CNP : http://malaysiadateline.com/hanya-satu-bilik-gerakan-ph-hadapi-pru14/ …; ONE OPERATION ROOM 4 PH 2 DETHRONE BN IN D GE 14 BY HIS GRACE! http://www.nasharrawy.blogspot.com ; AMANAH, BERSATU,PKR N DAP! CONGRATS!
Untuk pertama kali dalam sejarah, gabungan parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan hanya satu bilik gerakan di semua peringkat.
Pengerusi pilihan raya PH Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata keempat-empat parti akan bekerja di satu bilik gerakan sahaja untuk peringkat negeri, parlimen dan dun di seluruh negara.
“Dulu hanya Barisan Nasional yang boleh mewujudkan satu bilik gerakan gabungan seperti ini.
“Tapi kali ini PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu akan bekerja dalam satu bumbung bagi menggerakkan jentera pilhan raya bersama di semua peringkat,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian watikah jawatankuasa Dun (JDUN) AMANAH Semerak petang semalam.
Perkara ini katanya telah dipersetujui oleh jentera pilihan raya peringkat pusat.
“Insya-Allah mesyuarat pertama jentera pilihan raya PH yang akan saya pengerusikan minggu depan akan membincangkan kaedah pelaksanaan keputusan ini di negeri Kelantan,” katanya.
Mengulas sambutan orang ramai yang semakin rancak kepada gabungan PH beliau berkata, sokongan kepada tiga pihak di Kelantan sekarang kelihatan setara.
“Berdasarkan pengalaman, saya dapat merumuskan sokongan rakyat Kelantan sekarang kepada PH, BN dan Pas adalah hampir sama iaitu masing-masing mendapat 22 peratus sokongan.
“Satu pertiga lagi rakyat masih dalam keadaan tunggu dan lihat.
“Mereka akan membuat pemerhatian untuk menentukan sikap apabila hampir pilihan raya berdasarkan calon, isu-isu terakhir, andaian siapa yang akan menang dan faktor-faktor lain,” katanya/29.10.17
ULASAN: DENGAN BERPECAHNYA UMNO KEPADA TIGA : PKR DAN BERSATU DAN BERPECAHNYA PARTI "D" WANG KEPADA DUA ; AMANAH ! . MENGUATKAN LAGI KEKUATAN PH YANG " SOLID " .KERNA PASNO ( PAS-UMNO ) TIADA SEUTUH SEPERTI DULU LAGI SEPERTI DI WAKTU PRU13 ; KERNA RAMAI SEKALI ORANG MELAYU UMNO TINGGALKAN PARTI " MALAY CROOK " ( PENYANGAK MELAYU ) NTR KERIS TELANJANG DAN MASUK BERSATU DAN AMANAH ! DAN RAMAI SEKALI ANGGOTA PENGGERAK JENTERA PILIHANRAYA AMANAH PRU 14 ADALAH DULUNYA ORANG PARTI " D" WANG !! DENGAN IZIN DIA ! ..... Nasharrawy/29.10.17
No comments:
Post a Comment