Angkat Speaker keluar dewan satu pencerobohan dan cemar Dun |
Mohd Sabri Said Fri | May 08, 09 | 4:17:54 pm MYT | |||||||
PULAU PINANG, 8 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Husein menyifatkan tindakan polis membawa keluar Speaker Dun Perak, V. Sivakumar daripada dewan persidangan untuk memberi laluan perlantikan speaker baru semalam satu pencerobohan dan mencemarkan peraturan Dun dan Perlembagaan Negeri sedia ada.
Baginya, pelanggaran peraturan tidak sepatutnya terjadi kerana V. Sivakumar masih sah di sisi undang-undang dan campur tangan polis satu kesalahan kerana hak mereka hanya membuat kawalan di luar dan boleh masuk sekiranya diminta oleh Speaker. "Polis dah menceroboh masuk untuk membawa V. Sivakumar keluar dari dewan. Tiada siapa boleh arahkan polis buat begitu walhal beliau merupakan Speaker yang sah bukan dia letak jawatan atau kekosongan disebabkan kematian. Speaker berkuasa penuh dalam dewan Timbalan Speaker pun tidak boleh bertindak tanpa izin Speaker," ujarnya ketika Harakahdaily meminta pandanganya sebentar tadi. Kata beliau lagi, pelantikan Genesan daripada MIC sebagai Speaker Dun Perak yang baru tidak sah dan melanggari peraturan dan perlembagaan negeri Perak. Mana boleh wujud usul supaya Speaker letak jawatan dan diganti dengan Speaker baru ekoran tidak setuju tindakan Speaker yang sah dilantik oleh Dun yang dimandatkan oleh rakyat. "Perlantikan Genesan tidak sah dan haram selari dengan perlantikan Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan enam exconya. Keadaan jadi makin celaru melainkan Sultan Perak perkenan untuk adakan pilihan raya kecil seluruh Perak," tegasnya. Jelas Abdul Halim, institusi Dun mempunyai kuasa yang tersendiri sama dengan kuasa mahkamah di mana hakim berkuasa dalam mahkamah untuk menentukan siapa yang salah atau mengeluarkan arahan dari mahkamah. Tetapi lain pula di Perak orang lain lebih berkuasa di dalam Dun sehingga memanggil polis untuk mengangkat V. Sivakumar keluar dewan untuk memberi peluang perlantikan Speaker baru dan memulakan Persidangan Dun dengan amanat Sultan Nazrin Shah, katanya. - mns_ www.nasharrawy.blogspot.com/ 090509 www.nashsisepuluh.spaces.com |
No comments:
Post a Comment