D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Saturday, March 21, 2020
PAN DURING D ERRA OF ASRI N LOBAI D WANG R D SAME! AS MELAYU ISLAM HYPOCRITES N NATIONALIST EXCEPT 4 TOK GURU NIK AZIZ, FADZIL NOOR N YUSUF RAWAB: MEMBENDUNG FAHAMAN ASSOBIYYAH!!
AS I C IT : REF : D PLIGHT 4 MATERIAL GAINS!!. : BY : FREELANCER BLOGGER : NASHARRAWY : KAMU ADALAH APA YG KAMU CARI!. KAMU CARI DIA! KAMU DAPATLAH DIA.DGN SEIZIN DIA. KAMU CARI JAWATAN DAN DUNIAWI! KAMU DAPATLAH KEBENDAAN!! TIADA LANGSUNG"ASSIASSAH ASSUFIYYAH!! TIADA 'TASAUF "D DLM DIRI KAMU!! WALAUPUN KAMU BERSERBAN BESAR DAN ULAMAK DUNIA! TAPI SEBENARNYA KAMU ADALAH PERSIS!! ULAMAK "DUNIAWI!" HAKIKAHNYA! DAN WAQI'NYA : PARTI LOBAI DURING * D ERRA OF ASRI N LOBAI D WANG R D SAME!, THEY R 4 MATERIAL GAINS!! DESPITE OF 2 SAVE D MALAY SURVIVAL! IN BN!!. WHICH WAS LATER EXPELLED BY BN WHEN IT HAS BECOME STRONGER!!. EXCEPT 4 : DURNG D ERRA OF FADZIL NOOR N YUSUF RAWA! * THEY WERE AGIANST KEZALIMAN ASSOBIYYAH KERIS TELANJANG!!. N TOK GURU NIK AZIZ! WHO DIED IN PAKATAN N STRONGLY AGAINST BN. NOW AMANANAH* BEING D CONTINUITY OF ISLAMIC PLIGHT OF TOK GURU!, YUSUF RAWA N FADZIL NOOR! : R IN PH COALITION N IS AGAINST D "PENYANGAK!! PENGKHIANAT!! NATIONAL OR PN N IS AGAINST ULAK-mak SU' LOBAI D WANG!!.IN PN :. BEING D BARUA OF KERIS TELANJANG!!.4 MATERIAL GAINS ONLY! SUCH AS LOBAI D WANG WHO FAILED!. EXCEPT 4 A FEW!!. FORWARDED : orang yang pernah ada jawatan dalam PAS beritahu apa yang berlaku dalam Muktamar*
Ketika aku dalam PAS, aku pernah bertanyakan beberapa veteran PAS — “Bagaimana kah Muktamar boleh meluluskan PAS menyertai BN?”
Antara mereka yang aku tanya ialah Setiausaha Agung PAS Ustaz Hassan Shukri, Pegawai Penyelidik PAS Ustaz Othman Hamzah dan Pegawai Pendaftaran Ustazah Hayati Hassan. Ketiga-tiga mereka adalah rakan rapat sepejabat di Pejabat Agung PAS, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.
Aku juga bertanyakan Pak Suhail Batubara — bekas sarjan departmen intelijen Tentera Darul Islam yang dihantar oleh pemimpin Partai Masyumi Indonesia, Muhammad Natsir (Pak Natsir) untuk membantu tarbiyyah harakiyyah dalam PAS. Pak Suhail kemudiannya menjadi penasihat kepada Datuk Asri Muda, Yang Di-Pertua PAS. Pak Suhail dan aku kemudian bersahabat dan pernah tinggal serumah di Kampung Bharu.
Aku tanya mereka kerana aku masih baru dalam PAS ketika itu, menjadi ahli parti pada 1981.
Menarik cerita yang aku dapati dan kumpulkan dari mereka.
PAS menyertai Perikatan pada 1973 dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) pada 1974.
Semasa Muktamar PAS membincangkan usul menyertai BN, ia tidak mudah diterima oleh perwakilan. Ramai perwakilan menentang — paling vocal ialah perwakilan Dewan Ulama. Kerana bantahan awal Dewan Ulama, usul itu hampir ditolak oleh Muktamar.
Datuk Asri Muda selaku Yang Di-Pertua PAS amat bijak berpolitik. Aku diberitahu, beliau minta Muktamar ditangguhkan sebentar bagi membolehkan beliau mengadakan pertemuan khas dengan semua ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pertemuan dengan Dewan Ulama itu, Datuk Asri menerangkan betapa PAS akan menduduki Anggota Pentadbiran BN dengan diberi jawatan dua Menteri, dua Timbalan Menteri dan dua Setiausaha Parlimen.
Lantas seorang ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat [sengaja aku tak sebutkan nama Tuan Guru dari Perak ini untuk tidak mengaibkannya] mencelah dengan geram, “Itu hangpa! Kami dapat apa?”
Lalu Datuk Asri menjelaskan, “Banyak lagi jawatan dalam Kerajaan belum diisi...dalam Tabung Haji, YADIM, FINAS dan banyak lagi...untuk Dewan Ulama. Ada gaji, ada elaun.”
Lantas mencelah kembali ahli Dewan Ulama tersebut dengan nada yang lembut, “Awat hang tak habaq? Kalau lagu tu, kami pun sokong, Datuk!”
Sidang Muktamar disambung kembali, dan Dewan Ulama PAS Pusat pun terus menyatakan sokongan terbuka kepada usul PAS menyertai BN, dengan mengisytiharkan hukumnya “Harus”.
Berikutan pendirian Dewan Ulama itu, Muktamar meluluskan usul dengan undi majoriti bahawa PAS menyertai BN atas alasan “mencapai cita-cita untuk menegakkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara”.
Untuk rekod, pimpinan PAS yang menganggotai Anggota Pentadbiran BN yang terakhir sebelum PAS disingkirkan dari BN pada 1977 adalah seperti berikut:
🔴 Yang Di-Pertua PAS Datuk Asri Muda — Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah
🔴 Timbalan Yang Di-Pertua PAS Datuk Hassan Adli Arshad — Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
🔴 Naib Yang Di-Pertua PAS Datuk Abu Bakar Umar — Timbalan Menteri Kesihatan
🔴 Bendahari Agung PAS Abdul Wahab Yunus — Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan
🔴 Ketua Dewan Pemuda PAS Mustafa Ali — Timbalan Menteri Sains, Teknoloji dan Alam Sekitar
🔴 Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Zahari Awang — Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan
Ahli-ahli Parlimen PAS yang tidak dilantik menjadi Anggota Pentadbiran BN adalah seperti berikut
1. Yusof Rawa (Ulu Muda) — Naib Yang Di-Pertua PAS
2. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pengkalan Chepa) — Ketua Dewan Ulama PAS
3. Tengku Zaid al-Haj Tengku Ahmad (Pasir Mas)
4. Mohd. Zain Abdullah (Bachok)
5. Wan Sulaiman Ibrahim (Pasir Puteh)
6. Ahmad Shukri Abdul Shukor (Padang Terap)
7. Zakaria Ismail (Rantau Panjang)
Kesimpulannya, tidak sukar aku merumuskan. Pimpinan PAS bersama BN menyertai Kerajaan hanya kerana habuan jawatan.
FORWARDED :
https://www.facebook.com/100006105734896/posts/2547732652106901/ REF : Nasharrawy Rawaan : www.nasharrawy10.wordpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment