D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Saturday, September 5, 2009

SMS UBN Tolak Prerogatif Tuhan Oleh : Nash Ar-Rawy

SMS UBN Tolak Prerogatif Tuhan
Sep 5th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy
( www.perakexpress.com )

Oleh: Nash Ar-Rawy

Satu Malaysia Sekular (SMS) UBN menolak prerogatif, hak dan kedaulatan Tuhan Yang Empunya Global, Yang Empunya Malaysia , Yang Empunya Hukum ( ‘ The Absolute Law Giver ‘ ) dan Yang Empunya Nyawa. Politik perkauman SMS UBN mencetuskan budaya perkauman , kebencian dan permusuhan kaum dan agama lain di negara ini dengan menyemarakkan sentimen ekstemis assobiyyah kaumiyyah Melayu ke atas penganut Hindu di seksyen 23, Shah Alam.

Sedangkan Yang Empunya Global memberikan hak kebebasan beragama ke atas penganut bukan Islam berdasarkan kepada perintahnya dalam kitabnya “ La iqra hafiddeen “ ( Tiada pemaksaan dalam agama ) atau “ There’s no compulsion in religion “ bagi orang bukan Islam .

Akan tetapi, kedaulatan atau ‘supremacy’ Tuhan telah diambil-alih oleh manusia ekstremis assobiyyah kaumiyyah SMS UBN untuk mencetuskan ‘chaos” atau suasana huru-hara di negara ini Di sinilah bahayanya apabila manusia tiada mahu ambil sistem Yang Empunya Global yang bukan sahaja sesuai untuk global bahkan, termasuklah Malaysia yang terdiri daripada masyarakat plural dan perbagai kaum dan agama.

Keunikan Malaysia ini ada aset terpenting Yang Empunya Global dan penguasa Islam untuk membuktikan kehebatan kitabnya yang bisa menjadi ‘ The Last Testament” ( Al-Qur;an ) dan sistem pemerintahan , sosio-ekonomi , perundangan, ketatanegaraan , nilai etika, kesusilaan dan akhlak yang paling sesuai dianut oleh manusia serta yang paling kondusif dengan fitrah semulajadi manusia dan sejagat raya.

Bukankkah dia Yang Empunya Global , Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Bijaksana ! . Masakan sistem atau nizamul hayat bikinan Yang Empunya Global itu tiada elok dan ‘ out –dated’ atau ketinggalan zaman.

Siapa British dan ‘ English Common Law ‘ dan siapa Melayu, Cina , dan India ? Bukankah bangsa, kaum dan kumpulan etnik itu semuanya kepunyaan Yang Empunya Global yang mencipta bangsa dan bahasa. ‘English Common Law” adalah penghasilan otak manusia yang dibangga-banggakan oleh penganut ajaran sekular. ( SMS UBN ) Sedangkan Hudud ( Hak Tuhan ), Kisos ( Hak manusia) dan Ta’azir ( budibicara hakim) adalah ketentuan daripada LIL LAHI robbil ‘alameen. ; Yang Empunya Global itu sendiri.

Islam adalah ajaran kasih sayang sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama. Semua manusia , termasuklah penganut Hindu, Buddha, Islam, Kristian adalah bukan daripada satu Malaysia; tetapi lebih tepat lagi SATU MANUSIA iatu Adam .Bahkan, SATU DARAH kerna bisa berlaku transfusi darah tanpa mengira kaum dan agama jika kumpulannya sesuai. Tiada bisa doktor bertanya kamu bangsa apa? Agama apa ? Anak pak menteri kah, raja kah? Tetapi yang ditanya ialah darah kamu kumpulan apa ? Gugur bangsa dan agama samasekali kerna menghormati Satu Manusia dan Satu Darah ciptaan Yang Maha Esa , Yang Maha Satu atau ‘Se” kerna ‘Dia’ tiada paksa bukan Islam masuk Islam .

Bahkan, Yang Empunya Global memperlihatkan bagaimana karektor nabinya , iaitu, Rasulillahi S.A.W. menyajikan bubur kepada jirannya yahudi yang sakit sedangkan waktu sihatnya , yahudi tersebut membekalkan najis di depan pintu rumah baginda. Inilah akhlak yang mulia personaliti mukmin , sobirin ( sabar) , solihin , sidiqin dan muttaqin( takwa)dalam budaya interaksi sesama manusia yang memberikan hak kejiranan tanpa mengira kaum dan agama. Bukannya retorik Satu Madinah atau Satu Malaysia yang sebenarnya SMS. Yang Empunya Global mengajar dalam kitabnya .” Jangan kerna kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu kamu melakukan kezaliman . Berlakulah adil ke atas mereka “ dan “ Sesunggugnya aku tiada melakukan zalim ke atas hamba-hamba ku “ serta ayat “ Barangsiapa yang cenderung kepada kezaliman akan dicampak ke dalam api neraka “ Ertinya cenderung pun tiada bisa , apalagi melakukannyanya .

