http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/04/tawan-johor-perbezaan-antara-pakatan.html
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
SUFI LYRICS : nasharrawy.blogspot.com/2013/03/lirik-nash-ar-rawy-terma-dan-kondisi.html … " LIRIK NASH Ar-RAWY " ; TERMA DAN KONDISI http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1 … … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI by: Nash Ar-Rawy
OH MY GOD! GIVE ME A " BENEVOLENT STATE! "
http://nasharrawy.blogspot.com/2013/04/a-benevolent-state-how-money-is-being.html
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
SUFI LYRICS : nasharrawy.blogspot.com/2013/03/lirik-nash-ar-rawy-terma-dan-kondisi.html … " LIRIK NASH Ar-RAWY " ; TERMA DAN KONDISI http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1 … … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI by: Nash Ar-Rawy
OH MY GOD! GIVE ME A " BENEVOLENT STATE! "
http://nasharrawy.blogspot.com/2013/04/a-benevolent-state-how-money-is-being.html
DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT,BANTULAH KAMI
Tuesday, April 23, 2013
Tawan Johor: Perbezaan antara Pakatan Rakyat dan BN
GELANG PATAH, 23 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang
amat kecewa dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk
Abdul Ghani Othman kerana masih bermain dengan politik perkauman.
Katanya, ia tidak patut berlaku kerana Abdul Ghani selaku bekas Menteri
Besar Johor yang memegang jawatan itu selama empat penggal
berturut-turut, sepatutnya bersikap sederhana, baik budi dan lebih
bersopan.
Mengikut laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Abdul Ghani
ketika berceramah kepada majoriti masyarakat Cina di Johor, bahawa
“Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM”.
“Semua orang tahu ini cara propaganda MCA. Mengapa Abdul Ghani juga
terikut-ikut dengan cara itu? Apakah Abdul Ghani juga rasa orang Cina
mudah ditakutkan dengan propaganda zaman lama itu?
“Taktik kotor MCA yang ditiru Abdul Ghani sudah ketinggalan zaman.
Mereka kata kalau orang Cina undi DAP, ia bererti mengundi PAS.
“Jadi saya ingin bertanya kepada MCA dan Abdul Ghani, apa salahnya jika
pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India,
Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, PKR dan DAP?,” katanya dalam
kenyataan media, semalam.
Menurut Kit Siang, apa salahnya jika rakyat Malaysia bersatu padu,
bersatu hati dan saling faham-memahami dan itulah yang amat ditakuti BN
kerana ia akan menamatkan riwayat politik kaum dan politik perkauman di
negara ini.
Malah, katanya, beliau kecewa dengan tindakan itu kerana sebelum ini
juga Ghani dilaporkan berkata bahawa Pakatan Rakyat membawa agenda
perkauman.
“Tidak masuk akal sama sekali kerana semua orang tahu BN yang menjadikan
pemimpin ultra kaum Perkasa sebagai calon mereka pada pilihan raya umum
ini.
“Tuduhan Ghani juga tidak masuk akal kerana penyokong BN yang sering melakukan perbuatan yang menimbulkan kebencian kaum lain.
“Bagaimanapun telah terbukti bahawa pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan
Rakyat tetap bertenang. Kami kekal bertenang sejak lima tahun lalu
walaupun dikenakan tekanan provokasi perkauman yang melampau oleh
penyokong UMNO serta cybertroopers mereka,” katanya.
Kit Siang berkata, sekarang jelas Pakatan Rakyat membawa era baru
politik bersih, sedangkan UMNO/BN membawa era kolot dengan politik
perkauman.
Katanya, ini terbukti dengan kenyataan pemimpin BN yang terus memainkan
sentimen kaum yang sudah tidak lagi diterima rakyat Malaysia.
“Jelas perbezaan antara Pakatan Rakyat dan BN. Bagi kami, Pakatan Rakyat
adalah era baru yang membawa politik berprinsip, bermaruah dan bersih.
Manakala BN mencerminkan era lama yang kekal dengan politik kotor yang
penuh dengan unsur perkauman dan fitnah.
“Dengan itu, pengundi, terutamanya orang Melayu, sudah jelas bahawa masa
depan kita yang cemerlang, bersih dan adil akan diterajui Pakatan
Rakyat. Era kolot perkauman BN sudah tidak relevan lagi,” tambahnya.
Ubah! Ini kalilah! – Roketkini.
No comments:
Post a Comment