D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
Saturday, April 4, 2020
SUFI 2.0 .KEMANUSIAN : By : Nasharrawy
Kemanusiaan
Jul 13th, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, nash ar-rawy ( www.perakexpress.com )
Oleh: Nash Ar-Rawy
Kemanusiaan adalah aspek esensi untuk kesejahteraan hidup dan penghidupan manusia itu sendiri selaku penghuni ‘ domain ‘ dan makhluk berpolitik di muka bumi ini.Asas kemanusiaan yang fundamental dan terpenting demi untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal yang aman damai dan sejahtera kepada semua kaum , kumpulan etnik , bangsa dan penganut agama adalah kasih sayang sesama manusia dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi , penuh memenuhi dan lengkap –melengkapi sesama sendiri .Lantaran menjadikan dunia ini sebagai ‘ The best place to live in and suffice for all “( Tempat yang paling selesa dan mencukupi untuk semua )
Bersesuaian dengan sifat yang empunya global iaitu; Ar- Rahman dan Ar-Rahim yakni Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang. Maka untuk mendekati frekuensinya selaku khalifah di muka bumi demi untuk perlaksanaan tugas-tugas hamba; . manusia juga perlu bisa juga memiliki kualiti tersebut yang mengasihi dan menyayangi sesama species ‘ homo-sapien “( insan ) .
Semua manusia berasal daripada Tuhan yang satu yakni daripada elemen roh ciptaan yang empunya global sebagaimana firmanullahu “ Aku tiupkan roh daripada ciptaan ku ke tubuh nabi Adam “. dan ayat yang bermasksud “ Bertakwalah kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu “( Suratul Nisa’ : ayat 1 ). Manusia semua berasal daripada moyang yang satu , iaitu , Adam dan Hawa . Ini bererti manusia semua adalah adik beradik dan bersaudara .; satu nyawa , satu jiwa dan satu nafas sebenarnya.
Maka, apa perlunya bisa ada semangat , perasaan dan fahaman perkauman dalam diri manusia. Ini adalah kejahatan yang merosakkan tamaddun manusia dan kemanusiaan itu sendiri yang memporakperandakan alam maya ini dengan peperangan, permusuhan, perseruan dan ‘hostile’ yang berlaku di mana –mana jua.
Sebagai anologi, doktor tiada bertanya kamu bangsa Cinakah, Melayu atau India? Atau agama buddhistkah , Islam atau kristian sewaktu transfusi darah ( ‘ blood transfusion’) hendak dilaksanakan..
Akan tetapi, yang paling esensi sekali adalah jenis darah kamu dari kumpulan mana? ‘ A’ , ‘B’ . ‘ AB ‘ atau ‘O’ kerna nyawa manusia yang sedang kritikal perlu segera diselamatkan.Artinya, keamanusiaan itu sebenarnya dari darah yang sama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama dan tiada batasan geografi samasekali.Secara verbal manusia semuanya adalah ‘ blood brothers ‘ dan bersaudara.
Aspek tauhid dan agama adalah hak masing-masing untuk memilih kerna yang empunya global sendiri mengesahkan di dalam kitabullah, “ La iqra ha fiddeen “ ( Tiada paksaaan di dalam agama ) kerna para daie hanya bisa berdakwah sedangkan yang membuka pintu hati adalah yang empunya global itu sendiri.
Manusia yang jahat, korupsi, dan tiada jujur dan amanah ada di mana –mana . Ada pada bangsa Melayu, Cina dan India. Ada di dalam surau , masjid, tokong, gereja , kuil, parlimen , pejabat swasta dan kerajaan tanpa mengira ras( kaum) dan anutan agama.
Justeru itu, ada amil dan pengarah Jabatan Zakat yang songlap wang zakat ! Ada guru qur’an yang memperkosa anak muridnya. Ada Al – Hafis yang sodomi ( liwat ) dan sebagainya. Yang penting sekali, berilmu dan beramal soleh bukan beramal syaitan dan selalu jujur dan istiqamah meniru stail nabi ; iaitu, sidek, amanah, tabligh, fananah. Ada orang bukan Islam yang berperangai dengan sifat yang baik dan mahmudah , cuma belum lagi sampai hidayah dan ada di kalangan orang Islam yang ketara sekali PHDnya dan tertera sifat atau perangai yang keji atau mazmumah seperti hasad dengaki , ego, ria’, takabur dan adu-domba; tanpa disedari itu adalah amalan syirik kafi mengkafi ( halus tersembunyi ) kerna dari species manusia yang bertuhankan diri. .
Siapa itu ‘azazil’ yang pernah seketika dahulu menjadi “tok guru’ dilangit yang dipergurui oleh sekelian para malaikat yang kemudiannya kantoi menjadi ‘iblis’ kerna mengkufuri perintah yang empunya global !. Ternyata ilmu tiada bisa menyelamatkan manusia selagi bertuhan kepada ilmu dan tiada bertauhid kepada yang empunya ilmu .Ini bererti , kejahatan itu bisa berlaku di mana-mana dan kebaikan serta kebajikan itu juga bisa berada di mana-mana jua. Pokoknya, tepuk dada tanya iman
Ukuran warna kulit,dan fahaman politik perkauman tiada bisa lagi dijadikan platform perjuangan kerna bisa memusnahkan kemanusiaan. Keadilan mestilah bisa diberikan kepada semua manusia berasaskan kepada kriteria keperluan bukan perkauman.
Sebagai anologi, bot besar di laut luas di berikan kepada manusia nelayan, bukannya kepada manusia petani atau penternak kerna itu bukannya keperluan bagi mereka .
Justeru itu , bantuan yang berasaskan budaya kronisma dan monopoli yang mengkayakan manusia yang tertentu sahaja dan mempertidakkan hak orang yang sepatutnya di bantu kerna bukan kroni adalah gejala kerosakan kemanusiaan yang menyebabkan perpecahan sesama manusia kerna hilangnya sifat belas kasihan kepada golongan marhein kerna rakus dengan kebendaan dan keduniaan tanpa segan silu merampas hak orang lain yang memerlukan.
Manusia yang tiada tanah untuk mendirikan rumah secara legal dan merempat dinafikan hak mereka. Sedang manusia yang sudah pun memiliki tapak rumah kediaman sendiri kerna tamak dan haloba merampas hak orang yang miskin dengan menambahkan lagi harta memboloti empat atau lima keping tanah lagi dan lebih. Lantaran itu menjadi kaya raya , bongkak , ego dan rakus.
Berikan yang hak kepada manusia yang berhak tanpa mengira kaum dan agama . Yang empunya global menyatakan ,” Tiada bisa dibenarkan kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja” ( Maksud Qur’an ) . Artinya , manusia selaku khalifah di muka bumi ini; perlu bersikap menentang sebarang bentuk dan amalan sistem monopoli , nepotisma , kronisma dan rasuah politik agar kemanusiaan itu terbela dan tiada bisa berlaku penganiayaan sesama manusia.
Sebarang elemen yang bersifat persengketaan perkauman yang bisa mengucarkacirkan kehidupan manusia hendaklah dihakiskan sesama manusia . Kumpulan –kumpulan manusia yang perjuangannya bernaunsakan kaum( kaumiyyah ) dan bangsa atau kebangsaan ( assobiyyah ) hendaklah di nyahkan dan disingkirkan kehadiran dan ideologi mereka sepenuhnya dan putuskan sebarang talian hayat mereka di muka bumi ini kerna bumi ini kepunyaan Yang Empunya Global untuk dikongsi bersama dan dinikmati oleh sekalian manusia tanpa batasan kaum dan agama.
Manusia yang tiada punya pegangan hidup bisa menjadi lebih teruk daripada binatang yang berkaki empat atau sebaris dengan syaitan, nauzubillahiminzalik.
Yang empunya global menyatakan, “ Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan manusia dan jin “ (Maksud Qur’an)
I. Justeru itu, manusia jangan jadikan iblis sebagai ‘ scape goat’ ( kambing hitam ). Tepuk dada tanyalah iman. Selamatkan kemanusiaan dengan addenul Islam , “Islam For All “ iaitu , “ Nafideenillah “ ( Mengikut cara Allah ) dengan menolak fahaman sesat sekular nasionalisma..( Parti Kebangsaan )
Tags: nash ar-rawy ( www.nasharrawy.blogspot.com )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment