MERITOKRASI Oleh : Nash Ar-Rawy
Meritokrasi adalah suatu konsep yang bersifat terbuka , liberal dan ke arah penyelesaian penyeluruhan permasaalahan Ianya sepintas lalu bisa dilihat sebagai yang paling demokratik dan adil. Akan tetapi, dari segi sikonnya ( situasi dan kondisi ) yang berpijak pada alam nyata atau waqi’ nya; ianya perlu di telilti kepada subjek atau agenda sasaran yang sebenar yang berasaskan kepada keperluan yang sebenar mengikut hakikat situasi dan kondisi yang perlu diambilkira keberkesanannya pada objektif perlaksanaan keadilan sosial itu sendiri dengan minda yang terbuka , dan tiada bisa emosi .
Meritokrasi tiada berasaskan kepada ras( kaum ) , agama atau keturunan atau pewarisan justeru kerna ianya bersisfat umum dan universal . Lantaran itu , secara verbalnya gugur hak peribumi atau sesuatu kaum ‘indigeneous’ .dalam sesebuah negara.
Namun keadilan itu sebenarnya bukan sama rata dan sama rasa kerna itu konsep sosialis dan komunis. Keadilan juga bukan bererti semuanya mesti dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra namum perlaksanaanya ialah untuk golongan elit suku-sakat umnoputra ( Kroni ) . Justeru itu , keadilan harus di lihat menepati sasaran target yang bisa dibantu .
Dari aspek pendidikan negara, sewajarnya biasiswa diberikan kepada semua kaum kerna menjadi obligasi mana-mana kerajaan untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat sehingga ke peringkat universiti. Hujahnya, ke mana perginya wang petronas RM 500 Billon lebih itu dibelanjakan. Apakah tiada bisa pembelajaran anak bangsa hingga ke universiti secara percuma?.
Namun jika dibuat pemilihan tawaran biasiswa kepada pelajar yang terbaik sekalipun . Harus dingat pelajar dari luar bandar atau kawasan kampung dan pedalaman tiada mempunyai fasiliti sebagaimana pelajar-pelajar bandar yang mempunyai kemudahan komputer, akses internet, kelas tambahan , ‘hand-set’ teksi, bas , talipon dan keupayaan kewangan untuk menikmati segala keperluan tersebut seperti pelajar-pelajar bandar yang bernasib baik apalagi yang daripada keluarga yang kaya atau berada.
Justeru itu, jika meritokrasi di gunapakai secara pukal begitu sahaja tanpa mengambil kira faktor latarbelakang pelajar dan hanya di amblil kira dari segi pencapaian akademik atau kecermerlangan keputusan peperiksaan semata-mata . Maka , pastilah ramai pelajar luar bandar tanpa mengira kaum dan anutan agama akan tercicir. Apalagi jika parti pemerintah mengusahakan subjek Bahasa Inggeris diwajibkan lulus untuk lulus peperiksaan. Bekas kolonial pastinya ketawa jika ini berlaku justeru kerana jika pelajar melanjutkan pelajarannya ke Jepun, Korea, Rusia, Jerman atau Perancis , pastinya bukan Bahasa Inggeris yang diperlukan tetapi diwajibkan mempelajari bahasa ibunda negara tersebut.
Sewajarnyalah diberikan tempat dan peluang kepada pelajar luar bandar ini untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading kerna pelajar urban yang mendapat 10 A tiada bisa disamakan dengan pelajar kawasan ‘remote’ ( pedalaman ) yang mendapat 5 atau 8 A umpamaya.
Apalagi, mereka ini bisa berjaya walaupun tanpa prasarana pembelajaran yang sempurna seperti rakan mereka di kawasan urban atau dari keluarga yang kaya.Dalam keadaan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pembelajaran untuk mata pelajaran matematik dan sains ramai pelajar –pelajar di kawasan pedalaman ini kecundang kerna tiada bisa menguasai bahasa Inggris dengan baik . Ini suatu penganiayaan apabila Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi negara dan bahasa pembelajaran nasional sebagaimana peruntukan di dalam perlembagan persekutuan ; di kesampingkan oleh parti pemerintah. Jika diajar di dalam bahasa ibunda kemungkinan abang, kakak , ibu dan bapa bisa berpeluang setidak-tidaknya mengajar anak-anak di rumah . Tetapi , kalau di dalam bahasa penjajah pastinya mereka tiada bisa membantu. Apalagi bahasa kolonial itu bukannya juga bahasa kaum Cina maupun India.
Justeru itu , falsafah meritokrasi perlu perihatin ke atas kekesanannya Bahasa Inggeris dipaksakan ke atas pelajar-pelajar luar bandar ; baik Melayu, Cina , India dan lain-lain kerna kecundangan mereka ini di dalam sistem pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris tiada praktikal dan tiada adil walaupun tentunya dikira adil dan selesa ( ‘comfort’) samasekeli bagi anak-anak menteri, korporat dan masyarakat bandar yang bisa menguasai bahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan kewangan untuk pembelajaran anak-anak mereka bahkan bisa mengadakan tutor persendirian di rumah mereka sendiri.
Sebagai anologinya, apakah seorang ayah perlu membelikan ‘bra’ yang sama jenis dan harganya kepada anak lelakinya semata-mata kerna ia perlu membelikannya untuk anak perempuannya demi meritokrasi tanpa mengira anak Cina, Melayu atau India
Di sinilah sebenarnya meritokarsi itu perlu di sesuaikan dengan keadaan dan situasi yang sebenar secara praktisnya bukan pada falsafah atau konsepnya semata-mata.
Di sisilah letaknya kelebihan sistem Islam yang lebih baik dan lebih unggul daripada sistem atau falsafah komunis, sosialis bahkan nasionalis assobiyyah( bangsa ) dan kaumiyyah ( kaum ) kerna Islam membantu semua orang tanpa mengira kaum dan agama . Yakni , meletakkan sesuatu yang hak, betul pada tempatnya yang sebenar bukannya samarata sama rasa tanpa melihat siapa yang sebenarnya yang sepatutnya di bantu tanpa mengira kaum dan agama.
Bantulah mereka yang benar-benar memerlukan mengikut suasana dan keadaan.Jika pelajar itu miskin tetapi baik pencapaian akademiknya dibanding dengan pelajar yang kaya ; berilah peluang kepada pelajar ini untuk melanjutkan pelajarannya walaupun hanya 5 A sahaja; kerna di dalam keadaan serba kekurangan ini pelajar pedalaman seumpama ini sebenarnya boleh di kira sebagai pintar atau ‘genious ‘.Janganlah menipu kegagalan sistem pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris ini dengan menaikkan deraf tahap kelulusan untuk membolehkan tiada ramai yang tercicir , ini juga suatu penipuan kepada negara dan bangsa.
Dari sudut ekonomi, berikanlah yang hak kepada mereka yang berhak dan yang sewajarnya dibantu tanpa mengira kaum dan agama. Jika di suatu kawasan itu ada ramai orang India yang miskin, maka mereka ini perlu dibantu. Begitu juga, jika di kawasan yang tertentu yang miskinnya orang Melayu atau Cina ; maka di bantu mereka ini . Bukannya hak orang miskin ini dinafikan dan di bantu projek mega kepunyaan kapitalis Vincent Tan , Ananda Krisnan atau elit –suku-sakat kroni umnoputra . Keadilan itu bukannya membantu yang sudah kaya-raya dengan menambahkan projek mega kroni .
Bahkan orang miskin yang sebenarnya membantu kroni yang kaya kerna duit orang miskin ada dalam tabung haji sudah pun disonglap dan di dalam EPF digunapkai untuk projek mega kroni . Akhirnya orang miskin sahaja yang membantu orang miskin . Justeru itu, meritokarasi yang praktis adalah meletakkan sesuatu yang hak , betul pada tempatnya bukannya samarata atau sama rasa tanpa melihat siapakah yang selayaknya di bantu ; yakni, keadilan tanpa mengira kaum dan bangsa : Islam For All. Yang menjadikan asas atau kriteriannya : “ Justice is to put the right thing in the correct place “ itulah meritokrasi yang sebenarnya.
Oleh : Nash Ar-Rawy / 06.07.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( nasharrawy.blogspot.com )
( www.perakexpress.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment