http://bloggerpakatan.com/v/1773
http://bloggerpakatan.com/v/1761
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
http://bloggerpakatan.com/v/1761
www.nasharrawy.blogspot.com
www.twitter.com/adnanrawa
SUFI LYRICS : nasharrawy.blogspot.com/2013/03/lirik-nash-ar-rawy-terma-dan-kondisi.html … " LIRIK NASH Ar-RAWY " ; TERMA DAN KONDISI http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1 … … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI by: Nash Ar-Rawy
OH MY GOD! GIVE ME A " BENEVOLENT STATE! "
Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM
PENDAFTAR PERTUBUHAN PULA AMAL SIKAP ‘DWI-STANDARD’
Submitted by edyesdotcom on April 19, 2013 – 12:12 PMNo Comment
Kenyataan Terbuka
19 April 2013
19 April 2013
PENDAFTAR PERTUBUHAN PULA AMAL SIKAP ‘DWI-STANDARD’
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan bahawa sikap ‘dwi-standard’ yang diamalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kini berada dikemuncaknya. Ia jelas apabila ROS tidak mengiktiraf kepimpinan parti DAP dan dalam masa yang sama tidak bertindak ke atas Umno yang telah didapati tidak sah dari sudut perundangan pertubuhan.
Telah dilapor dan diishtihar oleh mahkamah bahawa Bahagian Umno Tanah Merah mempunyai 126 cawangan tidak sah (haram). Ini diakui Setiausaha Agung Umno dan ROS. Malah didapati tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat dan carian dari Pejabat ROS juga menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah tidak berdaftar.
Jika ROS boleh bertindak ke atas DAP, mengapa tidak bertindak ke atas Umno?
Asasnya ialah Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram(tidak sah).
Mengapa ROS hanya berdiam diri dalam perkara ini? ROS hanya muncul dengan surat tidak iktiraf kepimpinan DAP sedangkan terdapat desakkan supaya ROS bertindak ke atas Umno. SAMM dan pasukan media baru Revolusi 13 telah melancarkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ lebih sebulan yang lalu, kini sedang dalam proses mahkamah untuk memastikan kedaulatan undang-undang terpelihara khususnya dalam soal pertubuhan.
Rakyat telah muak dengan sikap ‘dwi-standard’ yang ditunjukkan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuklah SPR, SPRM, Jabatan Penerangan, institusi penguatkuasa dan pelbagai lagi. Kali ini rakyat berdepan pula dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan yang dilihat melindungi Umno.
SAMM juga menyambut baik pertimbangan DAP untuk menggunakan simbol PAS dan PKR bagi menghadapi PRU13. SAMM sarankan kepada DAP supaya mengambil langkah terbaik bagi mengelak dari ‘terkena’ helah tersembunyi yang boleh mengakibatkan Umno BN terus berkuasa.
Menggunakan simbol PAS dan PKR juga merupakan satu ‘rahmat’ buat DAP. Natijahnya, Umno akan kehilangan modal paling besar dalam kempen pilihanraya mereka iaitu sentimen perkauman, dan SAMM yakin Umno BN akan tewas lebih besar dari jangkaan.
Akhir sekali, timbul satu persoalan andainya DAP sanggup guna simbol komponen PR yang lain, apakah Umno akan guna simbol MCA atau MIC dalam PRU-13 sekiranya parti Umno dibatalkan oleh ROS?
che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment