Antara Takfir dan Riddah
Aug 24th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama (www.perakexpress.com)
Oleh: Nash Ar-Rawy
Tiada seorang manusia pun bisa menghukum seseorang itu kafir ,hatta Rasululahi .S.A.W. sekali pun ; kerna itu urusan yang empunya syurga dan neraka ;yakni, Yang Maha Pencipta. Namun, di dalam syariat Islam ; hukum hudud mengikut nas daripada Al Hadis . Ulil Amri ; yakni, penguasa atau pemerintah wajib melaksanakan hukum bunuh ke atas orang Islam yang sudah murtad setelah tiada mahu taubatan nasuha apabila nasihat di beri berkali-kali dan berdegil dengannya; mengikut tuntutan syahadah.
Apakah pemerintah Islam ( Khilafah Islamiyyah) itu ‘Tuhan’ bisa menjatuhkan hukum murtad ke atas orang Islam. Ini bukannya persoalan mengambil ‘kuasa Tuhan’ menghukum orang Islam sebagai kafir ( Takfir ) tetapi adalah obligasi pemerintah atau penguasa Islam melaksanakan tuntutan syariat Islam dari aspek akidah dan kadeah yang ditentukan syara’ bagi memelihara dan menjamim akidah umat Islam itu selamat dan terpelihara . Ini obligasi kerajaan Islam di seluruh dunia .
Di dalam syariat Islam ada perkara-perkara yang bisa membatalkan akidah dan tauhid . Apabila seseorang itu menolak hukum hudud , itu boleh membatalkan akidah lantaran itu menjadi murtad, yakni terkeluar daripada Islam , menjadi kafir.
Ada pemimpin nasionalis sekular yang pernah menyatakan hukum hudud adalah undang-undang yang primitif yang hanya sesuai di zaman purba dan jika di laksanakan habis kaki dan tangan rakyat di potong dan pelbagai –bagai lagi. Tidakkah ini suatu penghinaan kepada Yang Maha Pencipta yang mencipta hukum hudud itu sendiri ? Siapakah kamu yang merasakan kamu lebih pintar daripada ‘Dia” yang mencipta otak kamu itu ? Bukankah ‘Dia’ sebagai ‘The Absolute Law Giver “ Apakah kamu bisa mereka-cipta hukuman yang lebih baik dan kondusif dengan zaman siber daripada yang mencipta otak kamu itu ?. Apakah Yang Maha Pencipta terlupa atau terlepas pandang Malaysia ini pada abad ke 20 terdiri daripada masyarakat plural dan pelbagai agama dan fahaman ?.Bukankah ‘Dia’ Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Hebat !
Bukankah syariat Islam dilaksanakan oleh Rasullahi S.A.W. di Negara Islam Madinah dalam keadaan komposisi kaum adalah lebih majmuk daripada Malaysia . Terdiri daripada penganut agama majusi, nasrani , musyrik , dan pelbagai kabilah arab, yahudi dan kumpulan etnik yang terlalu plural . Namun, syariat Islam bisa di laksanakan kerna ‘Law is Authority “ . Di Malaysia hukum hudud tiada bisa dilaksanakan kerna Hudud tidak diperundangkan di dalam parlimen sekalipun pernah di cadangkan sebanyak tiga kali Akta Hudud di perundangkan tetapi ditolak mentah-mentah oleh penguasa nasionalis sekular.
Lebih menakjubkan lagi, komposisi umat Islam di Negara Islam Madinah waktu itu hanya sekitar 15 % sahaja; bukannya kaum yang dominan atau majoriti . Malaysia bolehlah di anggap sebagai Negara Umat Islam ( Muslim State) bukannya Negara Islam kerna apakah negara Islam bisa menolak implementasi hukum hudud ? .
“ La ikro hafiddeen” ( Tiada paksaan dalam agama ) bagi orang bukan Islam :
( maksud Qur’an ) . Orang bukan Islam bisa ‘opt’ ( pilih) ikut undang-undang sivil yang sediada dan samasekali tiada di paksa ke atas mereka ( There’s no compulsion in religion ) to the non-muslims as ordained in the Qur’an . Sebagaimana orang bukan Islam bisa ‘opt’ kepada ‘convensional banking’( Perbankan Riba) jika tiada mahu kepada “ Islamic Banking’( Perbankan Islam ) . Tetapi, mengapakah perbankan Islam bisa di laksanakan sedangkan Bank Negara masih lagi berteraskan riba ( ‘usury base banking system ‘) Ini adalah kerna perbankan Islam bisa beri pulangan yang sangat lumayan tetapi hudud tidak bisa beri keuntungan materi kepada puak nasionalis sekular . Terbukti, kehebatan sistem muamalat Islam, di mana bank lain banyak yang terpaksa ‘merge’( cantuman) tetapi tiada berlaku pada bank Islam . Namum, Bank Islam dan Tabung Haji bisa dirompak oleh kalangan korprat sekular nasionalis yang mengambil kesempatan kerakusan sebagai kroni
Sebagaimana Islam tidak bisa di pisahkan daripada siasah ( politik ) dan addeen daripada daulah ( pemerintahan Islam ) begitulah juga kesan tauhid dan syahadah kepada iman seseorang Islam. Perkara riddah ( kemurtadan ) ini berlaku secara berleluasa dan ramai oang Islam yang sudah murtad secara sengaja tukar agama atau secara tidak sedar telah melakukan perkara-perkara yang bisa membatalkan syahadah , iman atau akidah seseorang Islam itu . .
Para mufti seharusnya menegur dan memperbetulkan bicara riddah( murtad ) para peminpin kerna menjadi obligasi mereka supaya gejala riddah ini tiada menular di kalangan umat Islam . Perkara riddah ini, tidak bisa dipandang ringan dan jangan tertipu dengan Islam kosmetik tajaan golongan dan penguasa nasionalis sekular yang memisahkan iman daripada Islam . Justeru itu, ada masjid , ada judi , ada bank Islam ada arak , ada takafur Islam ada loteri ; justeru kerna Iman dan Islam di pisahkan ; Islam hadhari : Islam cabut lari . Satu Malaysia : Malaysia Boleh ; halal dan haram boleh belaka dalam Satu Malaysia Amal Maaruf Amal Munkar ! Ada juara tilawah Al Qur’an , ada juara ratu cantik . Para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnyalah insaf dan sedar supaya laksanakan tuntukan tilwawah Qur’an itu sendiri . Yakni, “ ani’budullah wajtanibut thoghut’ ( Beriman dengan Allah dan menjauhi thogut” ) bukannya menjadi ‘setan bisu’ tiada berani bicara apablia thogut dan berhala berbicara dengan angkuhnya.
Menjadi kewajipan memelihara diri dan keluarga supaya tidak murtad .
“ Ku amfusakum wa ahlikum naro” ( Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dariapa api neraka ‘) : Maksud Qur’an .Masaalah riddah ( Kemurtadan) bukannya masalah fatwa , tetapi masalah akidah , iman dan tauhid yang terbatal . Mengapakah golongan yang berotoriti dalam agama seperti para mufti , Pusat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membicarakan dan menjadikan agenda riddah ini sebagai persoalan prima ? Apakah kerusi empuk itu lebih prima dan enak daripada menyatakan yang hak : “ Wa qulja al hakku wazahaqol batil “ ( Apabila datang yang Hak maka hapuslah yang batil) : Maksud Qur’an. Siapakah wakil kamu ! sepertimana firmanul Lahu , “ Rabbunallah wanikmal wakil ‘ ( Allah Tuhan kami dan wakil kami) . Justeru; janganlah kamu menjadikan thoghut dan penguasa nasionalis sekular sebagai wakil kamu dan punca rezeki kamu . Hapuskanlah berhala ( thoghut) daripada terus bermaharajalela.
Mengapakah orang yang berani dan bertangungjawab menerangkan batasan Iman dan Kufur dan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah di katakan cuba berikan fatwa baru, salah dan sesat ? . Sedangkan puak-puak yang terang-terang tolak hudud di diamkan sahaja .Riddah bukannya perkara kecil, tetapi persoalan berat yang mesti ditanggung oleh semua umat Islam dan wajib diselamatkan akidah ummah daripada rosak secara bersama; mencegahnya tanpa mengira fahaman politik dan jawatan yang diamanahkan ‘Dia”. Justeru , ini bukan problema takfir ( kafir mengkafir) tetapi persolan besar dan prima yang menyangkut akidah, iman dan tauhid umat Islam ; Yakni, gejala riddah ( kemurtadan ) yang menular pesat seperti kanser . Sekatlah sebelum parah ! Selamatkan akidah ummat Islam!
Tags: nash ar-rawy ( www.perakexpress.com )( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment