Setiap rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

dap special meeting 110313 lim guan engMenurutnya lagi, kadar GST itu akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya, kerana kerajaan akan memperolehi balik RM5,000 setahun dari setiap isirumah menerusi cukai GST.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.

Lim berkata, cukai GST pada kadar 7 peratus itu akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual. 

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan tersebut kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan. 

Lagipun, tambahnya, keluarga Malaysia membayar 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang dan tidak sepatutnya dibeban lagi. 

"Pakatan akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan dengan undi popular 47 pertas sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.