D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, May 30, 2009

PAS Mengarusperdanakan Perjuangan Rakyat


Sabtu 30 Mei 2009 | 5 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan
Saidah Hairan
Sat | May 30, 09 | 5:23:33 pm MYT

KLANG, 30 Mei (Hrkh) - PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Iklan

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.

Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.

"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.

Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang./SH _

Thursday, May 28, 2009

Umno Cemburu Ulamak Hiraki Pimpin PAS

Jumaat 29 Mei 2009 4 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Jangan terheret dengan permainan musuh - Salahudin Ayub
Azamin Amin Fri May 29, 09 1:11:37 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - "Ulama menjadi teras kepimpinan PAS. Profesional sebagai tiang seri manakala aktivis parti pula sebagai paksi perjuangan. Salah satu patah, PAS akan tumbang. Bermakna janganlah kita terheret kepada permainan musuh untuk memisahkan kita."
Iklan




Demikian petikan kata-kata peransang Ketua Pemuda PAS yang mengakhiri khidmat secara rasminya pada Muktamar Jun depan, Salahuddin Ayub berhubung kekuatan PAS selama ini mendepani cabaran dan asakan musuh daripada luar.
Katanya Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan dalam ucapan akhir dalam seminar, Jubli Perak Ulama di Taman Mewar tempoh hari bahawa tidak ada satu bentuk dikotomi antara ulama dan bukan ulama.
"Saya percaya dan yakin, kepimpinan ulama mesti terus dan diperlukan dalam parti. Dikotomi itu tidak perlu wujud.
"Insya-allah PAS akan kukuh, dan tidak ada sesiapa dalam PAS yang akan melakukan kerja-kerja jahil untuk meminggirkan kepimpinan ulama ini," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Harakah di pejabat media itu petang semalam.
Dalam pada itu, beliau juga berharap anasir tidak sihat yang dimainkan oleh musuh tidak menular ke dalam sayap kanan parti itu dan mahu Pemuda PAS terus tampil sebagai wadah yang mempunyai agenda, gagasan dan idealisme yang segar untuk terus berada di hati rakyat pelbagai lapisan di samping membela isu-isu rakyat dan masalah sejagat.
"Jangan rosakkan Pemuda PAS dengan panggilan dan label-label yang dilemparkan oleh musuh kita tetapi tampil dengan pemikiran yang segar, kuat dan kontemporari," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian. - azm
(Ikuti temubual khas Harakah dengan beliau dalam edisi Isnin yang akan berada di pasaran 31 Mei depan) _ --> .... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Kelab Penyokong PAS

Konvensyen KPP 30 Mei ini tentukan halatuju ahli bukan Islam PAS

Oleh Hamdan MSKUALA LUMPUR, 26 Mei: Konvensyen Kelab Penyokong PAS (KPP) yang akan diadakan pada 30 Mei ini akan membincangkan dengan serius cadangan untuk menaiktarafkan kelab sebagai salah satu daripada sayap PAS dan bergelar "Dewan".Demikian kata Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Halimah Ali di sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur Selasa lepas.Menurutnya, konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan bermula dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.Dengan bertemakan "BERDIRI TEGUH MENEMPUHI CABARAN",konvensyen itu bertujuan untuk menghimpunkan kepimpinan Kelab Penyokong Pas daripada seluruh negara.Konvensyen sehari ini juga akan menerangkan peranan yang perlu dijalankan serta memberi penerangan berkaitan perancangan yang telah dirancangkan oleh KPP.Selain daripada itu juga, pelan untuk menaikkan tarak kelab ke taraf Dewan akan diterangkan kepada pimpinan Kelab Penyokong PAS dalam konvensyen itu.Menurut Dr Halimah Lagi, konvensyen itu bakal menjadi pemangkin baru dari masyarakat bukan Melayu yang telah lama menyetai KPP.
Posted by Siasah at 1:52 AM 2 comments
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Mahkamah Rayuan Tiada Ulasan

28 Mei 2009

Nizar : Ulasan penghakiman Mahkamah Rayuan belum dikeluarkan.
.fullpost{display:inline;}
Sampai hari ini ulasan dari penghakiman 3 hakim pada 22 Mei tidak dikeluarkan, kerana selagi tidak dikeluarkan ulasan penghakiman kita tidak dapat menyoal penghakiman itu. Inilah konspirasi kehakiman yang berlaku tetapi kita yakin dapat lakukan di mahkamah Perseketuan. Jelas beliau dalam majlis taklimat selepas program penutup program puasa sunat dan mogok lapar.Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita keistana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa tuanku untuk bubar DUN.Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah , dengan berseloroh berseloroh katanya sampai mengigau saya marahkan kepada speaker Ganesan dalam tidur. katanya.Sebagai meraikan mereka yang berpuasa, kita diberi penhargaan oleh Lim Guang Eng dan isteri. mMlah mengatakan seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.Beliau juga mengesahkan Lim Guang Eng akan melakukan sesuatu kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang untuk mengabdikan perjuangan di perak.Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di perak setelah kita memerintah perak, yang ini UMNO cukup cemburu.Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam PR dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadits katanya sambil berseloroh.Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagao komunis, jangan termakan tohmahan ini., Kita ada prinsip dalam pakatan ini.Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajat kita di timur tengah menghantar memorendum supaya dibubarkan dun.Semua pihak bersetuju, yang tidak cuma UMNO kerana kereka tahu dia akan kalah teruk.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:34 PM
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Umno Sinonim Dengan Komunis

Thursday, May 28, 2009

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz
PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Posted by Siasah at 4:38 AM 20 comments
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Tugasan Majlis Syura Ulamak Dlm Gerakan Islam


Ahmad Subky Latif syor 4 cara perkemas Kepimpinan Ulama dari dicabar!
Dato' Daud Iraqi menandatangani autograf pada buku "25 Tahun Kempimpinan Ulama" yang dilancarkan sambil diperhati Dato' Dr Haron Din.
EMPAT syor diusulkan bagi menyelesaikan perbezaan pandangan yang timbul antara sesetengah ulama dan tenaga profesional mengenai jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS.Syor tersebut dikemukakan antara pengasas Kepimpinan Ulama, Ahmad Subky Latif ketika membentangkan kertas kerja 'Pengkisahan Sejarah 25 tahun Kepimpinan Ulama' pada sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak 23 Mei lalu."Oleh kerana terdapat perbezaan pandangan antara sesetengah daripada kedua-dua golongan ini tentang jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya seorang Naib Presiden mesti di kalangan Ulama dan satu pihak lagi mahu jawatan itu terbuka kepada semua, maka ada syor agar perkara tersebut diperincikan di dalam perlembagaan," katanya.Subky menyarankan agar parti secara konvensyen membuat keputusan memberi kuasa kepada Majlis Syura Ulama kuasa merundingkan beberapa jawatan penting yang sepatutnya diperuntukkan kepada ulama dinamakan oleh Majlis Syura Ulama untuk dicalonkan oleh perwakilan."Perkara kedua, sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Majlis Syura Ulama boleh menamakan seorang ulama dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memangku jawatan Presiden dan Timbalan Presiden," katanya.Perkara ketiga pula beliau menyarankan agar Presiden dan Timbalan Presiden, apabila tamat tempoh jawatan jangan menganggap dirinya akan dicalonkan semula bagi memberi kebebasan kepada Majlis Syura Ulama untuk menilai prestasi kepimpinannya, sama ada mencalonkannya semula atau menamakan calon lain.Dalam perkara keempat, beliau mencadangkan agar golongan non-ulamak hendaklah kembali kepada semangat Dewan Pemuda 1982 berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama bagi mendaulatkan dan menjadikan kepimpinan ulama lebih berwibawa dan berkesan.Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hasan Syukri pula menjelaskan bahawa Kepimpinan Ulama yang diasaskan pada 1982 adalah suatu aplikasi bagi memandu gerakan Islam ke arah mencapai keredhaan Allah.Menurutnya, antara sumbangan dan pengorbanan ulama pasca 1982 ialah memperkemaskan sistem tarbiyah PAS, memperkukuh perjuangan negara Islam, mengadakan pakatan politik, menganjurkan dakwah non-muslim, memasyarakatkan PAS, mengantarabangsakan PAS, mengetenagahkan ide kerajaan Islam, mempelopori model kepimpinan ulama dalam pentadbiran kerajaan serta mengamalkan keterbukaan serta perlaksanaan syura.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 0 ulasan

Umno gerun dengan 'Islam" dan "Ulama' yang ada pada PAS

TERDAPAT dua perkataan dan ciri yang amat digeruni oleh Umno terhadap PAS iaitu 'Islam' dan 'Ulama'. Demikian ditegaskan oleh Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika membentangkan kertas kerja beliau bertajuk 'Ulamak Tonggak Perjuangan PAS' pada Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama, di Markaz PAS Pusat, Taman Melewar pada 23 Mei lalu."Pada tahun 1982, hasil inisiatif Pemuda PAS dalam muktamarnya di Bukit Mertajam, kepimpinan ulamak telah meningkatkan identiti PAS yang membezakan dengan parti lain seperti Umno."Yang menariknya, ahli-ahli biasa Umno menggesa agar PAS mengekalkan identiti Islam dan ulama yang dianggap sebagai perkara yang digeruni mereka," ujarnya.Menceritakan lebih lanjut mengenai perkembangan pengaruh ulama PAS, beliau menyatakan pengaruh PAS telah tersebar daripada kawasan tradisi di luar bandar ke kota metropolitan."Malah dengan imej kepimpinan ulama, PAS mendapat sokongan daripada golongan menengah Melayu, orang bukan Melayu dalam bentuk Kelab Penyokong kerana tarikan bukan Melayu kepada PAS disebabkan faktor ulama yang memimpin."Mereka melihat ulama sebagai 'orang suci' yang tidak mungkin melakukan perkara-perkara buruk seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa," tegasnya lagi.Ujar Ustaz Halim lagi, ulama kini menjadi harapan rakyat Malaysia agar dapat memberi pimpinan alternatif.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa menjangkakan ulama akan berperanan besar pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dalam usaha untuk menawan lebih banyak negeri lagi."Oleh yang demikian bagi merealisasikan hasrat menawan lebih banyak negeri pada PRU 13, ulama perlu diperkasakan yakni membekalkan kemahiran tambahan seperti pengurusan dan ICT," katanya mengakhiri pembentangan.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 1 ulasan

Pedih ketika ditendang perikatan masih terasa - Tok Guru Nik Aziz
MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli-ahli PAS agar meneliti semula sejarah ketika Umno menyingkirkan parti itu daripada Perikatan, lapor Intan Abdullah."Mungkin saudara-saudara tidak ada pada masa Peristiwa 13 Mei dan sewaktu Umno menendang kami (PAS) keluar daripada parti Perikatan, masih terasa sakitnya, pedih dan parutnya masih lagi ada," ujarnya kepada lebih 500 peserta yang hadir di Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini pada 23 Mei lalu.Menurut beliau, Umno kini bukan lagi sebuah parti politik melainkan sekadar sebuah gerombolan yang berbentuk pemikiran.Menteri besar Kelantan itu turut menegaskan PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno kecuali parti itu menukar dasar perjuangan atau menerima Islam yang ingin dibawa oleh PAS."Kita bersedia untuk mengadakan muqabalah dengan sesiapa sahaja tetapi mesti bersama-sama Pakatan Rakyat," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa peranan ulama PAS tidak terhad untuk menguruskan masalah dan urusan di Malaysia semata-mata sebaliknya dunia secara keseluruhannya."Jika tiada Dewan Ulama PAS, maka Islam akan lenyap di Malaysia," demikian kesimpulan dibuat Tok Guru Nik Aziz setelah mengimbas saat penubuhan PAS serta peranan yang dimainkan dalam membantu menyuarakan pandangan berhubung isu-isu yang membabitkan agama di negara.Beliau mendoakan agar ulama PAS terus gagah dan unggul untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.Tok Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan cadangan agar ulama mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada mereka."Saya mencadangkan agar dibuat pertemuan kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS untuk memberikan kefahaman tentang Islam tetapi jangan memburuk-burukkan agama mereka. Sampaikan dengan cara hikmah sebagaimana yang diajar Rasulullah kepada kita," ujarnya lagi.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 0 ulasan

Roslan SMS teruja dengan penghujahan Ustaz Hashim Jasin tentang Kepimpinan Ulama!
SETIAPKALI saya berpeluang mengikuti kuliah atau ceramah Ustaz Hashim Jasin (ADUN Sanglang/ ahli majlis syura ulamak), saya akan beri sepenuh perhatian kerana saya dapati isi penyampaian beliau yang acapkali disampaikan dengan gaya bersahaja selalunya padat dan penuh pengajaran, posting terbaru Roslan SMS pada blognya.Baru-baru ini semasa mengulas kertas kerja Ustaz Dato’ Harun Taib dalam himpunan memperingati Jubli Perak Kepimpinan Ulamak di Taman Melewar, sekali lagi penyampaian Ustaz hashim yang walaupun sekadar 10 minit sungguh memberi kesan sekurang-kurangnya pada saya dan saya percaya begitu juga pada mereka yang hadir.Pada hari itu beliau mahu menggambarkan kesan langsung kepimpinan ulamak terhadap PAS. Beliau ambil contoh dua peristiwa yang berlaku di zaman Saidina Omar al Khatab r.a yang saya yakin kita semua telah tahu akan kisahnya.Pertama tentang kisah anak gadis yang menegur ibunya dalam kes mahu menokok air ke dalam hasil susu. Ringkas cerita si ibu mengatakan Omar tidak nampak, lalu kata ana gadisnya Tuhan Omar nampak.Kedua tentang kisah gembala kambing di tengah padang pasir yang mahu diuji Omar. Omar pinta agar sigembala menjual seekor kambing kepadanya sedang sigembala tidak mahu kerana tidak diketahui tuannya. Kata Omar jika ditanya tuannya kataka sahaja kambing itu dimakan serigala. Si gembala memberitahu yang beliau takut Tuhan akan tahu.Apa hubungannya dengan kepimpinan ulamak? Inilah generasi yang dibentuk secara langsung oleh Rasulullah saw dan diikuti oleh Abu Bakar dan Omar yang masing-masing ulamak tersohor belaka.Kata Ustaz Hashim beliau melihat dua peristiwa besar turut berlaku sejak PAS mendakapi konsep kepimpinan ulamak. Apabila ulamak menjadi teraju dan usaha tarbiyah dipertingkat serta diperluaskan.Petama sejak 1983 sehingga kini, lebih 25 tahun, tidak lagi berlaku dalam sejarah PAS mana-mana ADUN atau ahli parlimen melompat, berpaling tadah, meninggalkan perjuangan dan menyertai musuh. Baik semasa PAS menang besar atau sekadar bertahan dengan beberapa kerat kerusi. Sebelum 1983 khasnya di tahun 60an memang ada, tetapi pasca kepimpinan ulamak, memang tiada.Kedua selepas PRK Pengkalan Pasir, apabila kerajaan PAS Kelantan sekadar bertahan dengan majoriti 1 kerusi, berbagai cabaran dan dugaan dilalui oleh PAS ketika itu, namun PAS berjaya kekal bertahan memerintah Kelantan sehingga tamat penggal, setiap ADUN yang ada istiqomah bersama PAS!Sebagaimana kisah Saidina Omar tadi bagi Ustaz Hashim peristiwa ketahanan dalaman PAS ini adalah hasil suntikan dan gerka-kerja ulamak yang dicerana dari konsep Kepimpinan Ulamak yang dilahirkan. Ia tiada didapati dalam mana-mana parti lain dalam negara. Mungkin akan ada yang mempertikaikan pandangan Ustaz Hashim tetapi bagi saya, ia sesuatu yang benar dan cuma dapat dirasai oleh mereka yang tulus dan ikhlas dalam melayari perjuangan ini.Teringat saya Tuan Guru Presiden pernah memberitahu bahawa seorang ulamak besar di Iran (yang walaupun bermazhab Syiah) menyatakan kekagumannya terhadap PAS, sebab apa, sebab dapat terus mengekalkan kepimpinan ulamak dalam keadaan kebanyakkan gerakan Islam dunia tiada lagi dipimpin oleh ulamak.Semoga kepimpinan ulamak terus menjadi teraju dan tonggak PAS sampai bila-bila.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 0 ulasan .. harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Majlis Syura Ulamak Badan Tertinggi Parti Islam


Menyelami sejarah penubuhan Kepimpinan Ulama PAS - Ustaz Idris Ahmad
USTAZ Idris Ahmad menulis begini: GOLONGAN Ulama’ merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajah. Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS di seluruh tanah air. Kekentalan PAS dengan doktrin agama dan politik yang tidak boleh dipisahkan telah mempengaruhi dan meresapi kuat ke dalam pemikiran parti Islam melalui wadah politik. - (Zulkifli Muhammad, 1954: 13).Oleh kerana Pas adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar maka ia telah mendapat sokongan dari orang ramai terutama di kalangan tuan guru dan ustaz. Mereka ini adalah kelompok yang mempunyai penyokong di peringkat akar umbi. Ini dapat dilihat Presiden PAS yang pertama (dulunya Yang Dipertua Agung Pas) dipimpin oleh ulama atau sekurang-kurangnya golongan agama kecuali di zaman Dr. Haji Abas Alias. Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang kepimpinan ulama.Walaupun sebuah Dewan ulama sudah wujud pada peringkat awal, hampir sama dengan penubuhan PAS (Alias Muhamed, 1992: 94) tetapi agak kurang dalam menentukan dasar dan pembawaan parti. Kedudukan Dewan ulama hanya setanding dengan dewan-dewan lain yang tidak mempunyai autoriti yang besar. Ketuanya berada di dalam Dewan Harian bersama-sama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Waktu ini kedudukan ulama dalam hiraki parti tidak dipandang sebagai kata pemutus. Sehinggalah terdapat desakan di kalangan ahli bahawa perlunya ulama’ ditempatkan dan diinstitusikan dalam parti PAS.- (Harun Taib 2000: 4)Beberapa fenomena telah berlaku dalam parti dan luar parti telah menuntut PAS melakukan perubahan kepimpinan yang lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan zaman. Ini telah menggerakkan Pas untuk mewujudkan kepimpinan ulama bagi mengembalikan fungsi kewujudan PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam. PAS melihat dekad-dekad kebelakangan ini semacam ada usaha untuk memencilkan peranan ulama di mana peranan ulama diletakkan di bidang ibadah sahaja. PAS berusaha untuk meletakkan Ulama di tempat yang sepatutnya seperti pada zaman kegemilangan awal dahulu.Faktor-faktor kesedaran terhadap Islam sejak tahun 1970an telah menggalakkan munculnya pertubuhan-pertubuhan yang bergerak atas nama Islam dalam menjalankan aktiviti daKwah di seluruh negara. Badan dakwah yang lahir seperti ABIM, (Angkatan Belia Islam Malaysia) dianggotai oleh pelajar dalam negeri dan luar negeri untuk merealisasikan cita-cita perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah selain daripada itu terdapat pergerakan seperti Tabligh dan al-Arqam. (Chandra Muzaffar, 1978: 53-55)Penglibatan tokoh-tokoh ABIM ke dalam PAS jelas selepas kekalahan PAS di Kelantan pada Mac 1978 ekoran surat Pak Muhammad Natsir (Ketua Umum Masyumi) kepada Datuk Mohd Asri haji Muda supaya ABIM menyelamatkan PAS - (Subki Latif, 2003: 3)Hubungan intim ini boleh dilihat ketika pilihanraya umum 1978, dimana beberapa tokoh besar ABIM. seperti Ustaz Fadhil Nor (waktu itu Timbalan Presiden ABIM) dan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad Naib Presiden ABIM, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (Bendahari ABIM), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Yang Dipertua ABIM Negeri Terengganu) dan Ustaz Yahya Othman (Ahli Syura ABIM) telah bertanding atas tiket Pas. Dengan pembabitan mereka secara langsung dalam PAS telah membawa satu pembaharuan dalam jentera dan fikrah perjuangan untuk merealisasikan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.- (Muhammad Abu Bakar, 1987: 147).Mereka mula membawa pendekatan dan mengenepikan sentimen nasionalisme Melayu kepada pendekatan Islam yang syumul dan bergerak sebagai sebuah gerakan Islam dan pembentukan sebuah Negara Islam yang tulin. (Esposito, John L., John O. Voll, 1996: 134, Abdul Ghani Ismail, 1987: 19) Pembabitan mereka dalam PAS menyebabkan pengaruh Dato’ Asri semakin merosot, terutama selepas jatuh Kelantan ke tangan Barisan Nasional pada tahun 1978.Bibit-bibit perpecahan dalam PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri mula muncul berkaitan dengan keputusan beliau membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran 1972,3 dan kemudian Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1974.Tindakan ini menyebabkan Pas terbahagi kepada dua puak, pro dan kontra. Asri mendapat mandat untuk masuk BN dalam tahun 1974 melalui muktamar PAS, daripada 352 yang hadir, 143 sokong, 19 bekercuali dan 190 menentang (Alias Mohamed, 1978: 170. Mauzy, 1983: 75-84). Banyak dari kalangan orang penting telah meninggalkan parti seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah (Setiausaha Agung), Amaludin Darus, Ahmad Fakhruddin (bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan). Ada di kalangan mereka yang mengundi calon PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaya) atau calon bebas bagi menentang calan BN(Hussin Mutalib,1990: 109, D.K. Mauzy, 1983: 75-84, John Funston, 1980: 294) Kemenangan revolusi Iran turut juga mempengaruhi ahli PAS untuk menolak kepimpinan Dato’ Asri sebagai Yang Dipertua Agung dalam muktamar Tahunan ke 28.(Kamarudin Jaafar 2000: 5, Alias Muhamed, 1994: 178-179, Zambry Abd. Kadir, 1995: 310). Ahli-ahli Pas mengharapkan Yang Dipertua PAS Dato’ Mohd Asri dapat menunjulkan imej Islam yang jelas dalam menghadapi dasar penerapan nilai-nilai Islam Umno (Alias Muhamad,1984: 85-86).Ditambah pula suasana berpuak,5 memilih kawan dan kaum kerabat beliau dalam apa-apa jawatan atau calon pilihanraya telah menimbulkan rasa kurang puas hati atas kepimpinan beliau.- (Kamarudin Jaafar 2000: 5).Faktor-faktor inilah telah melonjak untuk melihat bahawa kepimpinan beliau tidak relevan dengan semasa dan beliau perlu berundur dan diganti dengan pemimpin yang lebih dinamis.Menurut Ustaz Hassan Shukri, sebenarnya semangat kesedaran Islam yang dibina melalui Gerakan Insaf, Gerakan Syuhada’, Gerakan Seksi Pembinaan Mental (SPEM) antara 1968 hingga 1975 telah memulakan idealisme kepimpinan Ulama’ dalam parti. Begitu juga pada pertengahan 1970 an, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah yang berkrisis dengan Dato’ Mohd Asri Muda telah membangkitkan soal "pemimpin buta al-Quran" yang merupakan gagasan awal terhadap perlunya kepimpinan Ulama memimpin PAS (Abu Bakar Hamzah, 1989: 142). Menurut Ustaz Yahya Othman apabila peningkatan dan penyusunan tarbiyyah telah meningkatkan kesedaran terhadap keperluan PAS untuk dipimpin oleh Ulama.Bibit-bibit awal kearah kepimpinan ulama sudah nampak kelihatan apabila pada tahun 1978 Dewan Pemuda PAS telah meluluskan satu usul supaya pemilihan kepimpinan parti dilakukan secara syura dan Ulama diberikan kedudukan yang lebih penting. (Minit Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 1978: 27-32, Kertas Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke 25: 39:40) Usul ini dilihat seperti menyindir Datuk Mohd. Asri yang mengamalkan demokrasi terpimpin kerana dalam kepimpinannya Ulama duduk dikelas dua. - (Husin Mutalib 1990: 111)Usul ini telah dikemukakan oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad dan diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Maka Dewan Pemuda PAS Pusat telah membentuk Jawatankuasa Penapis yang dianggotai oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan cikgu Mustafa Ali selaku lembaga penapis kelayakan calon. Mereka yang akan bertanding dalam Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat mestilah memenuhi kriteria keperibadian Islam, adil dan boleh berijtihad - (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1978-1979: 27-32).Golongan muda dalam PAS telah mengatakan bahawa PAS diasaskan oleh para Ulama dan seharusnya para Ulama yang berkemampuan mewarnai gerakan dan haluan PAS dalam meneliti liku-liku politik negara( Nasarudin 2001: 36). Mereka melihat Dato’ Asri yang memimpin PAS gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan terdapat lagi beberapa orang pemimpinnya tidak memaparkan watak Islam. Kepada golongan fundamentalis pada ketika itu PAS tidak menepati kehendak atau idea sebuah pergerakan Islam (Rahman Shaari, 1983: 49).Selepas daripada itu maka beberapa muhasabah awal diadakan terhadap punca kekalahan PAS di Kelantan sehingga beberapa pemimpin PAS Kelantan telah meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut.10 Beberapa usaha telah dibuat untuk meletakkan PAS di atas landasan perjuangan Islam yang sebenar dengan menterjemahkan kitab seperti Ma’alim Fi Attariq karangan Syed Qutb, beberapa karangan al-Maududi dan karangan Mohd Nasir Indonesia, beberapa terjemahan Hadis, Quran mengenai ayat jihad dan politik.Perkara ini dibincang di dalam usrah, maka muncul kuliah-kuliah Jumaat, kuliah haraki dan beberapa kegiatan tarbiyyah dan sebagainya. Namun begitu terdapat segelintir di kalangan pemimpin PAS memandang sepi usaha pembaharuan yang hendak meletakkan PAS di atas landasan yang betul.Oleh itu mereka berada di takuk lama sedangkan pengikut di bawah menghala ke arah harakah Islam yang syumul. Akibat daripada itu timbulah satu perselisihan di antara kedua-dua belah pihak. Sehingga mewujudkan satu gelombang yang besar dalam parti untuk menuntut perubahan.Terdapat juga faktor krisis dalaman yang mempercepatkan proses kepimpinan Ulama’. Ini berlaku apabila pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS Pusat antara Ustaz Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Abu Bakar Umar. Di dalam pertandingan tersebut Ustaz Abu Bakar Umar telah tewas, walau bagaimana pun Dato’ Asri Haji Muda telah melantik Ustaz Abu Bakar Umar sebagai Setiausaha Agung untuk mengganti ustaz Nakhaei Haji Ahmad dan melantik Bendahari pula ialah Haji Hassan Muhammad seorang yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerja Umno Malaysia.Tambahan pula Umno di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohammad telah dikejutkan dengan satu dasar penerapan nilai-nilai Islam dengan melaksanakan projek Bank Islam, Takaful, Universiti Islam dan banyak lagi projek-projek atas nama Islam. Dasar ini belum pernah dikemukakan untuk tatapan rakyat oleh pemimpin sebelumnya.Tetapi zamannya telah memberi satu gelombang baru pada pencinta-pencinta Islam untuk merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup. (Vidhu Verma, 2002: 95) Banyak orang yang telah tertarik dengan stail kepimpinan yang akan dibawa oleh beliau sebagai contohnya saudara Anwar Ibrahim16 yang begitu lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak Islamik semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). - (Ozay Mehmet, 1990: 49, Kamarudin Jaafar, 1986: 181, John Gullick And Bruce Gale, 1986: 272, Rahman Shaari, 1983: 10, Aziz Zariza Ahmad, 1988: 188, Chong Kek Yoong, 1987: 17, Hassan Haji Hamzah, 1990: 54-58).Dalam pada itu hubungan Dewan Pemuda PAS dengan kepimpinan induk agak dingin terutama dengan Yang Dipertua PAS sehingga timbul dakwaan Dewan Pemuda menjadi parti dalam parti - (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982: 3).Akibatnya beberapa rundingan diadakan untuk meredakan keadaan melalui setiausahanya Haji Ahmad Subki Abdul Latif dengan Dato’ Mohd Asri Muda tetapi gagal. Haji Mustafa Ali yang menjadi ketua pada masa itu merasakan bahawa Dato’ Asri sudah tidak berkemampuan lagi untuk memimpin PAS (Abdul Halim Mahmood, 1983: 21). Malahan beberapa lajnah (biro) dalam parti tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau seperti Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama .(Mastika Jan 1983: 8-12)Kemuncak di dalam tindakan untuk mengenepikan kepimpinan Asri secara drastik maka Dewan Pemuda PAS telah mengadakan Muktamar tahunan Ke 23 secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat, Perkara ini adalah satu tindakan yang luar biasa.Menurut Dato’ Mustafa Ali muktamar ini dibuat secara berasingan kerana sebagai satu isyarat untuk memprotes kepimpinan Dato’ Asri . Dengan ini Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tidak dirasmikan oleh Dato’ Asri, sebaliknya dirasmikan oleh Ustaz Fadhil Mohd. Noor pada ketika itu menjawat sebagai Naib Presiden PAS. Sehingga hari ini peraturan itu diguna pakai, iaitu Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan secara berasingan dengan diawalkan sehari daripada Muktamar PAS Pusat.Tetapi mengikut yang tercatat kenapa Muktamar ini dibuat dahulu daripada Muktamar PAS Pusat ialah untuk membolehkan diadakan pameran selama dua hari untuk memeriahkan muktamar. - (Minit mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat 12 Jun 1982: 4)Tindakan yang dibuat oleh DPP telah menimbulkan kemarahan kepada kepimpinan lama tetapi mendapat sanjungan daripada order baru (golongan yang menyokong perubahan). Di dalam muktamar ini gagasan kepimpinan ulama’ dikemukakan.Menurut Sabki Abdul Latif usul ini dikemukakan apabila muktamar pemuda di Bukit Mertajam tidak ada usul, maka beliau selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, pada waktu itu telah berbincang dengan Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong di Rumah almarhum Hasan Salahudin Haji Khalil (AJK DPP Pusat) di Bukit Mertajam, apabila tidak ada usul maka beliau mencadangkan supaya usul mengenai kepimpinan Ulamadikemukakan dalam muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat dan diluluskan.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 1 ulasan
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Kepemimpinan Ulamak Teras Gerakan Islam


Kepimpinan Ulama muncul setelah ulama dipinggirkan di bawah Asri - Subky Latif
SEBAGAI orang yang terbabit dengan penubuhan Kepimpinan Ulama pada tahun 1982, SALMIYAH HARUN mendapatkan pandangan dan imbasan Haji Ahmad Subky Abdul Latiff tentang beberapa peristiwa dalam perjuangan awal Kepimpinan Ulama sebelum apa yang dinkmati pada hari ini. Ikuti butiran lanjutnya.Mengapa idea Kepimpinan Ulama itu timbul? Kenapa tidak sahaja memilih kepimpinan Islam atau apa-apa yang lain waktu itu?SUBKY ABDUL LATIF: Atas kebenaran mahu mendaulatkan institusi ulama, malah kepimpinan yang dibenarkan dalam Islam adalah kepimpinan ulama. Jadi ekoran inilah kepimpinan ulama terbentuk pada tahun 1982.Daripada tinjuan saya di kalangan orang-orang PAS ada dakwaan krisis dalam PAS pada masa itu disebabkan PAS tidak diletakkan di bawah kepimpinan ulama jadi kecenderungan semua pihak mahu kepada kepimpinan ulama.Pada waktu itu apa yang dimaksudkan dengan Kepimpinan Ulama?Ulama mesti memimpin. Kepimpinan itu mesti ulama, jadi PAS wajar melaksanakan supaya kepimpinan ulama itu wujud. Pemuda PAS waktu itu tidak ada apa-apa 'recommendation' bentuk dan konsep kepimpinan itu, tetapi pokoknya yang kita mahu PAS kembali kepada kepimpinan ulama yang juga tepat bagi gerakan Islam.Apakah perbezaan kepimpinan Dato' Asri waktu itu dengan kepimpinan ulama yang digagaskan selepas itu?Sebenarnya krisis itu berpunca daripada kepimpinan tidak ulama. Dato Asri bukan kepimpinan ulama dia mempunyai semangat Islam yang tinggi. Tetapi dalam pentadbiran 10 tahun lebih itu, berlaku macam-macam menyebabkan ulama terpinggir. Di sinilah punca krisis. Ekoran itu timbul pandangan-pandangan di kalangan PAS seperti kena tulah sebab kepimpinan gerakan Islam tidak dibawah ulama.Banyak juga rintangan kepimpinan ulama di peringkat awal misalnya isu kafir mengkafir. Bagaimana kepimpinan ulama berdepan dengan isu-isu panas ini?Rintangan itu bukan PAS yang timbulkan. Ini Umno sendiri yang ada-adakan cerita. Malangnya PAS terperangkap oleh mainan politik Umno pada waktu itu. Ini bukan PAS punya kerja.Jadi PAS tidak dapat tangani isu ini, kerana ulama tidak ada roh. Yang penting ketika itu, ulama terpinggir. Oleh itu ulama tidak berperanan dalam masalah itu.Dalam Peristiwa Memali, 1986, ulama dijadaikan sasaran hingga terbunuh syahid. Apa yang saudara boleh katakan.Saya tidak nafikan peranan ulama itu ada, tetapi mereka tidak terpenting untuk menjadi pemimpin, mereka hanya menjadi penyokong pimpinan. Pimpinan PAS mengiktiraf kematian Ibrahim Libya dan orang-orangnya sebagai syahid. Kematian mereka digelar dan diiktiraf sebagai syuhada.Pilihan raya umum 1986 PAS kalah teruk. Waktu itu PAS bekerjasama dengan CCC dan ini sejarah pertama PAS berpakat dengan bukan Melayu. Mengapa gagal?Itu adalah peringkat awal pelaksanaan PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam. Tetapi kegagalan PAS pada masa itu kerana disebabkan politik Umno juga. Sebelum pilihan raya sokongan masyarakat Cina kepada PAS begitu besar, jadi ini menakutkan BN dan umno.Oleh kerana itu, Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim menganjurkan pertemuan dengan pimpinan PAS secara sulit, atas alasan untuk meredakan ketegangan. Jadi perkara ini orang lain tidak tahu pertemuan sulit itu.Tetapi kurang 24 jam selepas pertemuan itu Umno bocorkan bahawa mereka berjumpa dengan pemimpin PAS. Jadi ini menyebabkan semua Cina merasakan PAS mengkianati mereka. Akhirnya mereka tidak memberi sokongan kepada PAS. Ini adalah politik Umnolah mengalihkan perhatian Cina daripada PAS.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 1 ulasan ... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Profesional Ulamak Amilin Tonggak PAS

Khamis, 2009 Mei 28

Kekuatan tiga tungku yang tidak boleh dipisahkan dalam Kepimpinan Ulama - Nasruddin Tantawi

USTAZ Nasruddin Hassan Tontawi menulis begini tentang Kepimpinan Ulama seperti posting pada blognya:Ulamak, profesional dan aktivis adalah tiga tungku PAS yang mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam usaha menegakkan wadah perjuangan Islam terbesar tanahair ini. Tanpa satu daripadanya, PAS tidak akan mampu gah berdiri pada tahap yang ada pada hari ini.Sesuai dengan istilah tungku yang saya gunakan, ianya membawa maksud setiap satu dari tungku tersebut diperlukan bagi mengimbang kekuatan parti mendepani cabaran, melengkapkan keperluan parti dan memenuhi tuntutan massa (ummah).Tidak mungkin salah satu daripadanya (3 tungku) terpinggir atau dipinggir dan terabai atau diabaikan justeru ia akan melemahkan parti. Sebaliknya setiap satu dengan yang lainnya saling kuat menguat dan kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain.Menyedari kekuatan inilah, musuh kelihatan sangat cemburu dan gigih berusaha untuk melumpuhkannya. Media digunakan sepenuhnya untuk merungkai keserasian tiga tungku utama PAS ini dengan menimbulkan konflik dan mencetuskan pergeseran. Sedang PAS telah selesa sejak awal ia diasaskan, bergerak dan memacu perjuangan dengan kombinasi jitu tiga tungkunya iaitu ulamak, profesional dan aktivis.Semangat yang diambil dari seminar khas sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kepimpinan Ulamak baru-baru ini jelas memperakui peranan tiga tungku utama parti yang menjadi tonggak mendokong Kepimpinan Ulamak. Kepimpinan ulamak tidak seharusnya dibaca semua pemimpin parti mestilah ulamak sebagaimana tidak juga wajar dibaca kepimpinan ulamak sebagai dominasi ulamak disemua peringkat kepimpinan parti.Kepimpinan ulamak ialah satu konsep kepimpinan parti yang dasar dan arah tujunya dipandu dan dipimpin oleh ulamak al a'milin al mujahidin .Tahun 1982 menyaksikan Konsep Kepimpinan Ulamak ini diperkenal dan diamalkan dalam kepimpinan parti dan akhirnya membawa kepada penubuhan majlis Syura Ulamak yang kemudiannya didokumenkan dalam daftar perlembagaan parti. Penubuhan Majlis Syura Ulamak menjadi penafsiran bertulis bagi melaksanakan konsep Kepimpinan Ulamak yang telah dipersetujui dan didokong bersama.Semangat dari konsep Kepimpinan Ulamak ini pula, biarpun tidak tertulis di dalam perlembagaan, parti melalui perwakilannya ke muktamar telah meletakkan Presiden dan Timbalan Presidennya dikalangan ulamak untuk memimpin sebuah jawatan kuasa yang besar diperingkat eksekutif parti.Ianya berlaku sejak konsep Kepimpinan Ulamak ini digagaskan. Di zaman al marhum Yusuf Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS Pusat, Al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya. Sementara zaman al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi sebagai timbalannya, demikian di zaman Tuan Guru Hj. Abd Hadi sebagai Presiden PAS, al fadhil Ustaz Hassan Shukri sebagai timbalan dan kemudiannya diganti oleh Al Fadhil ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya.Sejak Kepimpinan Ulamak (1982) diamal dan dilaksanakan konsep kepimpinannya, ulamak terus diberi kepercayaan untuk memimpin parti bersama dengan gandingan mantap dari kalangan profesional dan aktivis. Justeru PAS tetap melaksanakan kaedah kepimpinan kolektif dengan prinsip amal jamaei (kerja berpasukan) yang utuh.Tungku Aktivis PASTungku ini sangat besar pengorbanan mereka kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Mereka barangkali tiada STAM atau tiada STU, jauh sekali untuk dapat Ir dan Dr pada pangkal nama mereka. Rata-rata mereka adalah ahli biasa parti dan hanya menjadi pemimpin peringkat bawah seperti cawangan dan MTD (Majlis Tindakan DUN).Namun mereka tidak teragak-agak mewaqafkan tanah mereka untuk didirikan markaz, menjual keperluan asas mereka bagi membiayai perjuangan yang didokong malah menggadai barang kemas mereka demi menampung keperluan jamaah. Mereka mungkin juga tidak dikenali di bumi namun keikhlasan mereka sangat dikenali di langit dan pastinya doa mereka didengari (diterima) oleh Allah swt.Mereka sangat sayang kepada perjuangan Islam yang didokong dan mereka jua sangat komited mendokong para ulamak yang memimpin dan membimbing mereka. Mereka faham Islam dan tergerak dihati penuh insaf dan sedar untuk berjuang, bermula dari ilmu dan bimbingan para ulamak.Saya melihat latar belakang kategori ini, tidak mungkin mereka menolak kepimpinan ulamak dan siapa yang kata mereka tolak kepimpinan ulamak? Golongan aktivis parti tetap akan mendokong cita-cita perjuangan dan bersama kepimpinan ulamak seperti yang telah ditunjukkan oleh al marhum Tuan Guru Yusuf Rawa, al Marhum Tuan Guru Hj Fadzil Noor, Tuan Guru al Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi.Tungku Profesional PASKategori ini juga wujud di dalam PAS sejak hari jadi PAS yang pertama lagi seperti Prof Dr. Burhanudin al Helmi, Dr. Abbas, Prof Dr. Ahmad Ibrahim dan ramai lagi tenaga-tenaga pakar dalam bidang-bidang tertentu yang membantu pemimpin PAS dari belakang tabir.Sangat membanggakan di era kepimpinan ulamak, melalui didikan dan bimbingan ilmu serta sentuhan spiritual perjuangan Islam oleh para ulamak, golongan profesional mula berhijrah beramai-ramai secara terang-terangan menyertai PAS malah mengambil posisi besar dan tinggi dalam PAS untuk membantu kepimpinan ulamak mengangkat parti menjadi gah dan hebat.Pengorbanan mereka juga sangat besar. Sebahagian mereka sanggup meninggalkan gaji lumayan justeru menyedari bahawa Islam dan perjuangannya adalah lebih bernilai dari segala material yang ada. Mereka menginsafi bahawa akhirat adalah taruhan sebenar sementara dunia adalah tempat mereka mencurah bakti kepada perjuangan Islam. Kesedaran mereka dibina dan bentuk oleh para ulamak dan akhirnya mereka terpaut kepada perjuangan suci ini.Sejurus mereka menyertai PAS, segala kepakaran dan kemahiran dicurahkan untuk membangunkan PAS dan memperkasanya. Organisasi dimantapkan, pengurusan dikemaskinikan, perancangan dan strategi disistematikkan. PAS kini berdiri sama tinggi bahkan lebih tinggi berbanding parti-parti politik yang lain.Saya melihat, golongan profesional juga sangat menghormati ulamak justeru mereka memahami Islam dan perjuangannya ini melalui sentuhan ilmu dan didikan para ulamak. Tidak ada orang yang faham Islam dengan sendiri begitu sahaja tanpa melalui ilmu sedang ilmu itu dari dada para ulamak yang membimbing mereka . Berasaskan realiti ini juga, saya yakin profesional juga mendokong kepimpinan ulamak. Sekali-kali mereka tidak akan meminggirkan ulamak dan siapa yang kata mereka akan pinggirkan ulamak?Tungku Ulamak PASTiada siapa yang dapat menafikan bahawa perjuangan Islam ini diasaskan oleh Nabi SAW dan kemudiannya disambung oleh para sahabat rhm sehinggalah akhirnya diteruskan oleh para pewaris baginda saw iaitu ulamak.Bukan sahaja menubuhkan PAS malah yang mula menggerakkan kebangkitan ummah menentang penjajah bagi membebaskan negara dari penjajahan dan perhambaan sesama hamba ialah ulamak. Tidak sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Pahlawan dan para pendekar yang bangkit menentang kuffar yang menjajah tanahair dan merampas hasil bumi mereka ialah terdiri dari kalangan ulamak atau tok-tok alim dari pondok-pondok dan juga madrasah-madrasah0.Pengorbanan mereka tidak terhenti setakat tenaga, wang ringgit dan masa tetapi darah dan nyawa. Berbekal kekuatan ilmu dan kefahaman mereka yang mendalam mengenai Islam, mereka berjuang memburu syahid dan berdakwah tanpa memperduli sebarang implikasi.Mereka turun meredah sempadan dari satu daerah ke satu daerah, dari satu negeri ke satu negeri untuk menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat. Sebahagiannya dicemuh dan dimaki malah ada yang diseret ke mahkamah seperti al marhum Tuan Guru Hj Mustafa Pondok pasir Tumboh dan ramai lagi.Ulamak tidak sahaja penuh ilmu di dada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh, menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud. Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keikhlasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali strategi planning, analisis swot dan sebagainya. Pun begitu mereka berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara.Kehadhiran aktivis PAS dibawah kepimpinan mereka mengukuhkan akar umbi parti dan kemunculan golongan profesional menambah nilai dan meningkat upaya kepimpinan ulamak dengan membesarkan lagi skala kemampuan parti mendepani segala cabaran moden yang dihadapi pada hari ini.Fenomena ini (kehadhiran aktivis dan kemunculan profesional) adalah sangat membanggakan malah mengembirakan semua pihak termasuk para ulamak justeru mereka menjadikan PAS lebih lengkap dan semakin sempurna berbanding sebelumnya.Saya melihat realiti ini tidak memungkin ulamak meminggirkan golongan aktivis dan profesional lantaran mereka sangat diperlukan oleh ulamak untuk terus membangunkan satu-satu wadah besar perjuangan Islam yang mampu bersaing dengan kuasa toghut dalam negara ini. Saya tidak nampak para ulamak mengabaikan dua tenaga penting (aktivis dan profesional) dalam kepimpinan ulamak, atau siapa yang kata ulamak tolak aktivis dan profesional?Musuh Dalam SelimutSaya melihat musuh Islam sangat cemburu dengan tiga kombinasi tungku PAS ini. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengalih salah satu dari tungku ini dari posisinya agar PAS tumbang atau paling tidak senget dan tidak seimbang.Siapa mereka ini agak sukar kita kesan. Zahirnya Umno dan BN memang telah menjadi musuh tradisi kepada PAS. Tidak mustahil dan ini telah berlaku sejak zaman nabi saw sehingga hari ini dan ianya juga berlaku kepada semua gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Ikhwan Muslimin, di mana musuh dihantar masuk ke dalam parti untuk merosakkannya dari dalam.Mungkin inilah yang kita sebut sebagai musuh dalam selimut. Sama ada musuh yang dihantar masuk dalam parti atau anggota parti yang khianat lalu menjual diri dan maklumat parti kepada musuh, ini juga musuh dalam selimut.Perkara ini perlu hazar (waspada) oleh seluruh saff pimpinan dan anggota parti. Islam sememangnya mengajar kita demikian. Ambillah (tumpukan) kewaspadaan kamu terhadap perkara-perkara seperti ini.Insyaallah selama mana tiga tungku ini tidak dipisahkan sebalik terus berada diposisi asalnya, saya percaya PAS akan terus utuh dan tidak mungkin mudah rosak dan binasa kerana angkara anai-anai ini. Kalau anai-anai ini hanya seekor dua, tidak mengapalah, tapi kalau banyak dan berjujut masuk dalam bangunan PAS ini terpaksalah PAS menghubungi pest control!
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Mei 28, 2009 5 ulasan ...Harakah

( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Wednesday, May 27, 2009

Fahaman Komunis dan Nationalis Sesat

Khamis 28 Mei 2009 3 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Ideologi komunis, nasionalis perlu ditolak rakyat - Nik Aziz
Salmah Mat Husain & Mohd Nor Yahya Thu May 28, 09 1:42:20 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sebarang ideologi yang jelas bertentangan dengan akidah Islam tidak boleh diterima rakyat di negara ini.
Iklan




Mursyidul Am PAS itu berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak.
"Mengapa kita takut sangat hal ini. Rakyat negara ini bukannya buta sejarah, kita seharusnya sedar. Fahaman komunis hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai fahaman.
"Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam.
"Orang nasionalis tolak hukum Islam dan ambil separuh sahaja," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan bantuan Imam Al-Ghazali kepada 100 pelajar miskin di Dewan Teratai petang semalam.
Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelaskan kerajaan tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Ching Peng kembali ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.
Sebelum ini Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dato' Dr Teng Hock Nan dilaporkan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia.
Ketika negara dilanda darurat pada 1948 hingga 1960 kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh angkara komunis.
Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menolak cadangan untuk membawa pulang bekas pemimpin komunis terbabit.
"Jangankan komunis perjuangan nasionalis pun saya tidak suka," katanya.
Menurut beliau kesengsaraan rakyat negara ini di zaman penjajah dan era keganasan komunis bukannya perkara yang boleh dilupakan begitu sahaja.
Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, rakyat negara ini sudah serik dengan tindakan komunis ketika zaman darurat dahulu kerana telah menyulitkan rakyat.
Kata beliau isu terbabit tidak usah diperbesarkan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan termasuk krisis politik di Perak dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman semakin terhakis.
"Kini rakyat didedahkan dengan pelbagai isu melalui blog-blog dan seharusnya mereka diberi peluang untuk berfikir secara matang kerana sejarah kezaliman komunis diketahui semua rakyat," katanya.
Ketika diminta mengulas cadangan supaya wakil rakyat PAS mengisytiharkan harta, khususnya calon-calon yang bakal bertanding pada muktamar tidak lama lagi Menteri Besar berkata, ia boleh dilakukan.
Namun beliau berkata, ia terpulang kepada mereka untuk melakukannya dan setahunya orang PAS bukannya kaya raya.
"Orang PAS ni mana ada harta sangat," ujarnya.
Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, terdapat tiga nama calon PAS yang telah disenaraikan pendekkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.
Katanya, tiga nama tersebut kini diserah kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dipertimbangkan PAS Pusat.
"PAS Kuala Krai akan akur terhadap siapa sahaja yang menjadi calon nanti. Apa yang penting kita perlu bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi tersebut," katanya. - mj _ --> .... harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Sultan Muhammad Osmaniyyah Turki

Rabu 27 Mei 2009 2 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Dato' Husam Musa Wed May 27, 09 2:57:19 pm MYT
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Iklan




Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuatb. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakanc. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuate. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meterb. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meterc. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebald. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: �Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!�.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, �Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!�.
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, �Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!�.
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_ --> ...harakah


-->

Tuesday, May 26, 2009

Bahasa Melayu Ada Peruntukan Perlembagaan

Rabu 27 Mei 2009 2 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Umno-BN boleh tumbang dengan PPSMI
Khairul Azlam Mohamad Wed May 27, 09 7:41:53 am MYT
KUALA NERUS, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika isu Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) digarap dengan baik.
Iklan




Ini kerana, isu PPSMI bukan menjadi isu politik tetapi demi masa depan bahasa dan bangsa Melayu di negara ini.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata demikian pada satu majlis di Ma�ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini.
Katanya, penentangan terhadap rancangan PPSMI turut dilakukan oleh tokoh-tokoh Sasterawan Negara, Budayawan, ahli akademik dan lain-lain.
"Dalam isu PPSMI ini kita (PAS) yakin dan percaya Umno dan kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang dalam pilihan raya akan datang.
"Semua pihak termasuk Sasterawan Negara, Budayawan, tokoh akademik dan pensyarah Universiti menentang pelaksanaan PPSMI itu,"ujarnya.
Menurutnya, PPSMI merugikan masa depan anak-anak Melayu yang wajar ditentang oleh semua pihak.
Justeru itu, katanya kempen penerangan serta penjelasan terhadap isu PPSMI itu diteruskan melalui beberapa pendekatan.
Kata Ustaz Azman, antara tokoh terbabit seperti Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, Prof Muhammad Haji Salleh, Dato' Nordin Hassan, Dato' Abdullah Hussain, Dato' Prof Emiritus Shahnon Ahmad dan ramai lagi.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata golongan muda yang terpelajar kini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan orang muda yang mempunyai minda terbuka serta boleh menilai prestasi Umno-BN.
"PAS dapat sokongan orang muda sekarang dan golongan muda bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat menolak Umno-BN,"tegasnya.
Katanya, bukti sokongan golongan muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat melalui beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-12 lalu.
Hadir sama pada majlis tersebut Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan yang turut membuat persembahan hiburan alternatif selama satu jam di MTT tersebut. - mks._ -->.. harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Perkasakan Bahasa Ibunda

Rabu 27 Mei 2009 2 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!
Nyza Ayob Wed May 27, 09 7:50:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia � China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.
Iklan




Beliau yang dihubungi Harakahdaily mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.
"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan?
"Apa yang meragukan ialah kajian Kementerian Pelajaran Malaysia yang memilih-milih responden untuk menguatkan hujah mereka utk meneruskan PPSMI. Nasib dasar di negara kita samalah dengan kisah Yunani purba iaitu kisah seorang putera raja yg dihukum menolak batu ke puncak bukit. Setiap kali batu sampai di puncak, dewa menekan dari atas dan batu pun melorot balik. Ditolak lagi, begitu juga jadinya hingga akhirnya tak pernah lepas batu itu ke sebelah lereng. Kerana apa? Kerana ada kuasa yang menekan usaha melepaskan batu ke lereng satu lagi,"tegasnya.
Jelas Awang, kisah tersebut samalah dengan nasib dasar-dasar di negara ini seperti dasar ekonomi, dasar kebudayaan, dasar pendidikan dan dasar bahasa.
Beliau berpandangan dasar tersebut ibarat batu yang ditolak ke puncak bukit iaitu yang hampir berjaya atau separuh berjaya ditolak ke puncak, ditekan ke bawah semua dan berulang kali.
"Itulah tragedi dalam negara atau masyarakat yang tidak melandaskan sesuatu keputusan pada ilmu dan pemikiran yang jelas. Di satu sisi kita bercakap tentang dasar pembinaan jati diri bangsa dan negara termasuk melalui dasar bahasa, dasar pendidikan serta dasar kebudayaan.Tetapi di sisi lain keputusan tidak selaras dengan dasar, lebih condong kepada asas pragmatisme melulu,"katanya.
Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Suhaizan Kaiat berpandangan jika diimbas kembali janji Menteri Pelajaran sebelum ini, Dato' Seri Hishamudin Hussin, kajian mengenai dasar tersebut telah selesai.
Namun katanya, apabila menteri bagi kementerian tersebut bertukar kajian bagi dasar tersebut masih dilanjutkan sedangkan pelbagai kajian telah dilaksanakan termasuk enam rundingan meja bulat.
Sehubungan itu katanya, sekiranya pada Disember nanti baru keputusan bagi dasar tersebut akan diputuskan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk penyediaan buku-buku teks dan rujukan. - mks. _ ...harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Kehebatan Islam : Cina Islam MB Kelantan


Pas sedia serah jawatan MB pada bukan Melayu kata Tok Guru Nik Aziz
PAS sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini.Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan secara sinis berkata, gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya sudah lama diamalkan Pas, malah parti itu sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada kaum lain selain Melayu.“Kita ada Islam For All, kita yang pertama jadi mana boleh UMNO mahu kita mengikut mereka yang bukannya pihak pertama membuat gagasan sebegitu. Adakah logik orang pertama kena ikut orang nombor dua,” katanya.Sementara itu Nik Abdul Aziz memberitahu, Pas akan terus mempromosikan kepimpinan ulama di dalam parti itu yang dianggap telah berjaya mentadbir negeri Kelantan mengikut acuan yang dikehendaki Islam selama hampir 20 tahun.Katanya, kerajaan negeri itu di bawah pimpinannya selama ini mempraktikkan Islam dari segi akidah, ibadat, ekonomi dan perjalanan politik sehingga berjaya menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu sejak sekian lama.“Sememangnya kami mahu mempromosikan kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama di Kelantan selama ini telah membuktikan yang kita mampu mentadbir dengan baik. Menjelang pemilihan kali ini, Saya gembira apabila mendengar khabar ada antara Exco Kelantan yang dicalonkan bertanding,” katanya.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Mei 25, 2009 1 ulasan

Sunday, May 24, 2009

Pertama Kali BN./Umno Gentar Tanding PRK

Isnin 25 Mei 2009 30 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
Izwan Abdul Halim Sun May 24, 09 8:16:00 am MYT
Buat pertama kali tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN), tentunya Pilihan Raya Kecil (PRK) N.12 Dun Penanti tidak akan memperlihatkan 'pertembungan' sebenar kekuatan politik yang menjadi kelaziman sepertimana setiap PRK sebelum ini.
Iklan




Bersama 'suasana baru' tersebut, pembawaan serta analisis pihak terlibat juga pastinya berubah. Sehubungan itu, Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM mendapatkan Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution mengulas mengenai perkara tersebut.
HARAKAH: Dalam keadaan BN tidak bertanding, apakah mesej yang akan dibawa pada PRK ini?
SAIFUDDIN: PRK Penanti kali ini bakal menyaksikan KeADILan akan hanya bertembung dengan calon-calon Bebas, sekaligus pendekatan kempen akan sedikit berubah.
Yang akan kita tekanan ialah pertama, kita akan lebih memberi tumpuan memperkenalkan calon Dr Mansor Othman. Yang kedua kita akan menerangkan kepada pengundi Penanti, dasar-dasar Kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang yang dilihat lebih memberikan kebajikan dan kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang.
Yang ketiga kita akan terangkan kepada pengundi di Penanti supaya mereka akan keluar mengundi seperti biasa walaupun pertandingan kali tidak melibatkan BN akan ada kedapatan di kalangan segmen pengundi itu nanti yang barangkali memikirkan bahawa keputusan itu sebagai sesuatu yang dianggap 'a gone conclusion'.
Tetapi jentera kempen KeADILan akan memujuk supaya pengundi-pengundi ini 'clear' seperti biasa. Jadi strategi kempen penerangan akan melebihkan kepada memperkenalkan calon, kedua menerangkan polisi-polisi kerajaan negeri yang dianggap popular dan memberikan kebaikan kepada rakyat dan ketiga ialah memberikan penekanan kepada memujuk pengundi supaya keluar mengundi.
Tentunya peluang untuk menang lebih mudah tanpa BN. Jadi pada PRK ini, apakah indikator yang boleh menunjukkan bahawa rakyat sebenarnya kekal menyokong Pakatan Rakyat dan terus menolak BN?
Indikatornya hanya akan kita lihat apabila kita mendapat nantinya jumlah sebenar yang memberikan undi kepada Pakatan Rakyat melalui calon KeADILan.
Indikator akan kita perolehi apabila pada hari pengumuman keputusan PRK ini jika didapati jumlah undi sebenar yang diperolehi calon KeADILan melebihi daripada jumlah undi yang diperolehi pada 8 Mac 2008.
Itu sekaligus memberikan isyarat bahawa biarpun pertembungan itu tidak melibatkan BN, tetapi sokongan rakyat kepada calon KeADILan terus meningkat. Meningkatnya undi kepada calon KeADILan itu bolehlah dibaca bertambah lagi penolakan rakyat kepada BN.
Apakah dengan Umno/BN tidak menyertai PRK bermula di Penanti, ianya akan menjadi 'trend' mereka selepas ini hingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti?
Saya tidak menjangkakan begitu. Secara kebetulan sambil kita membuat persiapan PRK Penanti, akan berlaku satu lagi PRK di Kelantan iaitu di Manek Urai.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat pada 28 Mei nanti. Dato' Najib telah membuat kenyataan beberapa jam tadi di Singapura bahawa BN akan bertanding di Manek Urai. Itu bermakna BN sebenarnya tidak konsisten dari segi tidak mahu mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Di Penanti dia tidak mahu mengambil bahagian sebab katanya pilihan raya ini membazir wang rakyat. Kalaulah membazir wang rakyat dijadikan alasan, dia mesti konsisten. Bagaimana pula pilihan raya di sini membazir wang rakyat, sementara pilihan raya di Manek Urai tidak membazir wang rakyat? Jadi ternyata BN tidak ada jalan keluar lagi, dia tiada pilihan.
Di sini dia cuba 'twist' atau main sentimen seolah-olah ini sesuatu yang merugikan wang rakyat. Tetapi belum pun PRK Penanti bermula, Tuhan takdirkan satu lagi PRK dan sepantas kilat Perdana Menteri mengumumkan bahawa BN akan bertanding di Manek Urai.
Jadi saya fikir, sama ada dia bertanding atau tidak, dia sudah tentu tidak dapat menjadi pemenang di Penanti sebab tidak menyertai, manakala Manek Urai ini pula kubu kuat tradisi PAS! Bayangkan ketika BN menang semua kerusi di Kelantan melainkan dua kerusi, satu darinya adalah Manek Urai yang PAS menang.
So demikianlah ketika kekuatan BN begitu hebat pun dia tidak tawan Manek Urai, apatah lagi dalam keadaan sekarang PAS menguasai 40 kerusi bersama KeADILan. So, Manek Urai akan jadi kekalahan yang kelima berturut-turut bagi BN, saya yakin!
Di Dun Penanti juga terdapat pengundi Umno/BN, jadi apakah seruan saudara kepada mereka?
Seruan saya sangat mudah, agar mereka memberi peluang kepada Dr Mansor Othman calon KeADILan untuk mewakili Penanti. Dr Mansor sudah tentu akan menikmati tambahan undi sekiranya rakan-rakan daripada Umno yang tidak berpeluang mengundi calon BN, maka mereka boleh sebenarnya memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.
Sebenarnya itulah peluang yang terhidang kepada mereka. Mereka tidak perlu lagi untuk teragak-agak atau berbelah bagi antara tidak mengundi BN sebab BN sudah tidak bertanding. Jadi undi mereka itu saya rayu dapat diberikan kepada calon KeADILan. - mks. _ --> harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

-->

BN Perlu Belajar Cara Jadi Parti Opposisi

Isnin 25 Mei 2009 30 Jamadil Awal 1430 Hijrah
BN dan politik, perkara biasa di Malaysia
Mohd Sabri Said Sun May 24, 09 5:31:05 pm MYT
PENANTI, 24 Mei (Hrkh) - Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) patut menganggap kejadian politik yang terjadi di Malaysia 'perkara biasa' yang tidak perlu dikelam-kabutkan.
Iklan




Tetapi, apa boleh buat Barisan Nasional (BN) masih tidak boleh terima 'perkara biasa' yang ditentukan oleh rakyat apabila kalah pada lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.
Sebelum itu ujarnya, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Umno dan BN tidak pernah hirau apa yang berlaku terutamanya senario politik tetapi selepas mendapat tamparan hebat kalah banyak kerusi mereka bertukar kepada tidak dapat menerima hakikat.
"BN patut anggap perkara biasa apa yang terjadi di Malaysia, mereka kena anggap perkara biasa kalah di lima buah negeri, tidak bertanding di Penanti, hilang majoriti pun perkara biasa, setiap kali BN sertai pilihan raya kecil kalah pun perkara biasa dan BN patut adakah pilihan raya seluruh Perak pun satu perkara biasa yang patut diterima, " jelasnya ketika ditemui di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) Penanti semalam.
Menyentuh mengenai keputusan kahakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya beliau menambah, jika mahkamah memihak kepada Pakatan Rakyat pun jalan paling baik ialah bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serah pada rakyat menentukan kerajaan mana yang mereka inginkan.
Kuasa siapa yang berhak menerajui kepimpinan Perak sambungnya, bukan terletak pada dua atau tiga orang hakim sebaliknya terpulang pada rakyat yang telah memberi mandat pada pilihan raya umum lepas.
Jika Menteri Besar 'haram' Perak, Dr Zambry Abdul Kader menang beliau juga harus mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan BN atan Pakatan Rakyat yang akan jadi pilihan rakyat.
"Peliknya BN tidak boleh anggap semua kejadian politik perkara biasa sebaliknya mahukan mereka menang sahaja. Jika kalah mereka akan buat seriba macam usaha merampas kembali walaupun rakyat telah menolak mereka dalam semua aspek, " tegasnya. - mks._ -->harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )


-->

Krisis Perlembagaan Dan Imej Hakim

Sabtu, 2009 Mei 23

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? - Prof Dr Aziz Bari
KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1)."Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya."Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, Mei 23, 2009 1 ulasan ....harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14