Justeru itu , Yang Empunya Global menyatakan dalam Hadis Kursi , :” Aku mengharamkan diri ku melakukan kezaliman dan Aku tidak mahu manusia melakukan kezaliman di antara mereka. Penganut fahaman kebangsaan atau nasionalisme ( kebangsaan ) haruslah sadar , insaf dan taubatan nasoha dan tinggalkan fahaman sekular nasionalis ini kerna ; fahaman kebangsaan ( assobiyyah kaumiyyah) ini tiada mempunyai sistem hidup ( nizamul hayat) yang mengcakup aspek ketatanegaraan . sosio-ekonomi , perundangan , etika dan akhlak . Tidak seperti Islam yang empunya satu set sistem hidup yang sempurna yang di bikin-siap oleh Yang Empunya Global iaitu; “ Innaddeenaindal lahil Islam “ .untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Justeru itu, penganut ajaran sekular nasionalisme bisa saja menjadi pragmatis ( Pragmatisme) kerana semangat saja tanpa hala-tuju , hukum halal dan haram dan rukun hidup adalah seperti binatang ; membujur lalu , melintang patah .. Jika pengaruh Islam kuat maka didatangi Islam hadhari dan Islam cabut lari . Satu ketika dulu Jepun kuat ,maka ikut Jepun dan Amerika. Bila berlaku krisis ekonomi dunia , Bank Islam tiada yang bankrupt, cuba mengintai-intai pula penggunaan wang Dinar . Assobiyyah tiada akidah , tiada pegangan , tiada hukum , sistem , kaedah dan tiada hubung-kait dengan akhirat.

Semua fahaman sekular disahkan oleh jumhur ulamak sebagai terkeluar daripada Islam; yakni ; murtad kerna menganut fahaman ciptaan manusia seperti komunisme, sosialisme,dan nasionalisme yang samasekali tiada berasal daripada Kitabullah dan Assunnah. Acuan semua resipi hidup keperluan manusia sudah ada dalam pesanan Yang Empunya Global iatu.” Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wawamati lil lahi Robbil ‘alameen “ Hidup ku dan mati itu mencakupi dunia dan akhirat dan segala sistem cara hidup , peraturan dan hukum sudah termaktub dan sediada di dalam kitab Yang Empunya Global.

Kebangsaan ( assobiyyah ) di dalammya langsung tiada hukum dan sistem . Justeru itu Nabi Yang Empunya Global mengatakan ,” Sesungguhnya barangsiapa yang menegakkan kebangsaan , memperjuangkan kebangsaan dan mati kernanya, matinya adalah mati jahiliyyah “ ; bukan maksudnya bodoh(jahil) tetapi sesat dan di hadis lain baginda mengatakan “bukan dari kalangan umat ku.”. Justeru itu SMS UBN hendaklah ditumpaskan dalam Satu Malaysia kerna berpegang kepada konsep perjuangan yang bermatlamat nasionalisme : seperti dalam ‘By Law ‘nya demi mencapai cita-cita kebangsaan : di peralatkan bangsa, agama , raja dan tanah air yang cukup merbahaya. Natijahnya imuni dan kuasa raja diperlondeh , bangsa tipu bangsa ; gunakan DEP untuk dikaut kroni atas nama bumiputra tapi sebenarnya susu-sakat –elit-umnoputra ,Mathematic dan Sains dalam bahasa penjajah kemudiannya di tangguhkan bukannya dimansuhkan demi menjaga kontrak kroni yang bernilai RM5 Billon, skandal BMF, Perwaja Steel , rompakan di Bank Islam dan Tabung Haji dan pembuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa di Memali adalah semuanya bersabit dengan ajaran ekstremis sekular nasionalis sesat ! ( SMS UBN ) Yakni, Melayu bunuh Melayu .

Maka adalah menjadi fardhu ‘ain bagi setiap mukmin dan muttaqin mengembalikan KEDAULATAN YANG EMPUNYA GLOBAL dan seluruh warga tanpa mengira kaum dan agama kepada ‘ Islam For All “ Pas For All” dan “Justice For All melalui perjuangan yang bukan bernaunsakan bangsa yakni ; Pakatan Rakyat dan menolak SMS UBN untuk selama-lamanya yang hidup dengan talian hayat sentiment perkauman ; semata-mata kerna “ Lil Lahi Robbil ‘Alameen “ Yang Empunya Global dan membawa Satu Malaysia kepada Islam. InyaAllahu.
Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Friday, September 4, 2009

Politik Perkauman SMS UBN Oleh: Nash Ar-Rawy

Politik Perkauman SMS UBN
Sep 3rd, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy, utama
( www.perakexpress.com )

Oleh: Nash Ar-Rawy

Satu Malaysia Sekular ( SMS ); begitulah kondisi dan situasi negara ini dulu dan kini.; sejak kolonial British keluar daripada tanah air. Jika anda mahu fenomena ini bertukar kepada Negara Berkebajikan dan keadilan untuk semua berdasarkan kepada prinsip-prinsip sejagat yang ada dalam Islam ( Pas For All ). Pastikan akan datang ; iaitu , PRU 13 kemenangan berada di pihak kebenaran dan musnahnya kejahatan, kerakusan , kezaliman , kemaksiatan, kebongkakan dan ego politik SMS UBN untuk selama-lamanya. Sebagaimana firmanul Lahu , “ wa qulja alhakku wazahaqal batil ‘’( apabila datang yang hak, maka musnahlah kebatilan ).

Setakat menjatuhkan UBN di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sahaja tiada memadai kerna puak ekstemis nasionalis sekular; masih lagi menguasai kerajaan persekutuan dan menguasai semua kementerian . Termasuklah PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah , petronas , khazanah dan kewangan negara .

Ini bermakna UBN masih lagi ada talian hayat melalui agensi kerajaan tersebut dan dengan menguasai khazanah negara; walaupun kecundang di beberapa buah negeri dalam PRU 12 . Tetapi, masih bisa lagi melakukan autokrasi ke atas rakyat dan tradisi politik wang dan kronisma.

Ini menyemerakkan lagi identiti kesekularan UBN kerna seharusnya , Allah dan Rasul di dahulukan dan Ad-deen Waddaulah diutamakan ; barulah keberkatan dan rahmah Allah melimpahi rakyat dan negara , insyaAllah. Yakni, menjurus kepada Negara “ Baidatun thoiyibatun warabbun grofur “ ( Negara yang kaya raya , aman damai dan mendapat keampunan ‘Dia’)

Tetapi, apabila UBN mengamalkan Politik SMS ( Sekular Satu Malaysia ) maka berlakulah kesyaitanan ke-Berhala-an sekularisme ialitu ; ‘ The End Justifies The Means “ ( Matlamat menghalalkan cara resepi politik Machievelli ) . Antaranya kudeta ( rampasan kuasa ) secara rakus , bongkak dan tiada berperlembagaan di negeri Perak . Menangkap 500 orang demonstran Anti ISA secara aman dan tanpa senjata . ISA itu sendiri adalah tiada Islamik kerna penangkapan dan penghukuman dalam tahanan ISA tanpa bicara adalah zalim dan tiada berperikemanusiaan dan melanggar prinsip –prinsip demokrasi sejagat dan peruntukan perlembagaan Malaysia sendiri; yang membenarkan kebebasan menyatakan pendapat , bersuara dan berpersatuan serta berkumpul secara aman ( ‘a peaceful unarmed assembly’ ). Yakni. jaminan perlembagaan.

Politik SMS meletakkan PM melalui perkudaannya iaitu; PDRM mengatasi perkara asasi dalam perlembagaan Malaysia yang lebih besar dariapada Akta Polis sekalipun dengan menyalahgunakan kuasa eksekutif . Memerintah polis melakukan pengekangan ke atas ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dan menahan pencermah-pencermahnya. Akan tetapi, akhirnya Dr. Hatta memenangi kes beliau yang di tahan polis sewaktu berceramah . Keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa ceramah di dalam premis sendiri tiada memerlukan permit polis.

Politik SMS juga menjelekkan lagi demokrasi apabila speaker Kerajaan Negeri Perak yang sah iaitu, Sivakumar di heret keluar daripada Dewan Persidangan Negeri, dengan menggunakan bantuan polis yang tiada berhak berada di dalam dewan . Bahkan yang mempunyai otoriti di dalam mana-mana Dewan Perundangan Negeri di dalam dunia ini . Bukannya PM, SS, IGP , peguam negara atau hakim negara . Tetapi, adalah Speaker Dewan Perundangan Negeri . Ini ada kerna beliau adalah Pengerusi Badan Perundangan Negeri Bagaimanapun, politik SMS bisa digunapakai polis dan SS tangkap speaker . Jika Badan Perundangan Negeri tiada bisa dihormati lagi oleh PM , siapa yang gangster ! Inilah kerakusan politik SMS UBN . Jangan lupa rakyat bukannya warga tahun 70an yang bisa ditipu dengan salah informasi propaganda UBN . Tetapi, celik siber yang menunggu PRU 13 dengan penuh kesabaran untuk menamatkan riwayat UBN.dan politik SMS

Sehingga mutakhir ini, hak peuntukan petronas , 5% ke atas rakyat Kelantan masih lagi di kongkong dalam cengkaman politik SMS. Pengkhianatan ke atas peruntukan perlembagaan persekutuan dalam hal Bahasa Melayu masih lagi bersandiwara apabila penggunaan Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran matematik dan sains ditangguhkan bukannya dimansuhkan kerna demi untuk memenuhi kontrak kroni UBN yang telah menelan belanja sebanyak RM 5 Billion sebagaiman pengakuan PM sendiri. Sewaktu perlaksanaannya mengapakah tiada bisa ditangguhkan ? Terus sahaja secara mendadak , gopoh dan rakus memaksakan perlaksanaannya ke atas guru-guru dan murid-murid ; sekalipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak ! Inilah dia politik SMS. Anak-anak bangsa yang akhirnya menjadi mangsa politik SMS UBN.

Politik SMS yang kononya untuk meraih sokongan bukan Melayu yang merosot sekali dalam PRU 12 . Namun, terbongkar rahsia politik perkauman SMS apabila problema ternakan babi di Kedah bisa diselesaikan dengan baik sekali oleh pimpinan PR yang tiada bisa ditangani oleh politik SMS UBN selama lebih daripada 30 tahun.

Kecundangan dengan semerak perkauman; permainan isu babi, politik SMS UBN cuba pula bermain dengan isu perkauman dengan masyarakat Hindu pula di seksyen 23, Shah Alam. Bukankah pimpinan PR telah berani turun ke padang berinteraksi dengan penuh hormat dengan masyarakat India untuk menangani isu perpindahan kuil ke tempat yang lebih baik sebagaimana perayaan pelita masyarakat Tionghua telah dipertempatkan di tempat yang paling kondusif dan menyeronakkan mereka; yang tiada bisa diperdulikan oleh politik SMS UBN , selama lebih 26 tahun. Tetapi, diadu-domba dengan politik perkauman SMS. Ini fakta yang diperhatikan oleh masyarakat satu Malaysia akan permainan kotor politik perkauman SMS UBN.

Semua orang tahu siapakah dalang disebaliknya kalau bukan kalangan ekstremis assobiyyah Melayu SMS Umno yang mengheret kepala lembu yang masih berdarah , tetapi cuba berpalit kepada Pas . Namun , identiti mereka mudah di kenali oleh masyarakat setempat.

Ternyatalah potitik SMS UBN ini hanya bisa hidup dengan talian hayat tradisi mereka iaitu, ‘ racist’ atau perkauman yang tidak bisa lagi dipakai dan di tolak oleh masyarakat satu Malaysia. Lawan kepada politik SMS UBN adalah politik “Ad-Deen waddaulah “ dan “ Ad-deen wa syariah “ yakni ; Islam For All ! PAS For All yang menghapuskan politk perkauman dan politik SMS UBN . Islam For All sebagai asas kemasyarakan, ketatanegaraan, perundangan, kepolitikan dan sosio –ekonomi dalam konteks “Ad- Deen Waddaulah” yang tiada memisakkan paksi dan panduan beragama dalam politk yang samasekali berbeda dengan politk SMS UBN ; matlamat menghalalkan cara yang memisahkan politik daripada agama.

Poltik Islam yang dibawa PAS sejak dahulu lagi adalah berasaskan kepada ‘ The Arts And Science Of How To Govern ‘ dengan mendahulukan Allah dan Rasul yakni, Kitabullah dan Assunnah sebagai teras pemerintahan negara bukannya poltik SMS UBN yang bernadikan dan hidup dengan perkauman dan ‘chaos’(mageran ) seperti yang pernah mereka lakukan di Kelantan . Tahukah anda politik SMS ini mencetuskan trajedi 13 Mei yang bisa berlaku dalam satu Malaysia; tetapi tiada pernah tercetus di Kelantan di bawah pemerintahan PAS walaupun orang Melayu adalah 90 %; kerna Islam menjamin keselamatan ummah dan semua kaum .
Tags: nash ar-rawy ( www.perakexpress.com )

Tuesday, September 1, 2009

Antara Hukum Pemerintah Dan Hudud Oleh : Nash Ar-Rawy

Antara Hukum Pemerintah Dan Hudud
Aug 27th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy
( www.perakexpress.com )

Oleh: Nash Ar-Rawy

Hukum hudud adalah hak Tuhan yang merangkumi ; sariqah ( rompakan bersenjata ) , hirabah ( mencuri ), zinah /liwat ( 4 orang saksi yang bukan fasik), qazaf ( Penuduh zinah/liwat tanpa 4 saksi yang bukan fasik ) , syurb ( arak ) dan murtad ( di hukum bunuh jika enggan taubatan nasuha setelah dinasihati berkali-kali ).

Jenayah syariah di atas tiada bisa di laksanakan di Malayisa samada di mahkamah tinggi ‘syariah’ ( yang sebenarnya adalah mahkamah UBN) apalagi di mahkamah sivil yang dipaksakan ke atas umat Islam. Yakni, ‘English Common Law” di perturunkan kepada anak emas dan anak didik British ( UBN) yang mengekang kebebasan perlaksanaan hukum hudud , kisos dan ta’azir ; oleh pemerintah thoghut nasionalis sekular: SMS ( Satu Malaysia Sekular ) yang berkuasa di era mutakhir ini.

Sementara Qisos adalah hak manusia yang bersabit kes pembunuhan dan pencederaan ( ‘battery’) ke atas mangsa. Ini adalah kerna si pembunuh bisa dilepaskan jika mendapat keampunan daripada pewaris si mati berserta dengan pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan penyaraan keluarga si mati. Di sinilah keadilan Islam bukannya pemerintah ( atas nama Agung) yang berhak memberi keampunan kepada si pembunuh tetapi waris yang sebenarnya yang berhak.

Namun hak tuhan, yakni, hudud tiada bisa di buat rayuan kepada pemerintah untuk meringankannya kerna itu hak Tuhan dan hukumannya adalah qat’ie ( mandatory) . Dalam kes Kartika , penghakiman tiada berdasarkan syariat Islam kerna hukuman yang jatuhtuhkan ke atas beliau ; bukannya hukum hudud, atau kisos atau ta’azir tetapi hukuman syariat parti pemerintah ( UBN ) yang di ubahsuai sendiri dengan tangan-tangan pemerintah. Di dalam Al- qur’an dalam suratul al- maidah, secara terang-terangan dan jelas ( ‘crystal clear’) tanpa sebarang keraguan langsung bahawa pemerintah yang berhukum dengan bukan syariat Islam di kategorikan oleh Yang Empunya Hukum ( ‘The Absolute Law Giver’) sebagai samada : kafirun, zolimum atau fasikun; satu di antara tiga ini tidak bisa terlepas.

Dalam hal syurb ( arak ) mengikut hukum hudud atau syariat Islam yang sebenarnya ; yang asli mengikut Al-Qur’an ( ‘The Last Testament’) adalah sebatan 40 kali ( minima) atau 80 kali ( maksima). Manusia ( pemerintah ) tiada hak samasekali untuk mengambil hak Tuhan dalam perundangan yang sudah pun ditetapkannya dengan memberi fasiliti membuat rayuan kepada si pesalah jenayah syariah. Wang denda sebanyak RM5,000 ke atas Kartika oleh mahkamah tinggi ‘syariah’(UBN) Kuantan tiada bisa menebus dosa beliau di akhirat kelak Begitu pun, sebatan 6 kali jika dilaksanakan memberikan kesan yang sama kerna itu bukan Hukuman Tuhan ( Hudud) tetapi; hukuman bikinan manusia melalui tangan jahat mereka (UBN) terhadap Tuhan.

Justeru itu, yang bisa menanggung dan tertanggung dosanya di akhirat kelak adalah penguasa atau pemerintah yang menolak Hudud sebagaimana yang berlaku sebagai bukti ke atas Kartika di akhirat kelak ; kerna beliau bersedia dan redha di hukum dengan hukuman yang Maha Pencipta dan Yang Empunya Hukum , iaitu sebanyak 40 kali sebatan . Bukannya dengan hukuman ciptaan manusia ( Mahkamah syariat UBN ).

Oleh yang demikian, adalah menjadi dosa besar bagi orang-orang Islam yang menaikkan penguasa atau parti pemerintah (UBN) yang sedemikian rupa; yang telah melakukan dosa subahah menjadikan orang yang menolak Hudud, Kisos dan Ta’azir sebagai penguasa umat Islam yang sekaligus ; mengekalkan pula ‘British Common Law yang mengatasi Hudud , Kisos dan Ta’azir yang di paksakan ke atas umat Islam Satu Malaysia dengan kethoghutan mereka.SMS. Cara untuk menebus dosa tersebut ialah dengan menyokong dengan tangan anda ( mengundi ) pada PRU 13 ; dengan mengundi Gerakan Islam ( Pas bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat) yang sudah pun menyediakan Hukum Hudud, Kisos dan Ta’zir dengan diperundangakan Kanun Jenayah Syariah di dalam DUN Kelantan dan Terengganu.

Namun seperti yang sedia maklum , kerajaan pusat di kuasai oleh parti nasionalis sekular yang mengekang perlaksanaan hudud melalui perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran. Insya Allahu , jika anda beriman dan mahu Hudud di laksanakan , berkewajipan bagi anda untuk menggunakan tangan ada( mengundi) memenangkan dan memerdekakan Islam untuk memelihara maruah Islam , umat Islam dan tanah air daripada penjajahan bentuk baru (“Neo-Colonialsm) ; yang membelenggu dan mengongkong kebebasan Islam dan ummah untuk memilih Islam dan meletakkan Kanun Jenayah syariah ( Bukan syariat UBN ) pada kedudukan dan tempatnya yang sebenar .

Kes Kartika boleh dijadikan ‘iktibar bagi orang yang beriman dan bijaksana untuk menilai setelah lima dekad ; merdeka dariapda kolonial British , namun Satu Malaysia (SMS ) masih lagi belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya . Justeru kerna ‘Neo Colonialisme” UBN meragut kemerdekaan rakyat melalui akta dayus dan opresi( “ Draconian Law ‘) seperti ISA( Ikut Suka Aku) tangkap tanpa bicara, Akta Cetak dan Universiti yang tiada selari dengan syariat Islam .Lantaran itu, memperkudakan SPRM, Mahkamah, polis dan SPR yang kononnya terkejut besar dengan kemerosotan peratusan yang keluar mengundi di DUN Permatang Pasir . Sedangkan sebenarnya SPR lawak besar kerna memaksakan rakyat keluar mengundi pada hari bekerja.Pengundi di Taiping, Ipoh , KL dan lain-lain tidak bisa pulang kerna masaalah cuti , sedangkan hari Ahad bukankah ada.

Namun, bagi kes Kartika ini, layak mendapat penghormatan daripada seluruh umat Islam Satu Malaysia dan dunia kerna keinsafannya bertaubat untuk kembali kepada syariat Islam demi untuk menebus dosa beliau di akhirat kelak;sekalipun yang berjalan adalah syariat UBN. Itu bukan persoalan beliau , tetapi persoalan yang akan tertanggungjawaban oleh parti pemerintah di hadapan Rabbul Jalil nanti. Masyarakat majmuk bukannya alasan kerna Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan Islam bisa ‘opt ‘kepada ‘Civil Law”. Tetapi, malang sekali UBN tiada bisa memperundangkan Akta Hudud di dalam parlimen sekaligus menolak cadangan tersebut daripada PAS.

Hudud adalah bertujuan untuk menghapus dosa si pesalah di akhirat kelak , mendidik ummah dan mencegah kemungkaran. Justeru, rotan yang diguna-pakai itu pendek , tidak tebal dan menyebat sederhana sahaja , tidak bisa melebihi bahu mengangkat tangan; ibarat si bapa merotan si anak( berusia sembilan tahun) yang enggan solat dengan penuh kasih sayang dan mendidik sebelum ia akhir baligh tanpa sebarang kecederaan dan bisa di tonton di khalayak yang bisa menberi kesan saikologi mencegah kemaksiatan zina, qozaf( 80 kali sebatan) syurb( minum arak) dan lain-lain.

Akhir kalam , selagi hukum hudud tiada bisa di laksanakan ke atas umat Islam ( sahaja) dalam Satu Malayisia. Maka semua umat Islam berada di dalam keadaan subahah dan berdosa ; selama mana mereka itu redha dan menyokong syariat UBN di kekalkan oleh Penjajahan Bentuk Baru ( kesinambungan thogut, sekular British) . Justeru itu, untuk melepaskan dosa tersebut; semestinyalah dengan kesadaran dan keinsafan kendiri dan taubatan nasuha kerna membiarkan selama lima dekad Islam , ummah dan tanah air terus berada di dalam cengkaman qorun kroni UBN; di jajah oleh penguasa thoghut sekular . Laksanakanlah tanggungjawab anda kerna tangan yang memangkah itu pastinya akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak, Lakukannya semata-mata ‘lil Lahi Robbil ‘alameen’ sebagai memenuhi tuntutan Jihad Fi Sabilillah dalam Satu Malaysia : melaksanakan Ad-deen Waddaulah
Tags: nash ar-rawy

( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Antara Merdeka Dan Derhaka Oleh: Nash Ar-Rawy

Antara Merdeka dan Derhaka
Aug 26th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy
( www.perakexpress.com )

Para pejuang gerakan Islam sejak daripada Hisbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semangol di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Bakir adalah antara pimpinan yang bangun menentang penjajah British secara terang-terangan ; termasuklah almarhum Prof. Dr. Burhanuddin El – Helmy , Ahmad Boestaman, Ibrahuim Ya’akub, Mustaffa Hussein dan para pejuang yang lain. Setelah Hisbul Muslimin diharamkan , muncul pula Parti Islam Se Malaysia ( Pas) yang kemudiannya di pimpin oleh Prof. Dr. Burhanuddin El –Helmy sebagai lanjutan atau kesinambungan kepada gerakan Islam Hisbul Muslimin. Lantaran itu, beliau di tangkap dan di penjarakan oleh kolonial British .

Namun pimpinan nasionalis sekular pada waktu itu bisa berkompromi dengan kolonial British selaku anak emas British; dengan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Britih selaku Menteri Besar Pahang ( Tun Razak ) , Menteri Besar Perak ( Panglima Bukit Gantang) dan Menteri Besar Johor ( Dato’ Onn Jaafar ) .Tiada seorang pun pimpinan Umno yang bisa ditangkap oleh pihak penjajah Bitrish selaku pejuang kemerdekaan termasuklah Tunku Abdul Rahman yang besenang-lenang di Langkawi selaku pegawai tinggi penjajahan kolonial.

British sememangnya tahu lambat laun negeri-negeri jajahannya akan bisa merdeka juga akhirnya seperti pengalaman mereka di India. Namum, antara PAS dan Umno , British lebih senang bakal kerajaaan baru yang merdeka itu nanti di perintah oleh kalangan anak didik dan acuan mereka. Yang bisa menyambung sistem pemerintahan yang berteraskan sekular dan sudah pastinya bukanlah daripada Gerakan Islam yang di gelar bahaya dari gunung ( Hisbul Muslimin ) dan penyambungnya; PAS yang bernaunsakan Islam .

British tiada mahu lihat Malaya waktu itu muncul sebagai Negara Islam . Maka , tiada hairanlah ‘ Neo- Colonialism” berlaku apabila pemerintahan Malaysia di serahkan kepada Umno –Perikatan yang meneruskan kesinambungan dasar dan sistem pemerintahan sekular mengikut acuan British . Pihak kolonial tahu pengaruh Almarhum Prof. Dr. Buurhanuddin terlalu kuat dan mempunyai karisma sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia Merdeka yang berwibawa. Beliau adalah satu-satunya wakil Asia dalam persidangan Afro-Asia yang diiktiraf sebagai pemimpin Asia yang unggul.

Sehingga sekarang acuan kolonial masih lagi berjalan apabila , walaupun sudah ‘merdeka’ ; hukum hudud tiada pernah diperundangkan oleh penguasa nasionalis sekular.Bahkan, cadangan Akta Hudud di tolak bulat-bulat di dalam parlimen, yang dikemukakan oleh PAS. Ini adalah suatu penderhakaan terhadap Tuhan selaku ‘The Absolute Law Giver “. Namun Kerajaan pimpinan Gerakan Islam ( PAS For All) bisa memperundangkan hukum Hudud ( Kanun Jenayah Syariah ) di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun , tiada bisa diimplementasikan kerna sekatan perlembagaan Persekutuan dan agenda Kerajaan pusat yang mengugut kerajaan Kelantan ( Mageran ).

Penderhakaan kepada tuhan dan syariat Islam terus –menerus berlaku apabila mukaddimah Hudud pun tiada bisa di laksanakan walaupun sudah ‘meredeka’ lebih daripada lima dekad. Tetapi, maksiat tiada di sekat bahkan diperlesenkan dengan lesen judi dan arak yang berleluasa. Namun kerajaan yang bernaunsakan Islam di Kelantan telah berjaya menggunakan sepunuhnya kuasa Kerajaan Negeri(PBN) dan Kerajaan Tempatan(PBT) dengan tiada mengeluarkan lesen premis untuk judi dan menghadkan serta mengawal penjualan arak di tempat tertentu sahaja untuk bukan Islam. Sebagai perintis dan model kepada negara dan negeri –negeri lain khususnya yang di bawah Pakatan Rakyat untuk di contohi dan ditauladani. Insya Allah Hu Ta’ala. Hapuskan judi dan kawal-selia arak walaupun kerajaan UBN yang bagi lesen.

Firmanul lahu,” Tidak dibenarkan kekayaan sesebuah negara itu berputar dikalangan orang-orang yang tertentu sahaja” Ayatullah ini diderhakai apabila hanya suku-sakat umoputra sahaja yang bisa mengkayakan kroni masing-masing ; yang sekaligus mengkhianati dasar DEB dan mengenepikan golongan marhein tanpa mengira kaum dan agama. Ternyata , korun-korun ini bertopengkan DEP untuk kepentingan kroni mereka. Kendatipun, mereka terlupa rakyat sudah menyedari dan bangkit Merdeka dan Refomasi untuk mengambilalih Satu Malaysia daripada belenggu dan konkongan sekular; yang menggunakan ISA untuk mengekangnya secara dayus dan opresi massa.

Baru sedikit sahaja pengabdian diri almarhum Datuk Ishak Baharum yang melaksanakan amanah selaku Mufti Selangor yang melaksanakan penguatkuasan ke atas wanita Islam yang memasuki pertandingan ratu cantik dan yang menjadi pelayan arak di ‘The Ship” bisa mengakibatkan beliau dipecat sebagai Mufti. Di manakah maruah Islam Satu Malaysia . Satu Malaysia masih lagi belum ‘merdeka ‘dalam ertikata yang sebenarnya kerna Satu Malaysia tidak bisa dibenarkan Hudud dilaksanakan untuk mendidik rakyat dan mencegah kemungkaran . Sehingga berleluasanya zinah dan anak luar nikah ! Ini semua adalah bala daripada Yang Empunya Hukum kerna kerajaan Satu Malayisa menderhaka kepada Yang Empunya Hukum ( ‘ The Absolute Law Giver’).Kerajaan Satu Malaysia masih tidak bisa membebaskan Satu Malaysia daripada dikuasai oleh perlembagaan sekular dan undang-undang thoghut ; British Common Law .; yang dipaksakan ke atas orang Islam.

Ternyata sekali, Hudud , Kisos dan Ta’azir tiada bebas dilaksanakan ke atas orang Islam ( Bukan Islam ‘opt’ kepada civil law ) . Ini jelas bererti, syariat Islam belum lagi merdeka dalam Satu Malaysia .Justeru itu, penguasa dan pemerintah Satu Malaysia adalah kerajaan yang mengkhianati syariat Islam dan menderhakai Tuhan selama lebih daripada lima dekad dan tiada tanda-tanda mahu taubatan nasuha. Inilah dia polisi dan akidah yang sesat perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan). Bahkan, polisi dalam Satu Malaysia puak nasionalis sekular ini , ialah Amal Maaruf Amal Mungkar sama dengan slogon Malaysia Boleh! Halal Haram pun boleh !. Menderhakari perintah Yang Empunya Global , “ Ani’budullah wajtanibutthoghut’ ( Beriman dengan Allah dan menjuahi thoghut ).; sepanjang masa.; Dulu , Kini dan Selamanya ; sekular nasionalis.dengan berbagai slogon dan retorik menipu ummah.

Percayalah merdeka bangsa dan tanah air daripada kolonial British , belum tentu lagi Islam itu merdeka . Tetapi, jika Islam For All dimerdekan dalam Satu Malaysia , insyaAllahu bangsa dan tanah air dengan sendirinya bisa terserlah. Sebagaimana bangsa Arab dan Turki bisa memerintah dunia dengan Islam . Tetapi, apabila menganut kebangsaan Arab dan Kethoghutan , sekular Kamal Attatuk yang meninggalkan Islam sebagai addeen waddaulah ; habis punah negara umat Islam menjadi boneka Amerika dan penjajahan dunia Islam bentuk baru yang kembali dijajah.

Merdekakanlah Satu Malaysia dengan Islam For All , menegakkan negara berkebajikan dan ‘Justice For All” kerna “ Islamu nyaklu wala nyakla ‘alaih” ( Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya) Derhakailah thoghut dan kepemimpinan thoghut( Berhala yang berkata-kata dusta) selama mana mereka itu menderhakai Yang Enpunya Hukum, Yang Empunya Satu Malaysia , Yang Empunya Rezeki dan Yang Empunya Global . Merdekakan Satu Malaysia pada PRU 13 nanti, Insya Allah Hu Ta’ala. Islam yang memerintah dan tak bisa diperintah ! Merdekakan Islam, bangsa dan tanah air dengan Islam .Menegakkan agama dan memerintah Satu Malaysia dan dunia dengannya . “ Islam For All” untuk satu Malaysia.
Tags: nash ar-rawy ( www.perakexpress.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14