Jumaat 26 Jun 2009 | 3 Rajab 1430 Hijrah
Pakatan Rakyat ikrar bentuk kerajaan kukuh
Salmiyah Harun
Fri | Jun 26, 09 | 7:25:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Gabungan Pakatan Rakyat berikrar dan berazam akan terus bekerjasama untuk membentuk kerajaan yang baru dan kukuh selepas PRU ke-13 nanti. Iklan
Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan terus menjalinkan kerjasama menjatuhkan kerajaan BN.
Beliau juga difahamkan isu kerajaan perpaduan yang diperbesar-besarkan oleh media arus perdana sebenarnya tidak berbangkit memandangkan ia adalah isu lapuk.
Malah katanya, Pakatan Rakyat juga langsung tidak berminat membincangkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.
Beliau yang ditemui di parlimen berkata, Pakatan Rakyat mungkin akan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan BN dalam isu kepentingan negara.
Jelasnya, isu kepentingan negara bukanlah kerajaan perpaduan tetapi ianya melibatkan masalah ekonomi negara, skandal PKFZ, kehakiman, kebebasan media dan institusi keselamatan yang dituduh melakukan bermacam-macam penyalahgunaan kuasa.
"Kami juga menandatangani persetujuan bersama dalam Majlis Pakatan Rakyat untuk membuat perbincangan tentang isu kepentingan negara,"katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung perselisihan faham antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa yang menganggap ianya adalah masalah 'keluarga' yang berjaya diselesaikan dengan baik sekali.
"Itu kita anggap isu yang di dalam parti saya tidak mahu komen, bagi saya itu masalah dalam keluarga dan diselesaikan secara baik, elok selesaikan secara dalaman,"katanya. - mks. _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment