Beriklan di PerakExpress.com
Pautan PerakExpress
Berfikir Secara Positif
Jul 28th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama(www.perakexpress.com)
Oleh: Nash Ar-Rawy
Fikiran manusia mempunyai dua dimensi iaitu ; bisa mengajar anda membuat baik dan beramal soleh atau membuat jahat dan beramal maksiat. Manusia bisa berfikir secara kehambaan dan ke – Tuhan-an mengesakan ‘Dia’ yang empunya global , atau berfikir secara ke – Berhala-an dalam diri kerna tidak kenal diri dan yang empunya diri ; justeru kerna nafsu yang tersembunyi dalam diri ; dengan keterampilan karektor ego, sombong dan bongkak . Yakni, syirik kahfi mengkahfi atau halus lagi menghalusi dan tersembunyi di dalam diri kerna ada berhala dalam diri kendiri.
Fikiran itu adalah doa yang datang dari hati . Justeru itu, apa yang tertasdik di dalam hati, berbuah di dalam fikiran dan ditempa di dalam perbuatan adalah doa belaka dan perlakuan serta perkataan doa diri itu sendiri.
Anda haruslah berfikiran positif supaya yang positif bisa berlaku kerna zat , sifat, asma’ dan af’al anda adalah menjurus kepada ‘Dia’ dengan berbaik sangka dengan ‘Dia’. Dalam ke-Tuhan-an jika anda tiada yakin kepada diri anda sendiri, sebenarnya anda sudah menolak ‘Dia’. Justeru kerna, anda datang dari ‘Dia’ hidup kerna ‘Dia’, dengan ‘Dia’(‘of HIM not HIM’ )dan akan kembali kepada ‘Dia’ dan tiada yang lain melainkan ‘Dia’.
Artinya , menolak diri kerna tiada keyakinan diri sama dengan menolak yang empunya diri, yang empunya nyawa , yang empunya rezeki, pangkat, kuasa dan kedudukan. Bila mana diri itu datang dari ‘Dia’ dan pastinya akan kembali kepada ‘ Dia’ Maka fikiran yang positif akan ‘Dia’ adalah muktamad dan pasti . Justeru kerna, ‘Dia’ tiada bisa zalimi hamba-hambanya kerna manusia yang bisa menzalimi dirinya sendiri.
Jika anda berjanji dengan seseorang dan memungkiri janji anda dengan mengemukakan pelbagai alasan . Rakan anda mungkin memaafkan anda. Tetapi , apakah ‘Dia’ bisa memaafkan anda . Dosa anda tidak bisa tertebus melainkan anda dengan penuh kesedaran diri dan keinsafan diri menyatakan pada diri anda sendiri : “ Laila hailla anta, subhanakaini kuntuminadzolimin” ( Tiada tuhan melainkan ‘;Dia’ dan sesungguh aku telah menzalimi diri aku sendiri; yakni , memohon ampun ke atas diri sendiri yang datang dari “ Dia’ lantaran membersihkan diri secara fitrahnya nan asli ) Maksud Qur’an.
Oleh kerna, percakapan itu adalah doa. Maka berbicaralah yang baik-baik sahaja dan janganlah berdoa yang buruk berlaku kerna percakapan yang buruk jika disebut berkali-kali akan menjadi realiti kecuali yang baik yang keluar dari mulut anda ; insyaAllahu yang baiklah yang akan berlaku. Jangan salahkan ‘Dia’ kerna anda yang meminta samada anda menyedari atau tidak menyedarinya.
Sebagai anologi, anda yang berbadan sihat dengan sengaja menyatakan kepada diri anda sendiri “ aku sakit” sebanyak 100 kali atau 1000 kali. Apakah anda tidak bisa jatuh sakit! Ini satu bukti cakap itu adalah doa . Sebaliknya, jika anda rasa ‘kurang sihat’ tetapi yakin diri dan menyatakan ‘aku sihat’ kerna tiada apa kuasa yang bisa menyihatkan aku , kecuali “ Dia” inyaAllahu “ Dia” bisa menyihatkan anda di samping mengambil obot secara ikhtiar fisikal kerna obat pun “Dia” yang punya. Tetapi, yang menyembuhkan bukan itu obat , tetapi yang empunya obat ! . Dengan berfikiran positif sebegini anda senantiasa di dalam keadaan tauhid atau mengesakan ‘Dia’ sepanjang masa. Yakni, tiada syirik kepada ‘ Dia’
Anda juga tiada seharusnya merungut akan apa yang berlaku di depan mata kepala anda , kerna jika anda berbuat demikian anda sebenarnya mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu yang sudahpun ditetapkan ‘Dia’ sejak azali lagi.( ‘Loh Kun’ ) Sebagai contoh, anda sedang memandu mobil . Tiba-tiba muncul seekor lembu di depan anda. Jika anda memaki-hamun lembu itu , bukanlah bererti anda memaki ‘Dia’ kerna lembu itu tiada berfikiran dan tidak tahu apa-apaan.” Dia’lah yang sebenarnya yang meletakkan lembu itu di situ ! . Mengapakah harus lembu itu di maki . Bukankah anda sebenarnya memaki ‘ Dia’. bukannya lembu itu , bukan!
Bukankah lebih bagus anda mendiamkan diri sahaja. Diam dalam percakapan, diam dalam perbuatan dan diam dalam diam ; brek sahaja secara automatis dan tunggu sahaja, saksikan sahaja lembu itu beredar . Pastinya tauhid anda tidak bisa rosak atau terbatal insyaAllahu . Jika tercelupar, segeralah meminta ampun ke atas diri anda di atas kesilapan yang anda lakukan itu. Justeru kerana, jika anda tiada minta ampun ; di khuatiri putus rahmat anda dengan ‘Dia’; kerana pada hakikatnya anda telah mengata ‘Dia’ .samada di sedari atau tidak disedari; di sengajai atau tidak disengajai.
Perlu ada hubungan tauhid atau ke-Tuhan-an sepanjang masa dalam ‘Se’. Jika anda memandu, ‘Dia’ lah pemandunya kerna yang menjamin pemanduan adalah ‘ Dia’ . Maka pintalah keselamatan daripada ‘Dia’; kerna ‘Dia’ tidak bisa memberi jika anda tidak bisa meminta.
Oleh yang demikian, janganlah kamu sekali-kali melakukan kezaliman sesama manusia kerna dikhuatiri jika ramai yang menyumpah di atas perbuatan kamu itu; di dalam satu gelombang atau frekuensi yang sama . Kemungkinan sumpahan itu berlaku adalah tiada mustahil kerna cakap itu adalah doa. Apalagi , ‘Dia’ bisa mendengarinya kerna doa orang yang dizalimi tidak bisa ada hijab dengan ‘ Dia’ sekalipun cakap-cakap itu datang daripada orang bukan Islam. Dalam 44 orang yang memohon, mungkin doa seorang di kalangan yang ramai itu dimakbul ‘ Dia’ insyaAllahu .
Jika anda sedang menyaksikan gerombolan mat rempit yang beraksi ngeri. Tiba-tiba tertasdik di dalam hati anda berkata, “ budak-budak ini nak kena langgar ni” . Bagaimana jika mulut anda itu masin ketika itu , tiada mustahil kemalangan akan berlaku ke atas mereka. Bukankah lebih baik hati itu bicara yang positif , umpamanya; “berhentilah berlumba dan buatlah kerja-kerja yang mendatangkan faedah”. Mungkin budak-budak rempit itu bisa berubah.
Yang paling menakutkan sekali adalah doa ibu. Seandainya si ibu sangat memarahi anaknya kerna perbuatan atau kesilapan anaknya yang menyakitkan hati itu. Lantaran memaki-hamun dan menyumpah anaknya itu. Tanpa disedari dia telah mendoakan keburukan dan menempah bala datang menimpa anaknya . Justeru kerna, cakap itu doa! .Bercakaplah hal-hal yang positif lebih-lebih lagi terhadap anak sendiri kerna doa atau cakap-cakap ibu itu lebih makbul sifatnya. “ Dia” sebenarnya melakukan apa yang ada dalam fikiran anda. ( “ If a man thinks, so does HE thinks) Maksud Qur’an :” Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu , kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya “; ternyatalah ‘Dia’ tidak bisa zalim .
Justeru itu, bertindaklah secara positif dalam ingatan, fikiran, rasa, perasaan, gerak, perbuatan dan percakapan mentauhidkan ‘Dia’ dan tiada membatalkan ketauhidan anda dalam ke-Tuhan-an mengesakan “ Dia’ senantiasa dalam ‘Se’ dalam zat, sifat, asma’ dan af’al . InsyaAllahu bisa mendapat barokah daripada ‘Dia’ dan hidup anda itu berkat, beriman, bijaksini dan bijaksana.
Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )( www.perakexpress.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment