http://www.ustazcyber.com/2013/04/penamaan-calon-esok-dap-akan-bawa-dua.html
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
GEORGE TOWN, 19 APR: Menjelang hari penamaan calon untuk Pilihanraya Umum ke-13 esok, calon-calon DAP akan membawa dua watikah ke pusat penamaan calon.
Strategi tersebut berikutan kenyataan mulut pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanya Pilihanraya (SPR) kononnya tidak ada masalah bagi calon-calon DAP menggunakan logo roket kerana parti DAP tidak diharamkan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima. Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon.
“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan
logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.
Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.
“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya tegas lantaran suara-suara ahli dan penyokong DAP yang amat marah dengan taktik jahat BN di saat akhir ini.
Ditanya jika dibenarkan menggunakan logo roket, Guan Eng bersama-sama Pengerusi DAP Karpal Singh menjawab bahawa seandainya itu berlaku, maka semua pusat penamaan calon mesti membenarkan semua calon DAP menggunakan logo roket. Dan sebaliknya jika dihalang, semua sekali akan menggunakan logo bulan PAS di Semenanjung dan mata PKR di Sabah dan Sarawak.
Guan Eng turut timbulkan kerisauan sekiranya ada pihak-pihak yang akan cuba meletakkan ramai calon bebas bagi mengelirukan pengundi daripada memilih calon Pakatan Rakyat.
Setakat ini, keputusannya ialah 51 calon parlimen dan 103 calon DUN DAP akan mengemukakan surat watikah lantikan membenarkan penggunaan logo DAP terlebih dahulu kepada pegawai SPR, dan sekiranya mereka tidak membenarkan, maka calon-calon akan mengemukakan watikah kedua yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS atau Setiausaha Agung PKR.
ROS, di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri telah pada 17 April mengemukakan notis tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyebabkan watikah rasmi kemungkinan tidak diterima sewaktu penamaan calon lantas menyebabkan logo roket tidak boleh digunakan.
PAS dan PKR telah semalam bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo keduanya yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. –Roketkini.com
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
SUFI LYRICS : nasharrawy.blogspot.com/2013/03/lirik-nash-ar-rawy-terma-dan-kondisi.html … " LIRIK NASH Ar-RAWY " ; TERMA DAN KONDISI http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1 … … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI by: Nash Ar-Rawy
OH MY GOD! GIVE ME A " BENEVOLENT STATE! "
http://nasharrawy.blogspot.com/2013/04/a-benevolent-state-how-money-is-being.html
WHY TAHALUF SIASI ( POLITICAL PACT )WITH DAP AND PKR! NOT WITH UMNO!
http://www.youtube.com/watch?v=_kAeq4BJeck&feature=youtu.be

Pilihan 3
Jendela Islam
Kuliyah online
Siaran TV pilihan
Blog Archive
- ▼ 2013 (226)
- ▼ April (48)
- Penamaan Calon Esok DAP akan bawa dua watikah
- TERKINI : DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PR...
- Budak Budak ni Memang Gila
- Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding
- Ya Allah Menangkanlah Mereka...Aaaamiin
- Ananda, Syed Mokhtar Terancam Jika BN Kalah PRU 13...
- Ilmuan Mesir temui formula untuk bersihkan air rad...
- Waduuuh Gawat...UMNO akan diharamkan sekali lagi
- Explosions at the Boston Marathon
- Senarai calon KEADILAN bagi parlimen dan DUN Perak...
- Gelang Patah : Sah Ghani Lawan Lim Kit Siang
- Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di...
- Ya Allah... Berilah Kesihatan dan kekuatan Kepada ...
- Aidh Al Qarni : Janganlah Berlebihan Bicara Politi...
- Janji DAP: Menteri Besar Negeri Sembilan Tetap Mel...
- ALLAHU AKBAR!!..Seorang Isteri Salehah Khatam Meng...
- Menteri Besar Johor PR hanya akan berkhidmat selam...
- Tahniah..PAS Bera Berani dan Bermaruah
- Tok Guru Umumkan Hu Pang Chow sebagai calon PAS ba...
- Pemain Bola Sepak Dunia yang Mempertahankan Keyaki...
- Beginilah Seharusnya Seorang Muslim yang Kaya dan ...
- Dr Wan Azizah bayangkan Abdul Khalid tidak dikekal...
- Santai Politik : Feng Shui Salah,Sotong tu Betul
- Dikir Barat Jadi Medium Kempen Tarik Pengundi Di K...
- Umno merancang untuk merampas semua kerusi MCA di ...
- Astaghfirullahu Aziiiim..Anak Siapakah ini ?
- Shahrizat Tidak Dicalonkan Pada Pru-13
- Pengumuman Calon PAS Terkini
- Video Pembunuhan Syeikh Al Bouty—Segera Download s...
- PKR umum calon di tujuh kerusi Parlimen di Johor
- 5 Calon Non Muslim Wakili PAS dalam PRU 13
- Dr Zaharuddin : Politik Yang Menepati Kehendak Sya...
- Video : BN ciplak manifesto Pakatan
- Bakal MB Perak belanja sarapan pagi untuk menangi...
- Hackers Anonymous akan Serang Israeil Hari ini 7 A...
- Orang Melayu Mesti Undi PR Supaya Tidak Terus dibu...
- Video :DSAI Kekal di Permatang Pauh
- Johor :Serangan balas MB boleh 'lumpuhkan' Kit Sia...
- Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon Pas
- Dr MAZA : PILIHANRAYA DAN HARTA AWAM
- Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tercicir calon Pakatan...
- GUNCANGAN DAHSYAT MENIMPA SYIAH!
- Nik Aziz Nik Mat “Ini Kalilah PRU 13, InsyaAllah”....
- 5 Bahagian Otak Yang Rosak Akibat Pornografi
- DAPSY P. Pinang: Zulkifli menipu dalam permohonan ...
- Sebab Kenapa Ribuan Remaja Eropah Memilih Islam
- Video “Al marhum Al Buthy Pernah Berharap Menjadi ...
- Berita Baik Dari PR Untuk Mat Motor
- ▼ April (48)
19 April 2013
GEORGE TOWN, 19 APR: Menjelang hari penamaan calon untuk Pilihanraya Umum ke-13 esok, calon-calon DAP akan membawa dua watikah ke pusat penamaan calon.
Strategi tersebut berikutan kenyataan mulut pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanya Pilihanraya (SPR) kononnya tidak ada masalah bagi calon-calon DAP menggunakan logo roket kerana parti DAP tidak diharamkan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima. Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon.
“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan
logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.
Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.
“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya tegas lantaran suara-suara ahli dan penyokong DAP yang amat marah dengan taktik jahat BN di saat akhir ini.
Ditanya jika dibenarkan menggunakan logo roket, Guan Eng bersama-sama Pengerusi DAP Karpal Singh menjawab bahawa seandainya itu berlaku, maka semua pusat penamaan calon mesti membenarkan semua calon DAP menggunakan logo roket. Dan sebaliknya jika dihalang, semua sekali akan menggunakan logo bulan PAS di Semenanjung dan mata PKR di Sabah dan Sarawak.
Guan Eng turut timbulkan kerisauan sekiranya ada pihak-pihak yang akan cuba meletakkan ramai calon bebas bagi mengelirukan pengundi daripada memilih calon Pakatan Rakyat.
Setakat ini, keputusannya ialah 51 calon parlimen dan 103 calon DUN DAP akan mengemukakan surat watikah lantikan membenarkan penggunaan logo DAP terlebih dahulu kepada pegawai SPR, dan sekiranya mereka tidak membenarkan, maka calon-calon akan mengemukakan watikah kedua yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS atau Setiausaha Agung PKR.
ROS, di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri telah pada 17 April mengemukakan notis tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyebabkan watikah rasmi kemungkinan tidak diterima sewaktu penamaan calon lantas menyebabkan logo roket tidak boleh digunakan.
PAS dan PKR telah semalam bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo keduanya yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. –Roketkini.com
No comments:
Post a Comment