Thursday, May 28, 2009
Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz
PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Posted by Siasah at 4:38 AM 20 comments
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Memang tepat, hasil preancangan BN komunis ni lah M'sia membangun sbg subauh negara yg aman damai, org seperti saya, sedara dan Pok Nik boleh hidup dlm suasana aman damai, bunyi bom, bunyi senapang tak kedengaran. Cuma sana sini kedengaran bunyi orng menghasut rakyat, memutar belit fakta, membuat tafsiran sempit ikut selera politik sendiri, ayat-ayat suci dipersendakan. Sebab preancangan BN komunis nilah anak-anak bangsa sampai ke angkasa, jadi saintis terkenal, cendikiawan2 ulong, jalan di kampung yg dulunya berlumpur kini tok wan boleh berjalan selesa ke surau, masjid. Jln2 yg dulunya gelap gelita, kini bermandi cahaya. senang Pok nik nak pergi ke surau. Memang tepat sekali telahan sedara, BN komunis ni memang tak berguna langsung. Tapi on second thought, kalu PAS,DAP & PKR memerintah mungking memerika akan jadi lebih teruk dari PKM.
Heheheh, sol amano, akal hang serupa katak di bawah tempurung. Ramai kalangan grassroots umno macam ni tahap daya berfikir mereka. Ini yang golongan pemimpin umno amat suka ..... senang dimanupulasi dan diperkotak-katikkan supaya mereka senang mengcengkam (bagi menjamin kuasa ditangan) golongan grassroots seperti saudara agar sentiasa akur dan tunduk tanpa banyak soal. Undang2 yang direkacipta hanya terpakai untuk golongan macam engkau dan aku tetapi tidak terpakai buat mereka (pemimpin UBN).
Anak bangsa sampai ke angkasa? Fuyoo, majunya anak bangsa ku ..... bangganya aku anak bangsa ku sekadar menjadi penumpang roket yang pembuatannya, teknologinya dan segala2 pengendaliannya dilakukan oleh orang lain. Sudah tu tambang sebagai penumpang kerajaan bayar sampai rm95j beb! Peghhh! Mesia BOLEH! Putera raja Arab Saudi jadi penumpang roket angkasa pun tidak gunakan duit kerajaan Arab Saudi. Begitu juga seorang jutawan India yang pernah menumpang roket angkasalepas, beliau membayarnya dengan wang sendiri.
Yang aku amat pasti anak bangsa yang menjadi saintis terkenal dan berwibawa, cendikiawan2 ulong, ilmu dan kepakaran mereka tidak munasabah boleh maju subur jika bergelumang dalam umno bn. Itulah salah satu sebab mereka yang bijak2serta amat pakar dalam bidang masing2 sudah pun berhijrah ke negara lain di mana bakat dan kepakaran mereka dihargai serta dimanfaatkan. Siapa yang untung jika bukan negara yang menerima mereka ini? Pemerintah negara kita asyiklah berbangga dengan jenis yang "mediocre" dan tidak cerdik dan tidak celik. Asalkan mempunyai kepakaran membodek mengampu pemimpin, sudah pasti menjamin kedudukan dan pencapaian kekayaan diri walaupun berperangai dengan segala tingkahlaku yang buruk dan keji.
Post a Comment