EXCO Pakatan Kedah umum keluar parti, 2 Adun Selangor mungkin menyusul
Aug 23rd, 2009 | By webmaster | Category: Sam Ahmad, utama
Oleh: MSK
Kemaskini 6.20pm: ADUN Kulim juga dilaporkan sudah berada di Singapura dan dikatakan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Sementara itu, dua lagi ADUN PKR di Selangor juga sudah tidak dapat dikesan sejak beberapa hari lalu. (MSK)
Oleh Sam Ahmad
Nampaknya sekali lagi teori dari MSK hampir jadi kenyataan.
Dengan keluar Mohd Radzhi Salleh Adun kawasan Lunas hari ini daripada partinya PKR membuatkan teori Cubaan menjatuhkan kerajaan PR Kedah hampir lengkap.
Dalam artikel tersebut MSK menyatakan, “Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.
“Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.”
Beliau menjadi calon bebas di Kedah, dan langkahnya ini menyaksikannya hilang jawatan sebagai exco bagi negeri Kedah.
Dan lagi beliau menyebut, “[d]i Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini. Dan dialah yang menjadi dalang dibelakang konspirasi untuk menjatuhkan PR Kedah.”
Kenyataan itu seperti ditujukan kepada Radhi Salleh.
Seakan boleh baca keadaan, beliau mengeluarkan persoalan, “[k]eadaan kembali menjadi normal untuk seketika. Tetapi berapa lama ia akan bertahan?”
Dan hari ini sudah terjawab segala persoalan dari beliau itu.
Tags: 2 adun selangor, kedah, msk, pr ( www.perkexpress.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment