http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/pakatan-rakyat-pelengkap-sistem-dua-parti/
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
OPINION
Pakatan Rakyat pelengkap sistem dua parti
16 APRIL — Sama ada orang suka atau tidak suka, akui atau tidak akui kelahiran Pakatan Rakyat yang lebih awal dan lebih tua dari pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak adalah pelengkap kepada kewujudan sistem dua parti buat Malaysia.
Wujudnya dengan bentuknya yang tersendiri, ia diakui sebagai zat yang mendua Barisan Nasional dalam erti lembaga itu yang mengancam kuasa dan pengaruh BN sekarang.
Kalau BN dan Najib tumbang dalam PRU13 ini, maka yang menumbangkannya ialah Pakatan Rakyat, bukan PKR, bukan PAS dan bukan DAP tetapi ialah Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya menawan Putrajaya, bukan yang menawannya itu Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang, tetapi ialah Pakatan Rakyat.
Tidak kira ia ada nama yang didaftarkan dengan RoS, atau ada lambing-bendera yang satu atau ia sebuah parti berdaftar menggabungkan tiga parti pembangkang terpenting di negara ini, tetapi semua tahu ia wujud sekali pun tidak dapat dilihat, sama dengan kewujudan malaikat yang tidak dapat dilihat oleh semua manusia kecuali nabi-nabi dan rasul.
Adalah benar PR tidak sujud sebagai sebuah parti gabungan seperti Barisan Nasional yang ada seorang pengerusi dan ada lambang iaitu dacing serta didaftarkan, tetapi apa kurangnya dari segi peranan dan pengaruhnya dari BN?
Betul tiada calon bertanding atas nama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, tetapi semua tahu calon yang bertanding atas nama PAS dengan lambang bulannya dan DAP dengan roketnya dan demikian juga PKR dengan apa jua panggilan simbolnya tetapi semua orang tahu bahawa mereka adalah calon Pakatan.
Jika ia menguasai majoriti Yang di-Pertuan Agong tidak memanggil ketua Pakatan Rakyat menangkat sumpah membentuk kerajaan, tetapi seorang yang dinamakan oleh gabungan tiga parti itu untuk membentuk kerajaan. Tetapi semua tahu dia adalah Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Sekali pun Yang di-Pertuan Agong tidak menyebut kalimah Pakatan Rakyat ketika memperkenan wakilnya menjadi Perdana Menteri, tetapi dalam titah pembukaan Parlimen penggal yang baru, baginda akan menitahkah juga nama parti gabungan yang didaftarkan itu.
Oleh itu apa cacat Pakatan Rakyat bagi memenuhi kewujudannya sebagai sebuah parti yang melengkapkan kewujudan sistem dua parti itu? Tiada apa kurangnya dan tiada ia melanggar peruntukan perlembagaan.
Walaupun BN ada kelebihannya, tetapi kekurangan Pakatan itu tidak menghalangnya berkuasa jika ia beroleh majoriti cukup.
Mungkin ia tidak sama dengan parti-parti negara yang ada sistem dua parti seperti di Amerika, Australia dan Jerman, tetapi BN sendiri tidak sama dengan Parti Demokrat di Amerika atau Parti Buruh di Britain. Parti-parti tersebut adalah parti tunggal, bukan parti gabungan seperti BN.
Tidak penting Pakatan mesti sama dengan BN. Orang kembar tidak mesti semuanya serupa. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Manusia bukan semuanya hitam, ada juga yang putih.
Yang penting dalam sistem politik dua parti itu ada secara bergilir satu parti memerintah dan satu lagi menjadi pembangkang. Dunia politik itu dua objek yang saling bertentangan. Seperti ada Adam, ada iblis. Ada Nabi Ibrahim, ada Namrud. Ada Nabi Musa, ada Firaun. Ada Nabi Muhammad SAW ada pula Abu Lahab. Ada Konservatif, ada Parti Buruh. Ada Demokrat, ada Republikan. Ada PAS, ada Umno. Maka ada BN, ada pula PR.
Berapa hari Pakatan bertahan? Allah saja yang tahu. Tiap yang bernyawa pasti merasa mati. Setiap yang baharu tidak akan kekal. Jibrail yang wujud sejak wujudnya alam akan merasa matinya angin sangkakala yang kedua ditiup. Kalau Pakatan yang ada kekurangan akan mati, BN yang ada kekuatan pun akan mati juga.
Yang penting menjelang PRU13 ini kita sudah ada di tengah sistem dua parti, tidak lebih dan tidak kurang.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment