Semangat Kerajaan Rakyat: Pakatan Rakyat
Nov 24th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, nash ar-rawy ( www.perakexpress.com )
Oleh : Nash Ar-Rawy
sambungan..
01 Nas : i) Ani’budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dengan Allah dan menjauhi thoghut ) … Al Qur’an
ii) Amal ma’ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas sistem pemerintahan rakyat dan kuasa rakyat … sumber Al Qur’an
iii) Waqulja al hakku wazahaqol batil ( Apabila datang yang hak , maka musnahlah yang batil )
iv) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah ( Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) dilaksanakan secepat mungkin , bukannya di tangguhkan untuk keselesaan kroni tetapi mendahalui kepentingan pelajar dan pembelajaran .Sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada bahasa lain digunapakai
03 ‘Air Time’ yang relevan dan secukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya samada PRK maupun PRU di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti untuk menyatakan ; dasar, agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada Kerajaan Rakyat berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan kepada massa.
04 ‘Air Time’ yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan; dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JPP ( Jabatan Pembangunan Persekutuan ) JKKKP(Persekutuan); Hapuskan ‘kerajaan dalam kerajaan’ dan “ Politiking “ mengikut PRINSIP FEDERALISME yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.; selaku Ketua Kerajaan Rakyat bukan Ketua Kerajaan Parti PR atau UBN.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang ‘censorship’ supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dari segi aspek ketelusan serta ketulusan semua pihak; CAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan ‘Pengundi Hantu” . Dihapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara ” ON-LINE’
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama’, profesional, dan pakar-pakar di bidang masing-masing ; seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parlimen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH .
Sebagai ASAS YANG FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE. . Membentuk KERAJAAN RAKYAT iaitu KERAJAAN BERKEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT ( PR ) ganti UBN..
8. Dari segi praktisnya UBN tiada bisa mempraktikkan ciri-ciri Kerajaan Rakyat kerna selama lebih daripada lima dekad ( 52 tahun ) masih lagi ego dan bongkak dengan sistem pemerintahan kepataian kroni UBN bukannya di atas prinsip dan semangat Kerajaan Rakyat . Apalagi, dengan kesinambungan sistem pemerintahan autokrasi berparlimennya yang mencengkam rakyat dengan salahgunakan kuasa ISA ,SPR, SPRM dan mahkamah; manipulasi jentera kerajaan yang bukannya jentera parti ( UBN ) di dalam mana-mana pilihanraya . Ini adalah salahguna wang rakyat untuk kepentingan parti semata-mata.
9. Justeru itu , rakyat memerlukan perubahan dengan menegakkan prinsip-prinsip dan semangat Kerajaan Rakyat . Perubahan dalaman dan sistem pemerintahan untuk menghapuskan kefasadan rasuah ternyata mengekal Ketua Menteri yang rasuah dan memenangkan calun rasuah di dalam pilihanraya. Retorik satu Malaysia untuk rakyat , nampaknya tinggal slogan sahaja seperti slogon yang terdahulu yang terbenam dan tiada kedengaran lagi seperti bersih , cekap dan amanah dan “ Islam hadhari” yang di rekacipta ; diikuti dengan pembohongan terkini dan fahaman sesat kebangsaan “ MelayuIslam” untuk pancing undi massa; cuba bersaing dengan “Islam For All “ ( Parti Islam Satu Malaysa : PAS) dan ‘Justice For All”.
10. Di atas realiti politik bahawa UBN ibarat kapal yang sarat dengan seanika sindrom dan bisa karam pada bila-bila masa kerna problem dalaman seperti skandal PKFZ yang membabitkan MCA, Gerakan dan Umno dan krisis dalaman UBN yang tak sudah-sudah. Sudahlah sampai masa dan ketikanya rakyat menolak Umno MCA MIC ( UBN) dan menerima gagasan rakyat : PAS DAP PKR ( PAKATAN RAKYAT ) sebagai penguasa baru di Putrajaya dan Kerajaan Baru ( Pakatan Pilihan Rakyat) untuk memerintah Kerajaan Pusat dan menambahkan Kerajaan Negeri yang sediada demi untuk kepentingan rakyat dan masa depan satu Malaysaia . Bersama Parti Islam Satu Malaysia : PAS- DAP –PKR “ GOD IS THE GREATEST ! “
Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment