebenarnya memadai dengan sebuah dewan. Tawaran Najib itu juga ditempelak Mahfuz kerana permohonan sedemikian pernah diajukan tetapi tidak juga dibenarkan mereka. Malah sekiranya Mansuh gagal, kenapa para pemimpin BN begitu galak mengulasnya?

Siapa sebenarnya dalang?

Para pemimpin Pakatan Rakyat kata Hishamuddin akan disiasat sejauh mana 'mendalangi' himpunan tersebut. Tidak pastilah sejauh mana kamus dewan yang Hishamuddin miliki mentafsirkan maksud 'dalang'.
Bagaimana pula dengan banyak kebobrokan yang berlaku dalam negara dipimpin 50 tahun BN ini? Siapakah dalang semua itu? Yang pasti, setelah gagal menangani Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Hishamuddin tidak akan mengerti maksud 'dalang'.
Hanya rakyat dan pemimpin berjiwa rakyat sahaja mengenal 'dalang'. 'Dalang' bukan sahaja dibenci, tetapi juga cuba dijatuhkan oleh rakyat secara demokrasi kerana membiarkan negara diurustadbir secara 'dalang', bukan sepertimana 'dalang' yang memperalatkan kekuatan dan kekuasaan secara 'dalang' demokrasi.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 0 ulasan



Himpunan Mansuh ISA: Polis bertindak keterlaluan, tak ikut SOP - Salahuddin Ayob





MUQADDIMMAH: Dengan mudah PDRM menyalahkan penyokong GMI enggan bersurai dan mengadakan perhimpunan haram. Namun, Akta Polis yang membelenggu serta sikap kerajaan yang anti perhimpunan aman, menyebabkan rakyat bangkit menyuarakan rasa tidak puashati mereka. Tetapi, penyokong anti-ISA, 1 Ogos lalu diligan bagaikan penjenayah dengan tembakan bertubi-tubi gas pemedih mata dan semburan aiar tajam water cannon. Adakah ini SOP polis seperti dakwaan Tan Sri Musa Hassan? Mengapa perlu beriya-iya sangat untuk halang Deklarasi Rakyat tiba ke pangkuan Yang Dipertua Agung? Ikuti interbiu eksklusif TARMIZI MOHD JAM bersama ketua komander Himpunan Mansuh Isa PAS yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di rumahnya, di Taman Melewar.

Boleh anggarkan jumlah penyokong Himpunan Mansuh ISA, 1 Ogos lalu? Macam mana kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan NGO?

SALAHUDDIN AYUB: Saya menganggarkan tidak kurang dari 50,000 orang telah bagi sokongan untuk memansuhkan ISA ini. Saya yakin kalau tidak ada halangan serius polis yang mengambil tindakan seawal jam tiga pagi pada hari itu, himpunan lebih berjaya.
Tidak ada masalah untuk menghimpunkan lebih dari 100,000 peserta demonstrasi sebagaimana yang kita telah rancangkan. Dan saya sebagai komander mengucapkan terima kasih terutama kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin terutama terhadap isu ISA ini tanpa mengira bangsa dan agama yang telah menunjukkan komitmen mereka.
Saya juga mengucapkan syabas kepada GMI sendiri yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat pemansuhan kepada ISA ini. Dokongan yang diberikan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan KeADILan ini telah membuktikan dokongan yang kuat.
Itu telah dapat dijelmakan dengan kehadiran mereka 1 Ogos lepas dan sama-sama merasakan tembakan gas dan sama-sama merasakan betapa peritnya kita dalam perhimpunan tersebut. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli PAS serta pendukung parti lain amnya.
Saya melihat kesetiaan mereka kepada parti begitu membanggakan. Setiap negeri, kawasan dan cawangan telah menghantar wakil mereka ke ibu kota untuk menjayakan himpunan ini. Terima kasih kepada semua NGO yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjayakan himpunan. Jadi, saya rasa tanpa komitmen semua pihak ini, kita tidak mungkin dapat menyaksikan himpunan seperti ini dapat dijayakan.

Kekangan pihak polis menyebabkan Deklarasi Rakyat tidak dapat disampaikan kepada Istana Negara. Perhimpunan aman dibenarkan oleh Perlembagaan tetapi Akta Polis yang lebih kecil daripada Perlembagaan telah menafikan perkara ini. Bagaimana sebenarnya boleh kita katakan tentang "perhimpunan aman" seperti yang termaktub dalam perlembagaan?

Akta Polis yang diwujudkan sebenarnya, mengikut pandangan pakar-pakar perundangan merupakan ultra-vires. Ini merupakan satu akta yang diwujudkan bercanggah dengan roh Perlembagaan itu sendiri.
Artikel 10 yang memberikan jaminan tentang hak kebebasan, hak bersuara dan hak berhimpun itu adalah jelas. Apa yang disyaratkan oleh Perlembagaan, mesti dalam keadaan aman. Perhimpuanan aman itu yang dipentingkan dan dipegang oleh Perlembagaan.
Pengalaman PAS dan Pakatan Rakyat dalam menganjurkan perhimpunan, saya ambil perhimpunan terdekat iaitu perhimpunan Bersih dan Mansuhkan PPSMI termasuk ISA. Kita telah buktikan kejayaan himpunan itu aman.
Kita telah berjaya mengotakan janji untuk wujudkan keamanan itu. Ini menyakitkan hati banyak pihak kerana himpunan aman ini tercetus penuh santai bersama keluarga dan anak-anak.

Adakah jaminan aman ini menyebabkan rakyat berduyun-duyun menyokong?

Ya. Mereka datang kerana jaminan keamanan itu. Saya sebut sebagai komander tentang tanggungjawab sebagaimana Himpunan Bersih yang dipimpin oleh Hj Mohamad Sabu juga dibuktikan dalam demonstrasi yang aman. Tetapi apa yang menyedihkan kita adalah tindakan pihak Polis Diraja Malaysia yang semacam diarahkan oleh pimpinan-pimpinan Barisan Nasional.
Mereka begitu angkuh mahu terus mengekalkan akta zalim ini yang sekali lagi mereka gunakan polis untuk kepentingan politik mereka. Saya rasa tanpa kehadiran pihak polis yang terpaksa menggunakan gas dan kekerasan, perhimpunan itu dapat berlangsung dengan aman dan kita dapat berarak ke Istana Negara dengan aman.
Tetapi apa yang kita saksikan, polis mengepung polis semua jalan ke luar di lokasi-lokasi yang kita telah tetapkan seperti di Sogo dan Masjid Jamek. Mereka kepung dan menembak dengan gas. Itu yang berlaku.
Di sini saya tekankan aspek aman itu akan terus kita kekalkan dan kita jadikan sebagai keutamaan kita. Dan sekiranya polis tidak bertindak walaupun Ketua Polis Negara mengatakan mengenai Standart Operation Procedure (SOP) itu sebenarnya ditentukan atas arahan BN dan bukan SOP dalam konteks yang kita bincangkan tadi iaitu menterjemahkan Artikel 10 mengenai hak berhimpun dan bersuara.

Tapi gambaran yang cuba polis buktikan ialah bagaimana himpunan tersebut diandaikan boleh mencetuskan huru hara. Apa pandangan saudara tentang tindakan polis dalam mengekang himpunan ini?

Jika kita melihat SOP dalam pasukan polis di negara-negara yang maju dan negara yang memang menjadikan demokrasi sebagai prinsip yang mereka perjuangkan, pernah berlaku himpunan yang lebih besar daripada itu di Eropah dan di Britain, ratusan ribu malahan jutaan rakyat menyertai himpunan.
Tetapi ia berlaku dengan aman. Aman dalam konteks polis benar-benar mengawal keamanan. Polis hanya menjalankan tanggung jawab memastikan tidak ada peserta-peserta melakukan provokasi. Polis memastikan tidak ada kerosakan harta benda awam. Polis hanya berkawal dan menentukan tidak ada pergaduhan yang berlaku yang dicetuskan oleh peserta.

Adakah SOP di sini sama?

Itu SOP tugas polis di negara maju yang mempraktik ketulenan demokrasi. Tetapi di negara kita, polis yang memulakan segala-galanya. Mengadakan terlalu banyak sekatan jalan raya di ibukota, ini tidak munasabah. Hampir semua jalan masuk ke ibukota diadakan sekatan jalan raya.
Dan apabila mereka memulakan tangkapan awal serta menembak gas pemedih mata tanpa ada satu prosedur yang jelas, adakah ini ikut SOP? Jika PDRM kita menjalankan tugas seumpama SOP di negara maju dan negara demokrasi lain, saya rasa kejadian 1 Ogos itu tidak akan berlaku.
Demonstrasi sewaktu bantahan karikatur hina Rasulullah SAW di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kemudian ke Kedutaan Amerika berjalan aman. Polis benarkan dan mereka mengawal. Lebih 100 ribu turun. Ia dilakukan tanpa provokasi polis. Ini membuktikan perhimpunan boleh dilakukan secara aman. Jadi dalam Himpunan Mansuh ISA ini, polis buat provokasi...

Itu bukti terbaik yang cukup 'emperical'. Tambah FRU, polis trafik mengawal lalu lintas dan kita berarak dengan aman. Dan tidak ada satu pun kedai ditutup sepanjang perhimpunan tersebut. Polis boleh menggunakan media massa menyatakan kerjasama mereka dalam perhimpunan aman itu.
Satu lagi perhimpunan besar yang saya saksikan walaupun polis hadir tetapi mereka memberikan masa yang cukup. Demonstrasi yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor di Dataran Merdeka. Isu penyembelihan rakyat Bosnia Herzogovina pada 1992.
Waktu itu hampir 60,000 rakyat bersembahyang di Dataran Merdeka serta berdoa. Polis tidak melepaskan gas pemedih mata dan ia berlaku dengan aman. Ini bukti jika polis bertindak dengan SOP yang standart, maka ia tidak akan menimbulkan masalah.
Saya juga ingin menambah dalam beberapa perhimpunan besar, kita telah berjaya menampilkan pasukan Unit Amal yang memainkan peranan yang cukup penting dan penuh disiplin serta mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Kita telah menyaksikan bagaimana Unit Amal ini cukup berjaya mengawal keselamatan pihak kita daripada mencetuskans ebarang provokasi. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap anggota Unit Amal.

Media massa yang dikuasai BN gambarkan himpunan kali ini telah cetuskan huru hara. Gambaran buruk ini menunjukkan penganjur tidak bertanggung jawab serta menyebabkan kesesakan lalu lintas, peniaga terpaksa tutup kedai serta banyak lagi komen yang menunjukkan GMI bersalah. Bolehkah kita katakan perkara ini satu pembuktian palsu polis terhadap sesuatu perhimpunan aman?

Saya memang bersetuju dengan pandangan itu. Dan saya berlaku adil. Untuk meletakkan sepenuhnya kesalahan itu kepada pihak polis, kita tidak sampai ke tahap itu. Polis akan bertindak mengikut arahan politik BN.
Isu sebenarnya ialah apabila media arus perdana menyiarkan gambar seperti ini atau mereka mempamerkan satu persembahan mereka yang menggambarkan betapa buruk gambaran demonstrasi tersebut. Ia berasaskan rasa terdesak dengan desakan untuk menghapuskan ISA.
Tekanan-tekanan yang mereka terpaksa hadapi daripada rakan-rakan BN sendiri. MCA dan Gerakan turut menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agung. Jadi, di kalangan komponen BN sendiri, yang mahukan ISA dihapuskan ditambah dengan kehadiran tidak kurang 50,000 orang dalam perhimpunan itu. Najib cukup berasa tertekan dan saya yakin akhirnya mereka terpaksa menggunakan media mainstream untuk gambarkan sesuatu yang buruk tentang apa yang berlaku 1 Ogos itu.

Sekiranya sekatan jalan raya dibuat di tempat-tempat yang sama pada hari tiada demontrasipun, saja-saja buat, Kuala Lumpur pasti akan lumpuh. Sebab terlalu banyak sekatan dan lencong yang boleh mengundang kesesakan lalu lintas yang melampau.

Sekiranya berlaku sekatan dan lencongan bukan disebabkan adanya demonstrasi, seperti kejadian tanah runtuh atau banjir kilat serta pembinaan jalan di dua nadi di Kuala Lumpur iaitu di Lebuhraya Mahameru dan Jalan Kuching, kesasakn pasti terjadi. Di dua tempat ini jika berlaku musibah bukan angkara demonstrasi sekalipun, Kuala Lumpur akan sesak dan lumpuh.
Ini bermakna polis sebenarnya cuba mempengaruhi umum kononnya Kuala Lumpur lumpuh akibat demontrasi hanya dengan membanyakkan sekatan dan lencongan jalan raya. Sedangkan jika tidak ada demonstrasi pun, waktu hujan lebat akan berlaku kesesakan jalan raya. Jadi, ini satu alasan yang tidak munasabah diberikan pihak polis.

Adakah sekiranya jika polis mengawal keselamatan mengikut prosiding asal SOP lebih kurang satu atau dua jam, himpunan aman ini boleh disurai dan Deklarasi Rakyat dapat diserahkan kepada Yang DiPertuan Agung?

Saya percaya sesungguhnya jika polis memberikan kerjasama serta memberikan kami masa daripada pukul dua petang sehingga 3. 30 petang atau beri kami satu jam sahaja berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum, saya rasa kita dapat menyelesaikan dengan baik serta menyuraikan perhimpunan tersebut dengan aman.

Cukup sedih, terdapat penyokong anti ISA yang dikepung dari pelbagai sudut serta ditembak dengan gas pemedih mata dan water cannon. Apakah ini ikut SOP?

Objektif mereka ialah memastikan arahan politik menggagalkan himpunan ini. Tujuan polis ialah jangan ada sebarang himpunan. Polis bertindak lebih drastik daripada dua perhimpunan sebelum ini dengan mengepung lokasi yang telah kita isytiharkan itu.
Ia adalah untuk memastikan orang-orang yang disyaki tidak berhimpun di ketiga-tiga lokasi. Itu arahan yang mereka terima untuk menggagalkan perhimpunan ini. Iaitu jangan ada sebarang perhimpunan sebagaimana yang dirancang untuk memenuhi kehendak pimpinan BN.
Sebab itu mereka bersungguh-sungguh melakukan kepungan, tangkapan serta melepaskan gas pemedih mata. Namun begitu, ingin saya tegaskan semangat juang serta rakyat Malaysia agar akta ini dimansuhkan begitu tinggi.

Tapi pesta tembak gas pemedih mata dan sembur water cannon, agak keterlaluan. Masa bersurai singkat. Kawasan dikepung. Ini rasanya bukan ikut SOP?

Ya. Di hadapan Sogo arahan diberikan hanya dua minit. Adakah munasabah SOP cukup dua minit? Polis harus menggunakan budi bicara mereka. Di hadapan Sogo sahaja hampir 20,000 peserta. Dengan tidak menggunakan pembesar suara dan masa diberi dua minit.
Adakah ini munabah? Kemudian terus menembak gas pemedih mata. Ini tidak mengikut SOP. Di tempat yang lain juga polis tidak memberikan masa yang secukupnya untuk bersurai secara aman. Itu juga tidak mengikut SOP sebagaimana yang Ketua Polis Negara sebut.
Apa yang kita minta ialah sekiranya polis memiliki integriti yang benar-benar mereka sebagai Polis DiRaja Malaysia yang akan bertindak mengikut Perlembagaan serta boleh bertindak mengikut Akta Polis dengan memberikan permit himpunan.

Tidak mungkin polis beri permit?

Itu saya tidak pertikai. Dan berikan kami permit. Apa masalahnya untuk polis tidak memberikan kami permit. Kita mempunyai penganjur yang sah, yang memperjelaskan namanya iaitu GMI. Dan polis tahu siapa Pengerusinya iaitu Syed Ibrahim Syed Noh. Dan kita menyatakan siapakah anggota parti yang mendokong GMI iaitu PAS dan KeADILan.
Dan kita juga menyatakan NGO yang bersama dengan GMI iaitu Suaram dan NGO lain. Ada 83 buah NGO. Semua itu kita isytiharkan dan tidak kurang sepuluh sidang akhbar diadakan berkenaan dengan perhimpunan ini.
Dan ini bukan demonstrasi 'underground' dan demonstrasi yang dilakukan di luar undang-undang negara. Semua itu kita isytiharkan dan dipetik oleh mana-mana syarikat media dan blogger. Apa masalahnya untuk polis memberikan kami permit?
Jika kami melanggari sebagaimana dinyatakan dalam permit, polis boleh mengambil tindakan terhadap kami. Jika kita mempunyai rekod menganjurkan perhimpunan yang mengganggu ketenteraman awam serta membahayakan negara, polis boleh bertindak mengikut undang-undang yang ada.
Jadi, kita mempersoalkan kenapa tidak boleh memberikan kami permit, iaitu memohonnya. Polis awal-awal lagi mengatakan permit tidak akan dikeluarkan dan ini perhimpunan haram. Jadi saya mempersoalkan adakah itu sikap profesionalisma yang ingin polis tunjukkan?

Kali ini tahanan paling ramai, cecah 589 orang. Apa yang polis cuba tunjukkan?

Polis sengaja menangkap sesiapa yang mereka syaki dalam jumlah yang ramai untuk tujuan menakutkan. Mungkin modus operandinya adalah sesiapa yang datang berhampiran dengan Kuala Lumpur atau berhasrat menyertai perhimpunan ini, akan rasa takut. Ini mungkin modus operandi mereka.

Media berbahasa Melayu cuba gambarkan adanya tindakan ganas dari penyokong GMI berbanding media Cina yang terbuka dan memaparkan apa yang sebenarnya terjadi di tempat kejadian...

Itulah Umno yang hanya bergantung kepada akhbar Melayu untuk mendokong mereka. Dan ini tidak mengambil sikap untuk mendidik pemikiran rakyat tentang sesuatu itu dengan lebih rasional serta untuk menyelamatkan generasi akan datang daripada akta ini yang terus mencengkam mangsanya.
Tidak seperti sikap akhbar Cina yang lebih terbuka. Dan memang objektif penerbit akhbar Cina untuk mendidik minda dan pemikiran rakyat. Mereka memberikan input serta maklumat yang betul. Sebab itu kita melihat satu pemikiran yang berbeza antara kedua-dua akhbar ini dalam menyampaikan mesej kepada rakyat.

Nampaknya motivasi pengikut-pengikut GMI terutama generasi muda sangat kuat berbanding 10 tahun yang lalu. Dan kita melihat kekuatan ini satu cabaran baru kepada kerajaan. Kebangkitanan genarasi muda?

Kita melihat dalam tiga himpunan besar yang kita buat iaitu Bersih, Mansuhkan PPSMI serta Mansuh ISA, saya berani menyatakan kira-kira 75 peratus adalah anak muda. Bermakna negara kita mempunyai masa depan yang cukup meyakinkan dan cukup cerah apabila anak-anak muda ini bersama dengan kita.
Indikator ini cukup membanggakan. Suara anak muda tidak lagi bersama dengan BN. Mereka merupakan anak muda yang dinamik, yang melihat sesuatu secara objektif dan anak muda yang mahu menentang kezaliman. Anak muda hari ini adalah mereka berjuang untuk masa depan generasi akan datang.
Ini isyarat yang ditunjukkan anak muda hari ini. Sebab itu Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan ancaman terhadap IPTA dan IPTS akan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut.

Apabila kekangan polis terhadap rakyat dalam perhimpunan tersebut berjaya, Umno dilihat menang. Tetapi ini menimbulkan kemarahan rakyatyang membuak-buak terhadap BN. Apakah imej Umno mampu dipulihkan dengan perkembangan terkini, 1 Ogos lalu?

Apa yang Najib buat untuk meningkatkan imejnya sebagai PM baru yang 'bersih' dan mesra rakyat gagal. Ada sahaja malapetaka yang mengintai Najib di sepanjang lorong-lorong serta simpang politiknya. Kematian Teoh Beng Hock, rasuah, kisal Altantunya. Lepas satu, satu. Ada sahaja badinya Najib ini.
Dan mereka cuba menutup suara dalaman yang kuat dalam BN yang mahu ISA ini dihapuskan. Mereka menggunakan PDRM yang kononnya ingin menggagalkan perhimpunan itu. Dan mereka merasakan mereka menang. Tetapi sebaliknya bagi saya, apa yang Najib buat itu tidak dapat menyembunyikan kebobrokan yang berlaku pada era Najib dan Umno itu sendiri.
Dan saya rasa dengan apa yang kita lakukan itu, satu isyarat yang jelas bahawa Najib dan Umno tidak berupaya lagi untuk memperbaiki imej mereka. Dan saya rasa dengan kebangkitan anak muda ini, inilah masanya kita mengambil alih peranan BN dan Umno.

Laporan sebuah akhbar harian menyebut pembabitan orang Melayu lebih ramai berbanding bangsa lain. Apa yang sebenarnya berlaku?

Ini bukan isu perkauman. Dalam perhimpunan seperti mendiang Teoh dan A. Kugan sebelum ini juga dihadiri oleh kami, saya sendiri serta pimpinan PAS. Jadi kita sedar himpunan ini bukan himpunan perkauman. Saya ingin tanya di sebelah pihak satu lagi (Pro-ISA), di mana mereka? Orang Melayu juga tidak menyokong mereka.
Trend politik Cina tidak turun ke jalan raya. Tetapi dalam masa yang sama pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga ada. Sejak merdeka memanglah kita lihat orang Melayu keluar menyatakan bantahan. Tetapi trend orang Cina tidak begitu.
Mereka senyap tapi menggunakan 'silent vote' mereka. Tetapi dengan adanya Lim Kit Siang serta beberapa Ahli Parlimen DAP dan KeADILan, serta kehadiran ahli serta pimpinan Kelab Penyokong PAS, saya rasa tidak timbul soal perkauman.

Adakah kerana isu agama, maka mereka turun menentang?

Saya rasa ahli PAS ini terdidik. Yang penting apabila arahan diberikan pimpinan tertinggi mereka akan patuh. Last draw daripada Harakah sendiri menyatakan Mursyidul Am dan Presiden PAS mengatakan wajib menentang kezaliman. Dan itu yang saya rasa formula terbaik.

Bilakah 10 Deklarasi Rakyat itu akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agung?

Deklarasi tersebut mungkin akan dihantar 10 atau 11 Ogos ini. Kita tidak sampai ke Istana Negara bukan salah kita. Laluan kita untuk ke istana negara dihalang.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Ogos 08, 2009 1 ulasan

Sivakumar Speaker Yang Sah

14 Ogos 2009
Speaker Sivakumar : Hee Yit Fong dicadang untuk dipenjara

Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar sekali lagi menggantung Menteri Besar BN Perak daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 3 bulan dan didenda RM250,000 kerana kesalahan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Sivakumar yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.

Selain itu, Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Dalam sidang media kelmarin Sivakumar turut mengumumkan persidangan DUN Perak akan diadakan pada 2 September ini pada 10 pagi dan sidang itu tidak perlu mendapat perkenan Sultan Perak kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan beliau mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.

Beliau yang membuat pengumuman berkenaan kepada media di sebuah hotel di sini berkata, beliau mengambil keputusan untuk membuat sidang DUN itu berdasarkan beberapa alasan termasuk sidang DUN pada 7 Mei lalu tidak lengkap sepenuhnya.

Siva berkata, mengikut peraturan sidang DUN hanya harus berjalan selepas titah Sultan.

Menurutnya, selepas titah, akan ada perkara-perkara lain termasuk debat mengenai ucapan Sultan dan pada hari terakhir persidangan menteri besar akan menggulung segala butir perdebatan dalam sidang berkenaan.

“Manakala titah Tuanku juga harus dibuat undi untuk meluluskannya.

“Bagaimanapun seperti yang dimaklumi semasa sidang yang lepas semua ini tidak berlaku dan dewan hanya ditangguhkan begitu sahaja dan kini sudah tiga bulan berlalu.

“Manakala hak sebagai ADUN untuk berbahas dan mengemukakan masalah dalam kawasan mereka juga telah dinafikan,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku dalam sidang berkenaan ialah kekacauan termasuk kehadiran tujuh ADUN yang telah digantung pada 3 Mac lalu dan tiga ADUN bebas yang telah meletakkan jawatan.

Menurutnya, kekecohan juga wujud apabila polis diarahkan untuk memasuki dewan dan seterusnya menariknya keluar dari dewan.

“Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Speaker yang sah dari segi undang-undang untuk meneruskan persidangan yang tertangguh pada 7 Mei lalu selepas titah ucapan Sultan.

“Ia untuk membolehkan semua prosedur yang tidak dijalankan semasa persidangan yang lalu diteruskan,” katanya.

Manakala menjawab soalan wartawan mengenai adakah pihaknya mengiktiraf sidang 7 Mei lalu, Sivakumar berkata, pihaknya mengiktiraf titah Sultan dan bukannya perkara yang berlaku sebelumnya.

Katanya, persidangan yang bakal diadakan itu tidak perlukan perkenan Sultan kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan.

“Saya akan mengeluarkan notis panggilan untuk menghadiri sidang ini selewat-lewatnya hari ini,” katanya.

Sivakumar membacakan peraturan Dewan yang membolehkan speaker memanggil sidang DUN yang ditangguhkan.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:14 AM

Thursday, August 13, 2009

Umno Kecundang Dengan Isu Arak

14 Ogos 2009
Arak tidak boleh dijual kepada orang Islam: DSAI
Oleh : Zamri keciks



Ini merupakan penyelesaian terbaik buat kemelut pengawalan jualan arak di Selangor. Siang tadi Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat telah bersidang dan antara isu yang dibincangkan adalah kontroversial kes kawalan arak di Selangor. Kesemua pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP hadir.

Menurut MStar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut dilaporkan berkata:

"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya,.

Kita sokong tindakan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa penjualan arak kepada orang Islam tidak boleh manakala penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam kekal seperti yang ada sekarang, jadi isu ini tiada masalah bebangkit,

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut menjelaskan bahawa keputusan ini bermakna kedua-dua kaedah iaitu kawalan kendiri atau “self regulation” yang diperkenalkan MB dan pengawalan melalui Enakmen Jenayah Syariah Selangor akan diguna-pakai.

Jelasnya arak tidak boleh dijual kepada orang Islam dan dengan itu kawalan ke atas kawasan penduduk yang majoriti slam sewajarnya segera dimulakan. Pendirian ini membuktikan kerajaan PR prihatin terhadap desakkan dan tuntutan masyarakat Islam dan dalam waktu yang sama mengiktiraf hak masyarakat bukan Islam.

Keputusan ini sekaligus bagi saya menjerat kawan-kawan kita dari Umno, setelah berpenat lelah berhimpun dan menyerahkan memorandum bantahan mahukan arak ini diharam dijual di kawasan majoriti Islam di Selangor, kini mereka perlu pula berarak di kawasan-kawasan majority Islam di negeri-negeri yang dikuasai BN dari Johor ke Melak ke Negeri Sembilan sehinggalah Perak, Perlis, Pahang dan Terengganu.

Siapa jerat siapa sekarang? Siapa masuk perangkap siapa?

Bagi saya lantaklah Umno dengan kegilaan mereka mahukan kuasa dengan menangguk di air keruh, kini air keruh menjadi minuman mereka. Yang penting adalah Islam berjaya dimartabatkan, usaha untuk mencegah kemungkaran yang merupakan perintah Allah swt dapat kita lakukan setelah Umno gagal.

Semoga permulaan ini membuka ruang yang lebih luas untuk nilai dan peraturan Islam dapat dihormati dan disaksikan kejayaannya. Ayuh kita buat kerja untuk Islam.




Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:00 AM

PAS Terbukti Tiada Gadai Prinsip Dalam Pakatan

14 Ogos 2009
UMNO Pengkhianat Agama

Email Oleh : @yip 67
Oleh Ust Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi


1. Pertama saya mahu ucapkan syabas kepada Yb. Dato' Dr. Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor di atas ketegasan beliau biarpun berdepan dengan kecaman hebat dari pelbagai pihak termasuk dari rakan PAKATAN namun tetap teguh dengan pendirian mempertahankan prinsip perjuangannya yang berasaskan nilai Islam khasnya dalam isu arak . Beliau kini dianggap hero ummat Islam di Selangor khasnya dan dinegara ini amnya oleh rata - rata pencinta Islam .

2. Tahniah juga saya ucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sebentar tadi telah mengumumkan kawasan - kawasan [ majoriti muslim ] larangan menjual arak dan minuman beralkohol di Selangor . Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada keduanya . Satu usaha awal untuk membawa negeri PAKATAN Rakyat menjadi lebih baik daripada UMNO dan BN . Semoga usaha diteruskan dan dikembangkan dalam banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan jauhi sama sekali sebarang usaha yang hanya bersifat retorik .

3. UMNO dan BN pastinya kehabisan modal dan kini mereka terpaksa menggunakan peluru akhirnya untuk menyerang dengan mensasarkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi dasar perjuangan dan aktivitinya. Setelah teruk mereka membelasah Tuan Guru Hj. Hadi Awang sejurus selesai muktamar tempoh lalu , kemudian Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula diasak oleh mereka menjelang pilihanraya Manek Urai dan kini mereka mensasarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula yang dilabel sebagai pengkhianat bangsa melayu .

4. Pertamanya saya mahu tegaskan bahawa UMNO dan BN sewajarnya mencontohi Pakatan Rakyat bukan memusuhinya. Wujud perselisihan faham namun bijak mengatasinya . Tercetus masaalah dalaman tetapi cepat menanganinya . Ada kelemahan tetapi konsisten untuk memperbaikinya . Timbul kritikan dan cemuhan namun teguh dan tegas mempertahankan prinsip perjuangan .

5. Kedua : Saya menggesa supaya UMNO dan BN ambil langkah serupa di negeri - negeri yang diperintah dan ditadbir oleh mereka seperti apa yang dilakukan oleh Selangor malah ianya telah lama dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dalam mengawal penjualan arak khususnya di kawasan - kawasan majoriti muslim . Islam tidak campur tangan berkait kes arak dalam lingkaran non muslim yang agamanya membenarkan mereka meminum minuman beralkohol itu . Tetapi tegas agar ia tidak melewati sempadan masyarakat muslim justeru agama Islam mengharamkan penganutnya membeli , menjual , mempamer , memproses dan meminum arak .

6. Ketiga : Saya mendesak agar UMNO dan BN jangan hanya bising isu Arak dan isu penghinaan terhadap Islam [ tanpa saya menafikan ia juga satu isu yang besar ] tetapi juga mesti memandang kepada isu - isu yang lain di mana ia turut mencabar kesucian Islam dan menghiris perasaan ummat Islam sementara mereka adalah kerajaan yang memerintah negara ini . Sebagai contoh mudah , Utusan Malaysia menyiarkan isu penghinaan terhadap Islam di muka hadapannya tetapi memuatkan keputusan sport TOTO , Magnum dan Horoskop dibahagian belakangnya . Ini satu persendaan . Akhirnya orang kata UMNO mempersendakan Islam.

7 . Keempat : Hentikan segala serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat . Apalagi serangan itu tidak berasas dan hanya bertolak dari sentimen perbedaan ideologi politik . Tindakan UMNO dan BN bukan hanya menampakkan mereka sangat terdesak tetapi juga jelas kehabisan idea dan tidak mempunyai kredebiliti yang hebat dalam menghadapi saingan politik . Serangan kepada peribadi hanya akan berkesan apabila ia benar - benar berdiri di atas bukti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang kukuh .

8. Kelima : Sampai masanya UMNO dan BN merombak segala dasar perjuangannya yang jelas bertentangan dengan Islam dan akhirnya mengheret UMNO dan BN terus hanyut dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam . Apabila UMNO dan BN berada dalam satu frame yang salah bagaimana mereka mahu membetulkan orang lain sekalipun orang lain juga berkemungkinan melakukan kesalahan .

9. Saya mengharapkan kepada semua ummat Islam khasnya tokoh - tokoh agama menilai sokongan mereka terhadap UMNO dan BN dan melihat jauh ke hadapan bagaimana keupayaan UMNO dan BN mampu mempertahankan Islam dan ummatnya di masa depan atau hanya pandai buat bising bila isu timbul sekadar menangguk di air keruh seperti Khairy dan Ali Rustam dan kemudiannya lari menyembunyikan muka bila isu selesai untuk mengintai peluang menangguk buat kesekian kalinya.

10. Contoh mudah saya bawa : mereka pertikaikan PAS kononnya gadai prinsip , alat DAP dan 1001 tohmahan . Tetapi alhamdulillah , dalam tempoh 2 tahun kita menerajui negeri di bawah Pakatan Rakyat ternyata banyak isu kita boleh selesaikan dengan baik biarpun bermula dengan perselisihan faham dan sebagainya . Isu terkini ialah arak yang akhirnya menyaksikan UMNO dan BN terpaksa menjilat pasir setelah menyalak sekian lama apabila PAS tegas dengan prinsip dan kerajaan Pakatan Rakyat sedia mengambil langkah perubahan yang positif .

Persoalannya , 50 tahun UMNO dan BN memerintah sehingga tersergam utuh kilang arak di Selangor kenapa UMNO dan BN senyap diam membisu sejuta bahasa . Kelu lidah macam orang kena stroke . Bila Pakatan Rakyat memerintah baru 2 hari [ baca 2 tahun ] hampir terjelir lidah mereka melaung slogan kononnya mereka perihatin terhadap isu agama dan sensitif terhadap sentimen ummat Islam .

Saya percaya kalau PAS memerintah Selangor sejak awal merdeka dulu , insyaallah tidak akan terbangun kilang arak sebesar itu . Kalau mereka mahu minum arak , kilang itu boleh di bina di Australia , Taiwan , Singapore atau mana - mana negeri yang tidak majoriti muslim kemudian dibeli secara terhad oleh kelompok yang agamanya membenarkan mereka meminum arak . Tapi , itu semua hanya kalau .... kalau PAS memerintah Selangor dulu :)

Harapan saya satu masa nanti , negara ini akan dipimpin oleh Islam agar segala syariatnya dapat dilaksanakan dan kemudian ia akan memberi keadilan kepada semua kaum , bangsa dan agama . Islam adalah agama yang adil dan keadilan itu adalah untuk semua .



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:04 AM

Sandiwara Arak Umno

14 Ogos 2009
Benarkah Ahli Umno Jijik Dengan Arak ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.


Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang- undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:50 PM

Pakatan Tubuh Sekretariat

Jumaat 14 Ogos 2009 | 22 Sha'ban 1430 Hijrah
Pakatan kukuh, sebulat suara kutuk Umno hina Islam
Zulfikar Mashoor
Fri | Aug 14, 09 | 12:50:44 pm MYT
PETALING JAYA, 14 Ogos : Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini. Iklan



Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.

Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.

"Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.

Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.

"Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.

"Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.

Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.

Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.

Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.

Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.

Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana. -azm _ harakah

Pakatan Tubuh Sekretariat

Jumaat 14 Ogos 2009 | 22 Sha'ban 1430 Hijrah
Pakatan kukuh, sebulat suara kutuk Umno hina Islam
Zulfikar Mashoor
Fri | Aug 14, 09 | 12:50:44 pm MYT
PETALING JAYA, 14 Ogos : Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini. Iklan



Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.

Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.

"Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.

Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.

"Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.

"Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.

Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.

Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.

Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.

Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.

Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana. -azm _ harakah

Derita Kasih Oleh : Nash Ar-Rawy

Derita Kasih
Aug 14th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress
Oleh: Nash Ar-Rawy

Ku kecapi kasih mu

Terkandung dalam rindu

Terkenang mu selalu

Tenggelam ku dalam mu

Betapa deritanya

Jika rasa tiada

Hidup tiada bermakna

Gula tanpa manisnya

Alang kah pedihnya derita hati

Jika kau tak peduli

Alangkah hancurnya rasa

Pabila kau tiada

Kerna tiada bahgia

Tanpa kau di sisi

Kasih nan merana

Derita nan mengisi

Tak guna ku tangisi

Yang tak bisa dibeli

Yang sifatnya nan asli

Menyerapi sendiri

Tags: nash arrawy
( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Mendaftarkan Pakatan Rakyat Dan Disiplin Parti

Khamis 13 Ogos 2009 | 21 Sha'ban 1430 Hijrah

Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat
Wartawan Harakahdaily
Thu | Aug 13, 09 | 11:27:01 am MYT
VERSI TERKINI

PETALING JAYA, 13 Ogos: Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Iklan



Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

ImageHampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

ImageUntuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar. _ Harakah

Umno Gagal Exploit Isu Arak Di Selangor

Enter your search terms Submit search form
Web HarakahDaily
Khamis 13 Ogos 2009 | 21 Sha'ban 1430 Hijrah

Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai
Hazayani & Dzulfikar Mashoor| Foto Wan Zahari
Thu | Aug 13, 09 | 2:49:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.
Iklan



Image

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Image

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. - azm

(Berita lanjut menyusul) _

Wednesday, August 12, 2009

Bubar Dun Perak

Enter your search terms Submit search form
Web HarakahDaily
Rabu 12 Ogos 2009 | 20 Sha'ban 1430 Hijrah

Dun Perak bubar November tahun ini?
SM Noor
Wed | Aug 12, 09 | 10:47:52 am MYT

KEMAMAN, 12 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.
Iklan




Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.

"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.

Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.

"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.

"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.

Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku �huru hara�.

Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.

"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.

"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.

Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.

Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.

Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.

"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.

"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.

"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.

"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.

Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.

Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.

"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.

Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. - mks._ harakah

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14