Rukun Wajib, Hakikat Saja
Aug 11th, 2009 | By webmaster | Category: nash ar-rawy, utama
Oleh : Nash Ar-Rawy
Rukun Islam mempunyai lima perkara. Mengucap dua kalimah syahadah ( syahadatain ), Solat , Puasa , Zakat Fitrah dan Haji. Semua perintah Tuhan itu adalah wajib dilaksanakan . Namun pada hakikahnya adalah saja sahaja. Iaitu , amalan soleh yang dilakukan; saja ikhlas kerna ‘ Dia’ bukan dek kerna sesuatu atau kerna bermotifkan syurga , takutkan neraka atau kerna mahu pahala dan takutkan dosa . Tetapi, saja dilakukan kerna Yang Empunya Syurga dan Neraka dan tiada dek kerna apa- apa kepentingan. Syurga adalah ciptaan ‘Dia’ , Jika amalan soleh kerna syurga bermakna amalan segala rukun Islam itu adalah kerna ciptaannya bukan kerna ‘Dia’ yakni, bukan kerna Yang Maha Pencipta, Tidakkah anda berada dalam syirk kahfi lagi mengkahfi yakni, syirik yang halus lagi menghalusi. Apakah benarkah anda bertauhidkan ‘Dia” ?
Firmanul Lahu : : ‘waqhosyiar rahma nabil ghoib” ( Dan IKHLAS kerna Yang Maha Ghaib )Yasin: 11. Semua amalan rukun Islam dengan sendirinya terbatal jika dilakukan tiada ikhlas kerna “Dia’ tetapi kerna ‘ Ada udang di sebalik ‘ mee seperti dek kerna syurga atau pahala yakni , bukan kerna ‘Dia’ tetapi kerna ciptaan ‘Dia’ ( syurga ) dan kepentingan pahala. Bagaimana jika tiada syurga atau pahala ! Apakah anda akan solat , puasa , sedekah dan sebagainya !. Apakah anda bertauhidkan syurga( ciptaan “ Dia’ bukan “ Dia’ sebenarnya ) atau bertuhankan Yang Empunya syurga kerna syurga adalah ciptaan ‘Dia’ bukan ‘Dia’.Apakah anda sebenarnya IKHLAS kerna ‘Dia’ bukan dek kerna sesuatu ?.
Nabi Muhammad S.A.W. adalah pembawa risalah yang betul lagi benar kerna beliau bersifat sidek( benar) amanah , tabligh dan fatanah dan semuanya itu dilakukan kerna ikhlas lil lahi Ta’ala; Risalah tauhid baginda ialah tiada syirik seratus peratus; itulah sebenarnya tauhid . Jika 99.99 peratus dan Cuma berbaki poin 1 peratus saja dikira batal tauhid dan syirik Yakni, 100% - 99.99 peratus di kira KOSONG yakni batal terus tauhid, tiada maaf bagi mu kerna syrik adalah dosa yang tidak bisa diampun ‘Dia” kerna tauhid bukannya ikut-ikut orang tetapi hakkul yakin dan kemalatul ( kesempurnaan ) yakin yang totok ; tanpa bisa ada kompromi samasekali tiada bisa menyengurtukan ‘Dia’.
Syahadatain, adalah keyakinan dalaman ( kemalatul yakin ) yang menguasai luaran, perbuatan, pengakuan dan i’tikad yang bukan dibuat-buat, lakunan atau ikutan tetapi, persis kerna kesempurnaan keyakinan yang jitu di dalam. Justeru itu, ‘ Dia’ berfirman . “
La iqra hafiddin “ ( Tiada paksaan dalam agama ) : Maksud Qur’an . Artinya, rukun dibuat bukannya kerna digula-gulakan dengan tawaran syurga dan bidadari . Tetapi , justeru saja kerna Dia” yakni , Islam yang bermaksud : Perserahan diri kepada ‘Dia” secara total zahir dan batin , luar dan dalam 100% totok dan mutlak ‘ semata-mata saja kerna ‘Dia’( Islam ) ; bukan dek kerna sesuatu atau apa-apa kepentingan atau suapan kerna syurga itu urusan ‘Dia’ dan milik ‘Dia’ semata dan kamu hanyalah ‘Si Haprak’ yang tidak bisa memiliki apa-apa dan jika dikira nilai sebiji mata ini pun tidak bisa di bayar dengan amalan kamu seumur hidup ! Bukankah begitu !
Justeru, masuk syurga jika kerna amalan kamu yang dirasa terlalu banyak dan ‘Dia’ mesti masukkan kamu ke dalam syurga; sedangkan ni’mat sebelah mata pun kamu tidak bisa membayarnya . Apakah kamu yang mencipta syurga dan milik kamu atau ‘Dia’ yang empunya syurga atau syurga itu tok kamu yang punya. ‘Dia” sebenarnya melihat hakikat amalan kamu itu; apakah kerna ria’, takabur , ‘ujud ( kekaguman kepada kehebatan diri sendiri yang sebenarnya tidak ada apa ; kerna ‘Dia” adalah Yang Maha Hebat! ) Tidakkah itu semua syirik kahfi mengkahfi ; halus lagi menghalusi dan terbatal segala amalan justeru kerna syirik kepada ‘Dia’ ; dosa yang tidak bisa diampun ‘Dia’.
Firmanul lahu “ Fawailullil musollin” ( Masukke neraka veil orang yang solat kerna lalai ) justeru kerna batin amalan itu syirik kahfi walaupun zahir nya kelihatan baik dan dihias cantik . Tetapi , di dalamnya ( amalan batin ) terlalu kotor dan jijik justeru kerna syirik kahfi yakni ; berhala dalam diri , nafsu yang tersembunyi : Tepuk dada tanyai diri anda; betul atau tidak? , benar atau salah ? ‘ ; kerna ‘Dia’ tahu dan melihat apa yang ada di dalam hati kamu ( amalan batin kamu ) dan pasti tidak bisa tertipu atau ditipu dengan hiasan luaran ; pakaian indah yang menyembunyikan diri kamu yang sebenar.
Tahukah kamu di dalam neraka, ada neraka yang neraka lain yang di sekitarnya amat takut sekali berjiran dengannya , kerna kepanasannya itu neraka sendiri pun terlalu takut dengannya. Kerna neraka itu adalah tempatnya terkumpul semua manusia yang hebat-hebat belaka , ternama , masyhur dan terkenal seantero dunia . Terdiri daripada para Al – hafis, ustaz, guru, ulamak, pejuang Islam , ahli sedekah, dermawan, penulis, karyawan, dan sebagainya . Tetapi , sayang sekali, segala amalan mereka itu hanya salutannya sahaja tetapi , di dalamnya rupa-rupa nya ada berhala dan nafsu yang tersembunyi ; iaitulah SYIRIK KAHFI LAGI MENGKAHFI kerna mahu gelaran( ‘Title’) mahu nama, mahu dipuji , mahu di angkat dan disanjung, ria’ , takabur, ego , sombong dengan ilmu terasa hebat kagum kepada kehebatan diri sendiri ( ‘ujud”) : bukankah itu semua ‘ BERTUHANKAN DIRI SENDIRI. na’uzubil lahi minzalik.
Berpuasa hanya bisa dapat dahaga dan lapar kerna memberi orang makan buka puasa ( more ) kerna mahu namanya ditulis di ‘white –board’ bukan kerna ‘Dia’ . Mengerjakan haji kerna mahukan “ Title” haji bukan kerna ‘Dia’ dan membayar zakat fitrah dengan rungutan di dalam hati yang bisa didengarinya ; yakni. bukan kerna ‘ Dia’
Memang Rukun Islam itu wajib , tetapi hakikatnya SAJA. Yakni, menyempurnakan semua rukun tersebut saja kerna ‘Dia’ bukan dek kerna sesuatu 100 % tanpa apa-apa kepentingan samasekali kerna kamu hanya ‘Si Haprak”. Apa yang hendak di pandangnya kamu . Jika tiada amalan dalaman yang berjenama syirik kahfi lagi mengkahfi ; halus lagi menghalusi. InsyaAllah Hu Ta’ala , Hati itu , ‘Rumah Muhammad’ ( Qolbun Salim ) dan tuanpunya rumah itu adalah “Lahu Qolbun” ( ‘Hati” “Dia” ) alias “ Istana ‘Dia’ ) bukannya berhala ( bertuhankan diri atau nafsu yang tersembunyi ) justeru kerna perlakuan dalaman yang berjenama syirik kahfi lagi mengkahfi. Justeru itu, hapuskanlah ‘Aku” yakni, berhala di dalam diri . Runtuhkan berhala ( destroy the temple ) di dalam diri kamu itu dan menjadi ‘SELFLESS” tanpa sebarang kepentingan diri dan ‘Hapus Diri “ di dalam ‘SE” . Hanya ‘Dia’ zat wajibal wujud . kerna tiada bisa ada dua ‘Se” supaya Insya Allahu ‘ Kadim puji Kadin’ ( ‘Dia’ puji dirinya sendiri ) bukan lagi muhadas yang bersifat baharu yang memuji kadim yang kekal. ; di dalam solat dan senantiasa di dalam solatun daimun ( Kekal dalam solat ) yakni , mengingati ‘Dia’ .Firmanul lahu .” Wa aqimissola talizikri “ ( Dan mendirikan solat kerna mengingati “Dia’ selalu ).
Justeru kerna ‘wujud’ kamu adalah wujud jais yakni ada pun tak pa , tak ada pun tak pa ( harus sahaja bukannya wajib ) kerna kamu tidak penting samasekali buat ‘Dia’. Hanya dengan rahmat ‘Dia’. kurnia ( anugerah ) “ Dia’ dan Nur ‘ Dia’saja : anda di masukkan di tempat rahmah ‘Dia” ( Syurga ). Justeru itu , banyaklah pinta ampun akan diri anda sendiri kerna Rasulullahi pun bisa istighfar sebanyak minima 70 hingga 100 kali sehari; sekalipun baginda di jamin rahmat ‘Dia” kerna takut jatuh syirik kahfi yakni, ‘Berhala dalam diri’ kesan daripada nafsu yang tersembunyi,. di dalam diri ; nau’zubil lahi minzalik. InsyaAllahu amalan dalaman dan luaran sama-sama bersih kerna lahir daripada hati yang bersih , suci murni ; melaksana rukun bukan kerna wajib tetapi memang saja ikhlas kerna ‘Dia’, Justeru , kerna manifestasi amalan batin dan amalan zahir yang bersyukur selalu di atas segala ni’mat kurnia ‘Dia”.dan ‘BUKAN DEK KERNA SESUATU supaya 100% tidak syirik . Itulah risalah TAUHID yang di bawa oleh Rasulullahi S.A.W. ; betul lagi benar.
Tags: nash ar-rawy
( www.perakexprness.com ) ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment