D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Thursday, April 2, 2020
DOA FROM YUSUF AL QARADAWY 2 BRO ANWAR!. REF : www.facebook.com.Nasharrawy10
AS I C IT : REF : DOA FROM YUSUF AL QARADAWY 2 BRO ANWAR. REF : Nasharrawy Rawaan : www.nasharrawy10.wordpress.com FORWARDED : DOA ULAMAK TERSOHOR, PROF DR YUSUF AL QARADAWIY KEPADA ANWAR IBRAHIM
Anwar dikatakan tamak dan rakus untuk menjadi PM. Itulah tuduhan musuh-musuh politik beliau sejak tahun 1998 lagi. Namun, tiada seorang pun yang berjaya membuktikan tuduhan tersebut, sebaliknya yang terbukti adalah Anwar seorang yang berprinsip dan bermaruah.
Sewaktu beliau dipecat dari menjadi TPM pada tahun 1998, beliau hanya ada selangkah untuk menjadi PM bagi menggantikan Tun M ketika itu. Kelayakannya tidak boleh dipertikaikan kerana ketika beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan, namanya tersohor di merata dunia dan pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia serta tersenarai sebagai di antara 100 orang tokoh popular di dunia.
Seandainya beliau gila jawatan PM, kerjanya mudah iaitu hanya mengampu PM dan mempertahankan PM ketika itu walaupun PM melakukan perkara yang tidak betul. Namun, Anwar memilih menongkah arus. Beliau tidak sanggup melihat negara ini hancur dan musnah dengan amalan kronisma dan nepotisma. Beliau bangkit menentangnya sehingga beliau difitnah, diaibkan, dipecat dan dipenjarakan serta dengan berbagai kezaliman dilakukan terhadap dirinya dan keluarganya. Beliau membayar harga yang mahal untuk membela nasib rakyat dan hampir menggadai nyawanya sendiri.
Apabila Tun M cuba untuk menjatuhkan Najib sebagai PM gagal dilakukan bersendirian, akhirnya Tun M terpaksa akur dengan kehebatan dan pengaruh Anwar Ibrahim. Waktu itu PH berada di puncak terbaik untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi Umno/Bn walaupun tanpa Tun M dan partinya PPBM ketika itu. Namun, Anwar Ibrahim menerima Tun M dan partinya untuk bersama-sama menjatuhkan kerajaan Umno/Bn melalui mandat rakyat, bukannya mengikut pintu belakang. Tamakkah atau rakuskah Anwar untuk menjadi PM apabila dengan rela hati bersetuju agar Tun M menjadi PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya? Tentulah lebih baik dan selamat untuk Anwar memilih Presiden Keadilan waktu itu iaitu isterinya, Kak Wan menjadi PM bagi memudahkan laluan untuknya? Anwar tidak memikirkan soal jawatan PM, tetapi beliau lebih memikirkan soal rakyat harus diutamakan dahulu, tidak kira siapa PM walaupun di era Tun M menjadi PM beliau dipenjarakan dan dizalimi.
Akhirnya kerajaan PH dapat dibentuk dan Tun M dilantik sebagai PM. Tun M berjanji untuk menjadi PM hanya sekitar dua tahun sahaja. Kemudiannya, Tun M mengubahnya berkali-kali sehinggalah Tun M meminta dibenarkan untuk terus menjadi PM selepas persidangan Apec, bulan November tahun ini. Anwar sedikit pun tidak membantah dan mempertikaikan kehendak Tun M. Sehinggalah pada mesyuarat Majlis Presiden PH menjelang perbuatan khianat oleh beberapa kumpulan di dalam Bersatu dan Keadilan dirancang, Anwar sendiri mencadangkan agar Tun M terus menjadi PM sehingga selesai Apec dan tarikhnya ditentukan oleh Tun M sendiri. Meskipun ramai di kalangan ahli majlis pimpinan Pakatan Harapan mahu Tun M tetapkan tarikh, namun semuanya akur apabila Anwar dengan berlapang dada memberikan kebebasan buat Tun M. Gila kuasakah Anwar?
Sewaktu pengkhianatan bermula, Anwar juga turut ditawarkan untuk menjadi PM asalkan sanggup meninggalkan PH dan bersama Umno dan Pas. Sekali lagi Anwar tetap istiqomah dengan prinsipnya, menolak tawaran tersebut. Beliau dilahirkan untuk menjadi pejuang reformasi bukannya sebagai pengkhianat. Tidak guna menjadi PM dengan cara khianat mandat rakyat. Lebih baik mati tidak memegang apa-apa jawatan daripada mati dimaki hamun oleh rakyat dan dilaknat pula oleh Allah. Sehingga ke saat akhir sebelum kerajaan PH ini tumbang angkara pengkhianat di dalam parti dan dibantu pula oleh parti kleptokrasi dan parti lebai penjual agama, Anwar tetap mengalah dan menyatakan sokongan kepada Tun M sebagai PM.
Malangnya, Tun M gagal bertemu Agong untuk membuktikan bahawa Muhyidin berbohong dengan jumlah yang menyokongnya. Akhirnya, kerajaan pintu belakang hasil dari pengkhianat ini berjaya juga menjatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.
Apakah Anwar rakus untuk menjadi PM sehingga ke tahap ini beliau lakukan? Oleh itu, tidak pelik sekiranya ulamak tersohor seantero dunia ini sentiasa mendoakan tokoh refirmasi ini. Seperti yang beliau sering katakan, kekuatan dirinya untuk bertahan dari segala ujian, fitnah dan kezaliman adalah doa. Ramai yang mendoakan beliau bukan sahaja di negara ini bahkan di kalangan para ulamak di seluruh dunia. Insan yang baik dan sanggup berkorban untuk rakyat akan sentiasa dikenang sebagai seorang pemimpin yang bermaruah.
Apa guna menjadi PM yang tiada maruah? Tidak pelik selepas kerajaan pengkhianat ini mengambil alih Putrajaya dari pintu belakang, tiada mana-mana negara yang mengucapkan tahniah kecuali dua negara jiran terdekat iaitu Indonesia dan Singapura. Negara-negara lain tahu kerajaan ini tidak mendapat mandat rakyat dan ini diakui sendiri oleh Muhyidin. Beliau sedar beliau tiada moral dan maruah diri apabila bertindak sedemikian, tetapi kepentingan dunia itu lebih berharga buatnya.
Marilah kita bersama-sama mengaminkan doa dari ulamak terkenal ini agar di masa terdekat ini rakyat Malaysia akan mendapatkan semula kerajaan yang telah dirompak dari mereka. AMEEN.
OLEH :
WFAUZDIN NS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment