Sesuai untuk paparan di Mozilla Firefox dan di resolusi skrin 1280x768.
Mentaliti Kebendaan Tiada Yakin Yang Maha Ghaib
Sep 18th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama(perakexpress.com)
Oleh: Nash Ar-Rawy
Manusia diciptakan Yang Empunya Global pada diri batin Adam a.s. daripada unsur sedikit daripada roh ciptaan Yang Maha Pencipta. Namun Yang Maha Pencipta bukanlah roh , tetapi Yang Empunya roh, nur , nyawa ,nafas dan diri Fisikal Adam a.s. itu sendiri adalah daripada unsur tanah, air , api dan angin Manakala, Nur Muhammad yang terkandung di dalam diri Adam a.s. adalah anugerah Yang Empunya Cahaya : “ Nurun ‘ala nur yahdil lahu linurihi maiyasya’ “ ( Cahaya dalam cahaya , aku berikan kepada sesiapa yang aku kehendaki ) ; Surah Annur : ayat 35 .
Ternyata asal usul manusia itu adalah suci , bersih dan murni kerana terkandung elemen roh dan cahaya ( nur) yang ‘zero polusi ‘ dan 100% spiritual .Namun , setelah diri yang suci , bersih dan murni itu dimasukkan ke dalam jasad yang terkandung di dalamnya elemen tanah air api dan angin .Maka bermulalah pengaruh kebendaan ( ‘materialistic’ ) pada diri manusia. Tidak cukup dengan itu ditambah pula dengan pengaruh bumi itu sendiri yang sarat dengan khazanah kebendaan samada di atas permukaan maupun di udara , laut dan perut bumi yang merupakan lingkaran materialistik manusia secara fitrahnya
Sementara akal pula , bisa berfikir dan mengajar manusia methodologi untuk membuat yang baik maupun yang jahat . Pasangannya adalah nafsu serakah membujur lalu , melintang patah . Contohnya, cara merompak bank ( beramal maksiat) atau cara melaksanakan mekanisme dan profesionalisme perlaksanaan hukum hudud ( beramal soleh ) .
Justeru itu , untuk kembali kepada asal diri manusia yang asli dan suci murni; manusia perlu yakin kepada Yang Maha Ghaib demi untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebendaan dan pengaruh duniawi yang amat dahsyat . Tanpa pertunjuk dan magnatisme dan ‘Talian” Yang Maha Ghaib yang melingkari kehidupan manusia. Pastinya manusia bisa sesat sebagaimana jahiliyyah siber dan tersasar (‘derailment’) daripada menjadi orang yang beriman dan bijaksana.
Sememangnya manusia perlukan ‘ food, chothes and shelter’ ( makanan, pakaian dan tempat perlindungan ) untuk hidup di dunia ini. Namun, itu semua adalah keperluan sementara dan keperluan dan kehidupan yang sebenarnya (‘actual life’) adalah kehidupan selepas mati atau akhir roh (akhirat).yang kekal abadi dan untuk selama-lamanya.
Untuk itu manusia perlu meng’akhirat’kan diri sebelum di bawa ke sana dan me’matikan’ diri sebelum mati; masuk frekuensi “Dia” supaya bisa bersama dengan keyakinan kepada Yang Maha Ghaib secara tulus , IKHLAS dan perserahan total, zahir dan batin. Yakni, beriman dan bijaksana
( bukan semata-mata bijiaksini untuk kehidupan palsu di sini sahaja) kerna kehidupan manusia yang sebenarnya adalah akhir roh (akhirat) ; sementara dunia ini adalah semata-mata sandiwara sahaja.dan kepalsuan belaka bukan yang sebenarnya. Kembalikan diri kepada Yang Maha Ghaib sebelum dijemput oleh Yang Maha Ghaib dengan tulus ikhlas “ waqhosyi yarrahmanabil ghoib “ (IKHLAS kepada Yang Maha Ghaib ) : Surah Yasin : 11 Datang sebelum dijemput dan pergi sebelum dipanggil .mengekalkan frekuensi ke-Tuhan-an dan aliran Yang Maha Ghaib. Yakni, ‘Direct Line” atau “talian terus” tidak melalui Muhammad atau malaikat sebagaimana solat 5 waktu; 100 % TIADA SYIRIK.
“ Wataqollubaka fissajidin ‘( dan pergerakan-pergerakan kamu antara mereka yang sujud ); makusud Qur’an; ertinya senantiasa dalam keadaan sujud kepada Yang Maha Ghaib . Yakni, tiada menipu, rasuah, peras ugut , zina, judi, membunuh, minum arak; kerna IKHLAS dan KEMALATUL YAKIN kepada Yang Maha Ghaib yang bisa jadikan kamu tidak fasik, zalim atau kufur ; tepuk dada tanya iman; supaya senantiasa zakirin; dalam kalimah kepada Yang Maha Ghaib; dalam frekuensi ‘DIA’. Kalam Yang Maha Ghaib, “ wa aqimissolah talizikri” ( dan menyempurnakan solat kerna mengingati Yang Maha Ghaib ) ; senantiasa dalam solatun daimun ; kekal dalam solat dan fissajidin ( sujud pada Yang Maha Ghaib) kerna keyakinan totok dan mutlak kepada Yang Maha Ghaib . Justeru hanya dengan hakkul yakin dan akmal yakin( kemalatul yakin) pada “Dia’ Yang Maha Ghaib sahaja yang bisa solatun daimun dan fissajidin ; SUJUD kepada Yang Maha Ghaib.; sehingga lenyap diri ;si ghaib , ghaib dalam ghaib dalam Yang Maha Ghaib.( “ Ghoibun gruyub”)
Justeru itu, masa depan ( ‘future’) orang yang beriman dan bijaksana adalah kehidupan yang sebenarnya ( ‘actual life’ ) iaitu , akhirat ( akhir roh ) atau destinasi roh ; dari Yang Maha Ghaib, Untuk Yang Maha Ghaib dan Kepada Yang Maha Ghaib ; tidak ada yang lain melainkan Yang Maha Ghaib dan ‘nampak’ Yang Maha Ghaib kerna semuanya kepunyaan Lil Lahi robbil ‘alameen; yang menguasai semesta alam. Hatta, nyawa, Muhammad Rasulil Lahi juga dipegang oleh Yang Maha Ghaib ( The Unseen One ) .
Untuk itu taraf manusia perlu di naikkan agar tidak setaraf dengan binatang. Kerna binatang mempunyai nyawa sama juga dengan manusia. Namun, manusia yang beriman dan bijaksana tidak menjadi hamba dunia sebaliknya dunia ditungganginya dan menentukan arah tujunya : “ ‘ani’budullah wajtanibutthoghut” ( Beriman dengan Allahu dan Menjauhi thoghut)
Oleh yang demikian, manusia jika tiada mahu sebaris dengan binatang ; iaitu, nyawa. Hendakkah melakukan konversi atau tukar kepada frekuensi atau level roh ;yakni dengan kembali kepada hakikat diri yang asli yakni, roh yang suci , murni , tiada tercemar; kerna hanya melalui frekuensi yang bersih dan suci murni inilah yang ada di dalam batang tubuh manusia; yang bisa dengan izin Yang Maha Ghaib menemui Yang Empunya Roh. Setelah itu, insyaAllahu bertukar pula kepada level atau frekuensi nur kerna hanya melaului Nur Muhammad yang ada dalam diri anak adam itu dengan izin Yang Maha Ghaib bisa menemui Yang Empunya nur. Begitu juga, hanya Si Ghaib atau Yang Ghaib sahaja yang bisa tenggelam di dalam Yang Maha Ghaib .
Jika ini tiada berlaku , maka samalah manusia itu seperti binatang dalam frekuensi nyawa semata-mata ; di kuasai nafsu serakah dan duniawi . Walaupun , mempunyai akal tetapi tidak bisa berfikir ke arah Yang Maha Ghaib kerna tiada kenal kepada Yang Maha Ghaib. Justeru itu, kenalilah diri: siapa aku, bikin apa aku di sini dan mahu ke mana aku bawa diri supaya nanti bila kenal diri kendiri ; bisa pula kenal Yang Maha Gaib dan Yang Empunya Diri; dan apabila sudah kenali ‘Dia”, diri bisa terhapus ( ‘Selfless ‘) yang ada hanyalah Yang Maha Ghaib. “ la maujud bilhakki ilallahu “ ( Yang hanya “SE”nya wujud dan berhak adalah Yang Maha Ghaib : Lil Lahi robbil’alameen ).
Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment