http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18549-pertindihan-kerusi-selesai-fokus-tumbangkan-bn
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT,BANTULAH KAMI
Pertindihan kerusi selesai, fokus tumbangkan BN
Harakahdaily, | 22 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh jentera Pakatan
Rakyat untuk menggunakan ruang masa yang ada ini untuk fokus kepada
agenda menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.
"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.
"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.
PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.
Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.

No comments:
Post a Comment