Feb 4th, 2010 | By Admin | Category: nash ar-rawy, utama ( www.perakexpress.com )
KONGRES PENYOKONG PAS BUKTI KEISLAMAN PERJUANGAN
Oleh: Nash Ar-Rawy
Kemantapan Gerakan Islam PAS yang senantiasa konsisten dan istaqamah dengan perjuangan untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya ; membuka ruang uslup dakwah dan pendekatan berani melakukan tajdid (reformasi) yang Islamik dan kondusif dengan situasi dan kondisi iklim politik dan waqi’ persepsi massa dewasa ini.. Menghapuskan ‘Islamophobia’ ke atas Gerakan Islam PAS yang serasi dengan massa tanpa menggadaikan prinsip Islam sebagai teras perjuangan semakin di minati ramai. Bahkan , paderi , sami budha dan hindu pun sudah mula merasai kehadiran PAS selaku Gerakan Islam di persada politik negara dan di hati masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Bermula dengan sokongan daripada masyarakat bukan Islam yang menganggotai Kelab Penyokong PAS yang bertukar kepada Himpunan Penyokong PAS dan yang terkini; di ‘upgrade” dan dinamakan sebagai KONGRES PENYOKONG PAS yang setaraf dengan Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Ulamak PAS yang mempunyai wakil di Muktamar Agung PAS dan selaku SAYAP BARU dalam PAS yang mempunyai keahlian seramai 20,000 orang anggota
Sayap Baru PAS ini ; KPP( Kongres Penyokong PAS) mempunyai platformnya sendiri bebas bergerak di dalam lingkungan perlembagaan parti di peringkat nasional, negeri dan daerah sebagai jambatan emas di antara PAS dengan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai aset terpenting di dalam Islam membuktikan bahawa Islam itu universal dan PAS FOR ALL bukan sahaja dari segi teorinya semata-mata tetapi PAS bukan retorik namun bersifat realistik dan praktikal bukan cuma idealistik sahaja. Syabas! kepada PAS dan kepemimpinan Ulamaknya yang sukses membawa Gerakan Islam PAS bertaraf ‘multi-racial’ dan ‘multi-religious’ tanpa menggadaikan fundamental Islam yang di bawanya kerana Islam itu : “ Rahmatan lil ‘Alameen “ dan “Ad-Deen Waddaulah “ (Agama dan Pemerintahan )
Gerakan Islam PAS berterus terang dan tiada bersikap hipokrit di dalam menangani problema massa. Sistem Islam yang terang-terang menentang apa saja bentuk kezaliman , nasionalisma, racialisma, komunialisma, nepotisma, kronisma dan parochialisma ; sebaliknya bersifat universal dan sejagat. Justeru, merupakan sistem yang paling sesuai dan kondusif dengan masyarakat majmuk dan releven dengan fitrah semulajadi manusia yang berasal daripada satu moyang dan adik beradik ; iaitu, keturunan Nabi Adam dan Hawa . Masaalah pegangan agama itu pilihan masing-masing ; “ La iqrohafiddeen” ( Tiada paksaan dalam agama) ; Cuma dalam konteks penganut Islam “ Ad-Deen wa Syariah” ( Agama dan Perundangan) ; mereka terikat dengan sifir halal dan haram , demarkasi dosa dan pahala jika benar-benar ada tauhid dan iman di dalam dada .
Rakyat tanpa mengira bangsa , agama dan kumpulun etnik wajib mendapat bantuan daripada Negara Berkebajikan kerna semuanya adalah warga Malaysia . Iaitu , menolong mereka yang miskin dan benar-benar perlu di bela dan dilindungi . Bukannya mengkayakan suku-sakat kroni elit Umnoputra MelayuIslam yang segelintir itu berbanding dengan rakyat marhein yang sapu bersih saham bumiputra untuk sekitar 10 orang sahaja MelayuIslam Jutawan; yang kaya raya di atas kesusahan rakyat jelata . Atau mengkayakan orang India seperti Ananda Krisnan dan menjutawankan orang Cina seperti Vincent Tan . Sedangkan kaum Melayu, India , Cina , Iban dan Kadazan yang terbanyak; yakni, kumpulan majoriti rakyat marhein adalah mangsa kerakusan , ketamakan dan keqorunan UBN . Menggunakan wang rakyat marhein iaitu KWSP , songlap wang Bank Islam , Tabung Haji dan wang zakat untuk kepentingan kroni. dan semborono berjoli katak dengan harta rakyat iaitu wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu untuk difaraid muntahkedarah sesama perompak dan kroni ; makan WANG HARAM ! Memperjudikan wang rakyat sebanyak 100 TAHUN BAJET PULAU PINANG apabila Bank Negara rugi dalam perjudian RosmahNajib dalam tukaran wang asing berjumlah RM 32 BILLION ! .seperti pendedahan KU LI .
Berdasarkan kesadaran nasional inilah penubuhan KPP ( Kongres Penyokong PAS) menjadi realiti di atas kerosakan yang telah di lakukan oleh Umno, MCA dan MIC dalam UBN dan tepat pada waktunya sesuai dengan resolusi yang pernah disarankan oleh allahyarham Prof. Dr Zulkifli Muhammad bekas Timbalan Presiden PAS.
KONGRES PENYOKONG PAS mempunyai Ketuanya sendiri di peringkat nasional, negeri dan daerah yang dibantu oleh seorang Timbalan Ketua, 5 orang Naib Ketua, Seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha , Bendahari dan 18 orang ahli Jawatankuasa. Kongres ini mempunyai wakil di dalam Muktamar Agung PAS dan berdiri sebaris, sama tinggi dan sehak dan setaraf dengan semua dewan-dewan di dalam Muktamar Agung PAS dan Kongres ini juga mempunyai sayap wanita dan pemudanya sendiri. Menjadi jambatan PAS menyampaikan mesej, dakwah dan perjuangan Gerakan Islam PAS di dalam persada politik nasional . Cuma tiada dibenarkan mengundi atau diundi di dalam menentukan pucuk pimpinan PAS ,itu sahaja , selain daripada itu , Kongres ini bebas bergerak sehebat Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS; selaku SAYAP BARU PAS yang resmi, di bawah Penasihatnya Us. Salehuddin Ayub , merangkap Naib Presiden PAS.
Dengan kerjasama DAP dan PKR dalam PAKATAN RAKYAT bersama PAS : dipercayai KONGRES PENYOKON PAS akan memberikan tekanan dan impak yang mencemaskan kepada UBN dalam PRU13. Apabila rakyat tolak Umno dan undi PAS dan PKR dan tolak MCA MIC dan mengundi DAP, PKR dan PAS ( calun Kongres Penyokong PAS) . InsyaAllah, kekuatan PAS DAP PKR dan kehadirannya sebagai PILIHAN RAKYAT adalah ternyata lebih kondusf dan releven daripada Umno MCA MIC yang bernaunsakan perkauman dan ekstremis agama itu ; yang bakal karam dan tenggalam dengan penyakitnya sendiri dan sesama komponen ; yang tiada bisa diobat lagi . Bak kata mahathir, UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS dan UMNO DAH TAK BOLEH BERUBAH LAGI Justeru itu, dengan pengkuan terbuka dan ‘straight forward’ Mahathir itu ; sewajarnyalah PAKATAN RAKYAT MELAYARI SATU MALAYSIA DAN SELAMATKAN MALAYSIA , InsyaAllah , Jangan diperdulikan retorik : JTR(Juara Tipu Rakyat) satu Malaysia yang menipu bukan sahaja rakyat bahkan memperbodohkan pengikut taksub umno sendiri . Tunku jual Estet untuk biaya-giat politik; tetapi pemimpin Umno sekarang kaya –raya bina ‘empire’ keluarga! Razak bagi biasiswa dan mertabat Bahasa Malaysia.di pusat pengajian dan mahkamah . Anaknya Najib ?…. Mereka yang rakus ini tiada seperti Tunku dan Razak ; seorang masuk S.46 dan seorang lagi bawa PAS masuk BN dan Hussein tendang PAS keluar ! PAS akan tetap bersama PAKATAN . Satu Malaysia tahu . “ Gunakanlah tangan anda sebagai manifestasi kuasa rakyat tumbangkan UBN dan kemenangan bagi Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Federal dalam PRU13 nanti, InsyaAllah! “ GOD IS THE GREATEST!
Tags: nash ar-rawy(www.nashsisepuluh.spaces.live.com)
( www.nasharrawy.blogspot.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment