D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Friday, March 20, 2020
A BLESSING IN DISGUISE! REF : www.facebook.com/Nasharrawy10
FORWARDED *RAHMAT TERSEMBUNYI DI SEBALIK KEJATUHAN KERAJAAN PH*
_Terima kasih Ya Allah atas kejatuhan kerajaan PH. Pengundi2 PH memang kecewa dengan bentuk kerajaan ditumbangkan, kecewa habis, malah pemimpin PH yang sedang bertugas pun kecewa kerana masing2 sedang semangat bekerja untuk negara, dan sebahagian hasil kerja keras mereka telah mula menampakkan hasil meskipun belum mencecah separuh penggal._
_Dengan apa yang berlaku pada hari ini, rupanya saya dapat merasakan bahawa itu semua adalah percaturan Allah kerana sayangkan kerajaan yang dipilih rakyat ini dari terus menjadi bahan caci maki pihak-pihak yang sentiasa tidak berpuashati dengan PH._
_Saya cuba bayangkan andainya sekarang ini masih kerajaan PH yang memerintah, dan dengan melihat rentetan perilaku pihak yang sentiasa tak puashati dengan PH maka hampir pasti keadaan negara akan jadi lebih tidak terkawal._
_Kalaulah arahan tak boleh solat Jumaat dan arahan penutupan masjid ini dikeluarkan oleh kerajaan PH, amat tidak mustahil para ustaz yang tak puashati dengan PH akan berteriak membantah dan memberi gambaran PH anti-Islam serta mempengaruhi pengikut mereka untuk berkumpul di masjid2/surau2 dengan sepanduk PH anti-Islam. Macam2 dalil akan dikeluarkan. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal, sedangkan nak kawal 4000 baki jemaah tabligh yg masih berkeliaran pun kita sukar, apatah lagi nak kawal jutaan pendemontrasi yang baran bila kewajipan solat jumaat dan solat di masjid dinafikan oleh PH. Saya boleh agak apa ayat dan hadis yg mereka akan pakai dan hujah apa yang akan mereka slogankan._
_Kita lihat penyokong PH, walaupun tidak berpuashati dengan kerajaan PN, tapi mereka tetap akur dengan arahan, sebab PN adalah pemerintah. Penyokong PH memahami konsep Ulil Amri... mana2 perintah yang tidak bercanggah dengan syariat wajib dipatuhi sama ada kita sealiran atau tidak dengan pemerintah tersebut. Saya tabik dengan kematangan penyokong PH, dan harap kekal matang serta sentiasa berpijak di bumi nyata._
_Semua yang berfikiran sihat dapat melihat rentak yang dimainkan oleh mereka yang membenci PH, mereka membantah apa yang PH buat selama ini, bukan atas dasar isu, tapi atas dasar batang tubuh PH, mereka tolak secara borong. Mereka borongkan penolakan mereka menggunakan alasan bangsa dan agama._
_Mereka berjuang gila2 menolak UEC (sebelum ini) sebagai contoh... tapi bila kelompok mereka meluluskan dengan mudah, tidak ada suatu suara pun dikeluarkan. Puncanya adalah kerana mereka membantah selama ini bukan atas dasar isu, tetapi atas dasar batang tubuh PH._
_Saya tidak mahu bagi contoh banyak2, sebab tak banyak pun lagi yang menteri2 PN buat kerja, mungkin atas fahaman mereka, menteri pun perlu patuh arahan untuk berkurung di rumah. Sedangkan yang perlu dikuarantin adalah batang tubuh individu menteri, tapi buah fikiran mereka tidak perlu dikuarantin. Mereka boleh bersidang dengan berbagai cara melalui teknologi canggih yang ada (tak perlu la saya sebut apa kaedahnya), yang penting hasil persidangan itu membuahkan idea2 yang bagus sekurang2nya di peringkat kementerian masing-masing berkaitan dengan penularan wabak COVID19 ini._
_Semua kementerian terlibat sebenarnya, bukan hanya Kementerian Kesihatan sahaja. Kesan COVID19 dan kesan tindakan melarang rakyat keluar rumah ini turut perlu ditangani oleh semua kementerian. Semuanya terlibat, kalau ada mana2 kementerian yang tak tahu apa peranan dia time2 COVID19 ni, boleh call saya, saya boleh bagi idea untuk bantu kementerian tersebut mencari posisi yang sesuai untuk menyumbang. Menteri Agama saya nampak telah memainkan peranannya, buat rakaman dan hebahan menjelaskan kepada umat Islam tentang rasionalnya penutupan masjid dan hukum hakam yang terlibat. Bila umat Islam faham, tak ada la besar sangat kecohnya walaupun ada sorang dua ustaz yang tak cukup santan cuba mempengaruhi umat Islam dengan melabelkan keadaan dan tindakan kerajaan hari ini seperti takutkan Corona Virus mengatasi takutkan Allah._
_Sekali lagi saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana menumbangkan Kerajaan PH dan saya berdoa agar Allah permudahkan urusan PH untuk bangkit semula memerintah negara ini. Kalau pun tidak PH yang memerintah, saya doakan agar ada satu kerajaan yang lebih baik daripada PH untuk memerintah._
_Ini adalah pandangan peribadi saya, dan saya bertanggungjawab dengan pandangan ini._
*MEJAR HAJI MOHD ABDUL WAHAB BIN ABDULLAH - Bersara*
_Bukit Beruntung, Selangor_ REF : Freelancer Blogger : Nasharrawy/21.2.20. : NETIZEN DAN RAKYAT TIADA BISA MENGANGKAT PERAMPAS HAK RAKYAT DAN PERAMPAS MANDAT RAKYAT!.JUSTERU KERNA BERTENTANGAN DGN PRINSIP, KONSEP DAN SEMANGAT DEMOKRASI!. KE ARAH SISTEM DUA PARTI DAN PRU!! BUKANNYA PERULANGAN KUDETA!. HANYA ADA 2 PILIHAN!: PH ATAU PN! ITU SAJA DGN SEIZIN DIA. Nasharrawy Rawaan :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment