D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!

D ATROCITIES OF INTRUDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N  UNO !! IN GAZA! RAMADHAN 2014 !!
UN UNDER TERRORIST ZIONIST ISRAEL N TERRORIST AMERICA CONTROLLED !! Y IN GAZA MASSACRES NO UN SECURITY FORCE SENT 2 PROTECT GAZA INNOCENT CIVILIANS ! EMIRATES OIC R SUBORDINATES OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UNO !! OIC NATIONS MUST WITHDRAW FROM UNO LEAVING JUST D EMIRATES THERE!! NOT EVEN A SOLDIER SENT 2 PROTECT GAZA N PALESTINIANS MUSLIMS N CHRISTIANS FROM D ZIONIST ISRAEL , AMERICA N UN MASSACRES!! MUSLIMS NATIONS MUST SEND AIDS; SOLDIERS N SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM ; SARAYA AL QUDS; , JIHAD ISLAMI N HISBULLAH 2 SAVE HUMANITY IN GAZA WITH D HUMANITARIAN BROTHERHOOD N ISLAMIC BROTHERHOOD!! BY D GRACE OF D PROPRIETOR OF ALL CREATIONS ( AL KHALIQUE ! ) N ALL THINGS ! TILL D TERRORIST ZIONIST ISRAEL OUSTED FROM THIS WORLD !! INSYA ALLAH HU ! WHAT R U " JIHADIST " IN SYRIA DOING A STUPID THING FELL UNDER D TERRORIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA N UN ENTRAPMENT!! FIGHTING WITH UR OWN BROTHERS! Y R U NOT IN D RIGHT PLACE IN GAZA NOW ! IF U R "JIHADIST " D PLACE IS IN GAZA WITH D ISLAMIST N D MUJAHIDEEN THERE!; AL QASSAM'S HAMAS,; SARAYA AL QUDS ; JIHAD ISLAMI N HISBULLAH !!; TERRORIST PRES. AMERICA SAID, " I STRONGLY SUPPORTS ISRAEL 2 DEFEND ITSELF "PROVEN TERRORIST AMERICA SUBORDINATE OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL GENOCIDES IN GAZA ; ALL D PRESIDENTS OF AMERICA IN D ZIONIST PROTOCOLS, UNO N D EMIRATES R D TOOLS N FOOLS N ABETTOR OF TERRORIST ZIONIST ISRAEL! THEREFOR, ALL MUSLIM MUST SUPPORT DEFEND GAZA FR. TERRORIST ZIONIST ISRAEL, TERRORIST AMERICA , UN N EMIRATES BY GIVING FULL SUPPORTS 2 HAMAS'S AL QASSAM N SARAYA AL QUDS! REFUTE AMERICA'S TPPA N BOYCOTT AMERICAN PRODUCTS; NAJIB UMNO MUST STOP TRADE WITH ISRAEL RANKING 14; EFFECTIVE IMMEDIATELY N UMNO DON B ANOTHER " BARUA" OF ZIONIST! WHERE IS OUR OWN MILITARY FROM OIC!! WITHDRAW NOW FROM UN BEING D OPERA OF TERRORIST ISRAEL N SEND OUR OWN MILITARY 2 DEFEND GAZA! IT'S OUR RIGHTS !! By : Nash Ar-Rawy/26.7.14 www.nasharrawy.blogspot.com; UNO Human Rights Council has reported zionist israel intruder is solely responsible 4 d deaths ( martyrs ) of 1,462 civilians inclusive of 550 children within 51 days of zonist israel intrusion in d Gaza Strip which ended on 26 Ogos 2014. . Meanwhile Al Qassam has got 2 new missiles 2 protect d gazans fr. d zionist israel intruders !! / 11.7.15

Monday, July 6, 2009

Kegagalan Pelaburan

Betulkah hapus kuota bumiputera, pelabur datang?
Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS)
Mon | Jul 06, 09 | 11:26:32 am MYT

Tanggal 30 Jun 2009, Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan akan hapuskan 30 peratus kouta wajib bumiputera apabila pelabur hendak melabur untuk tawaran awal permulaan (IPO). Kononnya dasar inilah pelabur asing tidak datang ke negara ini.
Iklan




Persoalannya adakah kerana dasar ini menyebabkan pelabur tidak datang? Sama juga andaian Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno akan kuat kalau Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dan berikan jawatan kepada Najib.

Apa yang berlaku Umno lemah bukan faktor Abdullah, tetapi faktor Umno dan orang yang memimpin Umno itu sendiri.

Ada faktor lain kenapa pelabur tidak mahu datang ke negara ini. Pihak kerajaan kena suluh ke dalam dahulu kenapa pelabur tidak datang ke negara ini. Mana-mana pelabur dia hendak melabur, dia akan buat kajian dulu apakah pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Mungkin kerana mereka tidak mahu melabur kerana suasana politik tidak stabil, teruatamanya pencabulan undang-undang seperti di Perak.

Kita kena ingat pelabur apabila mereka hendak melabur ke sebuah negara ia akan perhati undang-undang yang berjalan di sebuah negeri tersebut.

Apabila mereka melihat bagaimana perlembagaan Perak dicabul, maka apa pula jaminan pelaburan mereka akan selamat dan perjanjian yang dibuat terpakai. Lebih-lebih lagi yang mengepalainya pencabulan ini ialah Perdana Menterinya sekarang.

Video klip VK Linggam satu bukti lagi, mereka ketahui bagaimana hakim-hakim yang boleh diatur dan boleh dibeli. Apakah mereka sanggup datang ke negera ini dalam keadaan undang-undang yang dicabul dan tidak terjamin keadilannya.

Masalah rasuah sampai sekarang tidak dapat diatasi. Indeks rasuah semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Masih berlaku ialah ikan bilis yang tangkap, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah pegawai kerajaan jerung politik terlepas.

Tragedi dalam Umno adalah paparan sebenar indeks rasuah yang tidak selesai sampai hari ini. Macam mana Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah kerana rasuah boleh bertanding.

Manakala Mohd Ali Rustam yang bersalah tidak boleh bertanding dan dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Melaka. Inilah yang pelik tapi benar.

Sebenarnya pelabur tidak datang kerana pemimpin Umno-BN yang memerintah terkenal di luar negara sebagai naga besar. - lanh/mks. _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.perakexpress.com )

MERITOKRASI Oleh : Nash Ar-Rawy

MERITOKRASI Oleh : Nash Ar-Rawy

Meritokrasi adalah suatu konsep yang bersifat terbuka , liberal dan ke arah penyelesaian penyeluruhan permasaalahan Ianya sepintas lalu bisa dilihat sebagai yang paling demokratik dan adil. Akan tetapi, dari segi sikonnya ( situasi dan kondisi ) yang berpijak pada alam nyata atau waqi’ nya; ianya perlu di telilti kepada subjek atau agenda sasaran yang sebenar yang berasaskan kepada keperluan yang sebenar mengikut hakikat situasi dan kondisi yang perlu diambilkira keberkesanannya pada objektif perlaksanaan keadilan sosial itu sendiri dengan minda yang terbuka , dan tiada bisa emosi .
Meritokrasi tiada berasaskan kepada ras( kaum ) , agama atau keturunan atau pewarisan justeru kerna ianya bersisfat umum dan universal . Lantaran itu , secara verbalnya gugur hak peribumi atau sesuatu kaum ‘indigeneous’ .dalam sesebuah negara.
Namun keadilan itu sebenarnya bukan sama rata dan sama rasa kerna itu konsep sosialis dan komunis. Keadilan juga bukan bererti semuanya mesti dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra namum perlaksanaanya ialah untuk golongan elit suku-sakat umnoputra ( Kroni ) . Justeru itu , keadilan harus di lihat menepati sasaran target yang bisa dibantu .
Dari aspek pendidikan negara, sewajarnya biasiswa diberikan kepada semua kaum kerna menjadi obligasi mana-mana kerajaan untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat sehingga ke peringkat universiti. Hujahnya, ke mana perginya wang petronas RM 500 Billon lebih itu dibelanjakan. Apakah tiada bisa pembelajaran anak bangsa hingga ke universiti secara percuma?.
Namun jika dibuat pemilihan tawaran biasiswa kepada pelajar yang terbaik sekalipun . Harus dingat pelajar dari luar bandar atau kawasan kampung dan pedalaman tiada mempunyai fasiliti sebagaimana pelajar-pelajar bandar yang mempunyai kemudahan komputer, akses internet, kelas tambahan , ‘hand-set’ teksi, bas , talipon dan keupayaan kewangan untuk menikmati segala keperluan tersebut seperti pelajar-pelajar bandar yang bernasib baik apalagi yang daripada keluarga yang kaya atau berada.
Justeru itu, jika meritokrasi di gunapakai secara pukal begitu sahaja tanpa mengambil kira faktor latarbelakang pelajar dan hanya di amblil kira dari segi pencapaian akademik atau kecermerlangan keputusan peperiksaan semata-mata . Maka , pastilah ramai pelajar luar bandar tanpa mengira kaum dan anutan agama akan tercicir. Apalagi jika parti pemerintah mengusahakan subjek Bahasa Inggeris diwajibkan lulus untuk lulus peperiksaan. Bekas kolonial pastinya ketawa jika ini berlaku justeru kerana jika pelajar melanjutkan pelajarannya ke Jepun, Korea, Rusia, Jerman atau Perancis , pastinya bukan Bahasa Inggeris yang diperlukan tetapi diwajibkan mempelajari bahasa ibunda negara tersebut.
Sewajarnyalah diberikan tempat dan peluang kepada pelajar luar bandar ini untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading kerna pelajar urban yang mendapat 10 A tiada bisa disamakan dengan pelajar kawasan ‘remote’ ( pedalaman ) yang mendapat 5 atau 8 A umpamaya.
Apalagi, mereka ini bisa berjaya walaupun tanpa prasarana pembelajaran yang sempurna seperti rakan mereka di kawasan urban atau dari keluarga yang kaya.Dalam keadaan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pembelajaran untuk mata pelajaran matematik dan sains ramai pelajar –pelajar di kawasan pedalaman ini kecundang kerna tiada bisa menguasai bahasa Inggris dengan baik . Ini suatu penganiayaan apabila Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi negara dan bahasa pembelajaran nasional sebagaimana peruntukan di dalam perlembagan persekutuan ; di kesampingkan oleh parti pemerintah. Jika diajar di dalam bahasa ibunda kemungkinan abang, kakak , ibu dan bapa bisa berpeluang setidak-tidaknya mengajar anak-anak di rumah . Tetapi , kalau di dalam bahasa penjajah pastinya mereka tiada bisa membantu. Apalagi bahasa kolonial itu bukannya juga bahasa kaum Cina maupun India.
Justeru itu , falsafah meritokrasi perlu perihatin ke atas kekesanannya Bahasa Inggeris dipaksakan ke atas pelajar-pelajar luar bandar ; baik Melayu, Cina , India dan lain-lain kerna kecundangan mereka ini di dalam sistem pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris tiada praktikal dan tiada adil walaupun tentunya dikira adil dan selesa ( ‘comfort’) samasekeli bagi anak-anak menteri, korporat dan masyarakat bandar yang bisa menguasai bahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan kewangan untuk pembelajaran anak-anak mereka bahkan bisa mengadakan tutor persendirian di rumah mereka sendiri.
Sebagai anologinya, apakah seorang ayah perlu membelikan ‘bra’ yang sama jenis dan harganya kepada anak lelakinya semata-mata kerna ia perlu membelikannya untuk anak perempuannya demi meritokrasi tanpa mengira anak Cina, Melayu atau India
Di sinilah sebenarnya meritokarsi itu perlu di sesuaikan dengan keadaan dan situasi yang sebenar secara praktisnya bukan pada falsafah atau konsepnya semata-mata.
Di sisilah letaknya kelebihan sistem Islam yang lebih baik dan lebih unggul daripada sistem atau falsafah komunis, sosialis bahkan nasionalis assobiyyah( bangsa ) dan kaumiyyah ( kaum ) kerna Islam membantu semua orang tanpa mengira kaum dan agama . Yakni , meletakkan sesuatu yang hak, betul pada tempatnya yang sebenar bukannya samarata sama rasa tanpa melihat siapa yang sebenarnya yang sepatutnya di bantu tanpa mengira kaum dan agama.
Bantulah mereka yang benar-benar memerlukan mengikut suasana dan keadaan.Jika pelajar itu miskin tetapi baik pencapaian akademiknya dibanding dengan pelajar yang kaya ; berilah peluang kepada pelajar ini untuk melanjutkan pelajarannya walaupun hanya 5 A sahaja; kerna di dalam keadaan serba kekurangan ini pelajar pedalaman seumpama ini sebenarnya boleh di kira sebagai pintar atau ‘genious ‘.Janganlah menipu kegagalan sistem pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris ini dengan menaikkan deraf tahap kelulusan untuk membolehkan tiada ramai yang tercicir , ini juga suatu penipuan kepada negara dan bangsa.
Dari sudut ekonomi, berikanlah yang hak kepada mereka yang berhak dan yang sewajarnya dibantu tanpa mengira kaum dan agama. Jika di suatu kawasan itu ada ramai orang India yang miskin, maka mereka ini perlu dibantu. Begitu juga, jika di kawasan yang tertentu yang miskinnya orang Melayu atau Cina ; maka di bantu mereka ini . Bukannya hak orang miskin ini dinafikan dan di bantu projek mega kepunyaan kapitalis Vincent Tan , Ananda Krisnan atau elit –suku-sakat kroni umnoputra . Keadilan itu bukannya membantu yang sudah kaya-raya dengan menambahkan projek mega kroni .
Bahkan orang miskin yang sebenarnya membantu kroni yang kaya kerna duit orang miskin ada dalam tabung haji sudah pun disonglap dan di dalam EPF digunapkai untuk projek mega kroni . Akhirnya orang miskin sahaja yang membantu orang miskin . Justeru itu, meritokarasi yang praktis adalah meletakkan sesuatu yang hak , betul pada tempatnya bukannya samarata atau sama rasa tanpa melihat siapakah yang selayaknya di bantu ; yakni, keadilan tanpa mengira kaum dan bangsa : Islam For All. Yang menjadikan asas atau kriteriannya : “ Justice is to put the right thing in the correct place “ itulah meritokrasi yang sebenarnya.
Oleh : Nash Ar-Rawy / 06.07.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( nasharrawy.blogspot.com )
( www.perakexpress.com )

Sunday, July 5, 2009

Meritokrasi, RM253 Billion Petronas, Debat

PAS tentang meritokrasi Biasiswa Nasional jika mengetepikan prinsip keadilan sejagat



KUALA LUMPUR: PAS menentang penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya jika kaedah untuk menentukan penerima Biasiswa Nasional adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata.

Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menegaskan, sekiranya keadaan ini berlaku, PAS berpendapat kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh.

Terdahulu, media arus perdana melaporkan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai dari tahun hadapan dan pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya.

Mengulas isu ini, Ustaz Hadi berkata, akibatnya, dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

Katanya, PAS berpendapat faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latarbelakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah sama ada dalam atau luar bandar, infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, PAS percaya pelaksanaan meritokrasi sepenuhnya dalam suasana pembelajaran pelajar yang berbeza dan serba kekurangan ini akan menyebabkan persaingan yang tidak adil, di mana tekanan akan menjadi lebih tinggi kepada kalangan pelajar yang mempunyai kekangan sosio-ekonomi dan kemudahan pembelajaran.

"PAS senantiasa menegaskan bahawa pertimbangan untuk melaksanakan pembahagian yang lebih adil adalah perlu mengambilkira struktur masyarakat ini, disamping pihak kerajaan menyediakan segala keperluan fizikal dan spiritual yang diperlukan oleh pelajar terlebih dahulu supaya suasana pembelajaran yang lebih baik dapat dialami oleh pelajar," katanya.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan



Ke mana lesapnya RM253.6 bilion duit Petronas?



KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional menjelaskan secara terbuka ke manakah lesapnya wang berjumlah RM253.6 bilion yang telah dibayar oleh Petronas kepadanya sejak enam tahun yang lalu, sejak 2004, lapor Irwan Muhamad Zain.

Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar menegaskan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara dan mengatur langkah untuk mengelak dari turut sama terkena krisis ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia sekarang.

Mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam blognya www.chedet.cc yang mempersoalkan ke manakah wang yang dibayar Petronas sejak enam tahun lalu dibelanjakan, kini timbul persoalan besar.

"Ia suatu jumlah yang besar. Dengan wang sejumlah itu ia sepatutnya boleh digunakan untuk mengatur langkah bagi mengelak krisis ekonomi yang melanda dunia. Wang itu juga jika BN cekap mentadbir boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara demi kebaikan rakyat bukan hanya kepada kroni.

"Malangnya dalam tempoh tersebut, kadar kemiskinan terus meningkat dan tidak nampak sebarang bentuk pembangunan dalam bentuk fizikal," tegas beliau.

Mahfuz mempersoalkan peranan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam tahun itu yang membiarkan saja pembaziran dan salah urus tadbir negara dilakukan sewenang-wenangnya.

Najib, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sepatutnya menyekat sebarang salah urus tadbir negara jika benar beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Pendedahan yang dibuat oleh Tun Mahathir tersebut, tegas Mahfuz, membuktikan satu lagi salah urus tadbir negara yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Wajar bagi rakyat kata Mahfuz untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti dan ia harus dimulakan dengan menolak parti itu pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti, akibat kecuaian melampau sehingga Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas mempersoalkan perbelanjaan duit tersebut.

Tun Dr Mahathir menerusi blognya telah mempertikaikan ke manakah wang berjumlah RM253.6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan dibelanjakan. Sebagai Perdana Menteri, Najib dipercayai tahu ke manakah duit tersebut di belanjakan dan pertanyaan Tun Mahahthir itu juga memberi signal jelas, sesuatu yang tidak elok telah berlaku ke atas duit sebesar itu.

Dalam tempoh enam tahun selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan, bekas Perdana Menteri itu menegaskan pembayaran yang dibuat oleh Petronas telah meningkat dari RM168.8 bilion sejak 1981 hingga 2003 kepada RM253.6 bilion dari tahun 2004 hingga 2009.

Beliau membuat kenyataan tersebut sehari selepas Petronas mengumumkan pembayaran sebanyak RM30 bilion dividen kepada kerajaan dalam tahun kewangan berakhir Mac 2009. Kini timbul persoalan, apakah benar Tun Mahathir selaku Penasihat Petronas tidak tahu ke manakah duit sejumlah itu dibelanjakan atau ia sekadar signal untuk "memukul" Najib atas sebab-sebab tertentu?

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan



Umno kembali gabra menolak isu debat – Tok Guru Nik Aziz
MUQQDIMMAH: NAMPAKNYA Umno benar-benar gelabah dengan pelawaan debat oleh Mursyidul Am PAS. Sedangkan ia tidak lebih sebagai satu pertemuan bagi merungkaikan segala isu yang berbangkit selama ini. Soal agama cuba diasingkan dengan politik. Itu pokok persoalan sebenarnya. Dan platform debat hanya sekadar mekanisme ke arah itu. Tidak semestinya perlu bertegang leher di atas pentas atau depan televisyen. Ia mungkin boleh jadi muzakarah atau wacana. Biar apa pun istilah yang digunakan ternyata perkataan debat begitu mengementarkan Umno. Ini secara tidak langsung juga menggambarkan Umno tandus pemimpin yang petah berhujah untuk menegak kebenaran. Bagi menyoroti apa rahsia di sebalik pelawaan debat itu, ikuti temu bual Mohd Nor Yahya bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri satu program di Manek Urai, Khamis lalu.

Boleh dijelaskan, sebenarnya apa sebab Tok Guru mempelawa Perdana Menteri berdebat?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Masalah debat dengan Umno telah lama diusahakan. Ia bukan cerita baru. Tentunya ramai masih ingat muzakarah di antara PAS dan Umno hampir diadakan, kemudian dibatalkan dengan alasan yang mungkin sengaja diadakan.
Begitu juga dengan pelawaan kerajaan negeri terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Dr Puad Zakarshi sebelum ini hadir pada satu wacana di Balai Islam. Pada awalnya beliau sanggup datang, namun di saat-saat akhir membatalkan. Tentunya, orang ramai boleh memberi tanggapan sendiri terhadap apa yang berlaku itu.
Debat, mujadalah atau muzakarah lebih kurang sama. Namun pemimpin Umno masih lagi berdiam diri. Mereka tak mahu langsung apabila dipelawa debat atau muzarakh bagi merungkai masalah ummah.

Mengapa agaknya setiap kali diundang, pemimpin Umno ini enggan?

Saya pun hairan mengapa mereka enggan. Tidak mahu juga. Sedangkan debat atau muzakarah sebahagian daripada mekasisme berdakwah dalam Islam. Kita mahu bagi nasihat secara hikmah. Sama juga dengan kaedah yang digunakan kepada orang bukan Islam. Kita telah lama praktik cara itu di Kelantan. Berdakwah cara hikmat terhadap orang bukan Islam bagi mengeratkan hubungan antara kaum.
Saya sering kali hadir pada majlis-majlis yang dianjurkan penduduk bukan Islam. Apa yang menghairankan orang bukan Islam boleh menerima konsep muzakarah tetapi pemimpin Umno tidak boleh terima.
Sedangkan nasihat boleh diadakan dalam tiga keadaan iaitu lemah lembut, tolak ansur, ceramah atau usrah. Kaum-kaum bukan Islam telah berjaya kita dekati. Berdebat ini adalah cara terakhir untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul. Dua perkara pokok yang hendak saya sebut iaitu kenapa Umno tolak Islam dan keduanya sebab apa Umno menentang PAS, sedangkan PAS melaksanakan apa yang disarankan agama Islam. Tengok apa yang kita laksanakan di Kelantan sekarang.

Mungkin ada sesuatu peristiwa yang mendorong Tok Guru pelawa Perdana Menteri berdebat?

Ianya bermula ekoran Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap saya. Mereka marah kerana saya sebut Umno lebih kurang sama dengan Ayah Pin atau Komunis. Apa yang saya maksudkan sekadar perumpamaan. Ini kerana apabila mana-mana pihak menolak agama dalam kehidupan seharian sudah tentu mereka juga sama dengan komunis atau Ayah Pin.
Begitu juga Umno. Mereka memisahkan agama dan politik. Sedangkan ia jelas bertetangan dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Nabi juga ketua agama, pemerintah, panglima perang dan ketua negara. Ini bermakna politik atau bernegara tidak boleh dipisahkan dengan agama. Inilah yang saya sebut pada ceramah di Laloh sebelum ini. Tiba-tiba pemuda Umno melenting marah.

Bagaimana pula dengan Pemuda PAS dikatakan akan mengadakan dialog dengan Pemuda Umno?

Saya setuju diadakan diadakan dialog atau wacana. Tidak kira dengan siapa pun asalkan Pemuda PAS kekal berpegang perjuangan Islam. Jangan pula bila berdialog kita pula turut kehendak mereka. Forum, dialog merupakan cara dakwah. Saya serahkan kepada pemuda untuk fikirkan perkara itu.

Sekarang isu yang hangat dibincangkan di Kelantan iaitu tuntutan royalti petroleum. Ia bermula ekoran pendedahan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri mengenai ada pelantar minyak di perairan Kelantan. Apa sikap Tok Guru mengenai isu ini?

Rasa rasa kecewa dengan sikap pemimpin Umno. Mereka buat tidak tahu adanya minyak di perairan negeri ini. Sepatutnya mereka turut menyokong usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi menuntut royalti tersebut yang boleh dimanfaat kepada rakyat Kelantan.
Dan segala usaha hendak mendapatkan royalti saya serahkan kepada Dato’ Haji Husam untuk meneruskan langkah-langkah sepatutnya bagi mendapatkan royalti. Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad setuju untuk memberi kerjasama.
Saya sambut baik. Hendaklah ada usaha yang dilakukan pembangkang bagi membantu mendapatkan hak tersebut. Ini kerana laporan mengenai adanya pelantar minyak sudah ada dalam laporan Jabatan Perangkaan dan EPU.

Pada pendapat Toki Guru, bagaimana pula dengan calon PAS yang akan mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini?

Saya sebenarnya sudah lama kenal Abe Uji. Beliau orang berjurus (baik) dan kaki masjid. Ini kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin. Orang yang mukmin sudah tentu tidak akan terlibat dengan unsur-unsur rasuah atau apa-apa penyelewengan.
Saya yakin dengan kemampuan yang ada pada Abe Uji. Dan secara kebetulan pula calon tersebut bertepatan dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Orang ramai di peringkat akar umbi, cawangan PAS dan kawasan Kuala Krai yang menentukan. Kemudian kita di peringkat Perhubungan PAS negeri membuat keputusan hasil sokongan tersebut.
Biar pun pihak lawan cuba pertikaikan dari aspek pendidikan Abe Uji, namun ia tidak menjadi isu sangat. Cuma apa yang kita hairan mengapa orang yang berpendidikan tinggi tetapi ramai yang dilaporkan terbabit dengan rasuah atau pecah amanah.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan



Berwacana mencari kebenaran bukan berbincang untuk buka kerjasama dengan Umno! - Ustaz Nasruddin


MUQQADDIMAH: Pertemuan pada sidang media Dewan Pemuda PAS dengan Pemuda Umno di lobi Parlimen, 1 Julai lalu mula mendapat pelbagai reaksi. Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan memanjangkah langkah untuk mengajak Pemuda Umno berbincang dalam wacana ilmiah secara terbuka berkisar tajuk "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam".
Pro dan kontra muncul sebaik berita ini dilaporkan oleh media. Ada yang melihat Wanaca Ilmiah ini sebagi kunci baru untuk membuka semula pintu Kerajaan Perpaduan yang sudah ditutup oleh Pakatan Rakyat.
Bagi meredakan persepsi salah itu, Wartawan ROY RASUL mendapat penjelasan segara dari Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan yang mengetuai deligasi Pemuda PAS menyampaikan hasrat murni itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim.

Pertemuan dengan pemuda Umno di Parlimen, 1 Julai lalu telah dilihat memberi signal yang salah kerana ia dianggap satu percubaan untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan yang ditolak oleh Majlis Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu. Boleh Ustaz jelaskan?

USTAZ NASRUDDIN: Itu adalah tanggapan yang salah dan tidak benar. Apa yang Pemuda PAS lakukan itu, satu langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menyediakan satu pentas hujah di atas tajuk yang kita berikan "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam".
Apa yang Pemuda PAS mahu ialah bagi menunjukkan perjuangan Umno masih ditolak oleh masyarakat. Ini adalah satu daripada rentetan cabaran debat Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Dan kemudiannya Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mencabar Tuan Guru Nik Aziz berdebat.
Bagi kami, level debat bagi Tok Guru Nik Aziz ialah Presiden Umno ataupun Perdana Menteri ataupun Pemuda Umno berdepanlah dengan Pemuda PAS. Oleh kerana itu, Pemuda PAS menghantar surat Wacana Ilmiah untuk berbincang ataupun berbahas dalam isu "Apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam".

Mengapa timbulnya kisah wacana ilmiah ini dan kenapa memilih ia sebagai wadah bertemu Pemuda Umno?

Sebelum daripada ini, kami mencabar tiga kali Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk berdebat. Pertama, dalam isu apakah Malaysia negara Islam. Kedua, benarkah Umno memperjuangkan kemerdekaan dan ketiga siapakah sebenarnya penderhaka kepada sultan.
Ketika cabaran itu, saya masih menjadi Timbalan Ketua Pemuda PAS dan ditolak mentah-mentah oleh Khairy Jamaluddin. Maka kini, saya mengambil pendekatan untuk menukar perkataan debat kepada wacana ilmiah bagi memungkinkan Khairy menerima cabaran ini bagi membolehkan kami berhujah untuk menjelaskan topik yang kita tetapkan itu, iaitu benarkan Umno bertentangan dengan syariah Islam.

Dalam kekalutan yang ada pada hari ini, mengapa Pemuda PAS mencadangkan wacana ilmiah ini?

Ini adalah tradisi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebelum daripada ini YB Salahuddin Ayub dan juga YB Dato' Mahfuz Omar pernah menghantar surat ataupun cabaran debat yang sama ataupun membuka forum debat yang sama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
Kalau kita masih ingat sesi lalu, YB Salahuddin pernah menghantar surat mencabar Hisyamuddin Tun Hussein Onn sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam isu PPSMI. Tetapi Hisyamuddin tidak hadir sebaliknya dia hantar Khairy Jamaluddin.
Serahan surat yang pertama juga dilakukan di Parlimen. Selepas itu mereka mengadakan satu sidang media bersama bagi menjelaskan hasrat Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda Umno berdebat dalam isu PPSMI.
Malangnya, sehingga hari ini sebagaimana biasa mereka tetap menolak cabaran itu. Jadi saya hanya meneruskan tradisi lama dan saya kira baik untuk mewujudkan forum-forum debat ilmiah bagi menegakkan kebenaran setiap hujah dan perbahasan perdebatan dengan menggunakan hujah.

Maksud Ustaz, wacana ilmiah ini untuk tujuan mencari kebenaran melalui hujah?

Niat saya menegakkan kebenaran melalui hujah dan perbahasan. Wacana ini mesti bersifat terbuka. Kami tetapkan, ia mesti bersifat terbuka dan kita tidak menerima sebarang pertemuan dan juga forum yang tertutup.
Inilah tujuan Dewan Pemuda PAS Pusat menghantar pelawaan untuk mengadakan wacana ilmiah dengan Pemuda Umno. Untuk berbincang atau berdebat berkait dengan isu tuduhan perjuangan Umno yang sesat.

Bagaimana fokus Pemuda PAS di Manek Urai?

Kita memberikan tumpuan dalam pilihan raya kecil di Manek Urai mengalahkan Umno dan Barisan Nasional. Dalam pilihan raya ini kita mengerah Dewan Pemuda PAS bertugas di Manek Urai.

Kalau begitu, bila wacana ilmiah ini akan diadakan?

Wacana ini akan diadakan selepas daripada pilihan raya kecil Manek Urai, setelah dapat menyaksikan kekalahan Umno dan Barisan Nasional. Kemudian wacana ini sekali-kali tidak akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media yang saya kira ditolak keras oleh kami (Pemuda PAS).
Ada soalan daripada seorang wartawan bertanya kepada saya, bagaimana dalam wacana itu nanti ditimbulkan isu Kerajaan Perpaduan. Apa yang nak saya katakan, kami tetap fokos wacana ini tidak akan membincang soal Kerajaan Perpaduan atau menuju kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.
Ini kerana Pakatan Rakyat telah buat keputusan dan kita pegang keputusan Pakatan Rakyat itu. Jadi yang kita buat ini,wacana ilmiah hanyalah untuk meneruskan tradisi berbincang Pemuda PAS dengan semua pihak dalam apa jua isu berdasarkan kepada kepentingan negara dan rakyat.

Berdasarkan tajuk wacana, agak khusus dan menggodam Umno. Boleh Ustaz jelaskan apa yang akan dibincang nanti?

Yang kita hendak bincangkan, apakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam? Ini kerana Tok Guru Nik Aziz berkata, Umno sesat, macam ayah Pin, macam komunis.
Tiba-tiba Pemuda Umno buat laporan polis. Ertinya dia tidak setuju mengatakan Umno itu sesat. Kalau Umno tidak setuju mengatakan mereka sesat sedangkan Tok Guru Nik Aziz kata sesat, ayuh! Kita berhujah secara ilmiah benarkah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Mengapa isu dasar perjuangan Umno di utamakan, tidak isu-isu lain?

Selesaikan soal perjuangan dasar Umno dahulu, kemudian baru kita tetapkan soal isu-isu lain. Ini kerana sekiranya perjuangan Umno salah dan bertentangan dengan syariat, apa ertinya hendak bercakap soal rasuah, integriti, ketelusan apabila dasar Umno didapati sesat dan tidak mempedulikan sama ada syurga neraka, hak dan batil. Itulah yang kami ingin buktikan nanti.

Kenapa dalam hal ini Dewan Pemuda PAS yang pergi jumpa Umno untuk berwacana, tidakkah ini boleh menimbul fitnah?

Kita bukan pergi kepada Umno. Kita mencabar Umno untuk datang berdebat dalam gelanggang kita. Sama ada kita buat atau tidak, kita bersedia untuk berhujah bila-bila masa. Kita bukan pergi kepada Umno tetapi menjemput dengan Umno datang dalam gelanggang yang kita buka untuk berhujah dan kita berpegang kepada kebenaran dengan hujah-hujah berlandaskan Islam.
Kita tidak mahu menjadi macam raja-raja yang zalim seperti dulu-dulu. Apabila mereka kalah berhujah, mereka menggunakan kekerasan. Kita mesti menang dalam berhujah.
Oleh kerana Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa perjuangan Islam itu adalah benar maka kita berani untuk berhujah dan kita yakin hujah kebenaran itu berpihak kepada PAS.
Jadi tidak timbul isu, Pemuda PAS pergi kepada Umno. Kita hanya pergi untuk menyerah surat tawaran wacana ilmiah sebagai forum berhujah. Itu sahaja.
Dan ingin saya perbetulkan, persepsi inilah yang menyebabkan ajakan Pemuda PAS disalahertikan oleh banyak pihak. Kita bukan ajak Umno bincang benda lain, tapi PAS pelawa wacana ilmiah atas tajuk yang kita berikan. Itu sahaja.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudahpun mengalu-alukan dan menyifatkan cadangan daripada Pemuda PAS itu sebagai sesuatu yang positif. Bagaimana ustaz melihat respons tersebut?

Kalau beliau mengalu-alukan ia sesuatu yang positif, Khairy kena turun untuk berwacana. Sebab apa yang disebut oleh Khairy inilah juga yang disebut sewaktu menerima tawaran debat kami dulu. Sewaktu dia menerima tawaran debat kami dulu, dia kata, "kami menerima usaha yang baik dan kami menerima baik tawaran berhujah daripada PAS secara intelektual dalam isu PPSMI."
Tetapi ke mana beliau sekarang. Sehingga hari ini beliau tidak turun ke pentas debat. Jadi saya harap jangan cakap saja, Khairy mesti turun bersekemuka dengan Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya tidak mahu ini hanya satu retorik. Kalau tidak saya akan chop Khairy sebagai pengecut.

Tidakkah pelawaan berwacana ini boleh 'mengganggu' kempen pilihan raya di Manek Urai sekarang ini. Umno pastinya akan memanipulasikan isu ini, seperti putar-belit media sekarang...

Pada saya ini adalah satu usaha untuk membantu. Sebab saya sambung cadangan debat Tuan Guru Nik Aziz. Dengan harapan dan menunjukkan kita bersedia untuk berhujah. Jadi sekiranya Umno sanggup untuk menerima ataupun mereka berani berwacana dengan Pemuda PAS maka di sana nanti rakyat menilai hujah kedua-dua pihak.
Saya tidak fikir, apa yang kita lakukan ini boleh mengganggu kempen Manek Urai kerana tekanan dan hujah kita tetap seperti biasa iaitu berjalan ke atas Umno dan Barisan Nasional.
Kita tetap mendokong cita-cita perjuangan dan tetap mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno. Kita tetap teruskan. Bukan bermakna dengan wacana yang kita cadangkan ini maka kita menghenti segala tindakan terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Laporan akhbar hari ini (2 Julai) nampaknya sudah mula memanipulasikan pelawaan wacana Pemuda PAS sebagai ada kaitan dengan agenda Kerajaan Pusat. Bagaimana ustaz menepis dakyah jahat ini?

Tidak ada kena-mengena langsung dan sepanjang dalam surat jemputan wacana tidak disebut sabagai UG (Kerajaan Perpaduan). Dalam kenyataan media kami pun tidak disebut tentang UG dan wacana ilmiah itu ke arah kita berbahas dan berhujah. Di mana pula timbulnya perkataan UG itu?
Maka saya menyangkal sekaras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan wacana dengan UG. Saya tidak tahu dari mana datangnya kalimah itu. Apakah ini suatu percubaan pihak tertentu untuk mengeruh keadaan dan menimbul polemik berpanjangan?
Dewan Pemuda PAS tetap konsisten dengan keputusan Pakatan Rakyat, iaitu pertahankan dan perkukuhkan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama kita bersedia untuk berbincang, berdebat, berdialog, berwacana dengan semua pihak berasaskan hujah bagi menegak kebenaran dan menumpas kebatilan.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Julai 06, 2009 0 ulasan
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )
( www.nasharrawy.blogspot.com )

Isu Babi Diexpoitasi Media

Isnin 6 Julai 2009 | 13 Rajab 1430 Hijrah
'Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan'- Mahfuz
Azamin Amin
Mon | Jul 06, 09 | 9:46:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Iklan



Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.

Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan kata Mahfuz kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.

Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat.

"Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan.

"Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai," katanya kini berada di Manek Urai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu.

"Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru katanya adalah tidak wajar isu yang berkait faktor persekitaran dan kesihatan ini dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga cuba menimbulkan pula isu perkauman dan masalah yang lain pula.

Ini termasuklah membangkitkan tuduhan kononnya kerajaan negeri bakal merobohkan kuil dan tokong yang mana Mahfuz menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

"Jika benarlah Kerajaan Negeri menghalang orang bukan Islam daripada melakukan amalan agama mereka sendiri, sayalah orang yang pertama keluar daripada parti dan menentang kerajaan negeri.

"Kerana saya yakin kerajaan negeri akan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat dan ajaran masing-masing," katanya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Kedah.

Mahfuz juga berharap agar rakyat berbilang kaum supaya sentiasa menjaga keharmonian di Kedah agar tidak diserap oleh eleman sempit agama dan perkauman yang akan mengugat kestabilan negeri itu.

"Saya juga harap DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejayaan yang diimpikan oleh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan kita yang berlandaskan kepada pembelaan nasib dan keadilan terhadap rakyat," katanya.- azm _ .. harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com)
( www.perakexpress.com )

Saturday, July 4, 2009

MUZIKARAMA DAN AGAMA Oleh: Nash Ar-Rawy

MUZIKARAMA DAN AGAMA Karya : Nash Ar-Rawy 15.06.06

Muzik merupakan sebahagian daripada alam semulajadi anugerah Yang Maha Pencipta, sebagaimana agama adalah suatu kepercayaan manusia tentang kewujudan Tuhan dan alam akhirat .’ A-gama’ pada ambilan bahasa sanskrit.ya bererti ‘Tidak Kacau’ yakni aman , berbetulan dengan makna Islam itu sejahtera dan selamat; jusrteru kerana Islam adalah ‘Ad-din’ yang bermaksud satu cara hidup yang lengkap.

Maka kesempurnaan dan kelengkapan Islam itu sendiri, kerana ia bukan agama (Kepercayaan) tetapi satu sistem hayat yang sempurna pastilah ada terangkum di dalamnya aspek muzik, seni lagu, seni tari, seni budaya dan sebagainya. Secara logikanya apalah erti dunia ini tanpa bunyi yang mempunyai keaslian melodi dan iramanya yang tersendiri seperti suara siulan burung, ayam yang berkokok, pukulan ombak di pantai, bunyi deruan angin dan daun-daun pokok serta suara alam itu sendiri pada keseluruhannya selain daripada bunyi yang artifisial seperti hon kenderaan, jentera berat dan pesawat samada di laut, darat dan udara.

Oleh kerana muzik itu menghiasi dan mengisi kehidupan manusia, maka pengaruhnya kepada manusia terlalu besar. Sehingga si bayi yang lapar bisa melahirkan muzik protes mendemontrasi kelaparannya sehingga menarik perhatian ibunya yang lalai. Alunan irama pada muazzin (Bilal) dan momentum takbir raya pastinya menyusuk jiwa orang yang beriman untuk mengingati Tuhannya Yang Maha Agung lagi Maha Sempurna. Ternyatalah kesan bunyian dan suara yang mempunyai irama dan melodi yang bermakna itu; mempunyai impak yang terlalu ketara dan tidak dapat dinafikan adalah esensi dalam kehidupan manusia.


Justeru itu, muzik yang disusunatur dengan kemas dan rapi yang di panggil lagu dan irama atau lebih tepat lagi lagu dan lirik kerana irama itu sendiri adalah lagu. Maka, Apalah lagu tanpa lirik kerana tiada senikatanya hanya muzik semata dan apalah lirik tanpa lagu kerana sendikata sahaja. Maka, Lagu dan Lirik tiada boleh dipisahkan dan jika diolah dengan baik kedua-duanya insyaAllah boleh menyentuh perasaan manusia untuk mengingati Tuhannya melalui muzikarama untuk mentauhidkan yang Maha Esa, insyaAllah jika niat Si Komposer Dan Si Penulis lirik (‘Lyricist’) itu ialah untuk mengingati Yang Maha Seni, Yang Maha Halus, Yang Maha Kudus ,Yang Maha Mulus dan Yang Maha Tulus di dalam jiwa manusia yang rasa, merasa dan terasa hadirnya ‘Dia’ di dalam hati nurani; melalui lirik yang mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa.

Pokok pangkalnya muzik yang berunsur ketuhanan dan berlirik ketauhidan itu selari dengan tuntutan syarak yang salah satu cabangnya ialah syariat yang sebaris dengan tauhid dan tasauf sebagaimana dengan Akidah, syariat dan Akhlak, atau iman, Islam dan Ehsan serta Syariat, hakikat dan makrifat. Ertinya perjalanan muzikarama itu sendiri seperti ‘Road Show’, latihan dan persembahan tiada lalai daripada solat waktu, pemisahan lelaki dan perempuan yang bukan muharam, pakaian yang menutup aurat yang dikawalselia oleh pihak penganjur ke atas ahli muzik (‘Performers’) dan audien pada keseluruhannya supaya bermusikarama dengan berakhlak; yakni tidak lupa diri dan menjaga maruah diri daripada sebarang bentuk pencemaran budaya dan maksiat.

Maka untuk itu, wajidlah ada perbedaan dan pemisahan hak dan batil, yakni, demarkasi atau persempadanan di antara muzikarama yang hak dengan yang batil; iaitu hududullah (Had ketentuan Allah) dan Al-Furqon (Pemisahan hak –batil) di dalam dunia muzikarama. Penggiat muzik sewajarnyalah bertanggungjawab supaya cara budaya muzikarama yang batil daripada pengaruh barat itu disingkirkan samasekali dan di ambil element-element teknologi muzik yang canggih itu sahaja untuk di sesuaikan dengan iklim muzikarama ketuhanan dan ketauhidan yang tiada menjurus kepada budaya maksiat yang di luar tabii seperti yang di anuti oleh penggiat seni barat yang bercampur-baur lelaki dan perempuan yang berpakaian menjolok mata tanpa batasan dan segan silu.

Realiti atau waqi’nya dunia muzikarama dewasa ini, kebanyakan anak-anak muda sudah pun terjerumus di dalam budaya seni muzik yang berteraskan atau menjurus kepada kelalaian daripada mengingati Tuhan dan lebih cenderung kepada muzikarama hedonisma .Yakni, berseronok semata-mata sehingga berpesta maksiat melalui muzik; tiada solat dan bebas bergaul jantan dan betina.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dari kalangan ibubapa, penjaga(‘Guardian’),anak-anak, pemuzik, penyanyi, komposer, penulis lirik, penganjur ‘road show’, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa Negeri (PBN) alim-ulamak, para pendidik dan pihak pemerintah supaya serius akan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja sekarang ini yang sudah kecanduan dengan budaya muzikarama hedonisma ini di paras yang sudah terlalu kronik dan menakutkan sekali. Terutamanya pada malam-malam perayaan seperti menyambut tahun baru dan sebagainya pesta menari yang keterlaluan; langsung tiada apa-apa pencegahan dan pengawalan oleh pihak yang berkuasa secara yang bertanggungjawab.

Justeru itu, para belia dan beliawanis ini tiada bisa dibiarkan mereka ini liar begitu sahaja, kerana jika usaha-usaha pencegahan tiada dilakukan.Maka, adalah dikuatiri maksiat yang di biarkan oleh masyarakat itu akan menerima hukuman atau bala daripada Allah dan jika ia turun, bala itu merata dan tidak ‘selected’(memilih si pelaku maksiat sahaja). Ertinya, Tok Bilal, Tok Imam, Tok Kadi, dan masyarakat dan orang yang mempunyai kuasa pada keseluruhannya tiada bisa terlepas; janganlah jadi seperti Tsunami lagi, nauzubillahiminzalik.

Di atas kesedaran ini, kesepaduan tenaga fikir, autoriti dan pengaruh peribadi perlu digembelingkan untuk melaksanakan usaha-usaha bagi menyelamatkan jenerasi dan ummah terutamanya para remaja. Tanpa mengira latarbelakang agama, fahaman politik, kumpulan dan kepercayaan supaya manusia pada keseluruhan selamat.

Ini bersesuaian dengan firmanullah yang bermaksud, “wahai Muhammad sesungguhnya kamu adalah rahmat kepada sekelian alam” (Rahmatanlil’alamin). Oleh kerana muzikarama yang batil ini adalah antara punca yang membuka pintu kepada pergaulan bebas yang menjurus kepada zina, arak,narkotika dan kelahiran bayi-bayi longkang. Maka, usaha yang memerlukan tindakan yang segera ialah bagaimana budaya maksiat di dalam muzikarama ‘Sure Maksiat’ ini boleh dibendung secara bil hikmah ; iaitu, berhibur tetapi berakhlak, tiada lupa diri dan menjaga solat serta aurat.

Usaha alternatif untuk membenteras budaya hedonisma muzikarama ini mestilah diprogramkan kepada golongan remaja. Ini adalah kerana kita tiada upaya untuk membendung pengaruh muzik ke atas mereka. Maka, “We joint them and change them’(Kita menyertai mereka dan merubah akhlak mereka dan sebenarnya tiada jalan ‘escapism’ (pelarian).Mereka ini hendaklah didampingi di dalam dunia mereka dan ditampilkan muzikarama alternatif kepada mereka, supaya jiwa mereka yang kosong itu diisi dengan lirik-lirik yang membuka minda dan hati mereka kepada mentauhidkan Allah dan menjauhkan kesyirikan dan maksiat seperti yang berlaku di dalam budaya ‘Black Metal’, nauzubillahiminzalik.

Para pemuzik, penyajak, komposer, penulis lirik, penyanyi dan penggiat seni hendaklah berkarya ke arah melahirkan muzikarama alternatif yang sesuai dengan muzik kontemporari dan betul duduk pada tempatnya untuk mentauhidkan Allah melalui muzik sebagai platformnya untuk mengajak manusia mengingati Allah.

Di dalam hal ini, semua pihak sepatutnyalah berfikiran terbuka dan jangan jumud untuk mencari jalan keluar untuk mengatasi problema keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Golongan agama sepatutnyalah memberikan sokongan kepada muzikarama alternatif ini untuk menarik kembali anak-anak muda daripada terus terjerumus dan hanyut dengan budaya hedonisma begitu sahaja. Dengan membenci mereka dan mengutuk mereka yang tiada mahu ke masjid tanpa mendekati mereka dan berinteraksi dengan mereka secara bil hikmah belum lagi sebenarnya dibuat dengan pendekatan yang menyeluruh dan profesional; yakni dengan bersemuka dengan semua pihak yang terlibat dan para remaja dan penggiat seni sendiri secara terbuka dan berterusan. Nas yang mengharamkan bunyian yang berasaskan tali dan tiupan adalah hujjah yang lemah kerana terdapat banyak kilaf(selisih pendapat) di kalangan ulamak.

Justeru itu, perkara yang furu’ dalam agama janganlah di jadikan polemik untuk mengekang program muzikarama alternatif demi untuk menyelamatkan para remaja.

Lirik lagu juga sebenarnya mempunyai dua versi, bergantung kepada kefahaman dan pembawaan diri masing-masing. Contohnya, lirik lagu ‘Kepada mu kekasih’(nyanyian M. Nasir),’ Kau kekasih awal dan akhir ‘ dan ‘Penghujung Rindu’(nyanyian Jamal Abdillah).’kekasih’ dan ‘Rindu’ di sini berfsifat subjektif; iaitu samada ‘kekasih’ dan ‘Rindu’ itu dinisbahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau pun kepada sesama manusia seperti hubungan asmara dan asyik Uda dan Dara.

Lirik lagu ‘Alhamdulillah syukur ni’mat’, ‘Kami anak yatim piatu’, ‘Ibu’ dan ‘Rukun Iman’(nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee) begitu menyentuh jiwa sekali sama seperti lirik-lirik lagu yang disebutkan di atas dan juga sendikata lagu ‘Perjalanan ku’, ‘Zikir Zaman’dan ‘Kau yang Satu”(nyanyian Ramli Sarif) dengan muzik kontemporari sesuai dengan situasi dan iklim muzakarama mutakhir; adalah menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada yang Maha Esa melalui muzikarama yang berakhlak. Tidak ketinggalan juga sumbangan muzik dari genre nasyid seperti lirik lagu ‘Selimut Putih”(nyanyian Orkes El Suraya) dan lirik-lirik lagu memuji tuhan dan zikir (nyanyian kumpulan Raihan); semua ini memperkaya kepelbagaian genre-genre musik tanahair.
Maka, penggiat seni muzik dan para dai(pendakwah) , masing-masing perlu berfikiran terbuka (‘open-minded’), berlapang dada dan ‘Think Positive”(Berfikiran positive) mematikan diri(keegoan diri dan kumpulan) . Supaya bisa saling hormat-menghormati sesama sendiri dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi, isi-mengisi dan lengkap-melengkapi agar muzikarama itu selari dengan agama (syarie).

Justeru kerana muzikarama itu sendiri adalah satu aset dakwah sebenarnya jika ia ditangani dengan bil hikmah secara adil dan jujur kerana bahasa muzik itu sendiri bersifat univesal(sejagat). Contohnya, lagu Hindustani, liriknya langsung tiada difahami tetapi paling diminati sekali oleh orang Melayu yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Bidang ini langsung tiada bisa diterokai oleh para daie(Pendakwah) sedangkan Islam itu sendiri bersifat global dan muzik yang mempunyai ‘bahasa’ sejagat yang tersendiri dan teristimewa, tiada boleh dipandang enteng kerana ianya akan terus dikuasai oleh Yahudi melalaikan manusia dengan muzikarama hedonisma.

Dari sudut saikologi, muzik boleh ‘release tension’(melepaskan tekanan dan depresi).Pakar saikologi akur bahawa apabila seseorang itu berada di atas bukit, lalu menjerit-jerit sekuat-kuat hatinya. Ini boleh mengurangkan tekanan perasaan atau tekanan hidup kerana berupaya melepaskannya melalui jeritan itu tadi.

Justeru itu vokalis (penyanyi) yang membawa lagu yang ‘high –pitch’(pitching) atau nada suara yang tinggi .Pada hakikatnya telah ‘release tension’ secara yang tidak disedari khalayak. Kalau kita berfikiran positif ; vokalis, liricis,pemusik,komposer dan ‘performer’(penggiat seni) sebenarnya memperolehi kepuasan batin melalui muzikarama yang disesuaikan dengan agama;khususnya jika lirik yang dijiwai itu menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada Yang Maha Esa.Tanpa dinafikan bahawa makanan rohani yang paling afdal (terbaik) adalah tilawatul Qur’an sebagai obat dan penawar kepada penyakit hati.

Samalah seperti pemain golf, lepaskan depresi mereka melalui pukulan kuat kayu golfnya,, pemain tenis, pemain bolasepakak, hoki , pemain drum, trumpet, biola, piano sama saja kesan akibatnya iaitu bisa ‘release tension’ (mungkin lepaskan geramnya sekali).Begitu juga dengan pelumba motor haram yang melepaskan tension tanpa takut mati. Sedangkan tempat yang betul untuk berbuat demikian ialah di gelanggang Grand prix.Maka muzikarama sebenarnya mempunya element yang sihat sama seperti joggathon, walkathon jika ditangani betul pada tempatnya. Justeru kerana maksiat dan kebajikan boleh berlaku di mana mana jua ; pokoknya tanya diri, ke mana diri mahu di bawa?

Bersukankah, bermuzikaramakah, jika tiada solat, lalai dan alpha serta tiada menutup aurat semuanya adalah maksiat. Menyanyi sampai tinggal solat itu maksiat. Menonton t.v. sampai lupa solat kerana siaran langsung piala dunia juga satu bentuk kelalaian dan kealpaan. Ertinya kelalaian dan zikrullah(mengingati Allah) boleh berlaku di mana-mana jua.

Maka, penggiat seni muzikarama dan para daie perlulah bekerjasama demi untuk melaksanakan amanah Allah yang dipikul oleh orang yang beriman. Iaitu, untuk menjadi hamba Allah dan melaksanakan tugas-tugas hamba; tiada apa-apa kepentingan yang lain melainkan mengharapkan rahmatAllah (Rahmatullah). Mudah-mudahan dengan kerjasama itu, muzikarama insyaAllah akan menjadi beragama.
Oleh : Nash Ar-Rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com)(www.nasharrawy.blogspot.com)

Bersedia Hadapi Pembubaran Dun Perak

Pearl Plus
Perak semakin getir
Jul 4th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama
: www.perakexprerss.com

MKinis pix

MKini's pix

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians.
Tags: jamal, PR Perak. ........ www.perakexprerss.com
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Thursday, July 2, 2009

Power And Energy/Proton Neutron(Cahaya Dalam Cahaya)

30 Jun 2009
Dahsyatnya Elektromagnetik
oleh : Sirajuddin Abbas

Begitu dahsyatnya sehingga para ilmuwan di NASA (National Aeronautics and Space Admistration) mulai berpikir untuk memanfaatkannya sebagai tenaga yang bisa ‘melemparkan’ pesawat luar angkasa ke luar atmosfer bumi! Kenapa sampai muncul ide ini? Bukankah mesin roket yang biasanya digunakan untuk mengirim pesawat-pesawat ke luar bumi sudah cukup berhasil? Sebenarnya semua mesin roket yang sudah digunakan maupun yang sedang dikembangkan saat ini tetap membutuhkan bahan khusus sebagai pendorongnya. Bahan-bahan propellant ini bisa berupa bahan kimia seperti yang sudah banyak digunakan, bisa juga berupa hasil reaksi fusi nuklir yang teknologinya dikembangkan di awal abad 21 ini. Ada lagi berbagai teknologi inovatif seperti light propulsion dan antimatter propulsion.

Penggunaan propellant ini sebenarnya sangat membatasi kecepatan dan jarak maksimum yang dapat dicapai pesawat. Karena itulah muncul ide untuk mengirimkan pesawat luar
angkasa menggunakan teknologi yang sama sekali tidak melibatkan propellant. Sistem apa yang bisa ‘melemparkan’ pesawat yang begitu besar dan berat ke luar angkasa tanpa menggunakan propellant sama sekali? Hanya Elektromagnetika yang bisa menjawabnya!

Elektromagnetika merupakan penggabungan listrik dan magnet. Sewaktu kita mengalirkan listrik pada sebuah kawat kita bisa menciptakan medan magnet. Listrik dan magnet benar-benar tidak terpisahkan kecuali dalam superkonduktor tipe I yang menunjukkan Efek Meissner (bahan superkonduktor dapat meniadakan medan magnet sampai pada batas tertentu). Ini bisa dibuktikan dengan cara meletakkan kompas di dekat kawat tersebut. Jarum penunjuk pada kompas akan bergerak karena kompas mendeteksi adanya medan magnet. Elektromagnetika
sudah banyak dimanfaatkan dalam membuat mesin motor, kaset, video, speaker (alat pengeras suara), dan sebagainya. Sekarang giliran proyek luar angkasa yang ingin memanfaatkan kedahsyatannya!

David Goodwin dari Office of High Energy and Nuclear Physics di Amerika adalah orang yang mengusulkan ide electromagnetic propulsion ini. Saat sebuah elektromagnet didinginkan sampai suhu sangat rendah terjadi sesuatu yang ‘tidak biasa’. Jika kita mengalirkan listrik pada magnet yang super dingin tersebut kita bisa mengamati terjadinya getaran (vibration) selama beberapa nanodetik (1nanodetik = 10-9 detik) sebelum magnet itu menjadi superkonduktor. Menurut Goodwin, walaupun getaran ini terjadi hanya selama beberapa nanodetik saja, kita tetap dapat memanfaatkan keadaan unsteady state (belum tercapainya keadaan tunak) ini. Jika getaran-getaran yang tercipta ini dapat diarahkan ke satu arah yang sama maka kita bisa mendapatkan kekuatan yang cukup untuk ‘melempar’ sebuah pesawat ruang angkasa. Kekuatan ini tidak hanya cukup untuk ‘melempar’ secara asal-asalan, tetapi justru pesawat ruang angkasa bisa mencapai jarak maksimum yang lebih jauh dengan kecepatan yang lebih tinggi dari segala macam pesawat yang menggunakan propellant.

Untuk menerangkan idenya, Goodwin menggunakan kumparan kawat (solenoid) yang disusun dari kawat magnet superkonduktor yang dililitkan pada batang logam berbentuk silinder. Kawat magnetik yang digunakan adalah logam paduan niobium dan timah. Elektromagnet ini menjadi bahan superkonduktor setelah didinginkan menggunakan helium cair sampai temperatur 4 K (-269oC). Pelat logam di bawah solenoida berfungsi untuk memperkuat getaran yang tercipta. Supaya terjadi getaran dengan frekuensi 400.000 Hz, perlu diciptakan kondisi asimetri pada medan magnet. Pelat logam (bisa terbuat dari bahan logam aluminium atau tembaga) yang sudah diberi tegangan ini diletakkan secara terpisah (isolated) dari sistem solenoida supaya tercipta kondisi asimetri.

Selama beberapa mikrodetik sebelum magnet mulai berosilasi ke arah yang berlawanan, listrik yang ada di pelat logam harus dihilangkan. Tantangan utama yang masih harus diatasi adalah teknik untuk mengarahkan getaran-getaran yang terbentuk pada kondisi unsteady ini supaya semuanya bergerak pada satu arah yang sama. Untuk itu kita membutuhkan alat
semacam saklar (solid-state switch) yang bisa menyalakan dan mematikan listrik 400.000 kali per detik (yaitu sesuai dengan frekuensi getaran). Solid-state switch ini pada dasarnya bertugas untuk mengambil energi dari keadaan tunak dan mengubahnya menjadi pulsa listrik kecepatan tinggi (dan mengandung energi tinggi) sampai 400.000 kali per detiknya.
Energi yang digunakan untuk sistem elektromagnetik ini berasal dari reaktor nuklir (300 kW) milik NASA. Reaktor ini menghasilkan energi panas melalui reaksi fisi nuklir. Reaksi fisi nuklir ini melibatkan proses pembelahan atom yang disertai radiasi sinar gamma dan pelepasan kalor (energi panas) dalam jumlah sangat besar. Reaktor nuklir yang menggunakan ¾ kg uranium (U-235) bisa menghasilkan kalor yang jumlahnya sama dengan kalor yang dihasilkan oleh pembakaran 1 juta galon bensin (3,8 juta liter). Energi panas yang dihasilkan
reaktor nuklir ini kemudian dikonversi menjadi energi listrik yang bisa digunakan untuk sistem electromagnetic propulsion ini. Ketika digunakan dalam pesawat luar angkasa, ¾ kg uranium sama sekali tidak memakan tempat karena hanya membutuhkan ruangan sebesar bola baseball. Dengan massa dan kebutuhan ruang yang jauh lebih kecil dibandingkan mesin roket yang biasanya digunakan untuk mengirim pesawat ke luar angkasa, pesawat yang menggunakan sistem elektromagnetik ini dapat mencapai kecepatan maksimal yang jauh lebih tinggi
sehingga bisa mencapai lokasi yang lebih jauh pula.

Menurut Goodwin pesawat dengan teknologi elektromagnetik ini dapat mencapai titik heliopause yang merupakan tempat pertemuan angin yang berasal dari matahari (solar wind) dengan angin yang berasal dari bintang di luar sistem tatasurya kita (interstellar solar wind). Heliopause terletak pada jarak sekitar 200 AU (Astronomical Unit) dari matahari. 1 AU merupakan jarak rata-rata bumi dari matahari yaitu sekitar 1,5.108 km. Planet terjauh dalam sistem tatasurya kita saja hanya berjarak 39,53 AU dari matahari. Semua pesawat luar angkasa yang menggunakan propellant tidak bisa mencapai jarak sejauh itu!

Tentu saja pesawat yang dipersenjatai elektromagnetik yang dahsyat ini masih sangat jauh dari sistem ideal yang kita inginkan. Karena walaupun pesawatnya bisa mencapai kecepatan sangat tinggi, kecepatan itu masih sangat kecil dibandingkan kecepatan cahaya (300.000 km per detik). Kecepatan maksimum yang bisa dicapai sistem ini masih di bawah 1% kecepatan cahaya. Padahal bintang yang terdekat dengan sistem tatasurya kita berada pada jarak lebih dari 4 tahun cahaya (1 tahun cahaya = 300.000 km/detik x 60 detik/menit x 60 menit/jam x 24 jam/hari x 365 hari/tahun = 9,4608.1012 km). Perjalanan terjauh yang pernah ditempuh manusia adalah 400.000 km (yaitu perjalanan ke bulan).

Jika kita ingin mengirim pesawat tanpa awak pun kita masih membutuhkan ratusan tahun sebelum pesawat tersebut bisa mencapai bintang terdekat. Itu pun karena pesawatnya menggunakan teknologi elektromagnetik! Dengan pesawat yang menggunakan propellant bahan kimia kita baru bisa mencapai bintang terdekat dalam waktu puluhan ribu tahun. Jika kita ingin mencapai bintang terdekat dalam waktu lebih cepat seperti dalam film Star Trek kita membutuhkan teknologi yang bisa melampaui kecepatan cahaya. Selama teknologi itu masih
belum bisa dikembangkan, kita bisa memanfaatkan dulu teknologielektromag netik yang ternyata memberikan alternatif yang cukup menjanjikan walaupun belum bisa mewujudkan impian kita untuk menjelajahi jagad raya.
http://www.forumsains.com/artikel/dahsyatnya-elektromagnetik/

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:33 AM (nashsiepuluh.spaces.live.com)
(nasharrawy.blogspot.com )

Isu Babi Di Kedah Manipulasi Media BN

Home
Beriklan di PerakExpress.com
Pautan PerakExpress


Antara babi dan penjahat yang nak mati
Jul 3rd, 2009 | By webmaster | Category: Matkeri, utama
Oleh Matkeri

Dalam seronok ameno berkompang melalui medianya akan perihal “kerajaan perpaduan” dengan PAS, kita mungkin terlupa suatu perkara.

Ya, mereka mungkin betul tentang keresahan rakyat dan ketidaksenangan rakyat dengan inisiatif itu. Dalam masa yang sama, ia telah diterjemahkan dalam bentuk tidak puas hati dalam blog2 dan media2 alternatif. Dan secara kasarnya, ia dilihat seperti PAS menerima kesan dan tamparan yang teruk daripada mainan media ini. Pakatan Rakyat (PR) juga terkena tempias yang boleh tahan bedengungnya.

Tetapi, secara mereka sedar atau tidak, tindakan itu juga sebenarnya telah menjadikan rakyat lebih meluat dan benci kepada ameno itu sendiri. Ia tidak akan menguatkan ameno, tetapi ia menguatkan tekad rakyat untuk memberitahu PAS bahawa ia tidak memerlukan ameno. Isu “kerajaan perpaduan” walaupun sedikit sebanyak menggoncang rumah tangga PR, tetapi rakyat nampaknya begitu kuat bersatu untuk menolak gagasan tersebut!

“Kerajaan Perpaduan” menjadikan rakyat bertambah benci dan meluat terhadap spin media massa yang dikawal ameno. Yang akhirnya menjadikan PR semakin kuat persefahaman mereka dalam usaha menenangkan rakyat. Isu ini, kalaupun dibiarkan, tidak akan mengalih sokongan semula kepada BN. BN, pada pandangan rakyat, dah “beyond repairable”. Bagi rakyat, mereka telah bulatkan tekat untuk menghapuskan BN secara total. Ia bukan tekad PKR, bukan tekad PAS, dan bukan tekad DAP. Tetapi adalah tekad rakyat! Negara Malaysia ini perlu dimerdekakan dari penjajahan BN! Itu yang rakyat mahu!

Semalam pula terpampang besaq di depan akhbar Utusan, “DAP Keluar Pakatan”. Ia menceritakan betapa kelam kabutnya PR sekarang. Betapa goyah dan goyangnya pakatan ini. Betapa mereka akan ranap dan hancur. Kemudian dipetik pula pandangan2 seketul dua menteri dan YB untuk membenarkan ulasan mereka. Pendek kata, semalam, Pakatan Rakyat dah nak bubar! Kalau diikut daripada spin laporan media mereka lah.

Isu sebenarnya pula ialah berkaitan perobohan sebuah rumah sembelihan babi yang memang beroperasi secara haram setelah sekian lama sejak dari zaman penjajahan BN di Kedah lagi. Selepas Kedah dimerdekakan oleh PAS, kerajaan PR dah mintak kandang babi haram tersebut untuk berpindah, mencadangkan tempat yang sesuai, dan bersetuju dengan cadangan pengusaha kandang babi itu untuk diberi notis sebulan berpindah. Selepas sebulan, pengusaha serta tempat sembelihan itu masih belum juga mahu berpindah, dan perlu diingatkan bahawa tempoh sebulan itu datangnya dari persetujuan kedua2 belah pihak. Salah PAS kah di sini?

Media malam tadi spin isu ni sampai berpinau sekali lagi. Lim Kedah dan Lim Penang pun dah tatau mana satu sampai tivitiga salah letak gambaq. Punya kalut nak main isu “perpecahan PR” ni. Bunyinya macam DAP seluruh Malaysia nak keluar PR. Bukan lagi sekadar isu DAP Kedah. Bagi rakyat pulak, tindakan itu PAS adil dan bijak. Problem tempat sembelih tu tak mampu ditangani oleh penjajah BN sebelum ni, dan mungkin ameno Kedah pada masa itu takut dengan Gerakan dan MCA, maka kandang itu dibiarkan. Tetapi PAS tidak! Objektifnya clear, dan perlaksanaannya pun adil. Tidak takut mereka dengan akibat, sebab objektif akhirnya ialah untuk kebaikan rakyat. Ada ameno-BN berani buat itu macam? Heh.

DAP Kedah, atau lebih tepat, beberapa ketul pimpinan mangkaq yang secara kebetulan mendapat tempat menjadi pimpinan DAP Kedah, tidak melihat perkara ini dengan lebih luas. Mungkin sebab tidak berkomunikasi, ataupun seketul dua pimpinan tu tadi ditaja oleh rumah sembelihan babi itu sendiri, wallahualam. Penyokong akar umbi DAP sendiri resah dengan perangai seketul dua ni. Mereka juga tinggal berdekatan rumah sembelihan tu, dan mereka juga tau azab yang terpaksa ditanggung sekian lama!

Tetapi, sekali lagi tetapi, isu “DAP keluar Pakatan” ini menunjukkan betapa rakyat prihatin tentang isu baru ini. Rakan2 DAP yang faham dengan tindakan kerajaan PAS Kedah tidak melihat rumah sembelihan itu sebagai isu, sebaliknya mula mengerut kening cuba memahamkan motif seketul dua pimpinan DAP Kedah yang bertindak tanpa merujuk pusat. Lebih obvious lagi bilamana media massa kawalan ameno cuba sekali lagi untuk spin. Ameno mungkin masih belum belajar satu perkara yang besar yang telah menyebabkan mereka rebah tersungkur pada PRU12 - media yang terover spin! Rakyat sekarang lebih cekap dalam membezakan antara laporan berita dan spin cerita. Mereka dah ada CNN dan telah banyak belajar perihal spin Amerika terhadap negara2 yang dijajahnya, dan yang bakal dijajahnya. Teknik yang sama.

Bagi rakyat, isu2 yang dimainkan oleh media massa kawalan ameno sekarang ini tak ubah macam ending filem hindustan. Takkala geng jahat telahpun ditembak mati berkaparan, penonton masih lagi saspen bila melihat ketua jahatnya, dalam terbatuk2 darah menunggu ajal, sempat lagi menggagau pistol kecik dari celah stokin untuk dihalakan ke arah hero yang sibuk meraikan kemenangan.

Ya, mungkin penjahat yang nak nazak dan nak mampos tu tadi berjaya menembak salah seorang geng baik sebelum dia mampos. Mungkin yang ditembak tu awek hero. Atau mungkin hero sendiri. Tapi yang penting bagi penonton ialah di akhir cerita, orang jahat tu mati.

Kerana apa yang lebih penting ialah kepuasan penonton itu sendiri. Bukan kepuasan penerbit dan pengarah yang syok sendiri.

Selamat berkempen di Manik Urai!

Tags: ameno, pas ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com) (www.nasharrawy.blogspot.com)

Debat Terbuka

Umno terpaksa tolak debat, bimbang dasar anutan parti itu bercanggah dengan al-Quran



DEBAT terbuka antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan mencipta sejarah kedua selepas Debat Anwar-Shabeery Chik jika Najib tidak gentar menyahut cabaran itu.

Hanya melalui debat terbukalah satu-satunya peluang Najib untuk menyangkal dakwaan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno/BN bukannya sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda Umno Kelantan.

Najib sebagai orang pertama dalam kerajaan wajar mencuri peluang keemasan ini untuk mempertahankan dasar perjuangan Umno/BN dan membuktikan kepada rakyat dasar Umno dan BN bukan sebagaimana yang didakwa "sesat" oleh Menteri Besar kelantan itu.

Hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis 23 Jun berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Aduan itu dibuat oleh Ketua Pemuda, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu jam 10.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Ekoran tindakan Pemuda Umno itu, Tuan Guru Nik Aziz turut membuat draf surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri untuk mengadakan perdebatan berkenaan isu yang dibangkitnya dalam ceramah di Menek Urai itu.

Bagi Tok Guru Nik Aziz antara jalan terbaik untuk menyelesaikan isu PAS-Umno wajar dibincangkan secara berdepan, perkara itu tidak akan selesai dengan menggunakan media.

Namun, mantan Perdana Menteri yang menjadi mentor Najib, Tun Mahathir cepat-cepat memberi respons agar Najib tidak melayan cabaran Tok Guru Nik Aziz sebaliknya menyifatkan debat terbuka itu hanya membazirkan masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Alasan mentor Najib itu, bagi Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Dr Mahfodz Mohamed hanya menggambarkan Umno tidak berani berdepan dengan Tok Guru Nik Aziz.

"Kalau Umno tidak boleh menerima dakwaan Mursyidul Am PAS itu, sepatutnya mereka kena terima cabaran debat bagi membersihkan nama baik kononnya Umno dikatakan sesat," katanya ketika dihubungi.

Al-quran, hadis dan sunnah seharusnya menjadi asas kepada perjuangan Islam begitu juga kerajaan yang dilabelkan sebagai kerajaan Islam. Oleh yang demikian, asas itulah yang menjadi pegangan kepada pejuangan Islam, apabila orang Islam tidak ikut asas itu maka orang itu dalam golongan sesat, tegas Dr Mahfodz.

Katanya, sikap keterbukaan PAS melihat Umno dan PAS adalah sesama Islam dan apabila berdebat bukan sahaja menggunakan akal fikiran tetapi rujukan utama adalah Al-quran dan sunnah.

Mengulas tuduhan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Dato' Dr Kamarudin Kachar yang mendakwa kononnya Tok Guru Nik Aziz bukan pejuang Islam sebenar, Dr Mahfodz menyifatkan tuduhan liar itu keterlaluan. Sebaliknya beliau yakin, apa yang diperjuangkan oleh MB Kelantan itu adalah perjuangan Rasulullah SAW.

"Islam menyuruh kita bersatu padu berdasarkan al-Quran. Kena cermin dulu dan tengok muka kerana semua rakyat Malaysia tahu matlamat dan perjuangan Islam. Kalau benar! kenapa Najib tidak boleh terima tawaran debat terbuka," bidas Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.

Islam mengajar umatnya berhujah bahkan menegakkan kebenaran adalah melalui hujah. Melalui debat itu, menurut Nasruddin, Umno dan BN bukan sahaja boleh menggunakan kesempatan untuk mengupas selain kemelut PAS-Umno bahkan berdebat berkaitan isu kepentingan rakyat seperti ekonomi atau sosial.

"Apabila pemimpin tertinggi membuka ruang sepatutnya Najib bersedia menerima, jika tidak dakwaan 'sesat' seperti yang amat dimarahi mereka itu, akan jadi benar lah,"
kata Nasruddin.

Anggapan pihak tertentu, debat itu tidak akan menyelesaikan masalah adalah salah kerana kebenaran itu dinilai melalui hujah kedua-dua pihak. Rakyat boleh memutuskan sama ada hujah itu benar atau salah melalui kekuatan berhujah.

Umat terdahulu sering mengajar supaya berhujah malangnya ramai pihak gagal berhujah kerana kerajaan menggunakan kekangan melalui ISA, OSA dan Akta Mesin Cetak untuk melindungi kelemahan mereka.

"Sampai bila masalah tidak akan selesai, sebaliknya menguatkan lagi persepsi Umno sebagai diktator yang tidak membenarkan atau tidak berani berdepan dengan rakyat," ujar Nasruddin.

Umno atau BN yang sudah lama memerintah negara ini dan merasakan mereka sudah Islamik tiada sebab untuk mereka tidak ambil tahu hujah Tok Guru Nik Aziz selaku individu yang arif soal Islam, tegas Ketua Jemaah Islam Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin.

"Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk memberi hujah. Bebat ini cukup penting dan besar. Jadi, wajar didengar oleh kerajaan," katanya yang juga belum bersedia untuk menjadi orang tengah dalam debat terbuka itu.

Menjejaki panedapat rakan DAP berkenaan isu ini, Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, John Fernandez mengakui kerajaan Umno dan BN pada hari ini kononnya mengaku sebagai sebuah Kerajaan Islam tetapi mereka tidak mengikut seratus peratus apa yang ditegaskan oleh agama itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menyokong penuh pelawaan Tok Guru Nik Aziz itu untuk berdebat dengan Najib.

Sementara itu, penolakan dua mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai penghinaan atas kebijaksanaan Najib Tun Razak dalam membuat keputusan berhubung cadangan Tok Guru Nik Aziz itu.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan dengan 'keputusan awal' dua mantan tersebut, dilihat seolah-olah Najib tidak memiliki kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

"Biarkan Najib membuat keputusannya, sama ada ingin menerima mahupun menolak pelawaan Tuan Guru itu. Apabila mereka sibuk menyatakan ia (debat) membuang masa, dan sebagainya, seolah-olah menafikan kebijaksanaan Najib untuk membuat keputusan," tegas beliau.

Shamsul menyifatkan pelawaan Tok Guru itu yang dianggap terkehadapan, mengharapkan Najib menerima hasrat tersebut untuk melangkah ke kancah pembukaan minda dan wacana ke arah politik baru.

Malah, dengan langkah mengadakan debat dan perbincangan, khususnya secara terbuka Shamsul melihat ia bukan lagi persoalan baru, memandangkan pernah berlaku ketika debat Palestin antara Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor bersama Tun Mahathir, dan debat minyak antara Shaberry Chik dan Anwar Ibrahim.

Shamsul juga berpendapat jika Najib ataupun Umno benar-benar ikhlas, pelawaan Tok Guru wajar dipersetujui, khususnya dalam mencari erti perjuangan Umno itu sendiri yang kadangkala mengulangi hujah-hujah lama yang sudah tidak relevan seperti memperjuangkan bangsa Melayu.

Pelbagai reaksi dari pimpinan Umno yang enggan melayan pelawaan Tuan Guru itu dilihat sebagai kebimbangan tentang 'takut kalah' berhujah yang akhirnya menyebabkan parti Melayu terbesar dipalit dengan persepsi baru, Umno sudah tidak relevan.

Atas alasan itu, kemungkinan besar Umno tidak akan bersetuju untuk berdebat dengan PAS atau Tok Guru Nik Aziz kerana ia hanya akan membuka pekung Umno yang tidak Islamik itu. Dari diketahui umum, dasar Umno bercanggah syarak adalah lebih berbaloi kemukakan hujah menolak agar Umno tidak dipersalahkan.

Ditulis Oleh TARMIZI MOHD JAM,
SALMIYAH HARON dan ANIS NAZRI

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Julai 02, 2009 0 ulasan
(www.nashsisepuluh.spaces.live.com) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Tiada Kompromi Dalam Soal Dasar

Khamis 2 Julai 2009 | 9 Rajab 1430 Hijrah
Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam
Azamin Amin
Thu | Jul 02, 09 | 3:47:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan seruan agama Allah dalam apa jua perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya melibatkan dasar-dasar dan ketentuan hukum agama. Iklan



Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas.

Demikian kata penceramah dalam kuliah bulanan pejabat Harakah, yang disampaikan oleh Ustaz Amran Talib kepada warga kerja media itu yang hadir tengah hari tadi.

"Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada perundingan dan perbincangan dibuat oleh golongan Bani Saqif daripada Taif dengan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut pelbagai syarat sebelum memeluk agama Islam.

"Antarannya mereka mahu meminum arak, berzina, makan riba dan menyimpan berhala disayangi walaupun setelah memeluk Islam namun secara terang, tegas dan jelas Nabi Muhammad tidak membenarkan kerana ianya melanggar asas dan hukum agama yang diperintah oleh Allah SWT," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Akhirnya, walaupun Nabi menolak syarart-syarat mereka, namun Bani Saqif yang terkenal sebagai golongan bijak pandai itu mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pemerintah Islam.

"Dalam dakwah, ada masa kita berlembut dan ada masanya kita mesti tegas jika libatkan dasar. Justeru, tuan-tuan jangan bimbang, berdakwahlah nescaya Allah akan bantu dan memberi hidayah," katanya merujuk kisah seorang pendita yang berdialog dengan hanya seorang pengembala kambing berhubung dengan soal keimanan.

Lebih menarik, kisah yang berlaku selepas kerajaan khalifah Abbasiyah itu menyaksikan dialog di antara keduanya, hanya menggunakan bahasa isyarat dan akhirnya pendita itu memeluk Islam dan berjanji akan menyeru kaumnya juga untuk melakukan hal yang sama, kata Amran.

"Jika Allah berkehendak dan memberi bantuan, orang biasa seperti pengembala kambing pun boleh membuatkan seoarang pendita yang arif hal agama juga memeluk agama Islam. Maka berdoa-doalah bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi yang berlaku, insya-allah Allah akan membantu kita," katanya dalam kuliah 45 minit itu. - azm_

Wednesday, July 1, 2009

Sistem Muamalat Islam

Khamis 2 Julai 2009 | 9 Rajab 1430 Hijrah
Merdekakan ekonomi negara!
Nyza Ayob
Thu | Jul 02, 09 | 7:04:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika. Iklan



Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah.

Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis yang mana mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

"Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan.

"Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,"katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara. - mks. _ harakah
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??

EVEN D FATHER OF UMNO TUNKU D IST PREMIER REFUTED UMNO N ASSISTED PAS PLIGHT! Y ??
TUNKU D IST PREMIER FROM UMNO SAID; AT FEDERAL HOTEL IN KL , ON OKTOBER 12, 1983; AS FOLLOWS; " MALAYS MUST ELIMINATE UMNO ! " ( Y ??? ) ; N " UMNO LEADERS NOW JUST WANT NAME N POSTS ! " ( 4 WEALTH N POWER )........ ASK URSELF ! Y TUNKU DIED OUTSIDE UMNO !! ; Y D FATHERS OF UMNO LEFT UMNO !! ; DATO' ONN JAAFAR; D FOUNDER OF UMNO LEFT UMNO N FORMED " PARTI NEGARA " ( NATIONAL PARTY ); 'COS UMNO INSISTED 2 TURN D PARTY INTO A NON -RACIST PARTY OR MULTI-RACIAL; ( AGAINST ONE MALAYIST RACIST ! ) ; NAMELY AS " UNITED MALAYANS NATIONAL PARTY " !! ; N HIS SON TUN HUSSEIN ONN ( EX PM N EX PRESIDENT OF UMNO; HISHAMUDDIN'S FATHER ) ; OSO LEFT UMNO ! ; N TUNKU OSO LEFT UMNO N FOUGHT AGAINST UMNO N UBN WITH SEMANGAT 46 PARTY IN " ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ( APU ); WITH PAS N DAP !; IN A SPEECH AT BUKIT CHANDAN. KUALA KANGSAR, PERAK TUNKU OSO SAID, " IF WE WIN D GE ; D FIRST THING I WANT 2 DO IS 2 MAKE SURE THAT HORSE RACING IS PROHIBITED IN MALAYSIA ! ; THIS IS ACTUALLY D MUKADDDIMAH ( INTRODUCTORY ) OF HUDUD OR PREREQUISITE OF HUDUD . THAT IS; D PROHIBITION OF GAMBLING AS WHAT DONE BY KELANTAN NOW N OSO IN BRUNEI B4 N OSO PROHIBITION OF SELLING LIQUOR IN KELANTAN EXCEPT 4 CERTAIN PLACES MEANT 4 D NON-MUSLIMS ; BUY N CARRY BACK HOME ; NOT DRUNK IN D TOWN OR SHOPS! 4 PUBLIC SAFETY !! By: Nash Ar-Rawy/15.5.14