NONEJOHOR Bekas orang kuat Umno, Tamrin Tun Ghafar menjadi sekutu yang tidak diduga dalam usaha Pakatan Rakyat menangani dakwaan bahawa ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang adalah di sebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969. 

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu, yang juga anak kedua bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba mendakwa bahawa kejadian itu adalah ekoran "rampasan kuasa mini" yang dirancang oleh pemimpin Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. 

ghazali shafie king ghazKatanya, apa yang (bekas menteri dalam negeri ketika itu) Tan Sri Ghazali Shafie  (kiri) beritahu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri ketika mereka berada dalam Pemuda Umno, adalah insiden tersebut ialah satu rampasan kuasa mini yang dirancang oleh orang Umno, dan Mahathir terlibat.

Berucap dalam ceramah Pakatan di Gelang Patah malam semalam, Tamrin berkata, Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) menulis dalam kolumnya 'As I See It' dalam akhbar The Star dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa insiden itu adalah satu rampasan kuasa yang telah dirancang oleh pemimpin Umno, dan kemudian telah menyalahkanya pada DAP dan orang Cina.

Kit Siang bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah dan berdepan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, dengan harapan untuk mengulangi 'tsunami politik' Pakatan 2008 ke Johor. 

Pendedahan Tamrin itu menyokong hujah ahli akademik Dr Kua Kia Soong bahawa rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah ekoran rampasan kuasa yang telah dirancang oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein terhadap Tunku, dan Mahathir menyokongnya. 

Tamrin berkata, Tunku telah memecat Mahathir daripada Umno selepas beliau menulis surat terbuka kepada Tunku menuntut Tunku meletakan jawatan selepas rusuhan itu berlaku. 

Selepas Tunku meletak jawatan, tambahnya, Razak dilantik mengambil alih jawatan perdana menteri, dan beliau menerima semula Mahathir ke dalam Umno dan melantiknya sebagai menteri pendidikan. 

NONEIni menunjukkan  bahawa Razak amat terhutang budi kepada Mahathir (untuk mendesak Tunku berundur), katanya, sambil menambah bahawa Kit Siang (kiri) tidak berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan kaum itu berlaku. 

Menurut Tamrin lagi, tindakan Umno yang berterusan menggunakan isu tersebut dengan bertujuan untuk menakut-nakukan pengundi Melayu, menunjukan bahawa BN dalam keadaan terdesak.

Dengan sentimen anti-establishmen yang semakin berkembang di kalangan pengundi Cina Johor yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin Umno telah mengunakan isu perkauman tersebut untuk mendapatkan sokongan di kalangan pengundi Melayu di Johor. 

Tukang kempennya didapati mengedarkan bahan-bahan publisiti kepada pengundi melayu yang menuduh DAP dan Lim Kit Siang menjadi penyebab rusuhan kaum 13 Mei. 

Untuk menangkis tuduhan tersebut, Pakatan telah menampilkan beberapa bekas pemimpin Umno, termasuk bekas Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk mempertahankan DAP dan Kit Siang.

'Parti mana yang rasis'

Bercakap dalam ceramah pertamanya di Taman Skudai Indah di hadapan kira-kira 300 hadirin pelbagai kaum, Tamrin menampilkan beberapa rekod DAP dan MCA untuk membuktikan bahawa DAP "bukan parti perkauman". 

NONEKatanya, sejak ditubuhkan pada tahun 1966, DAP mempunyai lebih 
10,000 ahli Melayu, India dan Punjabi dan dalam pemilihan sulung parti itu, Daeng Ibrahim, seorang pemimpin Melayu, dipilih sebagai naib pengerusi parti tersebut. 

Tambahnya, sejak penubuhan parti itu sehinggalah pilihan raya umum yang lalu, seramai 55 calon Melayu telah bertanding di kawasan parlimen atau negeri atas tiket DAP. 

Bagaimanapun, Tamrin berkata, MCA tidak pernah membenarkan kalangan orang Melayu atau India menjadi ahlinya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. 

Oleh itu, Tamrin bertanya parti yang manakah yang bersifat perkauman.

Tamrin juga berkata beliau mengenali Kit Siang semenjak menjadi ahli Parlimen pada tahun 1986 dan menurutnya, Kit Siang tidak pernah menentang atau mempersoalkan hak-hak orang Melayu.
dap wong tack bentong ceramah 20130312 06 lim guan engMenurutnya lagi, Kit Siang memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia dan Tamrin bertanya apakah bezanya daripada 1Malaysia? 

"Apakah bezanya? Bezanya ialah Kit Siang tidak korup." 

Tamrin juga menggesa orang Melayu supa berterima kasih kepada 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kanan), yang telah dihukum penjara selama tiga tahun selepas bersuara secara terbuka membela nasib seorang anak melayu yang didakwa telah dirogol oleh seorang Pemimpin Umno. 

Beliau mendakwa bahawa bekas presiden MCA, Datuk Ong Ka Ting dan bekas Timbalan president MCA, Datuk Lim Ah Lek, yang bertemu dengannya baru-baru ini, meramalkan bahawa MCA hanya akan menang maksimum lima kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum kali ini.

"Bagaimana hendak menang? (Presiden MCA Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek adalah jeneral pertama semenjak Dinasti Ming yang tidak pergi berperang. 

"Chua hanya memenangi satu peperangan iaitu peperangan Hotel Katerina,” tambahnya yang merujuk kepada hotel di Batu Pahat di mana Chua dirakam melakukan aksi seks bersama seorang wanita.