Jumaat 5 Jun 2009 11 Jamadil Akhir 1430 Hijrah
DMPP perjuang keadilan rakyat
Saidah Hairan Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu Jun 04, 09 12:36:04 pm MYT
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berperanan dalam penggubalan undang-undang negara bagi memperjuangkan kebenaran dan keadilan membela rakyat tertindas serta mangsa kerakusan BN.
Iklan
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, Muslimat diwakili beberapa tokoh yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan rakyat.
Menurut beliau, peranan Muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh Muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.
"Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendekiawan Muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan," katanya dalam ucaptama Muktamar DMPP kali ke-49, di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di sini hari ini.
Dalam senario politik hari ini beliau menegaskan, politik negara telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan.
Menurut beliau, ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri.
"Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat," katanya.
Nuridah menegaskan, jika ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.
Namun begitu, tambah beliau PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka.
Menurut beliau, Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat yang sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.
"Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha-usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara," katanya.
Tegas beliau, sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja.
Jika tidak terjadilah suasana seperti Umno yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan, katanya. - lanh _ --> ...harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment