Ahad 12 Julai 2009 | 19 Rajab 1430 Hijrah
PPSMI: Segera mansuh, jangan tunggu 2012!
Nyza Ayob
Sun | Jul 12, 09 | 7:32:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Kerajaan digesa segera mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu dan tidak perlu menunggu sehingga 2012.
Iklan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan kerajaan tidak boleh memberikan alasan untuk menangguhkan pemansuhan PPSMI itu sedangkan sewaktu pelaksanaan dasar tersebut pada 2003, tindakan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.
"Kenapa sewaktu ingin dihapuskan Muhyiddin memikirkan tentang masalah yang akan dihadapi oleh para pelajar jika ditukar serta merta.Kita hairan waktu nak melaksanakan tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan daripada golongan cendekiawan atau tokoh bahasa. Jangan jadi seperti Pak Pandir.
"Penangguhan tersebut mungkin kerana kontrak kepada kroni mereka belum lagi selesai. Pada mereka biar dasar berubah tetapi yang penting mereka mendapat keuntungan daripada dasar tersebut,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Sementara itu, Idris turut menegaskan dalam mendesak kerajaan menghapuskan dasar PPSMI, PAS telah bersama-sama dengan tokoh bahasa serta sasterawan negara dalam menentang dasar yang dilihat bertentangan dengan dasar negara dalam bidang pendidikan.
"Penglibatan golongan sasterawan seperti Dato' A.Samad Said dan Dato' Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat.
"Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil,"katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik turut menegaskan tidak ada alasan yang munasabah mengapa kerajaan perlu menunggu sehingga 2012 bagi memansuhkan pelaksanaan PPSMI.
Justeru beliau mendesak semua pihak memastikan pemansuhan dasar tersebut dilakukan segera.
"Sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Pilihan Raya Keci Bukit Gantang serta Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, pejuang bahasa dan rakyat menyatakan ketidak puasan hati mereka dalam pilihan raya kecil ini. Desakan demi desakan kita lakukan.
"Jadi walaupun pengumuman tersebut dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil Manek Urai, saya yakin rakyat di Manek Urai tidak akan termakan dengan 'umpan' kerajaan. Kerajaan mesti ikhlas dan penghapusan dasar tersebut seharusnya bukan sewaktu menjelang pilihan raya,"tegasnya. - mks. _ harakah
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment