Khamis 20 Ogos 2009 | 28 Sha'ban 1430 Hijrah
PAS setuju sediakan pentas untuk Yusri
Nazri Abdullah
Thu | Aug 20, 09 | 2:11:40 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: PAS setuju menyediakan pentas untuk bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahin, calon BN di Permatang Pasir, Yusri Ishak untuk membela dirinya selepas dituduh Umno sebagai pihak yang bersalah sehingga Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam. Iklan
Ini ekoran permohonan Yusri kepada PAS dan PKR agar menyediakan pentas untuk beliau menjawab segala tuduhan Umno itu.
Tindakan Yusri itu juga menguatkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa Rohaizat sememangnya terlibat dalam kes tersebut sehingga dipecat oleh Majlis Peguam atas tuduhan penyelewengan wang.
Ianya tepat sebagai menjaga maruah dirinya sekaligus memperlihatkan sikap sebenar Umno BN yang sanggup mencemarkan imej pihak lain demi menutup pekung sendiri.
Umno telah menjadikan Yusri sebagai manggsa persinggahan demi menyucikan imej calon mereka, Rohaizat yang sedang dipalit dengan tuduhan pecah amanah melibatkan transaksi jual beli tanah bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.
Mengalu alukan tindakan Yusri itu, Naib presiden PAS, Salahudin Ayub memberitahu, PAS bersedia memberikan pentas kepada Yusri seperti yang dimintanya bagi memperjelas perkara sebenar demi membersihkan maruah dirinya yang dicalar sebegitu rupa oleh Umno BN.
"Kita akan menyediakan pentas kepada dia (Yusri), bila bila masa dia bersedia. Kita sangat alu alukan, kita tiada masalah."
"Dia (Yusri) telah manjadi mangsa Umno. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Mazlan yang fitnah dia, dan dia bertanggjawab membersihkan dirinya," Katanya ketika dihubungi sejurus selesai sidang media Yusri di Yayasan Salam pagi tadi.
Umno sepanjang kempen mereka, mengangkat Rohaizat sebagai seorang pemimpin yang berkualiti, berpelajaran tinggi dan professional. Mereka juga meletakkan doktrin kepada pengundi bahawa Rohaizat adalah "wira" kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan tidak melarikan diri dari kes yang menimpanya.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Muhyidin Yasin dan Naib presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi antara yang bermati matian mempertahan Rohaizat.
Namun disebelah pihak umno yang lain, Veteran mereka, Tengu Razaliegh Hamzah dalam blognya mempersoal pemilihan Rohaizat seoalah oleh BN ketandusan calon yang berkualiti untuk ditawar kepada rakyat
Jika disedari, tindakan pembersihan imej oleh Umno itu sebenarnya telah bercanggah dengan pendirian Rohaizat sendiri apabila hanya meletakkan dirinya sebagai ahli perniagaan pada borang penamaan calon 17 Ogos lalu dan bukannya sebagai seorang Peguam.
Ianya sekali lagi mengelirukan masyarakat, khasnya pengundi Permatang Pasir yang sedang menunggu satu jawapan tuntas adakah tindakan meletakkan "ahli perniagaan" tersebut ada kaitan dengan isu pecah amanah semasa dia menjadi peguam seperti yang didakwa.
Ekoran itu, Salahudin sekali lagi mencabar Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan adakah benar Rohaizat calon yang bersih dari dakwaan pecah amanah.
"Hal ini nampaknya menjadi semakin menarik, dan saya terus cabar Zahid Hamidi untuk berdebat dengan saya bagi membuktikan calon Umno adalah "padi basah" dan tiada harga," cabarnya. _ Harakah
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment