D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Wednesday, April 15, 2020
Y DON U THINK?? : REF : www.facebook.com/Nasharrawy10
[16/04, 8:53 am] . AS I C IT : REF : Y DON'T U THINK??. : Nasharrawy: Error... "MENGAPAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR??.
[16/04, 8:53 am] . Nasharrawy: 👆kwan antaq
[16/04, 8:53 am] . FORWARDED : Dua bulan yang lepas, Prof. Diraja Ungku Aziz mengirimkan saya sebuah buku yang amat mengagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu.
Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba.
Akibat tindakan golongan konservatif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30-an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba.
Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk:
"Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri."
Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba.
Di kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak…”
Dengan melihat kepada tajuk dan dan petikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Ia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca saya dapati buku tersebut sangat hebat.
Za’ba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.
Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama.
Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah.
Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut:
“Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang.
“Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.” (m.s 24).
Sikap bertaklid buta dalam pelbagai perkara terutama hal agama melambatkan proses pembangunan minda. Maka tidak hairan jika minda agama kita tidak mampu bersaing dengan pembangunan fizikal yang dibuat. Walaupun Za’ba menulis pada tahun 30-an, namun realiti hari ini masih terasa kesegaran tulisan tersebut.
Kata Za’ba: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.
“Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan. Tuhan dan Rasul-Nya tidak menyukai orang-orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain.
*Tertaklid
“Imam-imam Mujtahidun dahulukala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekalian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya.
Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu.” (m.s. 25-26)
Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid (tokoh pembaharuan).
Di tanah air kita, para pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat melayu dari pelbagai khurafat dan tahyul yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang bersih.
Mereka jugalah yang mengeluarkan wanita dari kuasa paksaan bapa dalam perkahwinan, larangan wanita ke pusat pengajian dan seumpamanya. Mereka juga yang mengajak diubah amalan-amalan agama yang tidak berasaskan dalil bahkan lebih bersifat ‘bisnes cari untung’ seperti upah-mengupah ketika kematian.
Tujuan para pejuang perubahan tidak lain, selain dari ingin melihat kebajikan, kegemilangan umat dan kemampuan mereka menghadapi cabaran zaman.
Juga memelihara pegangan umat sehingga jangan seakan menganggap pandangan orang bergelar agama kesemuanya mesti ditelan bulat-bulat tanpa dinilai dengan neraca al-Quran dan al-sunah.
Tiada siapa pun yang maksum di kalangan umat melainkan Muhammad bin Abdullah s.a.w. insan yang ditabalkan menjadi rasul.
Kata al-Imam Malik bin Anas:
“Tiada seorang pun selepas Nabi melainkan boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi.”
(Al-‘Ajluni, Kasyf al-Khafa, 2/119, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-’Arabi).
Kata Za’ba yang menyelusuri pegangan ini: “Sekalian imam besar Islam zaman dahulu itu walau ‘Imam-imam Mujtahidun’ pun dan walau bagaimanapun alimnya, tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat maksum itu.
“Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak dikira maksum pada apa-apa yang mereka katakan dari Allah dalam hal agama. Sungguhlah sebagai ulama mereka sekalian jadi waris kepada nabi-nabi; tetapi itu tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan pada segala-gala pendapat fahaman mereka.
"Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa sekalian pendapat dan fahaman yang telah mereka keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui oleh orang sekalian, atau semuanya tetap layak dan sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga bila-bila pun.
Bahkan jangankan mereka mendakwa demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu berkata:
"Kalau ada apa-apa perkataan atau pendapatku yang didapati oleh orang-orang kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadis sahih Nabi s.a.w., maka lemparkanlah ke tembok!”
“Apa lagilah jika sekiranya ada didapati bersalahan dengan al-Quran! Mereka tiada suka orang mengikut dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang sendiri barang apa-apa jua yang mereka katakan dalam kitab-kitab karangan mereka: Jika didapati betul bolehlah ikut; jika tidak betul atau tidak sesuai lagi, buanglah atau baiki akan dia.”
[16/04, 8:53 am] .BY : FREELANCER BLOGGER : NASHARRAWY : TK. D Dlm AL Qur"an, acapkali Dia sebut : "MENGAPAKAH KAMU TIADA BERAKAL".CONTOH: PENTAKSUB SEMBERONO! ATAU MEMBABI BUTA! SAJA,!. NAUZUBIL LAHI MINZALIK. NABI PULA BILANG, "TIADA IGAMA BAGI ORANG YANG TIADA AKAL!,. CONTOH ORG GILA TAK WAJIB SOLAT!. HANYA NABI SAJA YG MAKSUM!. YG LAIN SEMUA ADA BUAT SALAH DAN SILAP!. TERMASUK DIRI SENDIRI! LIHATLAH KE DLM DIRI SELALU!!. FAHAMI DIRI SRNDIRI MENYELAMI KE DLM!!.DENGAN SEJUJUR JUJURNYA DGN IKHLAS! "MATIKAN DIRI KAMU" BUANG TAKABUR! UJUB! DSN."JGN TIPU DIRI!!."ATAU "MAIN WAYANG!" DGN "ISTILAH ISTILAH" DIA!!.JUSTERU KAMU BISA KENALI DIA DGN "SE" IZIN DIA.: PADA HAKIKAHNYA : APABILA KAMU KENALI DIA! DIRI KAMU HAPUS!! DGN "SE" IZIN DIA.ATAU "HAPUS AKU!!" : DLM ERTI KATA YG SEBENARNYA!!. PERSIS!! KERANA DIA" SE". "SUBHANAL LAHU BIWABIHAMDIH!". Oleh : Freelancer Blogger: Nasharrawy/16.4.20. REF : www.facebook.com/ Nasharrawy10 : www.nasharrawy10.wordpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment