D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Sunday, December 1, 2019
CONGRATS! PH PUTRAJAYA GOVT.!! OUR ECONOMY IS PICKING UP!! REF : www.facebook.com/Nasharrawy10
[01/12, 8:29 pm] .REF: Freelancer Blogger : Nasharrawy.: www.facebook.com/Nasharrawy10. CNP: 8 BERITA BAIK BUAT BUMIPUTERA MUSLIM YANG KURANG DIGENDANGKAN (SEBAB KONONNYA PH ANTI MELAYU ISLAM)
1. SENYAP-SENYAP SAHAM FGV NAIK 104.69% (LEBIH SEKALI GANDA)
Saham-saham FGV di mana pemegangnya 100% peneroka dan pemegang taruh golongan Bumiputera Muslim naik dari RM0.64 setahun yang lalu kepada RM1.31 pada 26 November 2019, sekaligus mengukuhkan penglibatan golongan Bumiputera Islam dalam bidang ekonomi.
(https://www.majalahlabur.com/saham/harga-saham-fgv-naik-100-tak-sampai-setahun/)
2. SENYAP-SENYAP TABUNG HAJI CATAT UNTUNG BERSIH RM500 JUTA PADA Q3 2019
Tabung Haji yang membantu berpuluh ribu orang Islam menunaikan hasrat mengerja Haji kini mempunyai untung bersih sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh Jan-Sep 2019, sekaligus meningkatkan nilai caruman para pencarum.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/11/632922/tabung-haji-catat-untung-bersih-rm500-juta-suku-ketiga)
3. SENYAP-SENYAP PETRONAS CATAT KEUNTUNGAN RM36.4 BILION PADA SEMBILAN BULAN PERTAMA 2019
Meskipun keuntungan bersih Petronas pada Jan-Sep 2019 susut 11% berbanding Jan-Sep 2018, prestasi ini menunjukkan keberdayasaingan Petronas dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Perlu faham, pasaran minyak dikawal oleh major players dari negara asing, dan Malaysia (Petronas) hanya small player di peringkat global. Namun Petronas masih mampu bertahan melalui cara tadbir urus yang lebih cekap, berhemah dan bijak.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632326/petronas-catat-untung-bersih-rm364-bilion-untuk-tempoh-sembilan-bulan)
4. SENYAP-SENYAP TELEKOM MALAYSIA RAIH UNTUNG BERSIH RM261.3 JUTA PADA Q3 2019
Meskipun harga internet telah diseparuhkan (agar pengguna internet yang mana majoritinya Bumiputera Muslim mampu menikmati kelajuan internet yang sama pada harga yang lebih murah berbanding zaman BN), TM masih mampu mencatat turnover dari kerugian RM175.59 juta pada Q3 2018 kepada keuntungan RM261.3 juta pada Q3 2019. Pelik bukan? Harga internet telah diseparuhkan, jadi pendapatan TM pun sepatutnya berkuranglah. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pihak pengurusan TM berjaya meningkatkan untung bersih TM sebab cekap dan kurangkan pembaziran.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632235/tm-raih-untung-bersih-suku-ketiga-rm2613-juta)
5. SENYAP-SENYAP MAHB CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI RM197.87 PADA Q3 2019
MAHB adalah pihak yang mengurus operasi lapangan terbang, berbeza dengan syarikat penerbangan MAS. MAHB berjaya meraih keuntungan bersih RM197.87 juta pada Q3 2019, peningkatan daripada RM168.49 juta pada Q3 2018. Peningkatan jumlah ini didorong besar oleh peningkatan jumlah penumpang di Malaysia sebanyak 8.9%. Maksudnya, penumpang-penumpang seperti businessmen, pelancong dan sebagainya yang menaiki kapal terbang semakin ramai.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/11/632632/mahb-raih-untung-bersih-rm19787-juta)
6. SENYAP-SENYAP RHB BANK CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI RM197.87 JUTA PADA Q3 2019
RHB adalah bank swasta. Namun, kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan saham yang terbesar di dalam RHB. Penglibatan kerajaan Malaysia adalah melalui KWSP (41.4%), PNB (10.1%) dan 3.24% (KWAP), yang mewujudkan blok kerajaan Malaysia sebagai "pihak paling berkepentingan" dengan saham majoriti 54.74% dalam RHB. RHB untung, kerajaan melalui KWSP, PNB dan KWAP pun untung. KWSP, PNB dan KWAP untung, akhirnya golongan yang paling untung adalah golongan Bumiputera Muslim yang dibela oleh GLC.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/631926/rhb-bank-raih-untung-suku-ketiga-rm6158-juta)
7. SENYAP-SENYAP DRB-HICOM MENCATAT KEUNTUNGAN RM40.08 JUTA PADA Q3 2019
DRB-HICOM adalah ibu syarikat yang memiliki 49.9% Proton, 70% Bank Muamalat, Puspakom, Pos Malaysia dan sebagainya. Pemegang saham terbesarnya seorang Bumiputera Muslim, dan pemegang saham lainnya termasuk GLC-GLC seperti KWSP dan Lembaga Tabung Haji. DRB-HICOM telah berjaya mencatat turnover sebanyak RM51.5 juta bagi mencapai keuntungan RM40.08 juta pada Q2 2019 (Jul-Sept 2019) berbanding kerugian RM11.42 juta pada Q2 2018 (Jul-Sept 2018).
(https://bebasnews.my/2019/11/28/24367/)
8. SENYAP-SENYAP TNB KEUNTUNGAN LEBIH DUA KALI GANDA
TNB telah berjaya meriah keuntungan bersih RM1.2 bil pada Q3 2019 berbanding RM501 juta pada Q3 2018, sekaligus merekodkan peningkatan lebih dua kali ganda. Antara pemilik-pemilik saham TNB adalah Khazanah Nasional (27.3%), KWSP (15.2%), PNB (14.1%), KWAP (5.4%), Amanah Raya dan sebagajnya.
(https://headtopics.com/my/tnb-catat-keuntungan-bersih-rm1-2-bilion-the-malaysian-insight-9813082)
------------------
Memangpun ini bukan prestasi terbaik seperti yang dihasut oleh pembangkang, namun hakikat ini menunjukkan we are on track. Kita dalam landasan yang betul.
Ibarat orang yang patah kaki tangan selepas kemalangan, ataupun sakit demam batuk selesema. Macam mana nak suruh mereka lari, berenang, lompat, kerja jalan sini sana macam orang biasa? Sudah tentunya mereka tidak akan secergas dengan orang lain.
Itulah realiti negara Malaysia. Negara tercinta kita diperkosa dengan macam-macam kerosakan yang dibuat oleh pentadbiran yang lalu. Tapi orang tak nampak sebab disorok di masa yang lalu.
Apabila PH mengambil alih pada 9 Mei 2019, masalah ini satu persatu disuluh oleh kerajaan baharu. Rentetannya, ada tangan-tangan ghaib yang berkepentingan bersama pentadbiran lama bersubahat memburukkan lagi keadaan agar nampak PH tidak perform. Pembangkang UMNOPAS pula ambil kesempatan cari modal politik.
Kini selepas setahun lebih, selepas dimaki hamun sebab bersikap jujur, selepas kerja-kerja membersihkan institusi kerajaan daripada najis rasuah dibuat, selepas reformasi institusi-institusi pentadbiran dijalankan, hasil positifnya mula nampak. Perjalanan pemulihan itu jelas. Pembangkang janganlah cuba putar belit dan hidup dalam sindrom penafian.
[01/12, 8:35 pm] . Nasharrawy: CONGRATS!!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment