REF :
REF: https://malaysiadateline.com/berlaku-adillah-dalam-menghentam-dr-mujahid-kata-dr-kamarul/ …; http://www.nasharrawy.blogspot.com ; https://www.Twitter.com/adnanrawa ; SLANDEROUS ACTS OF D STAR , ASTRO AWANI N SINAR HARIAN AGAINST MUJAHID !! .PUTTING WORDS INTO HIS MOUTH WHICH HE DID NOT SAY ; ABOUT D STATE RELIGIOUS DEPART. LAW N D FEDERAL LAW HAS BEEN SPIN !! .
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Yusoff meminta netizan berlaku adil dalam menghantam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ekoran laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Beliau yang menulis di laman facebooknya terkejut apabila akhbar The Star milik MCA, yang masih merupakan parti komponen BN, meletakkan “No more moral policing” (tiada lagi polis moral), yang didakwa kata-kata Dr Mujahid, sebagai tajuk muka depannya hari ini.
Tajuk laporan sebenar akhbar ini juga katanya, tidak kurang mengejutkan, berbunyi “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives says Mujahid” (tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam kata Mujahid).Bahkan katanya, isi laporan sebenar akhbar ini juga bermula dengan ayat keras, berbunyi “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” (tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki)..
Ekoran itu, katanya, tajuk dan laporan akhbar The Star ini pula terus sahaja dipetik dan disebarluaskan oleh akhbar-akhbar lain seperti Mstar yang mengeluarkannya semula di bawah tajuk “Tiada lagi operasi khalwat waktu malam – Dr Mujahid”, begitu juga dengan tajuk Sinar Harian dan Astro Awani yang berbunyi “Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat”, tajuk Malay Mail yang berbunyi “Islamic affairs minister vows end to moral policing” dan tajuk Malaysia Kini yang berbunyi “Mujahid sees end to khalwat raids – report”
Hanya dengan membaca tajuk muka depan, tajuk laporan sebenar dan pembuka kata laporan sebenar akhbar The Star ini sahaja, dan laporan akhbar lain, maka bolehlah difahami kemeriahan media sosial hari ini, khususnya laman-laman Facebook, yang diisi oleh kritikan dan hentaman keras terhadap Datuk Dr Mujahid di dalam isu ini.
“Apatah lagi bila tajuk muka depan akhbar The Star ini sensasi sekali yang memberikan gambaran bahawa bukan setakat dosa peribadi (private sin) sahaja yang tidak akan dikawal, tetapi juga dosa umum (public sin),” katanya.
Bagaimanapun, katanya, setelah mendengar sendiri rakaman video wawancara wartawan akhbar The Star, Zakiah Koya, dengan Datuk Dr Mujahid, rupa-rupanya ayat “No more moral policing”, ayat “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives” dan ayat “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” bukanlah ayat-ayat yang keluar dari mulut Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah ayat-ayat yang dimasukkan oleh akhbar The Star...
No comments:
Post a Comment