Yang Empunya Global
Sep 11th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy
( www.perakexpress.com )
Oleh: Nash Ar-Rawy
Sememangnya fitrah semulajadi manusia ( ‘primordial’) perlu kepada bebarapa perkara esensi dalam kehidupan ; iaitu, makanan( ‘food’) , tempat perlindungan/rumah kediaman (‘shelter’) dan pakaian(‘clothes’). Keperluan asasi ini adalah demi untuk menyara anak isteri dan perlu dipenuhi sejak daripada zaman Nabi Adam .a.s. lagi.
Oleh kerna kerperluan tersebut kekal hingga ke hari kiamat, maka faktor kondusif pengekalannya juga perlu bersifat kekal juga sebagaimana beras kepada periok untuk ditanak dan air perlukan bekas untuk disimpan . Justeru kerna, manusia di zaman Adam bisa kelaparan tanpa makanan dan kehausan tanpa minuman. Apakah manusia di zaman siber tidak bisa lapar dan dahaga jika tiada makanan dan minuman ? Sama sahaja bukan. !
Oleh itu, Yang Empuya Global, Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Mengetahui tahu akan perjuangan manusia dan problema kehidupan sejak azali lagi sebagaimana firmanul Lahu , “ Laqodkholaknal insa nafi kabad “ ( Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keperitan, kepayahan dan perjuangan) . Ertinya , orang yang tiada bisa bangun untuk berjuang bukanlah manusia.
Namun Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang menyatakan..” Wamaiyattakillah hayaj’al lahu makhroja” ( Barang siapa yang bertakwa kepada aku pasti akan aku tunjuk jalan keluar ) .Namun , segala keperluan yang bersifat permanen itu seringkali di pengaruhi oleh nafsu dan fikiran yang jahat untuk memperolehinya secara semberono dan rakus .
Justeru itu , Yang Empunya Global telah pun menentukan keperluan yang bersifat permanen juga dengan esensi keperluan manusia yang serasi dengan fitrah dan sifat semulajadi manusia. Demi untuk mengurus keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal ; manusia bisa berinteraksi di antara satu sama lain ( hamblum minannas) dan alam sekitar yang mana lapangan atau arenanya di panggil politik . Yakni, suatu organisme yang paling aktif yang bisa mencakupi segala aspek hidup dan penghidupan manusia.
Jika ianya disalahtangani atau tersalah bawa akan berlakulah ‘derailment’ ( terpesong) daripada norma kemanusiaan (‘humanity’) dan ketamadunan ( hadharah) yang sempurna. Oleh itu, untuk menyempurnaknanya manusia perlu rujuk kepada Yang Empunya Manusia itu sendiri yakni , Yang Empunya Global dan Yang Empunya Hukum .
Manusia perlukan panduan Yang Empunya Global satu methoda yang terbaik dengan fitrahnya demi menikmati kehidupan yang baik , harmoni dan berkat dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat . Namun ada yang tiada yakin kepada Yang Empunya Global dan merasakan terlalu pintar dan pakar; menjadikan ideologi ciptaan manusia sendiri sebagai dasar dan pertunjuk jalan ; sekaligus menolak peraturan , ketentuan dan hukum hakamnya.. Antaranya, fahaman politik sekular seperti komunisme, sosialisme , demokrasi barat , pragmatisme dan nationalisme yang diputuskan oleh jumhur ulamak dalam satu konferensi antarabangsa sebagai terkeluar daripada Islam ; yakni, murtad dan sesat.
Ketidaksesuaian komunisme untuk manusia terbukti dengan runtuh dan gagalnya sistem tersebut di Rusia setelah bertapak selama lebih daripada tujuh dekad kecundang dengan kermerdekaan negeri- negeri dibawah jajahannya seperti Croatia, Serbia, Chechnya dan Bosnia Hezegovina. Begitu juga dengan negeri-negeri di bawah takluk kerajaan British yang berfahaman demokrasi barat, jatuh satu demi satu merdeka ; termasuklah Malaysia yang pernah bernaung di bawah pengaruh dan fahaman demokrasi barat tidak lebih daripada sekitar sepuluh dekad penjajahan.
Namun sistem pemerintahan Islam yang unik , asli dan tersendiri ; bukan komunis dan bukan demokrasi ; tetapi , “ No East No West, Islam Is The Best ; pernah memerintah sebahagian besar dunia termasuklah di negara-negara Balkan secara yang sesuai dengan fitrah manusia ; yakni ; dengan kepolitikan Islam berasaskan kitabullah dan assunnah. Memberikan kebajikan dan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, kumpulan etnik dan agama. Di sepanyol sahaja Islam memerintah selama lebih daripada lapan abad bukan dekad ; yakni selama lebih daripada 800 tahun. Secara fitrah , kemudiannya jatuh juga apabila penguasa sudah mula meninggalkan agama , rasuah , maksiat dan sebagainya.
Dari segi praktikalnya tiada suatu kerajaan pun yang bisa kekal untuk selama-lamanya menongkat dunia ; baik kerajaan sekular maupun kerajaan Islam . Namun , fakta sejarah membuktikan Islam memerintah di Madinah (majmuk) dan di Sepanyol yang ‘inhomogeneous’ atau plural selama 800 tahun sedangkan pemerintahan sekular tidak lebih daripada 100 tahun.
Parti pemerintah Jepun juga kecundang setelah memerintah sejak daripada perang dunia ke dua ( 57 tahun) . Begitu juga parti Golkar di Indonesia dan parti kongres di India . Justeru kerana, Yang Empunya Global yang bisa menailkkan dan menurunkan mana-mana kerajaan yang ia kehendaki. Species yang terakhir mutakhir ini yang menunggu gilaran putaran roda pemerintahannya adalah UBN yang sedang nazak dengan perbagai penyakit kronik yang tiada bisa di ubat lagi dan tiada ubat baginya samada sesama parti seperti di Terengganu dan sesama komponen dengan terkeluarnya Subramaniam dan Chua Ju Meng masuk PKR dan keberantakan yang berlaku di dalam MIC dan MCA sendiri
Kekuatan Pakatan Rakyat semakin terserlah momentumnya dengan kemenangan 8-0 ke atas UBN di dalam pilihan raya kecil(PRK) samada ada di peringkat negeri maupun parlimen. Mesej Pakatan yang di sampaikan kepada massa dapat di fahami dengan kesan praktisnya kerajaan Pakatan seperti di Kelantan , Kedah , Pulau Pinang dan Selangor yang tiada perkauman dan ‘Justice For All “ Islam For All, dan “ Pas For All “. Yang mengatasi propaganda UBN Satu Malaysia yang ternyata warna tradisinya yang sebenar adalah ‘racist’ atau perkauman yang ditolak oleh masyarakan siber majmuk. Seperti permainan jahat mereka dalam isu babi di Kedah dan kuil hindu di seksyen 23 , Shah Alam . UBN memang hidup dengan provokasi kaum dan sentimen agama untuk mewujudkan iklim ‘anarchy’ pada dan sebelum PRU 13 nanti.
Alhamdulilahi, kepemimpinan Majlis Presiden dan Sekretariat Pakatan Rakyat lebih bijak daripada pemimpin UBN kerna sudah bersiap-sedia dan siaga serta ‘alert’ , masak dan matang dengan permainan dan strategi jahat UBN kerna pengalaman 13 Mei Satu Malaysia (kecuali Kelantan)dan MAGERAN di Kelantan. Alhamdulillahi massa siber perlbagai kaum sudah mula fahami dan menerima mesej Pas/Pakatan “ Islam For All” . Mudah-mudahan di penuhi perjuangan untuk memerintah Malayisia dengan Islam dan tersingkirnya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) oleh Yang Empunya Global .pada PRU 13 . InsyaAllahu .
Tags: nash ar-rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Friday, September 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment