Rabu 12 Ogos 2009 | 20 Sha'ban 1430 Hijrah
Umno layak digelar pengkhianat, bukannya Pakatan Rakyat
Sazali Mohd Noor
Wed | Aug 12, 09 | 10:41:45 am MYT
KEMAMAN, 12 Ogos (Hrkh) � Isu khianat hanya layak dituju kepada Umno dan pemimpinnya dan bukan kepada Pakatan Rakyat yang cuba membantu segenap lapisan masyarakat.
Iklan
Rakyat lebih tahu siapa khianat apabila 'sebuah gunung' (Genting Highland) diberikan oleh pemimpin Umno kepada taukeh judi.
Kerajaan Pakatan Rakyat tetap membela orang Melayu dengan mengagihkan tanah-tanah kepada orang-orang miskin termasuk di kalangan orang Cina, Melayu dan India.
Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno menuduh pemimpin Pakatan Rakyat pengkhianat kepada orang Melayu kerana memberi hanya beberapa ekar tanah kepada orang Cina yang miskin.
"(Dato' Seri) Nizar dituduh Cina (pengkhianat Melayu), kerana (kata mereka) Nizar beri tanah kepada Cina.
"Dia (pemimpin Umno) beri ribuan ekar tanah kepada Cina pekebun sayur, dia beri sikit tanah kepada orang India. Tetapi Dato' Seri Nizar diserang oleh Umno, dikecam pengkhianat Melayu, derhaka,"jelasnya ketika berucapan pada satu Majlis Penerangan Sempena Lawatan Sehari beliau ke Terengganu baru-baru ini.
Katanya, pemimpin Umno yang memberikan ribuan ekar tanah kepada taukeh-taukeh Cina tidak disifatkan khianat.
Beliau mendakwa pemimpin Umno memberikan tanah satu gunung kepada taukeh judi di Genting Highland, seluruh Bukit Tinggi diberikan kepada taukeh judi serta di Perak satu 'Pulau' diberikan kepada taukeh Cina tidak pula dianggap satu kesalahan dan satu pengkhianatan kepada orang Melayu.
Anwar turut mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduhnya sebagai pengkhianat agar dibuktikan apakah tindakan yang pernah dilakukan kepada orang Melayu dihingga dianggap 'pengkhianat'.
"Saya cabar Muhyidin untuk buktikan apa yang saya lakukan yang dikatakan khianat kepada orang Melayu.
"Saya ingatkan Muhyidin, jangan mainkan isu peribadi kerana jangan paksa saya mendedahkan kerana saya tahu apa yang Muhyiddin lakukan,"tegasnya.
Sementara itu, dalam isu penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu Islam wajar disekat dari terus berleluasa seperti sebelumnya.
Anwar bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.
"Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual di kampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat.
"Saya kata macam mana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),"ujarnya.
Menurutnya, isu arak di Selangor telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa kerajaan Pakatan Rakyat khianat terhadap orang Melayu.
Katanya, - mks. _ .... harakah
D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment