Speaker yang sah: Sivakumar lwn Ganesan |
Harakahdaily Fri | May 15, 09 | 2:32:49 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Speaker yang baru dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa sidang DUN Perak minggu lalu.
Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh dan dalam kenyataan tuntutannya ialah memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas. Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan. Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan Rakyat akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar. - azm _ |
No comments:
Post a Comment